Follow Us @soratemplates

Rabu, 11 April 2018

Dah tak perlu pakai minyak wangi dah...

Assalamualaikum dan salam sayang...😘

Harini linda nak share sikit tentang pewangi  badan yang linda gunakan. Sejak linda guna Safi Shower ni ramai yang tanya linda, "linda pakai perfume apa , wangi sangat baunya.." hehe, rasa malu pulak bila di tegur macam tu kan...kalau linda bagitau mesti hangpa tak percaya sat gi...

Linda tak pakai pun minyak wangi semenjak linda menggunakan Safi Shower ni. Inilah rahsianya....😁Bau Safi Shower ni sangat-sangat menyegarkan dan merasa sangat tenang sekali.  Linda dah jimatkan kos daripada membeli minyak wangi yang mahal-mahal. 



Memang minyak wangi adalah satu kemestian bagi setiap wanita samada di rumah mahupun ketika mahu melangkah keluar dari rumah.

Linda tak nafikan yang minyak wangi mampu untuk menambah keyakinan diri dan membuatkan orang sekeliling kita akan rasa lebih selesa. Paling penting ia mampu menghilangkan bau badan. Malah, berwangian-wangian, menjaga kebersihan diri merupakan salah satu sunnah nabi. Lebih-lebih lagi jika berwangi-wangian dirumah, bertujuan untuk keselesaan dan menyenangkan suami, pasti diberikan ganjaran pahala berlipat kali ganda.

Dengan adanya SAFI SHOWER  ni, masa mandi terasa sangat bermakna..linda suka Safi Shower yang berwarna hijau. Ianya sangat menenang dan menyegarkan sepanjang hari sambil membelai kulit agar lembut, licin dan lembap.

'Serai Lime Splash'
~dengan gabungan ramuan segar- serai dan limau purut yang bukan sahaja bertindak sebagai bahan anti- bakteria sumulajadi, tetapi mampu menenang dan melembutkan tekstur kulit. Merupakan satu percikan pada kulit bagaikan satu tamparan manja yang menyegarkan dan mampu membangkitkan setiap deria kita!


Antara tips untuk mewangikan badan tanpa perlu memakai minyak wangi adalah seperti: 

 ~ Mandilah sekurang-kurangnya dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam sebelum tidur atau lebih kerap lebih bagus dengan Safi Shower. Ini kerana kotoran dan peluh melekat pada badan dan boleh menyebabkan bau badan. Sebelum mandi boleh juga rendam kaki dengan air suam yang ditaburi garam untuk menghilangkan bau badan dan bau kaki.

 ~Minum air mineral atau air masak sekurangnya 6-7 gelas sehari untuk dapatkan aliran darah yang lancar kerana ia dapat jaga kebersihan tubuh dan kekal bau badan biasa. Ia membuatkan badan cukup hidrasi, mulut tidak kering dan berbau.

Ini lah saja tip daripada linda....kalau ada lagi nanti linda share lagi yer 😍

1 ulasan: