Follow Us @soratemplates

Isnin, 28 Januari 2019

Resepi Chesekut Leleh Paling Sempoi

Januari 28, 2019 2 Comments
Assalammualaikum ...
Salam sayang buat semua pembaca blog Linda Sempoi...

Kita dah pun sampai di penghujung bulan Januari bagi tahun ni. Cepat betul masa tu berlalu kan. Apapun kita kena bijak dalam menguruskan masa supaya kita tidak ketinggalan dengan melakukan perkara yang sia-sia. 

Harini balik keja, anak-anak dah tuntut janji nak buat cheesekut leleh kegemaran depa. Apalagi, tadi singgah kedai cari la bahan-bahan untuk buat cheesekut ni. Mujur bahan pun tak banyak untuk digunakan. Kos pun tak la mahal sangat.
Semua bahan yang nak guna dah dapat, terus pecut balik rumah nak terus buat. Rupa-rupanya depa lagi cepat dah siap sedia nak tolong mama dia buat cheesekut ni.

Jom cuba resepi yang Linda nak buat ni...harap-harap menjadi lah ya 😉

 BAHAN-BAHAN :

~ 1 peket biskut kering (apa-apa jenama pun boleh, Linda guna biskut marie)
~ 1/2 tin susu pekat
~ 1/4 cawan susu segar
~ 250g cream cheese Tatura
~ Milo/Nestum untuk toping

Antara bahan yang Linda gunakan..biskut marie tu guna ja jenama apapun tak apa, setengah org guna biskut krim kraker tapi anak2 Linda suka biskut marie sebab rasa dia best..


CARA-CARA : 

Linda guna blender ja. Mula-mula pukul sebati Tatura cream cheese dan 1/2 tin susu pekat sampai kembang dan tak berketul. Linda campurkan 1/4 cawan susu segar supaya adunan cream cheese ni tak terlalu pekat dan tak terlalu cayaq nanti tak sedap.
Celup dulu biskut ke dalam susu segar kemudian susun biskut ke dalam bekas yang bersesuaian. 
Selepas biskut disusun, curahkan cream cheese yang telah dipukul sebati tadi di atas biskut. Taburkan sedikit toping seperti serbuk milo ataupun nestum. Ikut citarasa masing-masing la ya. Setiap lapisan yang Linda buat, Linda akan taburkan toping milo/nestum. 
Langkah-langkah ini diulangi sehingga biskut ataupun cheese habis.

Untuk nampak lebih menarik, bahagian lapisan atas itu boleh dihias dengan Cheddar cheese, ricecolour atau lebihan biskut yang sudah hancur.
Yang ni Linda campur toping milo+nestum...memang sempoi
Bila dah siap, cheesekut ni disejukkan dahulu di dalam freeze selama 2 jam dan sedia untuk dihidang!

Tadaaaaa!!
Dah siap...jemput makan 😋
Yang ni toping nestum...
Yang ni toping milo...


Anak-anak serbu dulu bila dah siap disejukkan..sekejap ja depa makan tak dan nak simpan stok sebab sedap sangat cheesekut mama buat ni 🤭
Alhamdulillah...

Jumaat, 25 Januari 2019

Gulai Ikan Kering Talang Tumis Darat Paling Simple

Januari 25, 2019 1 Comments
Assalammualaikum dan salam penuh kasih sayang buat pembaca blog Linda Sempoi...

Terima kasih kerana masih setia dan sudi membaca blog Linda Sempoi yang sememangnya paling sempoi ni..😅
Baru-baru ni Linda cuba masak gulai ikan kering macam mana yang arwah mak Linda masak dulu. Sebelum ni Linda pernah masak tapi tak berapa nak jadi tapi yang kali ni  Linda masak menjadi pulak. Sedap pulak tu..🤭🤭🤭

Anak-anak pun puji katanya mama masak gulai ni sedap. Depa makan nasi pun tambah berkali-kali. Memang anak-anak tak tipu la kan. Cik suami pun kata sedap dan lain dari yang Linda masak sebelum ni. Hehe

Haa, nak tau macam mana Linda masak gulai ikan kering ni ... jom tengok apa bahan yang Linda guna dan macam mana caranya Linda masak...

Bahan-bahannya:

10 - 12 keping ikan kering talang (campur isi dan tulangnya).
Terung bulat 1 biji sederhana.
Ubi kentang 2 biji.
Rempah kari ikan (apa2 brand pun tak pa tp Linda guna rempah Baba's + cap 'O' ).
Air asam jawa.
Santan (1 cawan).
Garam (kalau perlu, rasa dulu kalau tak cukup masin, baru tambahkan).
Sedikit perisa ( kalau suka).

Bahan untuk menumis:

Bawang putih, bawang merah dan bawang besaq.
Halba campur.
Daun kari.
Minyak untuk menumis.

Cara penyediaannya:

Bersihkan kepingan ikan talang masin dan rendam selama 1/2 jam untuk mengurangkan rasa masin.  Kemudian dibersihkan.

Masukkan ikan kering talang di dalam periuk bersama-sama dengan serbuk rempah kari ikan. Masak atas dapur hingga rempah kari benar-benar masak dan sebati dengan ikan kering tadi. Bila dah mendidih masukkan air asam jawa dan biarkan ia mendidih lagi. 

Kemudian masukkan ubi kentang. Bila ubi kentang 1/2 empuk, masukkan terung bulat. Biarkan terung lembut, kemudian masukkan santan. Biarkan ia mendidih dan kemudian tutup api. Linda tak guna banyak bahan lain macam cabai muda, nanas atau kacang panjang tapi kalau hangpa suka boleh ja campuq semua bahan tu. 

Lepas tu, sediakan kuali untuk menumis pulak. Panaskan minyak masak. Setelah minyak panas, masukkan bahan-bahan untuk menumis seperti bawang putih, bawang merah, bawang besaq, daun kari dan juga halba campuq tadi dalam kuali. Goreng sehingga bahan-bahan tersebut agak kekuningan dan garing. 

Kemudian tuangkan bahan-bahan tersebut bersama minyak tumisan di dalam periuk kari tadi.  Tutup periuk cepat-cepat supaya aroma tumisannya tidak hilang.  Lepas tu, kacau bagi sebati dah boleh hidang.

Simple n sempoi ja kan bahan dan cara masak gulai ni. Kalau nak lagi sedap tambah lagi menu penyedap macam sambal belacan + ulam, ikan goreng garing, teluq dadar ka...perghhhhhhh, memang terangkat..

Selamat Mencuba...😉


Selasa, 22 Januari 2019

Resepi Cekodok Pisang Terlajak Best...

Januari 22, 2019 1 Comments
Assalammualaikum dan salam sayang buat semua pembaca setia blog Linda... Alhamdulillah masih diberi nafas untuk sedut udara yang dah kurang nyaman dibumi Allah ni...hehe, ni sat lagi lari tajuk pulak 😅

Kali ni, Linda cuma nak share resepi buat cekodok pisang atau dikenali jugak sebagai jemput-jemput pisang..

Linda sekeluarga memang suka makan cekodok pisang ni tau... macam yang penah Linda tulis dalam blog sebelum ni...#cekodok lambang kepuasan, jom tengok bahan-bahan cekodok pisang ni dan cara buatnya...😁

Memang senang ja buat cokodok ni tapi kalau salah bancuhannya tak menjadi jugak... mungkin akan jadi leper, tak bulat2 macam yang Linda buat ni ...

BAHAN-BAHANNYA :-)

8-10 biji pisang emas/ berangan ( kalau nak rasa pisang lebihkan pisang)

1 camca besar gula perang @ 1/3 camca besar gula halus ( kalau tak suka manis kurangkan sukatan gula)

1 cawan tepung gandum (tak kisah tepung apapun,janji tepung bukan bedak)😂🤣😂

Secubit garam halus (untuk naikkan rasa lemak)

Minyak untuk menggoreng

CARA MEMBUATNYA :-)

Buang dulu kulit pisang. Dalam satu mangkuk, masukkan pisang yang dibuang kulitnya tadi. Lenyek pisang tu bersama gula dan garam hingga hancur. Masukkan tepung dan gaul rata hingga sebati. Biarkan dalam 30 minit sebelum menggoreng.

