Follow Us @soratemplates

Selasa, 15 Mei 2018

WILQADRY ~ Syarikat Pengaturcara yang merealisasikan hari bahagia Dynas & Shazrik...💖

Assalamualaikum dan salam sayang semua..

Alhamdulillah, baru-baru ni Linda Sempoi berkesempatan untuk ke sidang akbar sempena majlis resepsi pelakon, pengacara dan usahawan terkemuka, Dynas Mokhtar  dan pasangannya Shazrik Din





Dalam majlis raikan cinta Dynas dan pasangannya ini bakal dianjurkan oleh syarikat pengaturcara inovatif yang pakar dalam bidang dekorasi dan teknologi, WILQADRY.

Wilqadry mengorak langkah dalam menjayakan majlis resepsi dengan menekankan konsep kegemaran Dynas bertemakan hijau alam semula jadi yang berunsurkan bunga kayu putih, tulip dan juga orkid...

Linda berasa sangat teruja dan sangat bertuah sebab Linda merupakan peminat yang pertama mengetahui konsep majlis perkahwinan Dynas Mokhtar & pasangannya sebelum majlis bermula...😍

Kalau hangpa nak tau, Majlis gilang-gemilang perkahwinan Dynas Mokhtar dan Shazrik ni ialah untuk pertama kalinya di Malaysia yang  akan mempamerkan unsur Maghribi diwarnai air yang mengalir dalam pergerakan visual yang dipancarkan di atas pelamin dan juga visual pergerakan tandatangan di atas kek yang menggunakan teknologi 'projecting mapping'.




Apa yang menariknya lagi, 'projecting mapping' yang akan digunakan pada hari istimewa Dynas bakal menggabungkan konsep perkahwinan tradisional dengan teknologi audiovisual terkini, mempamerkan 'X factor' Wilqadry yang mampu memberikan perkhidmatan inovatif dan unik di Malaysia.

Gabungan dekorasi botani yang diregukan bersama teknologi 'digital projection' mampu melonjakkan lagi nama Wilqadry sebagai pengurus acara moden yang berani mengambil risiko untuk memperkenalkan konsep yang baru dan unik kepada hadirin di Malaysia.

Secara rasminya Dynas telah menjadi duta untuk Wilqadry selama 2 tahun selepas menandatangani kontrak secara rasmi pada majlis sidang akbar ini...





[Sedikit Info Tentang WILQADRY]...

Telah diasaskan oleh Sharifah Rohaida Al Qadry iaitu seorang ahli perniagaan yang berumur 32 tahun dan berasal dari Shah Alam. Beliau mempunyai latar belakang dalam industri tekstil, reka bentuk dan kejututeraan.

Wilqadry adalah sebuah syarikat kreatif dan pengurusan acara yang berkepakaran dalam bidang teknologi dan mempunyai pelbagai fungsi dalam pelbagai konsep acara seperti perkahwinan, gaya hidup, hiburan dan korporat. Mempunyai 30 orang kru dan kakitangan dari pelbagai bidang.

Nama Wilqadry adalah gabungan perkataan 'will' yang bermaksud pertimbangan untuk mencapai matlamat tertentu dan nama pengasas syarikat Sharifah Rohaidah Al Qadry dimana nama 'Qadry' membawa maksud 'ketepatan', mengupas idea Wilqadry yang meletakkan kepentingan dalam memasang niat yang pasti untuk melakukan sesuatu dengan tepat.

Kalau hangpa nak tau, pada bulan Julai nanti Wilqadry bakal mengendalikan dewan aturcara sendiri iaitu 'Grandeur Hall' yang berlokasi di Putrajaya. Dewan ni boleh menampung seramai 500 hadirin untuk segala macam majlis...

Wilqadry adalah perkahwinan, gaya hidup, hiburan, pengurusan acara korporat dan kumpulan pengaktifan kreatif yang pelbagai, yang mengkhususkan diri dalam kontra konseptualisasi dan melaksanakan platform kreatif yang hebat. Inti jenama Wilqadry terletak pada namanya yang menggabungkan perkataan 'will', yang bermaksud pertimbangan untuk mencapai matlamat tertentu, dengan nama pengasasnya, Sharifah Rohaida Al Qadry. Wilqadry dipertanggungjawabkan oleh krew dan kakitangan yang berpangkat-dan-fail yang terdiri daripada generasi baru pemikir dan pengendali kreatif dan penunggu pintu gerbang generasi lama syarikat itu. 

Hari ini, Wilqadry berusaha untuk menjadi syarikat acara trailblazing dengan mata untuk masa depan ke arah pelbagai perselisihan seperti konsert muzik, pameran fesyen, dan pameran seni yang memberi penekanan kepada kemajuan teknologi untuk meningkatkan kedudukan Wilqadry di pasaran homegrown.

Kepada hangpa yang berminat untuk mengadakan sebarang acara seperti konsert, pertunjukan fesyen, pameran seni, majlis perkahwinan dan lain-lain majlis...hangpa boleh lah hubungi Wilqadry di :


Whatsapp : +60197571786
Hotline : +60126348985
Email : sales.wilqadry@gmail.com

Alamat : Wilqadry Grandeur Enterprise

Suite 5A, Level 5, Menara Dato Onn, 
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC),
Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur

Hall : Wilqadry Grandeur Hall Unit

No.C-1-01 & 02 & 03, 
Conezion-IOI Resort City,
62502 Wilayah Persekutuan Putrajaya



"Bersama kita doakan agar perkahwinan kedua Dynas yang sebelum ini bergelar ibu tunggal selama empat tahun akan terus berkekalan hingga ke akhir hayat, aamiin..."😘

1 ulasan: