Follow Us @soratemplates

Rabu, 11 April 2018

Bengkel Fashion Esprit & Eksesori terbaru Thomas Sabo...

Assalammualaikum dan salam sayang semua...😘😘😘


Antara koleksi terbaru Thomas Sabo...
Kali ni linda nak share tentang satu bengkel fashion dan aksesori yang linda pi haritu. Sat gi hangpa tengok cantik tak rantai dan cincin yang linda pakai ni...inilah koleksi terbaru daripada Thomas Sabo...linda pun jarang dengaq jenama aksesori ni, ni la kali pertama linda dengaq dan tengok sendiri barangan dan aksesori terkini dari Thomas Sabo ni... sangat cantik dan nampak ekslusif pada sesiapa yang memakainya ....😍





Sebelum ni linda hanya tahu tentang aksesori yang berjenama terkenal Pandora dan Trollbeads saja tapi kali ni linda diperkenalkan dengan sejenis aksesori yang bernama Thomas Sabo. Thomas Sabo ni adalah benda baru buat linda coz sebelum ni linda tak pernah pun dengar jenama ni yang linda tahu hanya Pandora ja. 



Kini, Thomas Sabo telah memperkenalkan koleksi terbaru dari Thomas Sabo iaitu 'Charm Club Generation' yang sesuai dijadikan perhiasan untuk lelaki mahupun wanita.

Pada linda, Thomas Sabo kali ini menampilkan rekaan yang boleh saja di 'mix and match' mengikut gaya dan personaliti yang sesuai mengikut individu. Setiap gaya yang digayakan oleh seseorang individu itu mampu untuk  meningkatkan mutu penampilan seseorang. Thomas Sabo kali ni banyak menggunakan elemen spiritual, bulan, bintang, matahari dan material perak aka s 925.

Bagi peminat aksesori, linda memang suka dan minat sangat dengan bahan dan material yang digunakan yang  berasaskan emas 916 ataupun perak s 925 sebab bagi  linda bahan seperti ini mampu memberikan gaya yang sangat ekslusif dan setiap individu pasti akan tampak elegan dan lebih bergaya.

Apapun Thomas Sabo koleksi 'Charm Club Generation' ni  membuatkan si pemakai  akan nampak lebih  stand out lebih-lebih lagi gelang yang dimuatkan dengan beberapa charms yang ala-ala spiritual design tersebut.

Apa pun bagi anda yang berminat dengan rekaan Latest dari Thomas Sabo anda boleh dapatkannya di Outlet Thomas Sabo salah satunya berada di Level 3 @ Sky Avenue juga.

Selain itu, Esprit juga salah satu jenama yang tidak asing lagi buat linda dalam menampilkan rekaan yang sangat santai dan sangat sesuai untuk mereka yang masih berjiwa remaja dan sukakan gaya yang bebas dan ala-ala street fashion.




Esprit telah mengeluarkan rekaan yang boleh di mix dan match lebih-lebih lagi penggunaan seluar jeans pendek, t shirt dan juga cardigan. Fesyen sebegini membuatkan golongan remaja nampak lebih santai dan lebih bebas.

Terdapat jugak design-design yang lagi menarik yang dibawakan oleh Esprit...hangpa boleh kunjungi butik Esprit yang terdapat di Sky Avenue ni dengan harga yang berpatutan...material kain yang sangat cantik dan selesa di pakai...

Ingat Thomas Sabo, ingat Esprit...😁😁😁

Tiada ulasan:

Catat Ulasan