Follow Us @soratemplates

Selasa, 15 Oktober 2019

Sambal Sotong Kasih Sayang

Oktober 15, 2019 3 Comments
Assalammualaikum dan salam ceria buat sahabat pembaca blog Linda semua..

Tiba-tiba harini teringin nak makan sambal sotong pulak. Balik kerja terus singgah kedai acheh dekat rumah tu beli sotong. Beli sotong pun tak banyak, cukup untuk sekali makan ja. Sambal sotong ni memang menu kegemaran Linda sekeluarga.

Sebelum tu tanya jugak anak-anak depa nak makan apa dinner malam ni, semua ok ja bila mama dia kata nak wat sambal sotong lepas tu goreng teluq dadar ja buat kawan dia... perghhhhh mesti makan bertambah-tambah malam ni sebab dapat makan sambal sotong kasih sayang...😘

Okey jom nak share resepi Sambal Sotong Kasih Sayang ...😍

Bahan-Bahan:

500 gram sotong 
1 batang serai, diketuk
1 labu bawang besar, hiris nipis
2 senduk minyak masak
1 sudu besar sos tiram
1/2 cawan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa


Bahan untuk cili kisar:

15-18 biji cili kering, dipotong, buang biji dan rebus
3 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
Bawang yg belum dikupas kulit πŸ˜…
Cara-cara:

Bersihkan sotong dan potong bulat. Ketepikan.

Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga kekuningan dan berbau wangi. Masukkan cili kisar dan masak di atas api sederhana sehingga pecah minyak. Kacau sambal supaya bahagian bawah tidak berkerak dan hangit.

Masukkan sotong, sos tiram, dan air asam jawa. Kacau dan biarkan sehingga sotong masak. Apabila kuah sudah menjadi pekat, perasakan dengan gula dan garam secukupnya.

Dah siap, boleh masukkan dalam pinggan dan hidangkan. Senduk nasi panas-panas boleh makan anak-beranak...πŸ˜‹ 

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera..πŸ‘Œ

P/S : Untuk nampak kuah sambal yang sedap pastikan cili kisar dimasak lama sehingga pecah minyak.

Isnin, 14 Oktober 2019

Pameran Seni Kanak-Kanak @ GMBB bertemakan "Every One Can Paint"

Oktober 14, 2019 1 Comments

Assalammualaikum dan salam ukhwah buat pembaca blog Linda...

Sekarang ini sedang berlangsung Pameran Seni Kanak-kanak 2019 @ GMBB Kuala Lumpur yang telah memberi peluang kepada kanak-kanak dan pencinta seni bertemakan "Semua Orang Boleh Lukis". Secara rasminya pameran ini telah mempamerkan lebih daripada 354 karya seni dari kanak-kanak, belia dan pakar-pakar keperluan khas Kuala Lumpur yang berlangsung pada hari Sabtu,  12 Oktober 2019 yang lepas.

GMBB ingin meneruskan usaha kreatifnya dengan seni sebagai pusat yang pertama di Malaysia secara rasminya membuka pintu kepada semua orang supaya  boleh mempamerkan Pameran Seni Kanak-Kanak 2019 di pameran seni kanak-kanak yang pertama di Malaysia, yang bermula pada 11 hingga 20 Oktober 2019.  Pesta yang dimenangi orang ramai dengan penyertaan dari anak-anak yang berbakat dan ingin tahu seawal umur 3 hingga 19 tahun.  

Kids Art Fair mempamerkan lebih daripada 354 karya seni dari 148 kanak-kanak, belia dan kumpulan keperluan khas yang meliputi beberapa bidang seni seperti lukisan minyak, akrilik, warna air, lukisan pensil, pemasangan bercampur dan seni bercampur yang diperbuat daripada bahan kitar semula. 

Mereka yang mengambil bahagian dalam pameran ini adalah daripada Seni Art Artistik Art, Taman Antarabangsa School, Phillip Wong Atelier & Gallery, Simple Art Studio (Ipoh), Studio Rumah Kotak dan Yuk Choy High School Ipoh.  Terdapat 11 solo dan 21 peserta pameran yang memikat hati para tetamu dan pelawat sepanjang program secara percuma yang berlangsung selama  9-hari.

"Tidak ada keraguan bahawa kesenian itu menyeronokkan, terutamanya untuk kanak-kanak. Menyelam ke dalam cat jari dan membuat gambar yang cantik untuk digantung di dalam peti sejuk adalah hebat dan pengalaman yang tidak dapat dielakkan pada tahap asas, "kata Phillip Wong, Pengarah Artistik dan Kurator Anak-anak Art Fair 2019. 

Kajian telah menunjukkan bahawa seni mempunyai banyak kesan kepada anak-anak dalam pembelajaran dan pembangunan kehidupan mereka. Seni dapat meningkatkan kemahiran motor dan motor halus, membina keyakinan batin, mendorong pemikiran kreatif, kemahiran membuat keputusan, kuasa fokus, akauntabiliti dan pembelajaran visual antara lain.  

"Walaupun kami mempamerkan seni dan memupuk kreativiti pada usia muda, sangat penting untuk kita mendidik mereka untuk bersahabat dengan alam sekitar. Kami cuba sedar tentang bumi ibu dan memberikan contoh yang baik kepada generasi ini.  pemasangan untuk Kids Art Fair 2019 terdiri daripada 100% bahan kitar semula, "tambah Phillip.

Lim Ying Hui, Penolong Pengurus Besar GMBB Kuala Lumpur dalam ucapannya berkata, "Ini adalah visi kami untuk menjadi pusat kreatif pertama yang memberikan pengalaman holistik kepada para pengguna untuk memenuhi keperluan industri kreatif Malaysia melalui program-program seperti Pameran Seni Kanak-kanak  2019. Kami sangat berpuas hati dengan konsep pameran yang dibawa oleh Phillip yang akan mengumpulkan ramai artis muda untuk mempamerkan karya dan minat mereka, saya dapat melihat banyak dari mereka mempunyai bakat dan potensi yang besar.

"Malaysia adalah negara yang penuh  dengan bakat tetapi pada masa ini mungkin kekurangan saluran yang disokong untuk mempamerkan potensi mereka.  Saya yakin bahawa Kids Art Fair 2019 boleh membuka jalan untuk memberi tenaga dan memperkasakan adegan seni muda dan pada masa yang sama menjadi platform untuk menunjukkan penghargaan kepada mereka yang kreatif, "tambahnya. 

Orang ramai dialu-alukan untuk melawat Kids Art Fair dari 11  hingga 20  Oktober 2019 pada tingkat 3 GMBB.


Pertunjukan seni ini akan diadakan secara langsung pada 13 Oktober hingga 19 Oktober 2019 dan pada 18 Oktober di tingkat 4 GMBB Kuala Lumpur pula adalah Daun Pisang: Sambutan Seni & Budaya India Malaysia.  


Mengenai GMBB

GMBB adalah pusat gaya hidup kreatif yang berada di tengah-tengah kawasan budaya KL. Ia berpengalaman dengan pengalaman sosial dan budaya yang bermakna di sekitar fesyen, hobi, F & B, seni halus, dan seni persembahan.


Bagi para usahawan, pengamal kreatif dan permulaan yang unik, GMBB adalah tempat untuk mereka mengambil peluang kerjaya ke peringkat seterusnya melalui kerjasama, reka bentuk produk, teknologi kreatif, dan penglibatan dengan pembeli.  Bagi pembeli, ia adalah tempat untuk menemui kerja-kerja asal dan trend artistik, di mana selalu ada perspektif yang unik, produk yang menarik, atau pengalaman pembukaan mata yang akan ditemui.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Kids Art Fair 2019 dan aktiviti terkini di GMBB, 
sila layari : 

Facebook (https://www.facebook.com/gmbb.kl/) 
Instagram (https://www.instagram.com/gmbb.kl /)

Isnin, 7 Oktober 2019

Jom Makan Asam Pedas ATOK di Sg Sembilang...

Oktober 07, 2019 7 Comments


Assalamualaikum dan salam ukhwah buat semua...

"Jom Makan Asam Pedas Atok Kuala Selangor.."

Itu la permintaan anak-anak kesayangan Linda baru-baru ni. So, cik suami pun tanpa cakap banyak bersetuju nak bawa kami anak beranak ke Asam Pedas Atok dengan syarat balik nanti tolong papa siapkan barang-barang untuk niaga petang tu...semua setuju nak tolong πŸ˜…

Lepas solat zohor kami pun bersiap. Dalam pukul 2 lebih jugak la baru keluar rumah. Masa nak ke Asam Pedas Atok dari rumah ambil masa dalam 20 minit ja ikut jalan Puncak Alam melalui Jalan Bukit Kuching. 

