Follow Us @soratemplates

Selasa, 27 Februari 2018

MITA sasar 30000 pelancong sempena Tsahun Baru Cina 2018

Februari 27, 2018 0 Comments
Assalamualaikum n salam sayang buat semua...




Dataran Merdeka - Sempena menyambut Tahun Baru Cina baru-baru ini, Persatuan Pelancongan Malaysia (MITA) dan Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) telah berkerjasama dalam menganjurkan pertunjukan Lion Dance untuk pelancong dalam dan luar negara ingin mengucapkan serta meraikan Selamat Tahun Baru Cina dan Salam Sejahtera!!!





Buat pertama kalinya lindasempoi dapat menyambut perayaan Tahun Baru Cina bersama-sama anak-anak di bawah anjuran MITA-MTC bertempat di Dataran Merdeka. Pelbagai acara diadakan bagi menarik lebih ramai pelancong terutama pelancong dari negara China.



Masyarakat Tiong Hua mengalu-alukan tahun anjing pada tahun ini. Ini juga merupakan tahun yang keenam bagi MITA menganjurkan pertunjukan Lion Dance. Seperti sambutan pada tahun-tahun lalu yang pernah dan telah diadakan di Tugu Negara, , Matic dan Dataran Merdeka. Pelancong dapat menyaksikan persembahan 'Lion Dance', mendapat angpau dan juga buah limau yang menjadi simbolik kaum cina.





"Harapan MITA agar acara seperti ini secara tidak langsung akan memuji usaha Tourism Malaysia yang menyasarkan 3 juta pelawat dari China untuk melawat Malaysia pada tahun ini." Kata En. Uzaidi bin Udanis ~ Presiden MITA dan Majlis Pelancongan Malaysia(MTC).







Sempena Tahun Baru Cina ini, ahli-ahli MITA yang mengusahakan Restoran dan Souvenir Outlet menjangkakan kenaikan 20-30% ketibaan pelancong China berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun lepas. Lebih daripada 250,000 pelancong China mensasarkan akan melawat Malaysia untuk tahun ini berbanding 193,000 pelancong China. MITA telah bersedia untuk menerima dan melayani ketibaan pelancong yang besar terutama dari tanah besar China.

MITA ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) khususnya kepada Menteri YB Dark' Seri Nazri Aziz dan Ketua Setiausaha MOTAC, Datuk Rashidi Hasbullah kerana memberi sokongan kepada MITA terutamanya dengan menyediakan lesen Pemandu Bercakap Bahasa Mandarin sementara untuk menampung lonjakan ketibaan pelancong China semasa bercuti di Malaysia.

MITA akan lebih agresif  lg dalam usaha memasarkan produk pelancongan Malaysia di China. "Kami telah menganjurkan beberapa Road Show di China untuk memperkenalkan produk pelancongan baru seperti Durian Tour and Agrotourism Road Show  seterusnya pada 31 Mac di mana kami akan membawa lebih daripada 100 ahli ke sesi Xian.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

Sekretariat MITA kami di 03 4251 0351 atau
Sekretariat MTC di 03 9226 2000 atau
Presiden MITA En. Uzaidi Udanis 
di 019 238 1875

Mengenai MITA

Di tubuhkan pada tahun 2004, Persatuan Pelancongan Malaysia (MITA) adalah usaha bersama para pemain industri yang berpengalaman dengan pengetahuan pelancongan dan perhotelan dengan perwakilan dari kebanyakkan negeri di Malaysia.

Dengan objektif mempromosikan orang Melayu sebagai INBOUND DESTINATION of excellence, MITA menetapkan penanda aras dalam memastikan pemain industri mematuhi standard integrity  yang tinggi, menawarkan perkhidmatan yang berkualiti dan mengekalkan kelakuan etika sejajar dengan peningkatan ketinggian baru dalam kecemerlangan professional.

Jumaat, 23 Februari 2018

Manfaat Cukai utk Bersama...

Februari 23, 2018 0 Comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Bersama pelakon ~ Remy Ishak

Berlokasi di Kawasan Rehat dan Rawat Seremban (Arah Selatan) pada 13 Februari yang lalu, Linda Sempoi telah mengikuti satu program bersama LHDNM ( Lembaga Hasil Dalam Negeri) yang dinamakan 'Creating Awareness Sharing Nation's Prosperity' dalam mendekati rakyat untuk memberi kesedaran mengenai kepentingan cukai kepada pembangunan Negara kita. 

Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin adalah menjadi tanggungjawab kita untuk kita membayar cukai. Cukai ini adalah untuk kepentingan bersama. Kali ini lindasempoi diberi pendedahan dengan lebih luas lagi tentang cukai.



Kenapa perlu bayar cukai

Sekiranya kita tidak membayar cukai segala perancangan untuk memajukan negara tidak akan terlaksana dan tercapai. Hasil daripada cukai itulah kerajaan dapat membangunkan sistem pendidikan seperti sekolah dan institusi pengajian tinggi demi untuk kita bersama. Daripada segi perubatan, kutipan daripada hasil cukai juga digunakan bagi membekalkan ubat-ubatan kepada pesakit-pesakit di negara ini.

Secara ringkasnya, cukai ialah kunci kepada pentadbiran Negara yang berkesan dan kita tidak akan dapat lari darinya. Namun, sebelum kita boleh menerima cukai dengan hati yang terbuka, seseorang itu perlu lah paham bagaimana dan kenapa cukai digunapakai oleh sesebuah Negara. Jika kita gagal memperoleh kutipan cukai dengan baik, Negara akan berhadapan masalah ekonomi yang serius, sekali gus tidak dapat menyediakan kemudahan serta perkhidmatan terbaik kepada rakyat.







Program Creating Awareness Sharing Nation's Prosperity adalah Salah Satu Usaha 'LHDN' turun padang dan merupakan Tema Program ini.

LHDNM telah mengambil satu langkah dengan mengadakan program seperti ini. Program yang berlangsung selama dua hari di dua lokasi yang berbeza iaitu di R&R Seremban (arah Selatan) dan R&R Tapah (arah Utara).Kedua-dua arah itu dipilih kerana ia bersesuaian dengan jadual perjalanan balik kampung bagi kebanyakan pembayar cukai terutamanya di kalangan Kaum Tiong Hua yang akan menyambut perayaan Tahun Baru Cina pada 16hb & 17hb Februari 2018 ini.

Dengan ini, pihak LHDNM dapat mendekati pembayar cukai dengan lebih dekat dan pembayar cukai juga berpeluang untuk mendapatkan maklumat serta khidmat nasihat mengenai cukai pendapatan dari kaunter perkhidmatan bergerak yang telah disediakan oleh pihak LHDNM.

Ia juga dapat membuktikan bahawa pihak LHDNM adalah sebuah agensi kerajaan yang turut prihatin dan 'caring organisation'  terhadap masyarakat dengan cara turun sendiri ke padang yang bukan hanya sekadar agensi pengutip cukai.

Beberapa orang artis tanahair juga turut memberi kerjasama serta sokongan yang jitu dalam menjayakan program tersebut. Ini menunjukkan yang golongan artis juga turut sama dalam menyokong bahawa cukai merupakan salah satu 'asset community'  yang penting dalam memastikan kesejahteraan negara. Mereka juga turut sama mengedarkan 'goodies bag' kepada pengunjung yang singgah di R&R tersebut. Antara artis yang terlibat adalah seperti :~

~ Dato' Fizz Fairuz (pelakon)
~ Remy Ishak (pelakon)
~Elizabeth Tan (pelakon)
~ Ippo Hafiz (pelakon & penyanyi)

Antara selebriti yang hadir







JOM KITA BERSAMA-SAMA  BERGANDING BAHU DALAM MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB KITA DALAM KESEJAHTERAAN DAN KEHARMONIAN NEGARA TERCINTA

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

Laman website: http://www.hasil.gov.my/
FB: https://m.facebook.com/LHDNM/?sk=wall
IG: https://www.instagram.com/LHDNM/


Sasaran 1000 pengunjung iaitu bagi pengguna lebuhraya yang juga merupakan pembayar cukai dan bakal pembayar cukai akan didekati bagi membolehkan anda mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh LHDNM.

Rabu, 21 Februari 2018

SHOPEE ~ Kempen Hari Gaji

Februari 21, 2018 0 Comments
Syoknya SHOPEE ...Nikmati 18% Pulangan Tunai sempena Kempen Hari Gaji Shopee dari 26 hingga 28 Februari 2018 



Assalamualaikum dan Salam Sayang semua...

Alhamdulillah...dapat lagi Linda Sempoi dan anak-anak enjoy n shopping bersama Shopee. Jom kita shopping ramai-ramai. Jangan lepaskan peluang keemasan ini.

Shopee, platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan akan melancarkan Kempen Hari Gaji dari 26 hingga 28 Februari 2018 - satu inisiatif yang didorong oleh tabiat membeli-belah pengguna dalam tempoh penerimaan gaji. Pengguna Shopee boleh menikmati pelbagai tawaran hebat dan potongan harga sepanjang kempen ini, termasuk pulangan tunai sebanyak 18% berbentuk syilling Shopee atas produk promosi. Bagi setiap pembelian RM1, pengguna akan menerima 18 syiling Shopee yang memberikan lebih ganjaran dan penjimatan. 


“Tahun lepas, kami mendapati purata peningkatan sebanyak 25% dalam bentuk jumlah transaksi sepanjang tempoh penerimaan gaji iaitu dari tarikh 25 hingga 31 setiap bulan. Aliran ini mendorong kami untuk melancarkan Kempen Hari Gaji dan skema pulangan tunai 18% yang membolehkan pengguna setia kami berjimat semasa waktu kemuncak aktiviti membeli-belah,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee. 
Mr. Ian Ho - Pengarah Urusan Shopee



Pada masa yang sama, aktiviti membeli-belah ini menunjukkan peningkatan semasa waktu makan tengah hari dan selepas makan malam dengan rekod trafik tertinggi antara pukul 12.00 tengah hari hingga pukul 1.00 tengah hari dan dari pukul 8.00 malam hingga 9.00 malam. Bagi menyelesaikan pembelian mereka, pembayaran berbentuk pemindahan wang secara dalam talian merupakan cara pembayaran paling popular, diikuti oleh pembayaran menggunakan kad kredit dan debit dan seterusnya, pemindahan bank. 

Berikut merupakan kategori popular sepanjang tempoh penerimaan gaji:

Shopee akan memulakan keraian sempena hari penerimaan gaji ini dengan jualan pra-kempen bermula dari 21 Februari yang membariskan tawaran eksklusif daripada jenama terkemuka seperti Elianto, Pro Shop, Reckitt Benckiser dan banyak lagi. Sepanjang 3 hari kemuncak kempen (26 hingga 28 Februari) ini, pengguna boleh menikmati tawaran hebat atas lebih 5,000 produk dari kategori terpilih termasuklah Mobil & Gajet; Kesihatan & Kecantikan; Permainan, Kanak-kanak & Bayi; Perabot & Perhiasan Rumah; Perkakas Rumah; Barang Runcit & Haiwan Peliharaan; Fesyen Wanita dan Fesyen Lelaki. Shopee turut bekerjasama dengan jenama seperti L’Oreal, Nestle, Big Pharmacy, Bagstation, XES Shoes dan Vivo untuk memberikan penjimatan berganda untuk pengguna tegar Shopee di seluruh Malaysia. Pada masa yang sama, Jualan Murah Shocking Sale akan digandakan hingga 5 kali sehari sepanjang tempoh kempen yang menawarkan pelbagai produk kegemaran ramai pada harga yang amat rendah bagi tempoh terhad, hingga kehabisan stok. 

Sepanjang kempen ini, Shopee turut melancarkan permainan Facebook Live: Edisi Hari Gaji pada 26 Februari pada pukul 2.00 petang yang membolehkan pengguna memenangi syiling Shopee dan hadiah utama berupa telefon bimbit Samsung Galaxy Note 8 bernilai RM3,999. Bagi menambahkan lagi keriangan kali ini, pengguna juga boleh menyertai Jualan Lelong Mobil Hari Gaji di shopee_mamak pada aplikasi Shopee sepanjang kempen dan berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM4,000 termasuk sebuah Nubia M2 Lite, sebuah OPPO F5 dan sebuah Penyedut Hampagas Dyson.



Untuk maklumat lanjut, layari www.shopee.com.my. Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.

Ahad, 18 Februari 2018

DAY @ Hiking Puncak Denai 3 Puteri...

Februari 18, 2018 0 Comments
Assalamualaikum n salam sejahtera untuk semua...


Papan Tanda Di Puncak Denai Tiga Puteri
Akhirnya berjaya jgk utk kami sampai ke Puncak Denai Tiga Puteri ... hiking pertama kalinya bersama-sama jiran kg tgh serta permata hatiku... Dah lama merancang tp tak kesampaian utk hiking bersama2 jiran2 ni...sesungguhnya perancangan Allah itu adalah yg terbaik, bukan mudah utk kita mencapai sesuatu impian apatah lg utk berada d puncak tertinggi...walaupun Denai 3 Puteri tidaklah seperti memanjat gunung tahan mahupun gunung kinabalu tetapi cabarannya tetap ada terutama utk yg pertama kali dlm hidupnya melakukan aktiviti seperti ini.

Pemandangan dari Puncak Denai Tiga Puteri...
Walaupun ni bkn kali pertama kami hiking tp semput jgk la nak sampai peak...setelah berbelas tahun meninggalkan aktiviti seperti ini...rindu zaman bujang dlu yg selalu sgt join camping, hiking, jungle tracking n seangkatan dgn nya..


Untuk sampai ke Puncak Denai 3 Puteri, kami melalui trail temuan, bertemu trail sahabat,trail unity dan yg terakhir trail Denai 3 Puteri.

Diawal perjalanan agak santai sebab tracking biasa ja tapi laluan agak panjang. Penat jgk la walaupun laluan biasa dan belum mencabar. Air kena bwk byk jgk la sbb akan terasa haus sepanjang mendaki. Ank2 sudah laju ke depan.
Daripada trail temuan ke trail sahabat dah mula mendaki sikit. Masih tak mencabar lagi tau. Haaa..ha.. bermula di trail Denai 3 Puteri ni dah ada cabaran. Klu sebelum ni kt cuma tracking biasa ja turun naiknya, tp kat cni kena mendaki skit. Tali ada disediakan tp kena hati2 jgk sbb laluannya agak curam. Kasut kena pakai yg sesuai klu tak alamatlah ko dikkk....Tambah plak kasut yg tak mencengkam,bahaya takut tergelincir.





Cabaran terakhir ke Denai 3 Puteri ni, kawasannya curam ke tepi tp ada lg tali yg boleh di pegang utk membantu kita mendaki ke atas. Boleh la pegang tali utk meniti ke atas.

Dah sampai ke Puncak Denai 3 Puteri. Inilah pemandangan di puncak yg dapat kita lihat iaitu Lebuhraya NKVE n Kota Damansara dari jarak yg jauh. Baru terasa lapar bila dah sampai atas. Sempat la masak maggi n berkelah kat atas tu yg jiran2 bawak. Kami ank beranak x prepare apapun cuma berbekalkan biskut ja. Berebut-rebut ank2 ni menunggu giliran nak amek maggi. Lebih kurang sejam berada di Puncak Denai 3 Puteri sambil menikmati keindahan alam semulajadi. Sempat berposing dan mkn2 bekalan yg ada. Bukan senang nak sampai atas ni. Jiwa kena kental jgk tau wlupun x byk cabaran.

Anak-anak dok beratuq tunggu maggi..

 Masa balik sepatutnya kami guna trek yg sama tapi aku dengan anak yang sulong telah terpisah daripada group kami. Sampai pertengahan jln turun tersalah amek trail,sepatutnya amek trail seblh kiri tp terambik trail yg kanan. Tawakkal ja la,dlm hati ni x putus doa agar dipermudahkan n dpt turun dgn selamat. Ada jgk jumpa seorang dua semasa turun blk tu. Last2 sampai jgk tp kat seksyen 8.

 Alhamdulillah selamat sampai dlm kul 12 lebih. Nak turun sekejap ja sbb trail agak landai. Tp sebab salah trail jd lmbt skit sampai  bawah berbanding dgn yg lain. Depa sampai lg awai dah siap rileks kat bawah wakaf yang disediakan.

Inilah sedikit coretan trip hiking di Hutan Simpan Kota Damansara....


Lokasi

Hutan Simpan Kota Damansara terletak di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 10, Kota Damansara. Pintu masuk di Seksyen 10 sangat sesuai bagi pengunjung yang ingin mengikuti Denai Petaling, Denai Pengakap, Denai Temuan dan Denai Sahabat. Kalau ada pengunjung yang ingin ke Denai Harmoni pulak pintu masuknya dari Seksyen 9 yang berdekatan Taman Rimba Riang.

Untuk Maklumat Lanjut, sila layari:

Web site: http://kotadamansaraforest.org/

Persatuan Rimba Komuniti Kota Damansara
99, Japan Rimba Riong 9/15,
Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya.
No Tel: 012 3520215

Sabtu, 17 Februari 2018

PEKA Malaysia - Pelancaran ' Save Our Rainforest Race 2018'

Februari 17, 2018 1 Comments
Assalamualaikum n salam sejahtera...

SORR 2018
 Alhamdulillah baru-baru ni lindasempoi telah beri peluang menyertai Program Pelancaran 'Save Our Rainforest 2018' atau singkatannya 'SOOR 2018'  kali ke 6 bertempat d Concorde Hotel Kuala Lumpur.

Ucapan Perasmian
Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya dirasmikan oleh Presiden PEKA Malaysia, iaitu Yang Berbahagia Puan Sri Shariffa Sabrina yg menjadi tulang belakang utama yg telah menjayakan majlis tersebut bermula dari tahun 2013. Secara rasminya PEKA Malaysia (Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia) melancarkan Program ' Save Our Rainforest 2018 atau SOOR 2018 kali ke 6 yg bertempat d Concorde Hotel Kuala Lumpur.

      Upacara penyerahan replika cek turut diadakan drp penaja utama iaitu UMW Toyota dan juga Concorde Hotel.
Penaja Utama UMW Toyota

Penaja Concorde Hotel

Sesi Q & A
Majlis ini turut diserikan lagi dengan persembahan istimewa pantomin daripada pelajar-pelajar Sekolah Cempaka yg bertajuk  
"Cut Your Greed,Not Your Green" yg menjadi moto SOOR 2018
Persembahan Pentomin daripada Pelajar Sekolah Cempaka.

Para tetamu yang hadir juga turut dihiburkan dengan persembahan khas oleh Bob Yusof (Bob AF) dgn lagu tema PEKA bertajuk "Khazanah Alam"

Persembahan nyanyian daripada Bob Yusof




Tajuk Lagu : Khazanah Alam
Penyanyi : Bob Yusof (Bob AF)
Komposer : Bob Yusof & Saidful Hamdan El Huszien
Lirik : Bob Yusof & Norzahan Bahani
Penyanyi Latar : Bob Yusof, Nurul Shida Ee & Shieyla Ideris

NEGERI SELANGOR DIPILIH SEBAGAI TUAN RUMAH SORR 2018

Program ini amat menggalakkan dan mendapat sambutan orang ramai pada setiap tahun.  Dijangkakan SOOR 2018 
akan mengumpul lebih 2000 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai golongan dan peringkat dari seluruh negara dan Sebastian 1000 batang pokok hutan pelbagai jenis.

SORR 2018 memilih Hutan Simpan Gading, Hulu Selangor, SELANGOR. Acara dijangka akan berlangsung pada 24 Mac 2018 akan datang. Untuk makluman semua, SORR telah diadakan dibeberapa negeri iaitu :


NEGERI SELANGOR DIPILIH SEBAGAI TUAN RUMAH SORR 2018

Acara yang diadakan setiap tahun sangat menggalakkan dan tahun ini SORR 2018 dijangka akan mengumpul lebih 2000 orang peserta pelbagai peringkat dari seluruh negara dan menyasarkan penanaman sebanyak 1000 batang pokok hutan pelbagai jenis. SORR 2018 memilih Hutan Simpan Gading, Hulu Selangor, SELANGOR. Acara dijangka akan berlangsung pada 24 Mac 2018 akan datang. Untuk makluman semua, SORR telah diadakan dibeberapa negeri iaitu :


1) Tahun 2013 - Hutan Chamang Lipur, Bentong, PAHANG.
2) Tahun 2014 - Hutan Simpan Sungai Besi, KUALA LUMPUR.
3) Tahun 2015 - Hutan Lipur Kuala Woh, PERAK.
4) Tahun 2016 - Hutan Simpan Sungai Menyala, Port Dickson, NEGERI SEMBILAN.
5) Tahun 2017 - Taman Negara Pulau Pinang, Teluk Bahang, PULAU PINANG.


OBJEKTIF DAN VISI UTAMA SORR 2018.

SORR 2018 kali ini seperti pada edisi-edisi yang lepas, objektif dan visi utama SORR adalah untuk mendedahkan dan memberi ilmu kepada peserta berkenaan penjagaan dan pemuliharaan hutan di negara ini. SORR 2018 bukan sahaja melibatkan laluan kawasan hutan sahaja tetapi turut melibatkan laluan di kawasan rekreasi Kolam Air Panas Kerling, Hulu Selangor.



Puan Sri Presiden PEKA mengharapkan,SARR 2018 menjadi platform kepada masyarakat khususnya golongan muda agar lebih menjiwai dan mempunyai kesedaran mendalam mengenai kepentingan pemeliharaan hutan-hutan tropika di negara ini.

Seperti edisi SORR yang lepas, setiap pasukan yang ingin menyertai SORR 2018 akan terdiri dari 2 orang peserta dengan bayaran sebanyak RM80.00/ seorang atau RM160.00/ pasukan. 

Jomm!!! ramai-ramai kita sertai Save Our Rainforest Race (SORR) 2018, di Hutan Simpan Gading, Kerling, Hulu Selangor pada 24 Mac ini. Boleh mendaftar mulai sekarang melalui : 

Laman Web : www.PekaMalaysia.org




Rabu, 14 Februari 2018

SHOPEE ~ Sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2018

Februari 14, 2018 0 Comments

[Shopee] Carian Talian Paling Popular Sempena Tahun Baru Cina



                         Assalamualaikum dan
                               salam sejahtera...

   Sempena perayaan Tahun Baharu Cina yang akan disambut oleh masyarakat Tiong Hua x lama lg, membeli-belah adalah aktiviti yg paling popular. Masing-masing sibuk memilih pakaian baru. Bagi kaum cina sudah tentu merah menjadi pilihan. Dengan adanya kemudahan shopping online, x perlu lg bersesak2  di Mall.

Carian Dalam Talian di Platform Shopee Meningkat Sebanyak 32% Sempena Perayaan Tahun Baru Cina

Apa yang menarik bila sambutan Raya Cina ni ada makan besar, tarian singa dan yang pasti kunjung mengunjungi dan sebagai rakyat Malaysia memang ni la amalan kita mengunjungi sahabat atau mungkin saudara berbangsa Cina ni. Macam biasa bila tiba hari perayaan ramai memilih bershopping online Shopee.

Sebab apa? Sebab shopee adalah online kemudahan dihujung jari kita. Ini fakta bukan auta tau?.

Sempena perayaan Tahun Baharu Cina akan datang ini dan trend e-Dagang yang semakin popular di Malaysia, Shopee; platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, telah menyaksikan peningkatan sebanyak 32% dalam jumlah carian produk di Shopee dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang tempoh perayaan ini.


Kempen Wang Bersama Shopee  fortune Ang Poa Shopee dengan hadiah lebih 1 juta dilancarkan sejak 15 Januari yang menawarkan potongan harga sehingga 90% dan hadiah kemenangan berjumlah lebih daripada RM1 juta, dah semakin ramai orang Malaysia memilih untuk membeli-belah di Shopee....lebih-lebih lagi dengan persiapan sempena Tahun Baharu Cina.

“Aktiviti membeli-belah selalunya meningkat semasa musim perayaan, dan Tahun Baharu Cina tidak ketinggalan. Tahun ini, kami menyedari lonjakan dalam bilangan carian dalam talian di Shopee apabila kita menghampiri Tahun Baharu Cina, yang menunjukkan peningkatan trend pengguna yang memilih untuk membeli-belah secara dalam talian bagi musim perayaan. Ini petanda baik yang sejajar dengan inisiatif kerajaan untuk memacu sektor e-Dagang di Malaysia. Shopee menyediakan platform yang pantas, mudah dan selamat untuk membeli-belah dan dengan insentif Penghantaran Percuma ke Seluruh Malaysia dan Komisyen Sifar (0), rakyat Malaysia boleh menikmati aktiviti beli-belah di Shopee yang mudah dan menjimatkan,”

Pakaian Wanita, Mobile & Gajet, Permainan, Kanak-kanak & Bayi, Kasut Wanita dan Beg Wanita dan ini la carian paling popular sempena Tahun Baru Cina bagi tahun 2018 ni tau. Betul kan?

Potongan harga dan promosi hebat untuk pelbagai produk sempena Kempen Wang Bersama Shopee pun dilanjutkan sehingga 25 Februari dengan pilihan lebih daripada 6 juta produk yang ditawarkan oleh lebih 200,000 usahawan di Shopee Malaysia.  Jadi kita boleh penuhi keperluan membeli-belah sempena musim perayaan ini.  Jangan lupa, teruskan bermain permainan Fortune Ang Pao untuk memenangi Tiket Emas dan hadiah utama berbentuk wang tunai berjumlah RM8,888.

Seterusnya, Shopee akan melancarkan Kempen Hari Gaji daripada 26 hingga 28 Februari yang akan membariskan pelbagai tawaran hebat bagi pelbagai jenama terkemuka termasuklah Jualan Murah Komputer Riba Shopee dengan jenama popular seperti Acer, ASUS, Dell dan Lenovo.

Sila layari :

Laman Web : www.shopee.com.my

Facebook : shopeeMY

Instagram : shopee_MY

Buat yang belum muat turun aplikasi PERCUMA Shopee tu buat la sekarang menerusi App Store atau Google Play



Mengenai Shopee

Shopee adalah platform e-Dagang terulung di Asia Tenggara dan Taiwan. Platform ini direka khusus untuk rantau ini, memberikan pengguna pengalaman membeli-belah yang mudah, selamat dan cepat dengan sokongan pembayaran dan logistik yang kukuh.

Shopee, sebuah Syarikat Sea, mula dilancarkan di Singapura sejak 2015 dan telah berkembang ke Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia, Vietnam dan Filipina. Sea merupakan peneraju dalam industri hiburan digital, eDagang dan perkhidmatan kewangan digital di rantau Asia Tenggara dan Taiwan. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kualiti kehidupan pengguna dan perniagaan kecil menerusi penggunaan teknologi dan telah disenaraikan di Bursa Saham New York (NYSE) dengan simbol SE. 

Shopee akan terus meningkatkan prestasi platformnya dan menjadi destinasi e-Dagang pilihan di rantau ini. Shopee mempunyai pilihan produk yang pelbagai dari kategori seperti elektronik, perkakas rumah, kesihatan & kecantikan, bayi & permainan, fesyen dan peralatan kecergasan.

Untuk maklumat lanjut, layari:www.shopee.com.my