Follow Us @soratemplates

Khamis, 26 April 2018

Jom kita pi pekena shell out kat Just Seafood

Assalamualaikum & salam sayang ...😘

Just Seafood Sunway Giza
Hangpa nak tau dak, ... Baru-baru ni Linda dan beberapa rakan blogger telah dijemput oleh owner Restoran Just Seafood untuk menikmati hidangan yang telah disediakan sempena menyambut hari kelahiran beliau...syukur dan terima kasih sangat kepada kak Ana, Achik dan tuan empunya restoran Mr Terence Ham di atas jemputan ni...bab makan susah nak tolak ..kannnn 😁 Linda pun bawak la anak linda 2 orang ni sebab sorang ada kat asrama dan yang lagi sorang tuisyen kat sekolah..

Kalau hangpa nak tau 'Just Seafood' telah mula beroperasi sejak tahun 2014 lagi dan restoran ini dimiliki oleh Mr Terence Ham. Ia menggunakan konsep 'Shell Out' dimana hidangannya hanya  dilambakkan di atas meja dengan beralaskan kertas minyak berwarna putih... 
Memang sedapppp makan kat sini...Jommmm
'The Original Cajun Style'
'The Original Cajun Style'
'The Original Cajun Style'
'The Original Cajun Style'
Alhamdulillah....dah licin dah!
Tengok tu anak-anak Linda makan sampai licin...tinggal kulit ketam ja, hehehe 😁
Ayaq pun tak kurang sedapnya....panas-panas ni basahkan tekak dengan ice lemon tea, lime bubbles dan grape bubbles .....pergghhhh, merecikkk!


Hangpa jangan ragu-ragu atau risau sebab hidangan kat sini adalah dijamin HALAL dan boleh dikatakan hampir 40% pelanggan di sini adalah terdiri daripada orang Melayu.

Apa yang menarik di Just Seafood ni ialah bila hangpa dihidangkan dengan nasi lemak  Cajun yang mewah dengan sambal makanan laut seperti ketam, udang, kepah, kerang, lala dan jagung dengan harga yang memang berbaloi. Boleh jugak kalau hangpa nak tambah petai ka,  broccoli ka...pun boleh..cuma perlu request kat staff depa. 

Hangpa boleh cuba makan 'Golden Salted Egg Sauce Seafood'. Memang sedap sangat tau! Sangat sesuai untuk hangpa yang tak berapa suka makan pedas atau memang hangpa tak suka pedas.
'Golden Salted Egg Sauce Seafood'
'Golden Salted Egg Sauce Seafood'
'Golden Salted Egg Sauce Seafood'
Kalau hangpa tak mau makan nasi lemak,  ada pelbagai lagi menu yang ada di Restoran Just Seafood ni. Antaranya spaghetti, nasi goreng dan bermacam hidangan lain. Untuk shellout pulak ada pelbagai sos tapi yang paling best sekali tentulah perasa yang terbaru ni......sat lagi Linda cita kat bawah ni!

Lagi satu nak bagitau, kat Just Seafood ni jugak ada roti goreng yang digoreng rangup yang diberi nama 'Deep Fried Man Tou'...Roti ni hangpa boleh cicah dengan sos 'Golden Salted Egg Sauce Seafood'...sedappp sampai licin pinggan hangpa nanti.
  
'Deep Fried Man Tou'
Haaaa.....bukan itu sahaja, kat Just Seafood ni jugak turut memperkenalkan menu terbaru mereka iaitu 'Creamy Durian Sauce Seafood...
Hidangan makanan laut bersama dengan sos terbaru berperisa durian, kini hangpa boleh dapati di Just Seafood mulai 15 April 2018.

Rasa heran tak makan makanan laut dengan sos berperisa durian? Ini adalah betoi-betoi...Tapi hangpa tok sah risau, hangpa makan ni tak sama rasa macam makan gulai tempoyak atau sayur lemak tempoyak tau!...Hidangan yang ni lagi sedap dan berbaloi untuk hangpa rasa. Sangat rugi kalau hangpa tak try menu ni, tempat lain tak jumpa punya...
'Creamy Durian Sauce Seafood ' 
'Creamy Durian Sauce Seafood '
Last sekali boleh la hangpa order dessert pulak, sedap jugak rasa dia...'Coconut Ice Cream'....hangpa tengok nampak sedap dakk!....😋
'Coconut Ice Cream'
'Coconut Ice Cream'
Jom la kita bawak anak-anak, adik-beradik kita, kawan-kawan kita ka pi makan kat Just Seafood ni..gerenti tak menyesal punya la....😍
Seriously makan kat Just Seafood ni sangat  sedap dan sangat berbaloi dengan harganya. Makanan lautnya sangat fresh dan yang paling penting sangat sedap semuanya. Memang Linda sangat-sangat recommended kat hangpa semua. Kalau hampa nak pi boleh la hubungi atau terus ja pi kat:~


Just Seafood
A-9-G, Sunway Giza Mall, Jalan PJU 5/14, Dataran Sunway, Kota Damansara,
47810, Petaling Jaya, Malaysia.

Masa Operasi : 12pm- 10.30pm (Isnin – Ahad)
No. Tel : 012-2290855 (Reservation)

Laman Sosial : Facebook Just Seafood | Instagram Just Seafood

Tiada ulasan:

Catat Ulasan