Panaskan minyak pada tahap kepanasan sederhana. Basahkan hujung jari dengan sedikit air, jemput kan adunan pisang tadi ke dalam minyak panas. Tujuan basahkan jari dengan air supaya adunan pisang ni tak melekat pada jari masa kita jemput masuk ke dalam kuali. 

Goreng hingga kuning keemasan pada seluruh bahagian cekodok. Angkat dan toskan. Letak atas paper towel dan biar minyak terserap. Hidangkan bersama kopi atau teh...



Untuk pengetahuan hangpa, Linda tak guna dan tak pernah guna atau masukkan serbuk penaik dalam cokodok Linda ni...Linda hanya bancuh adunan ni macam yang Linda share kat atas ni tapi masih bulat dan elok kejadiannya...
Cara menggoreng cokodok...😅

Selamat Mencuba...😊

Lepas ni Linda share resepi cekodok labu pulak erk, caranya macam sama ja tapi lain sikit tau..


Jumaat, 18 Januari 2019

Cokodok Lambang Kepuasan

Januari 18, 2019 1 Comments
Assalammualaikum dan salam sayang semua|  Hehe...lawak tak tajuk tu..!?! Lambang kepuasan tu yang tak tahan tu...🤭

Sapa suka makan cokodok? Kita geng ok.. Kat rumah linda pantang ada tepung akan jadi cokodok. Tak kira cekodok pisang, cekodok labu, cekodok bawang, cokodok udang atau cekodok bodo2...😅(ni fav ank2 linda).


Cokodok bodo2 tu cuma tepung, gula, garam dan air untuk bancuhan. Kalau linda lebih suka letak bawang sekali. Baru sedap sikit rasa dan baunya. Tapi, sebab anak-anak tak suka bawang, jadi tak letak. Tu namanya cokodok bodo...😅

Kalau ada pisang, lagi laju cokodok tu habis. Kena pulak kalau kalor hitam gelap skit bila goreng. Haa...berebut jadinya.
Kekadang sampai linda dah malas nak beli pisang. Kita beli nak suruh anak-anak makan buat pencuci mulut, tapi depa suh kita buat cokodok pulak...tapi sebab depa dah suka, layan je la.

Disebabkan cokodok ni la, anak-anak tak kisah kalau mama dia tak buat kuih yang lain. Kadang-kadang teringin nak makan kuih lain selain cokodok ni. Apapun janji anak-anak happy dan satu kepuasan buat linda bila tengok anak-anak laju ja makan cokodok mama ni...

Alhamdulillah, anak-anak tak banyak kerenah...aamiin

Nampaknya petang ni menu kami cokodok bodo2 lagi laaa.....😁

TENTANG PISANG...🍌

Manfaat buah pisang kaya dengan kandungan vitamin dan mineralnya yang penting. Seperti vitamin C, vitamin B kompleks, kalium, kalsium, fosfor, zat besi, dan magnesium. Bagus kalau selalu kita makan pisang.

Kulit pisang ni pulak boleh kita wat tonyoh kat muka supaya muka kita lembap, bersih dan segar. Kalau hangpa tak percaya boleh cuba dan tengok kesannya...sangat segar!!!

Banyak lagi sebenarnya tentang pisang ni, nanti la Linda cerita dalam blog akan datang erk...cerita pasai pisang ja kan... kalau panjang-panjang tulis pun sat lagi hangpa tak habis baca 😅😂😅

Jumpa lagi tau....😍😍😍
In shaa Allah, aamiin.

Khamis, 17 Januari 2019

Min Kaffe Menjadi Pilihan Hati Linda...😘😘😘

Januari 17, 2019 1 Comments
Assalammualaikum dan salam kasih sayang buat  semua pembaca blog Linda Sempoi ...

Kali ni Linda nak share tentang sejenis minuman yang banyak khasiatnya iaitu Min Kaffe.. Linda dah amalkan dan Linda dah dapat rasai perbezaan sebelum dan selepas Linda mengamalkannya...


Setiap pagi sebelum keluaq rumah untuk hantaq anak-anak ke sekolah dan meneruskan perjalanan Linda ke Ofis, Linda akan minum dulu secawan Min Kaffe...sekarang ni dah ada pembancuh Min Kaffe untuk Linda...(anak Linda la) 🤭🤭🤭

#bukan nak review produk erk...😂🤣😂

Cuma nak bantu hangpa yang ada masalah macam Linda sebelum ni..

Sebelum tu pernah tak hangpa dengaq pasal Min Kaffe ni...? Min Kaffe ni adalah minuman jenis kopi yang di campur dengan garam buloh. Selalunya kopi ni orang bancuh ngan gula kan tapi yang ni lain sikit. Sebabnya banyak manfaat dan khasiat yang terdapat dalam Min Kaffe ni...

Ni bukan produk untuk kuruskan badan tau tapi sejenis minuman untuk kesihatan badan kita yang merangkumi banyak manfaatnya.

Sebenarnya Linda pun baru ja cuba minum Min Kaffe ni, baru nak masuk kotak yang kedua tapi Linda dah dapat rasai perubahan yang amat ketara. Dulu Linda selalu jugak sakit kepala sebab Linda ni ada migrain tapi bila Linda dah mula amalkan minum Min Kaffe ni kepala Linda dah kurang rasa sakit... Masalah sakit kepala Linda makin lama makin kurang dah sekarang ni..

Kalau hangpa nak tau, Linda juga ada masalah kolestrol yang agak tinggi sehingga Doktor pun tak percaya yang Linda ada kolestrol memandangkan badan Linda tidaklah besar sangat. Selalunya orang yang berbadan besar ja yang ada masalah kolestrol ni. Tapi zaman sekarang ni dah tak kira besar atau kecil, gemuk atau kurus, dewasa atau kanak-kanak semua dah ada kolestrol. Cuma kita perlu berhati-hati dalam memilih menu makanan kita. 

Sekarang ni masalah kolestrol Linda juga makin berkurangan jadi Linda tak perlulah nak amek ubat untuk kolestrol. Kalau boleh tu kita jangan ajaq badan kita ni amalkan ubat-ubat dari hospital ni kalau kita masih mampu untuk mengelaknya.

Muka Linda yang sebelum ni selalu naik  jerawat-jerawat galak tu pun dah lama tak naik...Alhamdulillah, syukur sangat-sangat... sekarang ni Linda nak bagi maintain berat badan Linda pulak...😉 boleh ka... 🤭

Memang,  lepas Linda minum Min Kaffe ni sebelum pergi kerja, Linda akan rasa kenyang sampai ke petang. Kalau nak makan pun Linda hanya mampu makan sikit ja...kata orang yang nak diet tu 'suku-suku separuh' 😅 tu pun dah terasa kenyang yakmat!!!...

Dah tak payah nak ambil ubat kurus ka apa cuma perlu amalkan minum Min Kaffe ni ja setiap pagi..kalau rajin nak pi jogging pun boleh untuk mantapkan stamina badan kita supaya tak nampak 'laih' kata orang kedah...😁

In shaa Allah, Linda akan lebih istiqhomah untuk terus amalkan Min Kaffe ni demi  untuk kesihatan tubuh badan Linda agar lebih sihat, cerdas serta cergas luar dan dalam..

Selain dari itu badan Linda lebih rasa bersemangat dan bertenaga selepas mengamalkan Min Kaffe ni... serius Linda tak tipu..kalau hangpa tak percaya apa yang Linda bagi tau ni, hangpa kena cuba dulu...

