Follow Us @soratemplates

Rabu, 30 Oktober 2019

Emak oh Emak...E.M.A.K

Oktober 30, 2019 2 Comments

EMAK OH EMAK 
Pic dari pakcik google
Assalammualaikum dan salam ukhwah  penuh kasih sayang buat semua pembaca blog Linda Sempoi ... Linda doakan semoga kita semua sentiasa di dalam redha dan rahmat Allah swt hendaknya. Entry Linda kali ni berkisahkan  tentang EMAK. Sapa yang masih ada emak sepatutnya hangpa harus bersyukur kerana masih ada doa seorang emak untuk hangpa tapi pada yang emaknya sudah tiada lagi di dunia ini maka wajiblah hangpa sedekahkan Al Fatihah kepada arwah emak pada setiap masa.

Emak Linda masih lagi sihat dan sekarang emak Linda tinggal bersama kakak di Sg Petani, Kedah. Walaupun Linda tak dibesarkan oleh emak Linda tapi Linda sayangkan emak sebab emak lah Linda ada di sini. Kalau bukan kerana emak yang lahirkan Linda, dah tentu Linda tak ada di sini.

Bertuahnya Linda, Linda punyai dua orang lagi emak yang paling Linda sayang di dunia dan akhirat. Linda tak pernah lupakan mereka dan tak akan lupakan mereka sampai Linda mati pun iaitu emak yang membesarkan Linda dengan penuh kasih sayang. Kasih sayang mereka pada Linda tak pernah berbelah bahagi. Emak yang menjaga Linda dari umur Linda 40 hari adalah tok Linda iaitu emak kepada abah Linda. Emak yang seorang lagi adalah makchik Linda iaitu adik kepada abah Linda.

Kini, emak (tok) dah tak ada lagi di dunia. Emak pergi meninggalkan Linda tanpa pesan. Dia pergi tanpa sempat Linda berjumpa dengannya sebelum menutup mata. Perginya dalam keadaan yang sarat rindukan Linda. Terasa kesal yang sangat-sangat saat Linda melihat wajah terakhirnya dalam keadaan kaku keras. Linda rindu sangat-sangat pada emak, hanya Allah saja yang tahu. Linda tak pernah lupakan pesan emak saat hidupnya, iaitu "kalau mak mati nanti jangan lupa sedekahkan Al Fatihah dan 3 Qul untuk mak, doakan mak dilepaskan seksaan kubur dan azab api neraka".. 'sumpah mak, cheq tak pernah lupa pesan mak tu, sentiasa sedekahkan Al Fatihah dan 3 Qul tu untuk mak semoga mak tenang di sana. Mak tunggu cheq kat sana na..'

Lagi satu mak Linda ialah makchik, Linda tak panggil mak sebab dah panggil mak kat tok. Makchik pun masa Linda kecik dulu duduk serumah dengan tok sebab makchik ni anak second last dan masa tu makchik masih lagi di form 6..masih muda remaja jadi tak la Linda panggil mak. Linda sayang kan makchik sepertimana Linda sayangkan arwah mak jugak. 

Tapi kini, kami dipisahkan oleh keadaan. Walaupun dah tak macam dulu, kasih sayang Linda tetap lebih kukuh lagi buat makchik.  Linda terlalu rindukan suasana yang dulu. Linda terlalu rindukan makchik Linda tapi Linda tak mampu untuk semua tu. Hanya dalam doa saja Linda berikan kasih sayang Linda. Walau apapun terjadi mak(tok) dan makchik adalah insan terhebat yang Linda tak akan lupa selagi hayat dikandung badan. 

Linda minta dihalalkan segalanya daripada emak-emak Linda, ampun dan maafkan segala salah silap Linda. Semoga suatu hari nanti kita  semua akan disatukan semula di syurga Allah nanti, In shaa Allah.

Ok, berbalik pada ejaan EMAK, ada tak antara kita yang tahu maksud E.M.A.K ni... di sini Linda kongsikan sedikit daripada info yang Linda dapat tentang maksud setiap huruf EMAK ... Linda kongsikan di sini ya. Pada yang dah tahu tu, alhamdulillah...

