Follow Us @soratemplates

Khamis, 5 April 2018

Majlis Penyampaian Hadiah Juara 'Hang Masuk Hang Menang'...

Assalamualaikum...hai semua 😊

Cabaran 'Hang Masuk Hang Menang' anjuran Riang Ria Raya, menang bersama Hang Tarik F&N.

Nak tau dak baru-baru ni linda pi mana....haa, dekat ja linda pi kat Giant Hypermarket Batu Caves. Di sana linda berpeluang menyaksikan Majlis Penyampaian Hadiah Juara 'Hang Masuk Hang Menang' anjuran Riang Ria, menang bersama Hang Tarik F&N.

Pemenang hadiah utama En Zaiful Syawwari bin Zakaria
Antara insan-insan yang bertuah 😀
Hadiah yang ditawarkan sangat lumayan tau...jangan terkejut kalau linda bagi tau ni...sapa nak teka?...hadiahnya ialah wang tunai yang bernilai RM 50,000. Sangat menarik kan...linda pun termangu sat bila dengaq hadiah yang ditawarkan tu...

Pertandingan Hang Masuk Hang Menang ni adalah lanjutan daripada Kempen Hang Tarik F&N yang dilancarkan semasa musim perayaan tahun lepas bagi memperkenalkan standard emas membuat secawan Teh Tarik Ori dengan Susu Pekat Sweetened F&N dan Susu Menguap F&N. 

Pengurus Pemasaran F&N  Beverages Pemasaran Kanan Cik Eileen Chan mengulas, " Mengikut Pengurus TV Raya Raya  kejayaan terakhir kempen F&N Hang Tarik kami lancarkan bersama tahun ini, acara hari ini merupakan satu lagi cara bagi F&N untuk berkongsi, melibatkan dan memberi ganjaran kepada pelanggan setia kami untuk meneruskan warisan kami untuk membantu rakyat Malaysia menikmati saat-saat rasa yang berharga, F&N didedikasikan untuk membawa rakyat Malaysia sama-sama untuk menikmati citarasa Teh Tarik yang sempurna dengan manis yang lembut, licin dan berbuih".

King Tarik Azlin
Hang Tarik  
King Tarik Azlin dan Hang Tarik...😍
Linda juga tidak ketinggalan dapat menyaksikan persembahan yang hebat daripda Hang Tarik dan Teh Tarik King Azlin yang dapat memikat hati linda dan jugak orang ramai yang hadir dengan kemahiran membuat Teh Tarik yang amat mengagumkan. Selepas pertunjukan tu, muncul kemuncak acara di mana semua bola mata tertumpu pada pemenang hadiah utama iaitu En. Zaiful Syawwari bin Zakaria. Beliau diberi peluang untuk menambahkan lagi nilai hadiah dengan cabaran 'Wind Chamber' di mana beliau perlu mengutip sebanyak mana duit kertas tiruan yang ada di dalam tu dalam masa yang telah ditetapkan. Jumlah keseluruhan yang berjaya dibawa balik oleh beliau adalah sebanyak RM 26,680.00. Ucapan tahniah buat beliau...😊

Pemenang Hadiah Utama
Pemenang Hadiah Utama 
Pemenang Hadiah Utama
Sebelum berlangsungnya majlis pada hari ini, seramai 6 peserta bertuah telah memenangi motosikal manakala sebanyak 240 hadiah mingguan berupa tudung limited edition dari Fareeda telah diberikan sejak pertandingan F&N  'Hang Masuk Hang Menang' ini.

Pemenang 'Hang Masuk Hang Menang'

'Wind Chamber'

Tak semudah yang disangka bila berada dalam ni...😅
Linda juga mengambil kesempatan masuk ke dalam 'Wind Chamber' tu untuk mencuba nasib. Sebenarnya tak semudah yang kita sangka. Untuk kutip kertas yang berterbangan di dalam tu memang sangat mencabar. Apapun linda dapat merasai pengalaman yang sangat indah berada di dalam 'Wind Chamber' tu. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga linda bawak balik voucher dari Giant Hypermarket dengan jumlah RM30. Boleh shopping banyak-banyak susu F&N kat Giant lepas ni.😁

Hang Masuk Hang Menang😊
Hang Masuk Hang Menang 😊
Voucher daripada Giant Hypermarket 😍
Lepas ni boleh la kita bancuh teh tarik ori setiap hari dengan susu F&N ni. Susu F&N  akan terus menjadi pilihan setiap keluarga  dikalangan rakyat Malaysia walaupun di mana kita berada.
Teh Tarik Ori yang terbaik dari F&N...😋
Jangan lupa tau, gunakan susu F&N dalam teh tarik anda untuk rasa yang lebih kick...😍

Tiada ulasan:

Catat Ulasan