Follow Us @soratemplates

Selasa, 10 September 2019

Menganyuh bersama anak-anak pada hujung minggu ...😍😍😍

Assalammualaikum dan salam ukhwah buat pembaca blog semua...

Dah dua minggu berturut-turut rasanya kita dapat 'long-weekend' kan... bahagianya rasa hidup bila dapat cuti lama macam ni dan dapat luangkan masa bersama anak-anak... pastinya ada antara kita yang ambil kesempatan untuk balik ke kampung atau bawa anak-anak bercuti di dalam atau pun luar negara bagi yang punya lebih sumber kewangannya tu ...

Bagi Linda sekeluarga, kami tak ke mana-mana pun cuti ni sebab anak yang sulong (Afiq) tak dapat cuti. Jadi, Linda cuma bawa anak-anak yang bertiga ni habiskan masa cuti kali dekat-dekat kawasan rumah ja... nasib baik depa ajak Linda kayuh basikal pergi Hillpark Forest...lega rasanya depa nak pi kat situ ja....lagipun memang dah lama kami tak sana walaupun dekat.

Kali ni, anak-anak minta nak kayuh basikal ke sana. Linda layankan ja. Bagus juga kalau berbasikal ke sana, keluar juga la peluh-peluh jantan tu πŸ˜…. Lemak-lemak degil yang lama dah dok bersarang dalam badan ni biaq kasi pecah sikit...

Kalau ikutkan tu bercinta jugak la nak sampai tapi hati kena kuat...tengok anak-anak yang gigih kayuh, mama pun sama gigih jugak..


Untuk kali pertama mengayuh tu Linda berdua dengan Mia ja sebab yang lagi dua tu dah hilang kat padang depan rumah Linda... mulanya tu macam nak pewaiii gak weyyyy...boleh tahan jugak la jauhnya Hillpark Forest ni dari rumah Linda...

Lagipun badan Linda masa tu tak berapa nak ok sangat, ada rasa macam nak demam...tapi malas nak layan sakit tu, kuatkan semangat untuk layan kan princess ni...

Akhirnya, berjaya juga sampai ke sana. Cuti- cuti macam ni memang ramai yang bawa family lepak2 kat sana. Riuh rendah dengan suara riang ria anak-anak yang bebas berlari ke sana sini..

Linda pun duduk lepak sekejap sambil layankan Mia ni beli Ais Milo Kepal πŸ˜‹ ..panas-panas tu kena pulak Ais Milo Kepal memang terbaik ar sambil-sambil tengok gelagat insan-insan lain di situ...😍
Esok paginya pulak Aqil ngan Iman pulak ajak mengayuh sebab petang semalam depa kena tinggai. Petang tu depa dok main bola kat padang depan rumah ni ja, Linda malas la nak ajak...( tak amek pulak pic Aqil n Iman pg tu) πŸ˜…πŸ€£πŸ˜…

Akhirnya berjaya sampai pergi dan balik...tak la sampai-sampai tu terus patah balik, Linda layankan anak-anak main sekejap kat playground tu...bila depa rasa lapaq, baru depa ajak balik...

hehehe, enjoy juga la cuti baru-baru ni, puas hati bila tengok muka anak-anak happy macam ni...satu kepuasan buat Linda bila anak-anak happy dan dapat tunaikan permintaan depa nak kayuh basikal ke Hillpark Forest tu...

Lepas ni kalau cuti lagi,  depa ajak kayuh basikal lagi... tapi mama tak janji, tengok keadaan dulu tau!!!... kalau tak ada apa halangan dan mama sihat boleh la kita kayuh lagi, In shaa Allah...

Ok, ada masa nanti Linda share lagi cerita kami anak-beranak... sampai jumpa lagi...😘



Tiada ulasan:

Catat Ulasan