Assalamulaikum & salam sayang ...😊
Hai pembaca semua..
Fi Sofina
Fi Sofina
Linda nak cita sikit pengalaman Linda menikmati Preview Bufet Ramadhan secara ekslusif, unik dan mewah di atas Cruise Tasik Putrajaya (CTP) baru-baru ni. Ini merupakan kali pertama Linda menaiki Cruise Tasik Putrajaya ni..memang sangat teruja dengan pemandangan dan keindahan malam sekitar tasik Putrajaya yang nyaman dan menyegarkan.
Sempena menyambut kadatangan bulan Ramadhan pada tahun ini Tasik Putrajaya akan mengadakan Iftar Fi Sofina. Hangpa tau dak makna Fi Sofina ni...? Fi Sofina adalah dalam bahasa arab yang membawa maksud cruise/kapal.
Fi Sofina
Haaa, apa kata untuk berbuka puasa tahun ni hangpa cipta satu kelainan...mesti hangpa pun bosan asyik dengan tempat dan menu yang sama ja kan! So tahun ni hangpa bawak la keluarga hangpa, kawan-kawan hangpa atau sapa-sapa saja untuk berbuka puasa di Cruise Tasik Putrajaya ni yang menawarkan pengalaman berbuka puasa yang sangat-sangat berbeza...sangat eksklusif, unik dan sangat mewah suasananya..
[ HARGA PROMOSI EARLYBIRD ]
Hangpa akan dapat menikmati suasana berbuka puasa dengan harga promosi 'earlybird' yang amat berpatutan iaitu hanya RM 120.00 bagi dewasa dan RM 75 bagi kanak-kanak dan warga emas. Hangpa juga akan dibawa menyelusuri Tasik Putrajaya sambil menikmati suasana malam Putrajaya yang nyaman dan menyegarkan.
Sebenarnya harga Iftar Fi Sofina di CTP adalah lebih rendah berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya bagi memberi peluang kepada lebih ramai orang untuk merasai pengalaman Eksklusif dan unik ini. Tawaran promosi ini adalah bagi pelanggan yang membuat tempahan awal sehingga 16 Mei 2018 sahaja. Selepas tarikh ini ia akan dijual kepada asal iaitu RM 145.00 bagi dewasa dan RM 77.00 bagi kanak-kanak dan warga emas.
[KEMUDAHAN-KEMUDAHAN YANG TERDAPAT DI DALAM CRUISE TASIK PUTRAJAYA ]
Ruang solat
Set Audio untuk Karaoke
Tandas yang selesa
[ MENU MAKANAN ]
Terdapat 30 sajian pilihan yang menyelerakan untuk dinikmati sambil berlayar selama 1 jam 30 minit antaranya :
~ Kambing panggang
~ Sate ayam/daging
~ Nasi putih
~ Kambing panggang
~ Sate ayam/daging
~ Nasi putih
~ Ayam goreng berempah
~ Daging Gulai Kawah
~ Mee Goreng Ayam
~ Nasi Goreng Kampung
~ Nasi Goreng Kampung
~ Pelbagai kuih muih tradisional melayu
~ pencuci mulut
Fi Sofina
Fi Sofina
Menu lain yang berkonsepkan sama ada Fusion Oriental, Middle Eastern atau Muhibbah turut di tawarkan bagi hangpa yang inginkan kelainan di dalam juadah berbuka nanti..selain tu, hangpa juga akan diberi sampul duit raya yang eksklusif dan jugak kuih raya untuk bawak balik.
Fi Sofina
Fi Sofina
Fi Sofina
Fi Sofina
Disamping itu, Pihak MPSB juga menawarkan hadiah cabuatan bertuah berupa pakej Love Boat bernilai RM 350.00 kepada 5 orang pelanggan yang membeli Iftar Fi Sofina. Para pelanggan turut berpeluang menderma di mana MPSB akan menyumbangkan RM 1 bagi setiap pakej yang dibeli kepada rumah-rumah kebajikan yang terpilih.
Di samping Iftar Fi Sofina,
Marina Putrajaya Sdn. Bhd. (MPSB) turut menawarkan Pakej Seminar atau Mesyuarat dan berbuka Puasa sama ada di CTP, Marina Putrajaya (MP) atau Bora Ombak Marina Putrajaya (BOMP) dengan harga yang amat berbaloi juga iaitu dengan RM 100.00 seorang.
Ketua Pegawai Eksekutif MPSB, Dato' Zaharah Salamat berkata "Setiap tahun pasti akan ada kelainan dari segi pilihan juadah dan konsep masakan yang kami tawarkan untuk Iftar Fi Sofina kerana kami memilih panel katering yang berlainan setiap tahun untuk bekerjasama dengan kami", kata beliau.
Bersama Dato'Zaharah Salamat, Ketua Pegawai Eksekutif MPSB |
Kalau hangpa berpeluang untuk berbuka puasa di atas Cruise ni nanti, jangan lupa tau hangpa amek gambar dan merakamkan kenangan terindah dengan permandangan dan suasana yang sangat cantik...😍😍😍
Untuk maklumat lanjut atau membuat tempahan bagi pakej Iftar Fi Sofina dan Pakej Seminar atau Mesyuarat ini, hangpa boleh menghubungi Jabatan Jualan di talian :
03-88883359 atau boleh email kepada :
sales @cruisetasikputrajaya.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan