Follow Us @soratemplates

Rabu, 25 September 2019

Sayur Lobak Putih Tumis

September 25, 2019 3 Comments
Assalammualaikum dan salam sayang buat pembaca blog Linda Sempoi..😘

Terima kasih sudi kunjungi blog sempoi Linda...kali ni nak share skit resepi sayur lobak putih tumis yang Linda buat baru-baru ni.. simple ja menu Linda ni tapi sedap di makan dan khasiatnya jugak banyak...

Lobak putih dipercaya banyak mengandung mineral dan vitamin seperti kalsium, fosfor, zat besi, natrium, kalium, tembaga, vitamin B, vitamin C, dan vitamin K. Kandungan nutrisi yang banyak dalam lobak putih ini pasti sangat bermanfaat terutama untuk kesihatan tubuh kita.

Boleh dikatakan dalam seminggu tu sekali Linda akan beli lobak putih ni. Cik suami pun suka sayur lobak putih ni. Katanya lobak putih ni adalah sejenis sayur yang boleh mencegah risiko penyakit kanser. Ini kerana kandungan antioksidan yang terdapat di dalamnya yang bermanfaat melawan dari radikal bebas. Lobak putih juga dipercaya mengandung isotiosinat yang dapat membunuh sel-sel kanser serta mencegah pertumbuhan sel kanser.

Selain itu juga, lobak putih ni dapat menurunkan berat badan. Sebab boleh turunkan berat badan ni la yang Linda suka sangat amalkan memakannya seminggu sekali. Kalau ada antara yang memiliki berat badan yang tidak ideal, bolehlah amalkan pengambilan lobak putih ni  dalam menu hidangan hangpa untuk menurunkan berat badan tu..

Selain itu, kandungan serat dan air yang tinggi pada lobak putih dipercaya boleh membantu proses pencernaan dengan lebih lancar lagi. Kandungan seratnya juga akan membuat efek kenyang lebih lama dirasakan oleh tubuh.

Lobak putih ni juga dapat mengatasi masalah jerawat dan kulit kering kerana kandungan vitamin C, vitamin B kompleks, fosfor, dan zinc, adalah untuk mengatasi jerawat dan juga kulit kering. Selain itu kandungan air yang banyak pada lobak putih juga akan membantu melembabkan kulit. 

Ini adalah sedikit sebanyak khasiat lobak putih yang Linda tau..sebenarnya banyak lagi khasiatnya ni tapi hangpa boleh tengok nanti tentang khasiat lobak putih kat pak cik google..😅

Ni resepi yang Linda nak share kalini ni...
Cara resepi untuk masak ni pun mudah ja 

Bahan:
1 biji lobak putih.. buang kulit potong nipis
5 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris

1 labu bawang holland dihiris
1 biji cili merah dihiris
sedikit udang putih
garam & gula

Cara:
panaskan minyak... tumiskan bawang merah bawang putih yang dihiris tadi bersama udang putih hingga kekuningan dan berbau wangi...
masukkan air secukupnya... 
bila air dah mendidih masukkan lobak..
masukkan sedikit garam dan gula ..
masak hingga lobak menjadi lembut..
bila lobak dah lembut, akhir sekali masukkan hirisan bawang holland dan cili merah untuk nampak lebih menarik...
tutup api.. sedia untuk dihidang..


Kalau tak salah Linda, lobak putih ni sesuai juga untuk diamalkan oleh ibu-ibu yang dalam pantang. Seeloknya boleh ditambah sedikit lada hitam di dalam masakan tu nanti...

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera...kita jumpa lagi nanti dalam resepi yang lain pula...

Isnin, 23 September 2019

Matxi Corp menyambut Ulangtahun yang ke 2 dengan penuh kegemilangan..

September 23, 2019 4 Comments
Assalammualaikum dan salam sayang buat pembaca blog Linda sempoi...
Glory to Glory
Alhamdulillah, baru-baru ni Linda berpeluang untuk menghadiri Majlis Pelancaran Matxi Corp serta Majils Ulangtahun yang ke-2 Matxi S.G dengan slogannya "Anda Berhak Memiliki Kehidupan Yang Lebih Baik" yang disambut dengan penuh Gilang-Gemilang bertempat di Dewan Plennary Hall Kuala Lumpur Convention Centre pada 21hb Sept yang lalu.

Tahniah dan syabas kepada Matxi Corp di atas kejayaan dalam menjulang nama ke peringkat dunia. Linda rasa sangat bangga kerana Matxi Corp memasuki Malaysia secara rasminya pada sambutan Majilis Ulangtahun ke-2 'Glory to Glorydan akan diikuti oleh negara Korea serta Amerika Syarikat.

Dengan kehadiran tetamu seramai 2,000 pengedar dari 30 buah negara serta Perwakilan Kepimpinan membuatkan majlis menjadi lebih meriah.
Antara Pengedar Yang Hadir
Sangat teruja bila menjejakkan kaki masuk ke dalam dewan kerana semua yang hadir tersangat cantik dan amat bergaya seperti ratu cantik mengikut tema yang sangat glamour yang dijemput khas dari Vietnam, Thailand, Malaysia, Singapura dan pelbagai negara yang terlibat.

Pentas Utama (sangat teruja bila tgk pentas ni)
(Sumber dari Youtube)
Persembahan ysng memukau penonton yang hadir...

Majlis pembukaan dimulakan dengan persembahan daripada  para artis seperti Thanh Ha, Bui Anh Tuan, Thu Minh dan juga Rynn Lim dan diikuti dengan Ucapan daripada Perwakilan Kepimpinan dari setiap negara seperti Cik Nung (Pengarah Matxi Corp Vietnam), Encik Kenny (Pengarah Matxi Corp Malaysia), Cik Jenny (Pengarah Matxi Corp USA), Cik Luck Kim (Pengarah Matxi Corp Korea) dan Encik Matthew James Morris (Pengarah Pembangunan Perniagaan Holdings Sdn Bhd). 
Pengacara Majlis
Cik Nhung ( Pengarah Matxi Corp Vietnam)


En. Kenny Teoh (Pengarah Matxi Corp Malaysia)

En. Jenny (Pengarah Matxi Corp USA)

En. Luck Kim (Pengarah Matxi Corp Korea)
Pada malam yang penuh bersejarah ini juga, Matxi Corp telah mengumumkan mengenai pelaburan stategik yang telah melibatkan kumpulan Malaysia serta memperkenalkan transformasi dari Matxi S.G ke Matxi Corp. Ini adalah untuk memberi peluang kepada mereka untuk melangkah masuk ke pasaran antarabangsa. 
Mr. Mathew James Morris ( Pengarah Pembangunan Perniagaan MIIC Holdings Sdn Bhd)
Secara Rasminya Telah Memasuki Pasaran Malaysia

Bakal Memasuki Pasaran Dunia
Apa yang menariknya, Matxi Corp mengkhususkan diri dalam latihan perniagaan, pembangunan manusia, membantu individu dan perniagaan untuk menghasilkan jualan yang lebih cemerlang dengan pelan halatuju latihan dan alat sokongan yang paling profesional dan teratur.

Matxi Corp juga memberi tumpuan kepada bidang-bidang seperti berikut selain latihan dan pembangunan perniagaan antaranya:
~ Hartanah
~ Peruncitan Bahagian Kanak-Kanak
~ Percetakan dan Pembungkusan
~ Syarikat Penyelenggaraan Acara

"Anda Berhak Memiliki Kehidupan Yang Lebih Baik" adalah slogan Matxi Corp dalam usaha untuk memberikan kehidupan yang terbaik kepada pelanggan, komuniti, rakan kongsi dan juga pelabur melalui produk dan perkhidmatan.