Nasib baik ada jalan pintas, so tak payah la nak ikut jalan jauh sana nu.. perut masing-masing dah berkeroncong sebab pagi tu Linda buat sarapan simple ja. 

Lagipun dah lama kami sekeluarga tak pi pekana Asam Pedas Atok ni..semua tak sabaq  dah nak pekena Asam Pedas Atok yang super sedap tu. Ternampak la wajah keriangan anak-anak masa dalam kereta otw nak ke sana tu.

Asam Pedas Atok ni terketak di Sungai Sembilang berdekatan dengan Petronas Sg Sembilang. Bestnya Asam Pedas Atok Sungai Sembilang ni, menyediakan set masakan asam pedas pelbagai jenis ikan. Ada kembung, sembilang, cencaru, pari dan macam macam lagi. 

Kali ni, Linda order ikan sembilang, cik suami pulak order teluq sembilang dan anak-anak Linda order ikan cencaru asam pedas. Anak-anak nak makan ikan pari tapi dah habis pulak...😭 iya la, dah jam berapa kami sampai..kalau hangpa nak pi, kena la pi awai-awai sebelum lauk kegemaran hangpa habis, nanti kempunan pulak datang jauh-jauh..kami selalu repeat makan sini jadi tak la frust sangat πŸ˜ƒ
Selain tu nasi goreng seafood, nasi goreng sotong dan nasi goreng udang pun ada. Linda tak pernah cuba lagi nasi goreng kat sini sebab lebih tertarik dengan Asam Pedas lagi....πŸ˜‹

Ikan semua fresh-fresh. Atok akan ambil ikan daripada nelayan-nelayan yang baru sampai dari laut tapi kalau ikan tak ada Atok tutup kedai. Atok tak beli ikan kat pasar-pasar atau di pasir penambang tu. Hangpa perasan kan ada jeti kat sebelah tu, dari situ la Atok ambil ikan..

Lagi satu Linda nak bagi tau.. kat sana ada Kolam Pacing berhadapan dengan kedai makan Asam Pedas Atok ni. Siapa kaki pancing boleh bawak joran sekali. Kolam ni kolam ikan air masin tau, ada ikan jenahak, ikan siakap, kaci dan jugak bawal emas tapi bawal emas ni tak banyak sangat...

Macam mana Linda tau, ni la kolam tempat cik suami Linda selalu mancing. Sejak buka stall burger n bawa grab ni cik suami pun dah jarang sekali datang mancing kat sini..


Bagi yang nak merasai masakan asam pedas ni hangpa boleh la tanya pak cik google atau waze ja..πŸ˜…

Kat bawah ni alamat dan tempat Asam Pedas Atok..πŸ‘‡
Asam Pedas Sungai Sembilang
Kampung Dungun, 45800 Jeram, Selangor
012-976 7603

Selamat Menjamu Selera...πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

#asampedasatok 
#bukanreview 
#cumanakshare #asampedassedap

Rabu, 2 Oktober 2019

DR. BEAU VITAMIN E 100% SEMULAJADI

Oktober 02, 2019 8 Comments

  ~DR. BEAU  VITAMIN E 100% SEMULAJADI~

Assalammualaikum dan salam sayang buat  semua pembaca blog Linda Sempoi..😍

Kulit muka sering menjadi masalah bila setiap kali kita tersalah pilih atau membeli produk untuk kecantikkan. Tapi, kalau nak kulit yang cantik perlukan kesabaran. Kini, dengan adanya Dr. Beau Serum ia tidak menjadi masalah lagi. Produk yang 100% menggunakan bahan semulajadi  dengan kelulusan KKM yang kita tak perlu risau lagi tentang penggunaannya.

Dr. Beau adalah serum untuk  menjaga dan merawat kulit dalam masa 24 jam. Lelaki dan wanita yang mempunyai masalah kulit muka yang sensitif atau normal wajib untuk memakainya. Dr. Beau Serum membantu  dalam menyelesaikan masalah seperti kulit kusam, jerawat kronik, jeragat tebal, warna kulit tak sekata, penuaan kulit, kulit kering, berminyak, berjeragat serta pori terbuka.

5 BAHAN UTAMA Dr. Beau Serum...

1. Argan Oil mengawal lebihan minyak pada kulit dan bagus untuk kulit kering.

2. Roseship Oil - salah satu sumber terkaya vitamin E, A dan D, protein dan mineral.

3. Almond Oil - merawat set kulit mati dan menghilangkan kedut pada kulit muka.

4. Apricot Kernel Oilringan dan menyerap dengan cepat berfungsi sebagai pelembap yang baik terutamanya untuk kulit yang sensitif. Ianya kaya dengan vitamin A, C dan E yang melindungi kulit daripada tanda-tanda penuaan dan kerosakan daripada matahari.

5. Evening Primrose Oilmengandungi asid lemak Omega-3 yang sangat bagus untuk kulit sensitif dan ianya memastikan kulit sentiasa segar dan selesa.

SEMUA GABUNGAN HEBAT INI TERKANDUNG DALAM Dr. Beau Serum!!!

πŸ’– Sangat sesuai untuk wanita Asia

πŸ’– Meresap ke dalam kulit dengan pantas

πŸ’– Bau harum dan wangI semulajadi

πŸ’– Tidak melekit

πŸ’– Rasa segar dan nyaman

πŸ’– SesuaI untuk semua jenis kulit

CARA PENGGUNAANNYA...

Pastikan tangan hangpa di cuci bersih dulu. Selepas itu, bersihkan kulit muka hangpa sehingga betul-betul bersih dan lap kering.  Setelah kulit muka dah bersih dan kering, ambil soft gel Dr. Beau dan tarik hujung gel. Titiskan Dr. Beau di dahi, pipi, dan dagu dengan hujung jari hangpa. Sapu rata diseluruh wajah sehingga meresap ke dalam kulit muka terutama pada kawasan yang mempunyai garis-garis penuaan. Kalau nak jimat boleh gunakan separuh sahaja untuk pagi dan malam atau boleh habiskan terus..πŸ˜…

Setelah Dr. Beau diratakan, boleh la kalau hangpa nak pakai foundation atau sunblok, supaya hasilnya lebih berkesan. Dr. Beau sebaiknya disapu waktu pagi dan malam . Pada pagi, Dr. Beau berfungsi untuk menjaga kulit dari udara kotor sepanjang siang. Dan sebelah malamnya pula, ia berfungsi untuk merehatkan dan memulihkan kulit.

Nah! Linda belanja video cara nak guna Dr. Beau Serum ni...senang dan simple ja πŸ˜‰


KANDUNGAN/ ISIPADU
30 biji per botol.
100 gram
Simpan di tempat suhu kurang dari 27°C (Suhu bilik)

KESAN Dr.Beau Serum
 24 Jam - Jerawat kering 
   7 Hari  - Parut pudar 
21 Hari  -  Kulit sekata 

PANTANG PENGGUNAAN
Jangan skip penggunaan sehingga berkesan. Wajib cuci tangan dan muka sebelum sapuan Dr. Beau dilakukan...ingat ni tau !!! 😁

TESTIMONI SEBENAR DARIPADA PENGGUNA Dr. Beau Serum...

Ini adalah antara mereka berjaya merawat kulit  yang sensitif, jerawat dan jeragat semakin kurang, parut pun semakin pudar, kulit lebih cerah dan nampak lebih berseri dari biasa. Masalah kulit kering dah tak ada masalah lagi,  tona kulit makin sekata.

Ini adalah antara respon positif daripada pengguna apabila dah mencuba Dr Beau Serum. Ada banyak lagi testimoni menarik. 



Bukan biase-biase tau Dr. Beau Serum ni, Ia juga jadi pilihan utama artis/selebriti di Malaysia. Cuba tengok tu...😍 Artis/selebriti lelaki pun tak ketinggalan menggunakan Dr. Beau Serum ni..



TESTIMONI SEBENAR DARIPADA LINDA SENDIRI..😍

Alhamdulillah, selama hampir seminggu  Linda menggunakan Dr. Beau Serum ni kulit muka Linda nampak lebih lembap, bersih dan lebih cerah. Walaupun ia jenis yang berminyak tapi ia cepat meresap dan sangat selesa bila Linda menggunakannya. 

Baunya juga yang sangat wangi membuatkan Linda dah jatuh cinta dengan Dr. Beau Serum ni... sekarang Dr. Beau Serum adalah bff Linda... tq Dr. Beau kerana hadir dalam hidup Linda...😘 kecik-kecik cabai melaka tau...πŸ˜…



Untuk Maklumat Lanjut
Maklumat Syarikat

Teja Herbs (002215435 -D)

No. 16-1 Jalan Equine 10C, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

Website: www.drbeau.com.my 
Facebook Page: drbeau malaysia
Instagram: drbeau_official

Whatsapp: 0169633443

Selasa, 1 Oktober 2019

Ayam Kurma Simple...

Oktober 01, 2019 1 Comments
Assalammualaikum dan salam ukhwah buat pembaca blog Linda Sempoi...
Ayam Kurma Simple

Terima kasih kerana hangpa masih sudi mengunjungi blog Linda yang sempoi dan simple ni. Kali ni bukan Linda nak share tentang task yang Linda dapat untuk job #blogger Linda tapi Linda nak share menu yang Linda masak masa Linda MC minggu ni...nak tau MC sebab apa, haaaa baca kat bawah tu...πŸ˜…

Lagi pun minggu ni adalah minggu peperiksaan UPKK untuk My Princess Linda tu... boleh la bagi semangat sikit kat my princess tu untuk jawab soalan dengan tenang...yang hero lagi dua tu pun direhatkan untuk sekolah agama, jadi memang sentiasa lapaq la bila depa dok ada kat rumah. Dah kebetulan pulak Linda dapat MC oleh Doktor masa Linda excident baru-baru ni jadi Linda masak yang simple-simple jer la untuk anak-anak Linda makan...

..tapi mujuq la Linda tak teruk masa excident tu, cuma calar-calar kat bahagian lengan dan siku ja...jalan pun terhencot-hencot jugak la sebab terhempap motor...terasa sakit di sebelah kiri kanan n kaki...tu la kan malang tak ber bau...dalam dok hati- hati tu orang sondol kita juga..dah rezeki Allah bagi kat Linda masa tu, redha je la..moto pun Alhamdulillah ok...

Pendekkan cerita, lepas balik klinik buka peti ais tengok apa yang ada ja, nak keluaq pi kedai pun dah tak daya rasanya dah...biaq pun sakit tapi tetap gagahkan juga masak untuk anak-anak ni...

Linda tak ambik pulak pic untuk bahan-bahan dan cara masak ni tapi Linda yakin hangpa tau kan...yang dah pandai masak kurma tu dok diam-diam tau, kalau nak komen pun, komen la yang positif ja...😍

Bahan bahan:

1/2 ekor ayam - sz kecik
1 paket kecik rempah serbuk kurma 
1 gelas air
1 cawan santan
Sedikit minyak utk menumis
Sedikit bunga lawang, kayu manis n buah pelaga 
Daun kari
Sedikit air asam jawa
Secubit garam,gula atau secukup rasa

Bahan hiris:

3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih 
1 inci halia

Cara cara: 

~ Panaskan minyak dan tumis bahan hiris beserta bunga lawang, kayu manis n buah pelaga sehingga wangi dan kekuningan... ~ Masukkan rempah dan sedikit air supaya rempah tak melekat...biarkan hingga rempah masak dan pecah minyak..
~ Bila rempah dah masak dan nmpk pecah minyak masukkan sedikit air asam jawa tadi beserta ayam dan biarkan ayam masak sebelum masukkan santan...buka api sederhana supaya ayam masak dengan sekata...
~ Bila ayam dah hampir masak, baru masukkan santan dan biarkan ia hingga mendidih.. ~Akhir sekali baru masukkan perisa garam dan gula sehingga sesedap rasa.. Masukkan dalam mangkuk siap utk dihidangkan...

Selamat Mencuba!!!πŸ˜‰ 

#airtanganmama #homecook 
#mamacook #ayamkurmasimple 
#bloggerMy #parttimeblogger 
#parentingblogger #beautyblogger
 #akusuka #akuadalahaku #lindasempoi

Rabu, 25 September 2019

Sayur Lobak Putih Tumis

September 25, 2019 2 Comments
Assalammualaikum dan salam sayang buat pembaca blog Linda Sempoi..😘

Terima kasih sudi kunjungi blog sempoi Linda...kali ni nak share skit resepi sayur lobak putih tumis yang Linda buat baru-baru ni.. simple ja menu Linda ni tapi sedap di makan dan khasiatnya jugak banyak...

