Follow Us @soratemplates

Khamis, 27 September 2018

Happy Birthday Aqil Fitri ...🎂🎉

September 27, 2018 0 Comments
Assalammualaikum...

Untuk kali ni, Linda just nak share ngan hangpa majlis hari lahir anak Linda untuk tahun ni...tak ada yang grand sangat pun cuma simple ja janji 'birthday boy' tu happy...😘
-------------------------------------💝----------------------------------
Hari ini genap usia anak mama sembilan tahun. Sekejap ja masa berlalu, dah semakin besaq dah dia. Aqil Fitri anak yang ketiga daripada empat adik beradik. Lahir pada 26 September 2009 pada hari sabtu di Hospital Bersalin Putrajaya. 
Antara hadiah yg Aqil dpt drp mama n kakak 😁
Ciuman Kasih sayang seorang kakak pada adiknya...😘
Ciuman kasih sayang adik pada kakaknya ...😘
'Happy Birthday' Aqil Fitri...🎂🍰🍭🎉🎊 Mama dan papa doakan semoga Aqil jadi anak yang soleh, anak yang baik serta anak yang boleh membahagia dan membanggakan papa dan mama. Semoga Aqil juga dikurniakan kesihatan yang baik dan berjaya di dalam pelajaran dan bidang yang Aqil ceburi.

Tak dak hadiah yang istimewa yang dapat mama dan papa berikan selain daripada doa. Doa untuk melihat Aqil berjaya di dunia dan di akhirat. Kek pun tak dak untuk Aqil kali ni..sorry ya Aqil....😌
Sempat posing sebelum nak pi sekolah..😅 ciri2 seorang ustaz dan imam pd family suatu hati nanti, in shaa Allah...aamiin
Kali ni mama dah niat nak bawak Aqil makan kat KFC...so, mama dah tunaikan niat mama. Harap Aqil suka dan enjoy untuk sambutan birthday tahun ni. Kita wat yg simple2 ja bersama kakak dan adik Iman. Sedih jugak sebab abg Afiq tak dapat turut sama meraikan sambutan hari lahir Aqil tahun ni.

Maafkan mama sebab tak dapat tunaikan hajat Aqil nak sambut kat sek bersama kawan2 Aqil. Kebetulan birthday Aqil jatuh pada hari bekerja jadi mama tak mampu nak buat apa yang Aqil nak tu. In shaa Allah, kalau ada rezeki tahun depan kita buat yer...😢

Hari ni Aqil boleh pilih apa yang Aqil nak makan. Sama jugak untuk kakak dan adik Iman. Mama tau, Aqil memang suka ayam. Pi la mana2 kedai pun Aqil akan pilih ayam untuk menu Aqil. Tak jemu2 Aqil makan ayam ni...😅

Badan pun dah mula naik tu. Jaga2 nanti jadi macam abang Afiq dulu2. Abg Afiq dulu pun badan mula naik masa umuq macam Aqil ni la...


Mama harap Aqil enjoy dan seronok hari ni walaupun kita tak buat party macam yang Aqil idamkan tu...In shaa Allah, kalau ada rezeki pada tahun-tahun akan datang kita sambut lagi yer...minta kita dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik hendaknya...aamiin

Walau apapun, mama, papa, abg Afiq, kakak Mia dan adik Iman sayang Aqil dunia akhirat...sambutlah salam sayang daripada kami semua untuk Aqil...😘😘😘



Hiking kat Bukit Gasing..masa ni Aqil dah mula semput

Seminggu sebelum birthday Aqil kat klinik 1 Malaysia
Badan Aqil panas sangat masa ni..
Asal naik keta nak pi jalan2 tido..😴
Kat padang SKSP Akedemi Bola




Selasa, 25 September 2018

Bukit Gasing ~ Hiking bersama anak-anak dan jiran ...😊

September 25, 2018 3 Comments
Assalamualaikum dan salam sayang semua...😘

Hari minggu adalah hari yang sangat bemakna buat diri Linda dan anak-anak. Pada hari minggu baru-baru ni, Linda dan anak-anak mengikut jiran Linda untuk aktiviti mendaki bukit. Bukit yang dipilih kali ni adalah Bukit Gasing. Ini merupakan kali pertama Linda dan anak-anak mendaki Bukit Gasing ni...😅



Antara jiran Linda yang pergi ialah Ju, Zura dan suaminya Sham, Kak Ina dan Kak Awie... Ju ni memang dah selalu hiking dan hiking ni dah jadi sebahagian dengan hidup Ju. Zura pun sama jugak, selalu jugak hiking bersama suaminya. 