Antara khasiat Min Kaffe ni yang perlu hangpa tau ialah seperti kat bawah ni...👇👇👇

💪🏻Apa keistimewaan Min Kaffe sehingga stok kopi selalu 'SOLD OUT'  ... ini lah sebabnya

✔ANTIPENUAAN - agen antioksida yang baik...😊

✔MENGAWAL PH BADAN, boleh menuetralkan toksin berasid dengan cepat seperti asid urik,gula dalam darah,kolestrol dan lain-lain...😊

✔MEMBAIKI MASALAH SISTEM PENGHADAMAN seperti gastrik, ulser perut, masalah usus,buasir sembelit, juga sebagai diet yang ekonomi...😊

✔Melegakan masalah ALAHAN, pigmentasi dan lain-lain masalah kulit...😊

✔Memberi TENAGA dan juga kualiti KESIHATAN YANG BAIK kepada badan...😊


Min Kaffe ni juga sangat baik dan sangat sesuai untuk diamalkan oleh mereka yang seperti di bawah ni 👇

🏹 Ibu mengandung
🏹 Orang hb rendah
🏹 Orang yang sering nak pitam
🏹 Pengantin baru
🏹 Orang yang nak diet yang sihat
🏹 Coffee lover
🏹 Untuk kaum2 kencing manis
🏹 Orang yang cepat lesu

Linda ada jual Min Kaffe ni, kalau hangpa nak boleh wasap or call Linda kat no bawah ni tau...stok cepat habis tau!!!

#LindaminumaLindajual

www.wasap.my/60122946281 KopiGaramBuluh

Ahad, 13 Januari 2019

Kenangan Terindah 2018

Januari 13, 2019 1 Comments
Assalammualaikum dan salam penuh kasih sayang buat semua pembaca blog Linda Sempoi...

Sekejap ja kan masa berlalu. Dah sampai ke penghujung tahun 2018. Akan bertambah lagi usia kita menjelang tahun baru ini. Bila-bila masa kita akan dijemput untuk menghadapnya.. semoga kita pergi di dalam keadaan yang beriman dan bertakwa kepadanya. 
.
Terlalu banyak kenangan samada suka duka, pahit manis, susah senang diharungi dengan penuh kesabaran dan ketabahan. Baik dari segi kerjaya, kehidupan dan juga  dalam dunia blogger. 

Alhamdulillah, bagi Linda sekeluarga semua yang kami lalui sepanjang tahun 2018 memberi seribu makna dan meninggalkan pengalaman dan kenangan yang tak akan kami lupakan.

Semoga Allah swt panjangkan umur Linda sekeluarga dan diberi kesihatan yang baik dan berpanjangan. Dimurahkan rezeki Linda,suami  dan anak-anak.

Maafkan segala salah dan silap Linda samada secara disedari mahupun tidak. Halalkan segala yang terlebih dan terkurang. Sememangnya Linda adalah manusia biasa yang tidak lepas dari melakukan kesalahan dan juga kesilapan.

Kita hanya mampu merancang tetapi percayalah bahawa perancangan Allah swt itu adalah yang lebih baik. Kita hanya minta apa yang kita nak tapi dia akan bagi apa yang kita perlu. Tak usahlah kita pertikaian pada setiap pemberian daripadanya. 

Dengan kedatangan tahun baru ini akan memberi sinar yang lebih gemilang dan mengajar kita erti kehidupan sebenar. Semoga Linda lebih istiqamah dalam melakukan ibadah kepadanya, aamiin.

Untuk anak-anak Linda, semoga kalian membesar dengan sihat dan berjaya di dunia dan di akhirat. Teruskan usaha untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang lagi di dalam pelajaran dan juga di dalam bidang yang diceburi..

Mungkin selepas ini, blog Linda akan banyak berkisahkan tentang kehidupan Linda, anak-anak dan keluarga...kalau ada rezeki yang diberi oleh rakan-rakan blog atau mana-mana PR untuk Linda buat review, In shaa Allah Linda akan buat juga...

Salam sayang penuh kerinduan buat semua ...😘😘😘

Jumpa lagi di tahun 2019...
In shaa Allah, aamiin