Follow Us @soratemplates

Isnin, 16 April 2018

Kembara Selera Memikat Jiwa di Bufet Ramadhan | Laman Kayangan Shah Alam..

Bismillahirrahmanirrahhim...
Salam sayang semua...
  


Sekejap ja masa berlalu kan...dah masuk bulan Syaaban dah kita ni...hanya tinggal beberapa hari lagi kita nak sambut bulan Ramadhan...😍
                                
Bulan Ramadan adalah  bulan keberkatan yang sering dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam. Seperti tahun-tahun sebelumnya  Laman Kayangan telah mengadakan majlis prebiu bufet Ramadan khas untuk rakan-rakan media dan para pelanggan.  


Buah-buahan yang segar untuk santapan
Majlis prebiu buffet Ramadan yang diadakan pada 6 April 2018 (19 Rejab 1439H) bertempat di  Laman Kayangan, Shah Alam bertujuan untuk mempromosikan juadah istimewa dan lazat yang akan dihidangkan pada bufet Ramadan pada tahun ini. 

Laman Kayangan Shah Alam
Laman Kayangan Shah Alam
Laman Kayangan Shah Alam
Terdapat lebih kurang 88 menu yang akan disediakan di buffet Ramadan di Laman Kayangan sepanjang Ramadan ini.  Sup Tulang Merah dan Nasi Arab Kambing Golek merupakan antara ‘signature dish’  yang bakal  menjadi tarikan utama pengunjung  yang datang berbuka puasaa di Laman Kayangan nanti. 
Kambing Bakar Laman Kayangan 
Kambing Bakar Laman Kayangan
Menu yang menjadi pilihan hati Linda...😋
Antara menu lain yang dihidangkan adalah Kacang Pool Larkin, Nasi Kabuli, Daging Damia, Ayam Kalio, Mee Kari Nyonya, BBQ Station dan banyak lagi yang pastinya akan membuat pengunjung rambang mata. 

Terdapat juga gerai-gerai yang punya nama-nama yang menarik seperti Aeeron Pak Ajis, Kacang Pool Larkin, Bombastik Teluk Kumbaq, Kap Khun Kap, Periuk Belanga, Mr Burn, Tak Tun Tuang, Mat Tak Done yang pastinya buat hangpa semua tertanya-tanya apakah jenis sajian makanan yang ada kat setiap gerai-gerai ni...
Gerai di Laman Kayangan
Gerai di Laman Kayangan
Gerai di Laman Kayangan
Gerai di Laman Kayangan
Gerai di Laman Kayangan
Gerai di Laman Kayangan
Ni pulak antara ayaq-ayaq yang boleh menjadi pilihan hangpa sekeluarga...nak yang hangat ka, nak yang sejuk gedi ka...pilih ja



Haa....banyakkan gerai-gerai kat Laman Kayangan ni.. jenuh la hangpa pilih nak makan apa...semuanya sedap-sedap belaka, hingga menjilat pinggan...hehe 😁

Ini pulak adalah antara desert-desert yang hangpa boleh pilih masa berbuka nanti..


Dessert di Laman Kayangan



Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan, Tuan Haji Azhar bin Haji Baharin dan turut dimeriahkan dengan kehadiran instafamous tanahair iaitu FaizDickie & Naddyepul. 

Tetamu yang hadir pada majlis ini dianggarkan seramai 400 orang dan mereka turut dihiburkan dengan alunan muzik ghazal yang merdu dan segar.  

Lokasi yang menarik dan selesa sudah pastinya menjadi pilihan ramai dengan harga yang berpatutan. Para pelanggan tidak perlu beratur panjang kerana makanan yang disediakan memang mencukupi.

Terdapat juga kemudahan-kemudahan lain yang telah disediakan seperti:
~ Parking secara percuma
~ Surau
~ Lokasi yang cantik dan berhawa dingin
~ Persembahan ghazal

Untuk pertanyaan dan keterangan lanjut, anda boleh menghubungi :

Pn Hasmal  
019 2503090 / 012 2533973
En Azahari
019 2331351

Harga Bufet Ramadan 2018

Early Bird 
(pembelian awal sehingga 16 Mei 2018)
RM50 Dewasa
RM35 Kanak-kanak dan warga emas

Harga Normal
RM65 Dewasa
RM35 Kanak-kanak / warga emas

Pakej Korporat (rujuk flyers yang diberikan)
Beli 50 meja 
PERCUMA
*500 cenderahati istimewa
*5 Hamper
*PA System & Projector

Beli 10 meja 
PERCUMA
*1 meja
*100 cenderahati istimewa

#bufetramadan 
#Ramadanbuffet 
#bufetramadanshahalam 
#lamankayangan

Jadi tunggu apa lagi, jom kita masukkan Laman Kayangan dalam senarai sebagai salah satu tempat untuk kita berbuka bersama keluarga nanti...😉

Tiada ulasan:

Catat Ulasan