Linda dan anak-anak dah biasa hiking tapi jarang-jarang la. Maknanya kami anak-beranak dah ada pengalaman untuk hiking ni. Cuma kak Ina dan Kak Awie ni ja baru nak bermula...😅




Sebelum Linda cerita pengalaman untuk naik ke Bukit Gasing ni, mai Linda nak share tentang Bukit Gasing. Bukit Gasing ni tak la jauh sangat dari rumah Linda. Ini merupakan kali pertama Linda naik Bukit Gasing. Agak teruja bila Ju dan Zura cerita kat atas tu ada anak sungai, titi besi dan titi gantung.

Bukit Gasing terletak di antara Petaling Jaya, Kampung Pasir dan Pantai Dalam. Perjalanan dari rumah Linda ke Bukit Gasing mengambil masa dalam 30 minit ja iaitu sejauh 35km. Boleh ja kalau nak pi tiap-tiap minggu pun. Hehehe.... kami gerak dari rumah lebih kurang jam 6.45 pagi dan sampai di starting point jam 7.15 pagi. Perjalanan pagi tu tak lah jem sebab hari minggu. Kami melalui Federal Highway.

Untuk mula mendaki bukit ini, ada tiga starting point iaitu di Jalan Gasing, Pantai Hillpark dan Jalan Kubur Kg Pasir. Berdasarkan maklumat yang  Linda dapat dari cik Google dan juga daripada beberapa blog individu yang Linda search tengok sebelum ke Bukit Gasing ni...😅 tapi yang ni, kami start ikut Pantai Hilpark.

Sebenarnya, Bukit gasing ini mempunyai trek yang berpusing-pusing di dalamnya. Sebab tu la ia dinamakan Bukit Gasing. Kita boleh pilih ja trek mana yang kita nak  start mengikut kesesuaian badan kita. Ada trek yang mudah dan ada trek yang agak mencabar. 

Sepanjang hiking, alhamdulillah semuanya lancar. Disebabkan dah jarang-jarang hiking terasa semput jugak la. Kena pulak anak Linda yang nombor tiga tu, Aqil Fitri tak berapa sihat. Dah dua hari batuk-batuk dan nak semput tapi Aqil nak jugak ikut.

Sampai di pertengahan Aqil nampak macam dah down, tapi Linda cuba pujuk dan bagi semangat untuk Aqil teruskan pendakian ni. Adik dan kakaknya dah jauh ke depan. Laju betul anak-anak yang dua lagi tu. 

Untuk sampai ke menara pencawang tu, macam-macam dugaan yang perlu ditempuhi. Ada trail yang mendatar dan ada jugak trail yang mencanak naik, agak tercungap jugak la... kalau tak dak stamina memang tertewas jugak. Linda pun ada beberapa kali berenti untuk amek nafas. Tapi tak boleh berenti terlalu lana, memadai untuk 2 minit ja...



Sepanjang perjalanan, memang tak putus orang. Ada yang dah berumur pun naik ke sini. Linda memang respect la dengan depa. Walaupun dah berumur tapi steady ja naik. Lagi laju dari kita ni.

Bila dah berjaya sampai ke puncak menara pencawang tu, rasa lega sangat. Puas terasa dapat lihat pemandangan sekitar Kuala Lumpur dan juga Petaling Jaya.
 

Setelah berehat beberapa minit dan setelah puas  menikmati permandangan dari atas puncak Bukit Gasing ni, kami buat keputusan untuk turun semula. Anak-anak Linda pun nampak happy walaupun penat...



Kami turun ikut laluan yang lain pula. Masa dalam perjalanan  turun tu la baru jumpa anak sungai dan juga jambatan besi. Disebelah kanan Linda juga melalui tanah perkuburan. Mungkin laluan ini yang kita akan masuk kalau starting point  kita ikut Kampung Pasir tu. Jambatan gantung Linda tak jumpa sebab jambatan gantung laluannya agak mencabar.



Pendakian Linda dan group kali ni mengambil masa hampir 3 jam. Ini kerana kami memberi support kepada newbie yang baru iaitu kak Awie dan K Ina..😁 Kalau pada yang dah biasa hiking ni, depa amek masa dalam sejam ke sejam setengah ja...Apapun tahniah untuk kakak berdua ni...mereka memang hebat, walaupun asyik dok tanya lambat lg ka, lambat lagi ka nak sampai...😅🤣😅



Alhamdulillah, semua selamat turun dengan jayanya...rasa macam tak puas pulak menjelajah Bukit Gasing ni sebab banyak laluan lagi yang belum Linda masuk. In shaa Allah, kalau ada rezeki Linda nak pegi lagi untuk cuba laluan yang lain pulak. Kali ni Linda nak ke Jambatan Gantung tu..😉

Ok, sampai jumpa lain di lain coretan. Jangan penah jemu untuk singgah di blog Linda Sempoi ni ya...terima kasih banyak-banyak pada yang sudi support Linda..sayang semua 😘


Ahad, 23 September 2018

Sambal Jering dan Ikan Bilis...

September 23, 2018 2 Comments
Assalammualaikum sahabat blog linda sempoi semua...

 ~Jering ~


Baru-baru ni, jiran linda bagi jering kat linda. Terima kasih Ju..😊 Banyak jugak la, kalau nak buat ulam ja masih ada lagi baki nya ni. Jadi linda ingat nak buat sambal jering ngan ikan bilis. Kebetulan ikan bilis Sabah ni pun ada lagi stoknya. Dapat jugak la satu menu arini..

Sebelum linda share resepi, linda nak cerita sikit tentang jering ni...😁 Ni pun linda amek maklumat kat wikipedia.com. Ada sapa-sapa yang tak suka makan jering.?.. Rugi la sapa yang tak suka makan jering ni. Jering ni salah satu untuk awek muda jugak tau!!!

Jering  ialah tumbuhan yang berasal dari Malaysia, Indonesia dan kawasan ASEAN. Jering mempunyai rasa yang pahit dan berbau busuk. Disebabkan rasa dan bau jering ni ramai anak-anak muda zaman sekarang yang tak suka makan jering ni.

Isi Jering
Tetapi bagi sesetengah orang yang telah lama mengenali jering, rasanya yang sungguh enak terutama sekali apabila dimakan bersama sambal belacan dan nasi panas-panas. Buah dan pucuknya berasa lemak-lemak pahit dan pedar. Sesapa yang makan jering ni kalau ke tandas pasti baunya sangat busuk dan kuat melekat.

Walaupun baunya yang sangat busuk tetapi jering mempunyai khasiatnya yang tersendiri.  Antara khasiat jering adalah seperti yang linda nyatakan di bawah ni.

KHASIAT JERING

1. Mencegah Anemia.
2.Menambah Zat Besi bagi wanita yang sedang period.
3. Mengawal kadar gula dalam darah.
4. Mencegah kereputan tulang
5. Merampingkan perut.
6. Pembentukan jaringan tubuh.

Nak makan jering pun ada tips jugak tau. Ada lebih kurang enam tips yang linda dapat share di bawah ni...

Tip Makan Jering

1. Elakkan dari memilih jering yang tua, kerana jering yang tua berkemungkinan mengandungi kepekatan djenkolic acid yang lebih tinggi.
2. Elakkan dari memakan jering yang mentah.
3. Elakkan memakan jering dalam kuantiti yang besar.
4. Pesakit yang mengalami masalah buah pinggang kronik, tidak dibenarkan memakan jering.
5. Banyakkan meminum air setelah memakan jering.
6. Jika berlaku sakit perut atau kencing berdarah, dapatkan rawatan di hospital segera. 

Ok, sekarang linda nak share pulak resepi sambal jering bersama ikan bilis. Boleh jugak buat dengan sambal udang atau apa-apa saja sambal tumis yang hangpa suka. Hangpa boleh cuba dan makan dengan nasi panas-panas. Mesti bertambah berpinggan-pinggan nanti..

Selain daripada dibuat sambal dengan ikan bilis, jering ni jugak boleh di buat ulam samada terus makan atau direbus dulu. Lawannya cicah dengan sambal belacan...sedap wehhh! 😋
Ulam Jering dengan sambal belacan
Ulam Jering Rebus
Ulam Jering Rebus
Antara bahan-bahannya: ~

10 biji jering - buang kulit & hiris kecik
1/2 mangkuk ikan bilis
1/4 cawan minyak 
asam jawa
garam & sikit gula 

Bahan tumbuk:

15 biji cili padi 
1 bawang besar
5 bawang putih

Cara-cara memasaknya pulak :

~ Panaskan minyak masak.
~ Bila minyak dah panas, goreng ikan bilis sehingga garing. Dah garing angkat dan toskan minyak.
~ Dengan minyak yang sama goreng pulak jering yang telah dibelah kecik-kecik tadi separuh masak. Kalau garing nanti jering akan jadi keras pulak. Sama mcm ikan bilis tadi, angkat dan toskan.
~ Dengan minyak yang sama jugak, tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk  tadi sehingga naik bau.
~ Perahkan sedikit air asam jawa.
~ Dah nampak pecah minyak sikit masukkan ikan bilis dan jering tadi. Kacau sampai sebati.
~ Perisakan dengan gula dan daram secukup rasa.
~ Dah sebati boleh angkat dan hidangkan bersama nasi panas-panas.

* pastikan lepas makan jering ni minum air putih banyak-banyak tau!!!..😅