Pic dari pakcik google

Siapa tahu apa maksud dalam ejaan EMAK!?! Ni dia maksudnya : 

E:  Emak

M: Melahirkan
A:  Anak
K:  Kedunia ini

E:  Emak mampu 

M: Menjaga 10 anak-anaknya.
A:  Anak belum tahu mampu menjaga seorang ibu
K:  Kerana kesibukan dan ke egowan anak-anaknya.

E:  Engkau telah

M: Mengharamkan
A:  Anaknya di gigit walaupun seekor nyamuk
K:  Ketika anaknya dilahirkan

E:  Engkau mampu

M: Mendidik dan menjaga
A:  Anakmu 
K:  Kejalan kebenaran

E:  Engkau

M: Menyusukan & menyuapkan 
A:  Anakmu
K:  Ketika lapar & dahaga

E:  Emak engkau telah bekorban selama

9 bulan
M: Mengandungkan
A:  Anak- anak mu
K:  Kerana ingin melahirkan anaknya

E:  Engkau tau....

M: Mengalir air mata ibu  sewaktu melahirkan
A:  Anak-anaknya dan ada juga ibu yang menghembuskan nafas terakhir  
K:  Kerana melahirkan anak.

E:  Engkau tahu..

M: Menangislah seseorang emak itu
A:  Apabila anaknya melakukan
K:  Kekasaran dan  menyakiti hatinya kerana ia merasa hiba dan sedih.

E:  Emak
M: Memang Allah telah mengharamkan syurga
A:  Anak yang derhaka dan menyakiti hati mu
K:  Kalau kejadian itu berlaku

E:  Engkaulah ratu hatiku
M: Merindui selalu
A:  Anakmu
K:  Keikhlasan doa

E:  Engkau rasa....

berapa kali kamu
M: Menalipon ibu mu
A:  Atau bertanya 
K:  Khabar dalam seminggu

E:  Eloklah....setiap kali selepas  

M: Melakukan solat fardhu 
hadiahkan lah
A:  Al-fatihah untuk mohon kesihatan dan 
diampunkan dosa ibu
K:  Kerana itu lah sebaik baik hadiah dan balasan pengorbanan terhadap seorang ibu daripada seorang anak.

Selain tu, Linda ingat lagi pesan-pesan emak pada Linda masa Linda kecik-kecik dulu antara umur Linda 6 tahun hingga Linda habis SPM. Tapi bukan emak Linda saja yang pesan pesanan ni, mak- mak hangpa pun sama jugak kan..jom kita tengok betoi dak..hehe

Sepuluh Pesan Emak. Satu Pesan Ayah

Pesan Emak

(Sambil pakaikan baju)

1. "Belajar bersungguh-sungguh. Jangan main-main."

2. "Kalau tidak faham, angkat tangan. Tanya cikgu."

3. "Waktu rehat pergi kantin. Makan. Jangan tak makan pula. Nanti lapar tak boleh fokus belajar."

4. "Duit jangan habiskan. Jimat. Boleh masukkan dalam tabung. Simpan untuk masa depan."

5. "Jangan bergurau lebih-lebih dengan kawan. Berkawan elok-elok. Jangan bergaduh."

6. "Jangan nakal-nakal."

7. "Jaga baju. Jangan bagi kotor. Jaga kebersihan."

8. "Sebelum belajar, jangan lupa baca doa. Minta Tuhan bagi faham."

9. "Habis kelas, salam tangan Cikgu. Supaya ilmu berkat."

10. "Tamat waktu sekolah terus balik. Jangan merayap ke tempat lain."

Pesan Ayah

(Sambil start moto @ hidupkan enjin kereta)

1. "Ingat pesan emak."

Moral: ayah always a simple man in the world, Salam pada ayah2 semua...😅😅😅🤭


Inilah antara perkara-perkara berkaitan EMAK. Banyak lagi sebenarnya tapi tunggu lah Linda share dalam entry yang berikutnya. Jangan lupa tau sedekah Al Fatihah kepada emak- emak kita tak kira masih hidup atau pun yang telah meninggalkan kita juga untuk abah-abah kita...aamiin
Pic dari pakcik google
#emak #sayangemak #anakemak #akuanakbertuah #akusuka #akuadalahaku #lindasempoi

Selasa, 29 Oktober 2019

OSIM Perkenalkan OSIM uDivine V Kerusi Urut Mampu Milik Untuk Penuhi Impian Pengguna

Oktober 29, 2019 5 Comments
Assalammualaikum dan salam sejahtera ...

