Follow Us @soratemplates

Isnin, 7 Mei 2018

Pilihan Memikat Selera ~ RIVERSIDE PWTC

Assalamualaikum & salam sayang ...😘

Riverside Cafe▪ Restaurant▪Lounge
Riverside Cafe▪ Restaurant▪Lounge
Alhamdulillah, dapat kita bersua lagi dalam blog linda sempoi...😊kali ni linda nak ajak hangpa  semuaaaa ni pi PWTC..... Bukan nak pi join persidangan UMNO atau nak pi MATTA FAIR tapi linda nak ajak hangpa pi makan kat restoran dalam PWTC ni yang di beri nama Riverside Cafe; Restaurant ;Lounge. Restoran ni berada di dalam bangunan PWTC tau!

Memandangkan tak lama lagi dah nak masuk bulan Ramadhan, Linda dan rakan-rakan blogger serta para media dijemput untuk menghadiri Majlis Review Bufet Selera Ramadhan di Riverside yang berkonsepkan Pasar Malam. 


Kambing Bakar
Kambing Bakar
PWTC dengan kerjasama Restoran Riverside hari ini memperkenalkan bufet 'Selera Ramadhan di PWTC' yang menawarkan lebih 300 juadah makanan termasuk 24 buah gerai makanan berkonsepkan pasar malam berempena dengan majlis ulasan media di Restoran Riverside, PWTC. 

Harga Bufet 'SELERA RAMADHAN' dan Pembelian Baucer Diskaun Sehingga 16 Mei 2018 

Bufet Ramadhan tersebut boleh ditempah mulai 17 Mei 2018 hingga 13 Jun 2018 di Legar Putra, PWTC. Harga bufet 'Selera Ramadhan' ini ialah RM88 bagi dewasa, RM75 bagi warga emasyang berusia 60 ke atas dan RM45 bagi kanak-kanak yang berumur 7 hingga 12 tahun. Selain itu, PWTC juga menawarkan pembelian baucar 'early-bird' dengan harga RM75 bagi pelanggan yang membeli sebelum 16 Mei 2018.


Minuman Sejuk dan Panas
Antara Deserts yang dihidangkan

 

Menyedari tentang selera Muslimin dan Muslimat yang lebih gemarkan makanan-makanan ringkas dan kepelbagaian yang ditawarkan di bazaar atau pasar malam setiap kali tibanya bulan puasa, PWTC mengambil pendekatan dengan menawarkan menu-menu khas pasar malam dengan keselesaan di dalam ruangan berhawa dingin. Dengan itu, hangpa tidak lagi perlu bersesak dan berpanas hanya untuk mendapatkan menu-menu tertentu pasar malam.

Malah, PWTC juga turut menyelitkan elemen-elemen pasar malam ke dalam hiasan gerai, pakaian pelayan dan chef selain cara makanan dihidangkan. Hangpa juga akan dihiburkan dengan alunan muzik dan nyanyian oleh Kumpulan  Picha-Picha Featuring Linda Eva sepanjang bulan Ramadhan ini.


Riverside Cafe▪ Restaurant▪Lounge
Riverside Cafe▪ Restaurant▪Lounge
Riverside Cafe▪ Restaurant▪Lounge
Riverside Cafe▪ Restaurant▪Lounge

Menu Pasar Malam di 24 Gerai Makanan Menjadi Pilihan Tetamu.

Antara menu-menu pasar malam yang ditawarkan di 24 gerai makanan Selera Ramadhan di PWTC termasuklah apam balik, char kuetiau, putu piring, nasi kerabu, nasi dagang, burger, roti john, aneka jenis kuih melayu, roti canai dan murtabak, pisang goreng, cempedak goreng, keropok lekor, cucur udang, cucur pisang, sate, yong tauhu, cakoi, tauhu bakar, rajak dan rojak buah serta air tebu dan air mata kucing. Selain menu pasar malam, pasukan Chef yang diketuai oleh Chef Eksekutif, En. Suzaini Mohamed Salih, juga menghidangkan pelbagai menu istimewa masakan ala kampung yang akan bertukar setiap hari. 

Nasi Kandaq
Nasi Kerabu
Nasi Goreng & Bihun Goreng
Lauk-pauk yang menyelerakan...
Sambal dan Ulam-ulaman
Selain itu, terdapat juga enam jenis keropak, tujuh jenis ikan masin, lapan jenis jeruk dan 12 jenis hidangan panas seperti ayam goreng sambal, udang gulai kuning dan pucuk ubi masak tempoyak. Hat ni memang kegemaran linda...yummyyy yummyyy 😋

Menu Pilihan Linda Sempoi ...😋

Satey Ayam dan Daging...
Pulut Kuning pun ada..
Riverside Cafe▪ Restaurant▪Lounge
Riverside Cafe▪ Restaurant▪Lounge

Riverside Cafe ▪ Restaurant ▪ Lounge
Hangpa juga boleh menikmati bufet dengan tenang sebab hangpa boleh menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah bersama Imam di Surau Ar-Rahman, Aras 3 di PWTC. Segala kelengkapan seperti telekung untuk kaum Muslimah dan sejadah turut disediakan.

Korporat Dan Persendirian Di PWTC

PWTC turut menawarkan pakej berbuka puasa persendirian dan korporat di Dewan Bankuasi dengan harga RM98 seorang untuk tempahan 100 orang ke atas. Manakala harga bagi tempahan minima 50 orang pula ialah RM115 seorang. Pakej persendirian dan korporat ini termasuk hidangan buffet, dewan khas untuk berbuka puasa, system audio, ruang khas solat serta kadar bayaran parkir tetap RM5.00 sekali masuk (bermula jam 6.00 petang)

Selain daripada itu, PWTC juga turut berbesar hati untuk kembali menganjurkan program "Mari Beramal Di Bulan Ramadhan" dengan membuat lawatan serta menghulurkan sumbangan berupa bekalan makanan dan wang tunai ke beberapa rumah penjagaan orang-orang tua dan rumah anak yatim yang terpilih sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. 


Kemudahan di PWTC

Jadi, Hangpa jangan dok risau kalau nak pi berbuka puasa kat sini sebab banyak kemudahan yang disediakan. Kalau hangpa nak naik kenderaan sendiri, banyak lot parkir bertingkat disediakan so jangan risau bab-bab parking susah. Dan kalau hangpa nak pi dengan menggunakan pengangkutan awam sebab tak mau hadap jem, hangpa boleh naik LRT atau Komuter...cuma kena jalan kaki sikit la, dan naik jejantas yang disediakan tu...😁

Kemudahan surau yang besar dan selesa juga disediakan. Siapa yang pernah datang atau biasa berkunjung ke PWTC ni mesti tau yang surau di PWTC ni sangat besar dan selesa.


Harga Buffet ‘Selera Ramadan’

Dewasa                                                                : RM88.00 nett

Warga Emas (60 tahun ke atas)                           : RM75.00 nett


Kanak-kanak (7-12 tahun)                                   : RM45.00 nett


Early Bird                                                            : RM75 nett bagi pelanggan yang membeli sebelum 16 Mei 2018


Untuk membuat tempahan atau pembelian baucer buffet Selera Ramadan @ PWTC, boleh terus ke kaunter tempahan di Aras 2, PWTC yang dibuka dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang atau boleh menghubungi Restoran Riverside :


Tel : 03-26146701/6702 atau 03-26146262

Website : www.pwtc.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan