Follow Us @soratemplates

Isnin, 7 Oktober 2019

Jom Makan Asam Pedas ATOK di Sg Sembilang...



Assalamualaikum dan salam ukhwah buat semua...

"Jom Makan Asam Pedas Atok Kuala Selangor.."

Itu la permintaan anak-anak kesayangan Linda baru-baru ni. So, cik suami pun tanpa cakap banyak bersetuju nak bawa kami anak beranak ke Asam Pedas Atok dengan syarat balik nanti tolong papa siapkan barang-barang untuk niaga petang tu...semua setuju nak tolong 😅

Lepas solat zohor kami pun bersiap. Dalam pukul 2 lebih jugak la baru keluar rumah. Masa nak ke Asam Pedas Atok dari rumah ambil masa dalam 20 minit ja ikut jalan Puncak Alam melalui Jalan Bukit Kuching. 

Nasib baik ada jalan pintas, so tak payah la nak ikut jalan jauh sana nu.. perut masing-masing dah berkeroncong sebab pagi tu Linda buat sarapan simple ja. 

Lagipun dah lama kami sekeluarga tak pi pekana Asam Pedas Atok ni..semua tak sabaq  dah nak pekena Asam Pedas Atok yang super sedap tu. Ternampak la wajah keriangan anak-anak masa dalam kereta otw nak ke sana tu.

Asam Pedas Atok ni terketak di Sungai Sembilang berdekatan dengan Petronas Sg Sembilang. Bestnya Asam Pedas Atok Sungai Sembilang ni, menyediakan set masakan asam pedas pelbagai jenis ikan. Ada kembung, sembilang, cencaru, pari dan macam macam lagi. 

Kali ni, Linda order ikan sembilang, cik suami pulak order teluq sembilang dan anak-anak Linda order ikan cencaru asam pedas. Anak-anak nak makan ikan pari tapi dah habis pulak...😭 iya la, dah jam berapa kami sampai..kalau hangpa nak pi, kena la pi awai-awai sebelum lauk kegemaran hangpa habis, nanti kempunan pulak datang jauh-jauh..kami selalu repeat makan sini jadi tak la frust sangat 😃
Selain tu nasi goreng seafood, nasi goreng sotong dan nasi goreng udang pun ada. Linda tak pernah cuba lagi nasi goreng kat sini sebab lebih tertarik dengan Asam Pedas lagi....😋

Ikan semua fresh-fresh. Atok akan ambil ikan daripada nelayan-nelayan yang baru sampai dari laut tapi kalau ikan tak ada Atok tutup kedai. Atok tak beli ikan kat pasar-pasar atau di pasir penambang tu. Hangpa perasan kan ada jeti kat sebelah tu, dari situ la Atok ambil ikan..

Lagi satu Linda nak bagi tau.. kat sana ada Kolam Pacing berhadapan dengan kedai makan Asam Pedas Atok ni. Siapa kaki pancing boleh bawak joran sekali. Kolam ni kolam ikan air masin tau, ada ikan jenahak, ikan siakap, kaci dan jugak bawal emas tapi bawal emas ni tak banyak sangat...

Macam mana Linda tau, ni la kolam tempat cik suami Linda selalu mancing. Sejak buka stall burger n bawa grab ni cik suami pun dah jarang sekali datang mancing kat sini..


Bagi yang nak merasai masakan asam pedas ni hangpa boleh la tanya pak cik google atau waze ja..😅

Kat bawah ni alamat dan tempat Asam Pedas Atok..👇
Asam Pedas Sungai Sembilang
Kampung Dungun, 45800 Jeram, Selangor
012-976 7603

Selamat Menjamu Selera...😋😋😋

#asampedasatok 
#bukanreview 
#cumanakshare #asampedassedap

8 ulasan:

  1. Biasa asam pedas ni ramai suka makan kat melaka. rupanya jeram pun ada asam pedas sedap. boleh memancing sekali pulak tu. best ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mmg sblm tau tmpt ni kami pi melaka, la ni dh dekat mkn kat ATOK ja la..

      Padam
  2. Kot singgah sini nanti boleh try makan asam pedas..

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Alhamdulillah, setakat ni mmg sedap mkn asam pedas kat ATOK ni...

      Padam
  4. Fuh, terliur tengok asam pedas tu. Sedapnya...

    BalasPadam
  5. Asam pedas ni memang berhantu makan kan. Minat kuah pekat likat.

    BalasPadam