Lobak putih dipercaya banyak mengandung mineral dan vitamin seperti kalsium, fosfor, zat besi, natrium, kalium, tembaga, vitamin B, vitamin C, dan vitamin K. Kandungan nutrisi yang banyak dalam lobak putih ini pasti sangat bermanfaat terutama untuk kesihatan tubuh kita.

Boleh dikatakan dalam seminggu tu sekali Linda akan beli lobak putih ni. Cik suami pun suka sayur lobak putih ni. Katanya lobak putih ni adalah sejenis sayur yang boleh mencegah risiko penyakit kanser. Ini kerana kandungan antioksidan yang terdapat di dalamnya yang bermanfaat melawan dari radikal bebas. Lobak putih juga dipercaya mengandung isotiosinat yang dapat membunuh sel-sel kanser serta mencegah pertumbuhan sel kanser.

Selain itu juga, lobak putih ni dapat menurunkan berat badan. Sebab boleh turunkan berat badan ni la yang Linda suka sangat amalkan memakannya seminggu sekali. Kalau ada antara yang memiliki berat badan yang tidak ideal, bolehlah amalkan pengambilan lobak putih ni  dalam menu hidangan hangpa untuk menurunkan berat badan tu..

Selain itu, kandungan serat dan air yang tinggi pada lobak putih dipercaya boleh membantu proses pencernaan dengan lebih lancar lagi. Kandungan seratnya juga akan membuat efek kenyang lebih lama dirasakan oleh tubuh.

Lobak putih ni juga dapat mengatasi masalah jerawat dan kulit kering kerana kandungan vitamin C, vitamin B kompleks, fosfor, dan zinc, adalah untuk mengatasi jerawat dan juga kulit kering. Selain itu kandungan air yang banyak pada lobak putih juga akan membantu melembabkan kulit. 

Ini adalah sedikit sebanyak khasiat lobak putih yang Linda tau..sebenarnya banyak lagi khasiatnya ni tapi hangpa boleh tengok nanti tentang khasiat lobak putih kat pak cik google..πŸ˜…

Ni resepi yang Linda nak share kalini ni...
Cara resepi untuk masak ni pun mudah ja 

Bahan:
1 biji lobak putih.. buang kulit potong nipis
5 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris

1 labu bawang holland dihiris
1 biji cili merah dihiris
sedikit udang putih
garam & gula

Cara:
panaskan minyak... tumiskan bawang merah bawang putih yang dihiris tadi bersama udang putih hingga kekuningan dan berbau wangi...
masukkan air secukupnya... 
bila air dah mendidih masukkan lobak..
masukkan sedikit garam dan gula ..
masak hingga lobak menjadi lembut..
bila lobak dah lembut, akhir sekali masukkan hirisan bawang holland dan cili merah untuk nampak lebih menarik...
tutup api.. sedia untuk dihidang..


Kalau tak salah Linda, lobak putih ni sesuai juga untuk diamalkan oleh ibu-ibu yang dalam pantang. Seeloknya boleh ditambah sedikit lada hitam di dalam masakan tu nanti...

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera...kita jumpa lagi nanti dalam resepi yang lain pula...

Isnin, 23 September 2019

Matxi Corp menyambut Ulangtahun yang ke 2 dengan penuh kegemilangan..

September 23, 2019 4 Comments
Assalammualaikum dan salam sayang buat pembaca blog Linda sempoi...
Glory to Glory
Alhamdulillah, baru-baru ni Linda berpeluang untuk menghadiri Majlis Pelancaran Matxi Corp serta Majils Ulangtahun yang ke-2 Matxi S.G dengan slogannya "Anda Berhak Memiliki Kehidupan Yang Lebih Baik" yang disambut dengan penuh Gilang-Gemilang bertempat di Dewan Plennary Hall Kuala Lumpur Convention Centre pada 21hb Sept yang lalu.