Baru-baru ni Linda berpeluang menghadiri Majlis OSIM sempena pelancaran produk terbaru mereka iaitu kerusi urut Dream Series uDivine VuDivine V direka khas menggunakan teknologi terkini serta mempunyai fungsi yang canggih dengan harga mampu milik untuk penuhi impian setiap pengguna. Linda sendiri sangat tertarik pada rekabentuk kerusi urut uDivine V ni dan terdapat 5 pilihan warna yang boleh dipilih mengikut personaliti masing-masing.


Pengguna boleh menikmati pelbagai pilihan program urutan baru menerusi aplikasi OSIM uDivine V. Ia juga  mempunyai ciri pengesan Bahu Auto Pintar bagi memastikan urutan berdasarkan ketinggian dan berat setiap individu. 

Terdapat 4 program mengurut baru telah disediakan untuk dimuat turun, iaitu:

~uDivine V Signature: Urutan yang memberikan kepuasan untuk seluruh tubuh badan.

~Sleep: Urutan lembut dari hujung kepala ke hujung kaki untuk merehatkan tubuh dan minda.

~Energise: Urutan yang menyegarkan untuk memulihkan tubuh dan minda.

~Deep Tissue: Urutan yang memberangsangkan untuk melegakan tekanan pada tubuh.

Kerusi urut ini direka untuk memenuhi citarasa generasi terkini dengan kaedah uDivine V. Ia adalah menerusi teknologi mengurut terkini seperti teknologi V Hand™ dengan bebola penggelek 720º, Urutan 4 tangan (4 Hand Massage). Bola penggelek 720º berputar 360º dalam kedua-dua arah dan bergolek pada kontur tubuh dan mengurut pada setiap bahagian otot badan kita yang keletihan dan  dapat meningkatan kesegaran.

Program-program urutan yang boleh dimuat turun, serta satu suite program yang menawarkan pilihan urutan profesional atau manual mengikut keinginan pengguna.

OSIM juga memperkenalkan selebriti yang  berbakat, JJ Lin sebagai duta global uDivine V Dream Series kerana beliau menjadi inspirasi kepada semua. JJ Lin juga selebriti pertama Singapura yang menjadi duta OSIM selepas Andy Lau, Sammi Cheng dan Lee Min Ho.

Pengurusi Besar OSIM Malaysia, Cik Chia Sook Fun berkata dalam ucapannya "uDivine V direka khas untuk individu era digital yang sentiasa sibuk dan tidak mempunyai masa selepas seharian bekerja untuk memanjakan diri. OSIM komited untuk membantu mereka memulihkan tubuh, minda dan jiwa tetapi menaikkan semangat untuk mengejar impian mereka..."

Pilihan Program Urutan Automatik Yang Direka Oleh Sato Tsuyoshi...

"OSIM uDivine V menawarkan urutan profesional yang direka oleh Pakar Urut Kiropraktik Jepun, Sato Tsuyoshi yang berpengalaman dalam urutan. Beliau juga merekabentuk program urut gaya hidup yang berkesan bukan hanya menyasarkan titik kesakitan tetapi urutan yang menyeronokkan.."

Tiga bahagian tubuh yang disasarkan adalah tengkuk dan bahu, lumbar dan pinggul serta pinggul dan paha.

Terdapat juga program urut gaya hidup iaitu: 

1. Sweet Dreams
2. Stretch
2. Sports
4. Happy Hour
5. Beauty

Ciri Keselamatan Pintar


OSIM uDivine V dilengkapi dengan pengesan keselamatan pintar untuk mencegah mekanisme daripada menjadi terlalu panas, dan sekiranya pengesan mengesan objek yang menghalang semasa kerusi dibaringkan, bahagian yang bergerak seperti sandaran dan tempat duduk akan berhenti bagi memastikan keselamatan pengguna serta kanak-kanak atau haiwan peliharaan di dalam rumah. 

Warna anda, personaliti tersendiri

Reka bentuk yang minimalist dengan krom moden yang digilap dan kulit berwarna berbentuk V. Terdapat 5 pilihan warna iaitu Biru, Kuning, Ungu, Tembaga dan Kelabu.



Kini, Harga Promosi Prebiu RM10,888 terhad 200 unit pertama, harga biasa RM12,888 atau pelan ansuran 36 bulan bermula RM303 sebulan.

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi atau layari laman web seperti di bawah: 

Website: 
www.osim.com.my

Facebook:
https://www.facebook.com/OSIM.Malaysia/

Instagram:
@osim.malaysia


Kepada anda yang berminat tu cepat-cepat la dapatkan satu dirumah untuk kegunaan keluarga anda selain untuk melegakan sakit-sa kit badan ianya dapat juga memberi keselesaan kepada penggunanya.

Jumaat, 25 Oktober 2019

Jalan-jalan di Nilai

Oktober 25, 2019 3 Comments
Assalammualaikum dan salam ceria semua...

Cuti hujung minggu baru-baru ni cik suami kata nak cuti tak mau buka stall burger satu hari so cik suami ajak kami tiduq kat Sepang rumah kakak cik suami. Anak-anak dengar memang suka la depa.
Petang sabtu tu kami dah siap-siap beg bawak la baju selai dua. Bawak baju tak banyak la sebab esok tu dah nak balik petang sambung buka stall burger pulak. Lepas asar ada orang bagi salam, rupanya anak tahfiz Linda balik, cik suami pi amek dia kat masjid minta cuti kat ustaz tapi esok tu sebelum asaq dah kena hantaq balik.

Cik suami Linda ni kalau nak pi luaq kawasan walaupun dekat ja mesti nak anak-anak dia ada semua, baru la dia nak pi. So, dah siap semua kami gerak sebelum magrib. Nak hmgerak awai tadi hujan lebat sangat, tunggu reda sikit baru gerak.

Sampai sana sebelum isyak, jadi kelam kabut tunaikan solat magrib dulu secara jemaah. Anak tahfiz kami yang mengimamkan kami. Dah jadi kebiasaan kalau Afiq balik memang dia akan jadi imam. 

Malam tu kat rumah kak ipaq kami makan apa yang ada ja. Mertua Linda goreng teluq dadar makan ngan nasi panas-panas, ada pulak sambai ikan parang lauk tengahari tadi. Kak ipaq Linda keluaq pi pasaq malam pi cari pulak yongtaufu dengan kacang kuda rebus. Tak banyak pun beli makanan kat pasaq malam Kota Warisan ni sebab dah pekena nasi.

Esok tu pagi-pagi dah berbau makanan kat dapuq, lepas mandi dan solat subuh teruih la masuk dapuq. Tengok-tengok mak mertua Linda dah siap buat saralan pagi. Punya la banyak menu yang mertua Linda buat. Yang dah siap masak masa tu mee sanggui dengan kuih keria ubi. Pek nga pun mertua Linda buat, masa tu dok ataih belanga lagi...
Siap masak gulai ikan jenahak lagi buat cicah dengan pek nga atau yang bukan orang utara panggil lempeng. Tapi anak-anak Linda suka cicah dengan susu pekat manis tu..sedap oooo 😋

Kira dalam pukui 7 lebih tu semua makanan dah siap terhidang ataih meja makan. Kami cuma makan ja tapi Linda sempat jugak la tolong buatkan pek nga tu ... ni dia menu kami pagi tu..ada mee sanggui, choq keria, nasi goreng pedas berapi (yang ni biras kami goreng)...
Lepas sarapan cik suami ajak jalan-jalan kat Nilai. Bukan nak pi shopping pun saja bawak anak-anak dengan mertua Linda jalan. Bila sampai kat Nilai dari jauh dah nampak ada belon api. Apalagi, anak Linda semua excited la nak naik. Dah lama depa tetingin nak naik belon api tu tapi tak kesampaian. 
So, cik suami pun masuk la parking kat kawasan Aeon Mall Nilai tu sebab belon panas tu ada di sebelah Dataran Nilai. Linda tengok ada banyak khemah dan kanopi di bahagian tepi Dataran Nilai n di sebahagian kawasan parking Aeon Mall ni rupa-rupanya minggu tu minggu Food Fest Negeri Sembilan @NS Food Fest 2019...

First tempat yang dituju kat belon panas tu. Satu kepala dia amek bayaran rm10 tapi tak dak jugak rezeki anak-anak nak naik belon panas tu ...😭😭😭 sedih jugak la sebab tak kesampaian anak-anak nak merasa naik. Yang jaga belon panas tu kata, depa terpaksa stop kejap sebab faktor cuaca. Masa Linda sampai tu memang cuaca agak panas dan angin pun agak kuat jadi bahaya kalau nak naik belon panas dalam keadaan cuaca macam ni. Risiko agak tinggi, jadi depa sambung balik sebelah petang dalam kui 6 cam tu. Kami tak boleh la nak tunggu sampai kui 6 sebab Afiq kena balik masjid sebelum Asaq.

Pujuk-pujuk anak nanti cari game dalam Mall tapi singgah jalan-jalan kat khemah-khemah tu dulu sebelum masuk Mall.

Banyak juga la gerai-gerai makanan yang menjual pelbagai jenis makanan seperti takoyaki, western food, air teh ais cincau, aiskrim, makanan panas-panas dan banyak lagi. Tak sempat nak snap pic makanan yang kami beli sebab nak cepat cuaca masa tu agak panas terik jugak la. Makan pun taka sangat sebab dah kenyang belasah kat rumah tadi.

Dah puas pusing-pusing kat khemah-khemah tu bawak anak-anak masuk Mall pulak sebab tadi semua merungut panas, anak Linda yang sulong tu memang tak tahan panas cepat sakit kepala..peluh ni dah merambu-rambu dah...

Bayangkan ni la pertama kali anak Linda pakai kain pelikat kuaq jalan-jalan dan masuk Mall. Sebelum ni malu tapi sekarang pada dia dah jadi biasa. Sebab kat masjid asyik pakai kain pelekat ja jadi dia dah tak kisah. Dia tak bawak langsung seluaq masa ni. Tapi tak pa janji depa happy.

Masuk Mall terus nak cari tempat game tapi sebab tak nak lama kat sini dok tengok jam ja sat g nak balik Sg Buloh plak, kami tak jumpa pun tempat yang ada banyak game cuma ternampak tempat memanah n teater 6D. Anak-anak tak mau pulak masuk tengok teater tu depa nak memanah. Bagi la depa memanah. Lepas memanah tu cik suami ajak balik dah sebab nak singgah kubuq arwah ayah mertua Linda dekat masjid kawasan tu jugak. 
 
Alhamdulillah, anak-anak jenis yang faham dan akur dengan kehendak papa dia walaupun sekejap ja masuk Mall tu tapi depa tak kisah pun janji papa dah bawah jalan-jalan. Dah dapat main dsn makan aiskrim dan dapat beli barang sikit kat kedai eco dalam Mall tu...😃

Balik tu singgah kubuq sat lepas tu terus balik rumah kak ipaq Linda. Mak mertua Linda masuk rumah terus pi dapuq nak masak sayuq mangkong goreng belacan pulak. Gulai ikan pagi tadi dah siap masak cuma nak goreng sayuq ja la. Makan ramai-ramai ni seronok tau siap tambah-tambah lagi nasi. Kena pulak lawan dengan sambai belacan ulam pucuk kadok campuq timun jepun..perghhhhhh terbaik.. pic makan tengahari pun Linda tak sempat nak snap sebab tak tahan godaan gukai ikan ngan sambai belacan tu...pic ni ja sempat amek, jenahak goreng garing...
Lepas makan, solat zohor kami pun siap nak balik. Sebelum hujan turun, jalan jem baik gerak awai. Nak singgah hantaq Afiq kat masjid lagi. Alhamdulillah, semua dipermudahkan selama cuti hujung minggu baru ni.

In shaa Allah, panjang umuq nanti kita pi tidoq kat sepang lagi... bukan senang nak beli jiwa anak-anak. Tak dapat pi bercuti kat tempat percutian yang best-best pun tak pa, dapat pi jumpa mak tok dengan pak sedara/mak sedara pun dah cukup untuk depa...

Ok, jumpa lagi di entry akan datang...kalau tak  dak job nak review Linda post posting yang berkaitan kehidupan Linda. Esok-esok ni anak-anak Linda boleh baca dan ada kenangan terindah untuk mereka simpan..sampai jumpa lagi...

Terima kasih pada yang sudi baca, sampai jumpa lagi di entry seterusnya...

Isnin, 21 Oktober 2019

Gulai Kepala Ikan Jenahak

Oktober 21, 2019 6 Comments
Assalammualaikum dan salam mesra penuh kasih sayang untuk semua pembaca blog Linda Sempoi. Apa habaq hangpa semua..? 😊 Linda doakan agar kita semua dikurniakan kesihatan yang baik- baik dan ceria-ceria selalu hendaknya, aamiin...