Tahniah dan syabas kepada Matxi Corp di atas kejayaan dalam menjulang nama ke peringkat dunia. Linda rasa sangat bangga kerana Matxi Corp memasuki Malaysia secara rasminya pada sambutan Majilis Ulangtahun ke-2 'Glory to Glorydan akan diikuti oleh negara Korea serta Amerika Syarikat.

Dengan kehadiran tetamu seramai 2,000 pengedar dari 30 buah negara serta Perwakilan Kepimpinan membuatkan majlis menjadi lebih meriah.
Antara Pengedar Yang Hadir
Sangat teruja bila menjejakkan kaki masuk ke dalam dewan kerana semua yang hadir tersangat cantik dan amat bergaya seperti ratu cantik mengikut tema yang sangat glamour yang dijemput khas dari Vietnam, Thailand, Malaysia, Singapura dan pelbagai negara yang terlibat.

Pentas Utama (sangat teruja bila tgk pentas ni)
(Sumber dari Youtube)
Persembahan ysng memukau penonton yang hadir...

Majlis pembukaan dimulakan dengan persembahan daripada  para artis seperti Thanh Ha, Bui Anh Tuan, Thu Minh dan juga Rynn Lim dan diikuti dengan Ucapan daripada Perwakilan Kepimpinan dari setiap negara seperti Cik Nung (Pengarah Matxi Corp Vietnam), Encik Kenny (Pengarah Matxi Corp Malaysia), Cik Jenny (Pengarah Matxi Corp USA), Cik Luck Kim (Pengarah Matxi Corp Korea) dan Encik Matthew James Morris (Pengarah Pembangunan Perniagaan Holdings Sdn Bhd). 
Pengacara Majlis
Cik Nhung ( Pengarah Matxi Corp Vietnam)


En. Kenny Teoh (Pengarah Matxi Corp Malaysia)

En. Jenny (Pengarah Matxi Corp USA)

En. Luck Kim (Pengarah Matxi Corp Korea)
Pada malam yang penuh bersejarah ini juga, Matxi Corp telah mengumumkan mengenai pelaburan stategik yang telah melibatkan kumpulan Malaysia serta memperkenalkan transformasi dari Matxi S.G ke Matxi Corp. Ini adalah untuk memberi peluang kepada mereka untuk melangkah masuk ke pasaran antarabangsa. 
Mr. Mathew James Morris ( Pengarah Pembangunan Perniagaan MIIC Holdings Sdn Bhd)
Secara Rasminya Telah Memasuki Pasaran Malaysia

Bakal Memasuki Pasaran Dunia
Apa yang menariknya, Matxi Corp mengkhususkan diri dalam latihan perniagaan, pembangunan manusia, membantu individu dan perniagaan untuk menghasilkan jualan yang lebih cemerlang dengan pelan halatuju latihan dan alat sokongan yang paling profesional dan teratur.

Matxi Corp juga memberi tumpuan kepada bidang-bidang seperti berikut selain latihan dan pembangunan perniagaan antaranya:
~ Hartanah
~ Peruncitan Bahagian Kanak-Kanak
~ Percetakan dan Pembungkusan
~ Syarikat Penyelenggaraan Acara

"Anda Berhak Memiliki Kehidupan Yang Lebih Baik" adalah slogan Matxi Corp dalam usaha untuk memberikan kehidupan yang terbaik kepada pelanggan, komuniti, rakan kongsi dan juga pelabur melalui produk dan perkhidmatan.


Matxi Corp juga telah mengurangkan sebanyak 10% keuntungan bulanan mereka untuk membantu serta meringgankan kesulitan dan beban beribu-ribu isi rumah di Vietnam. Matxi Corp juga telah menubuhkan "Rumah Ah Nien" di bawah Yayasan Amal Matxi dengan memberi perlindungan sosial untuk kanak-kanak dan juga warga tua.

Semoga Matxi Corp sentiasa 'successful' dalam usaha sebagai perintis dan peneraju inovasi untuk mencapai matlamat untuk menjadi kumpulan syarikat yang terhebat dan terkuat di ranjau ini dan menjangkau dunia dalam tempoh 2019- tahun 2021.


Matxi Malaysia Sdn Bhd 


Facebook : Facebook.com/MatxiMalaysia  
Instagram   : @matxicorp

#MATXICorp #YouDeserveABetterLife 
#eventMatxiCorp