Kali ni Linda nak kongsi resepi gulai kepala ikan jenahak. Kepala saja tau, isinya Linda buat goreng kunyit campuq bawang dengan cabai melaka (cili padi). Nanti Linda kongsi masak bahagian isi jenahak pulak. Ada orang panggil kari tapi belah utaqa kebanyakkan panggil gulai. Family Linda kebanyakkannya pun panggil gulai. 
Anak-anak Linda memang suka kalau ikan jenahak ni buat gulai. Sat lagi depa makan nasi tak ingat dunia. Berlawan-lawan tambah nasi kena pulak ada sambai belacan dengan sayuq kangkung goreng belacan .. fuhhh marbeles 😋

Ikan jenahak ni cik suami Linda pi mancing kat kolam ikan Sg Sembilang. Memang port mancing cik suami Linda kat situ. Kekadang dapat ikan siakap atau ikan bawal emas. Tapi bawal emas ni jarang dapat..😅

Kalau hangpa nak tau, rahsia untuk mendapatkan gulai ikan yang sedap dan nampak menarik ialah serbuk kari harus betul-betul masak sampai pecah minyak. Barulah kuah yang terhasil nanti sedap dan juga tidak mudah basi. Jom tengok resepinya.

Resepi gulai Jenahak : Linda Sempoi 😍
Masa penyediaan : 20 minit

Bahan-bahan:

~ 2 ketui kepala jenahak (daripada 2 ekoq ikan) di goreng separuh masak.
~ 3 sudu besaq serbuk kari ikan baba's atau apa-apa jenis pun ok
~ 1 sudu besar serbuk cili
~ 2 tangkai daun kari
~ sedikit air asam jawa
~ 1 mangkuk santan 
~ 4-5 biji bendi
~ 1-2 biji cabai hidup ( bagi nampak seri)
~ 1 labu bawang besaq dipotong 4. (Linda memang suka masukkan bawang besaq ni supaya terasa manis bawang ni kalau tak mau pun tak pa)
~ minyak untuk menumis
~ garam dan gula

Bahan untuk tumis:

~ 5 ulas bawang putih
~ 4 biji bawang merah
~ 2 inci halia
~ 1 sudu kecil halba campur
~ 1 batang kulit kayu manis
~ 1 kuntum bunga lawang

Cara Penyediaan:

Kepala ikan jenahak dibelah 2. Kemudian basuh  bersih dan toskan.

Gaul garam kunyit dan biarkan dalam 10 minit supaya sebati. 

Goreng kepala ikan tadi separuh masak. Kalau tak nak goreng dulu pun tak apa tapi Linda suka goreng dulu macam gulai mamak tu ...
Ekoq tu goreng sekali sat lagi goreng ngan bawang...😅
Bancuh rempah kari ikan bersama serbuk cili dengan sedikit air supaya menjadi pes.

Panaskan minyak. Masukkan bahan tumis dan daun kari. Tumis sehingga kekuningan dan naik bau.

Masukkan pes serbuk kari tadi, air asam jawa dan kacau sehingga pecah minyak dan juga warna rempah berubah menjadi sedikit gelap. Boleh tambah air sedikit demi sedikit semasa proses menumis supaya rempah tak hangus. Kacau selalu.

Bila dah nampak pecah minyak tu boleh masukkan kepala ikan dan santan. 

Masukkan pula bendi beserta bawang besaq tadi. Terpulang samada nak bendi tu sedang-sedang ja masak dia ataupun nak lembut terus. Kalau linda sedang-sedang ja.. kalau ada tomato pun sedap jugak masuk sekali tapi tak dak pulak stok tomato kat rumah Linda kali ni..

Akhir sekali sebelum tutup api barulah perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau sekejap supaya sebati. Bila garam dan gula dah sebati boleh tutup api dan hidangkan.



Dah siap dan boleh makan...yummy yummy 
Selamat mencuba tau!!!...

Tak dak pulak pic yang siap hidang dalam mangkuk ajaib Linda tu...letak ataih meja anak-anak  terus serbu nak makan...

Nanti Linda share masak isi ikan jenahak pulak...😃
Sekian, sampai jumpa di lain resepi..