Matxi Corp juga telah mengurangkan sebanyak 10% keuntungan bulanan mereka untuk membantu serta meringgankan kesulitan dan beban beribu-ribu isi rumah di Vietnam. Matxi Corp juga telah menubuhkan "Rumah Ah Nien" di bawah Yayasan Amal Matxi dengan memberi perlindungan sosial untuk kanak-kanak dan juga warga tua.

Semoga Matxi Corp sentiasa 'successful' dalam usaha sebagai perintis dan peneraju inovasi untuk mencapai matlamat untuk menjadi kumpulan syarikat yang terhebat dan terkuat di ranjau ini dan menjangkau dunia dalam tempoh 2019- tahun 2021.


Matxi Malaysia Sdn Bhd 


Facebook : Facebook.com/MatxiMalaysia  
Instagram   : @matxicorp

#MATXICorp #YouDeserveABetterLife 
#eventMatxiCorp


Selasa, 10 September 2019

Menganyuh bersama anak-anak pada hujung minggu ...😍😍😍

September 10, 2019 2 Comments
Assalammualaikum dan salam ukhwah buat pembaca blog semua...

Dah dua minggu berturut-turut rasanya kita dapat 'long-weekend' kan... bahagianya rasa hidup bila dapat cuti lama macam ni dan dapat luangkan masa bersama anak-anak... pastinya ada antara kita yang ambil kesempatan untuk balik ke kampung atau bawa anak-anak bercuti di dalam atau pun luar negara bagi yang punya lebih sumber kewangannya tu ...

Bagi Linda sekeluarga, kami tak ke mana-mana pun cuti ni sebab anak yang sulong (Afiq) tak dapat cuti. Jadi, Linda cuma bawa anak-anak yang bertiga ni habiskan masa cuti kali dekat-dekat kawasan rumah ja... nasib baik depa ajak Linda kayuh basikal pergi Hillpark Forest...lega rasanya depa nak pi kat situ ja....lagipun memang dah lama kami tak sana walaupun dekat.

Kali ni, anak-anak minta nak kayuh basikal ke sana. Linda layankan ja. Bagus juga kalau berbasikal ke sana, keluar juga la peluh-peluh jantan tu 😅. Lemak-lemak degil yang lama dah dok bersarang dalam badan ni biaq kasi pecah sikit...

Kalau ikutkan tu bercinta jugak la nak sampai tapi hati kena kuat...tengok anak-anak yang gigih kayuh, mama pun sama gigih jugak..


Untuk kali pertama mengayuh tu Linda berdua dengan Mia ja sebab yang lagi dua tu dah hilang kat padang depan rumah Linda... mulanya tu macam nak pewaiii gak weyyyy...boleh tahan jugak la jauhnya Hillpark Forest ni dari rumah Linda...

Lagipun badan Linda masa tu tak berapa nak ok sangat, ada rasa macam nak demam...tapi malas nak layan sakit tu, kuatkan semangat untuk layan kan princess ni...

Akhirnya, berjaya juga sampai ke sana. Cuti- cuti macam ni memang ramai yang bawa family lepak2 kat sana. Riuh rendah dengan suara riang ria anak-anak yang bebas berlari ke sana sini..

Linda pun duduk lepak sekejap sambil layankan Mia ni beli Ais Milo Kepal 😋 ..panas-panas tu kena pulak Ais Milo Kepal memang terbaik ar sambil-sambil tengok gelagat insan-insan lain di situ...😍
Esok paginya pulak Aqil ngan Iman pulak ajak mengayuh sebab petang semalam depa kena tinggai. Petang tu depa dok main bola kat padang depan rumah ni ja, Linda malas la nak ajak...( tak amek pulak pic Aqil n Iman pg tu) 😅🤣😅

Akhirnya berjaya sampai pergi dan balik...tak la sampai-sampai tu terus patah balik, Linda layankan anak-anak main sekejap kat playground tu...bila depa rasa lapaq, baru depa ajak balik...

hehehe, enjoy juga la cuti baru-baru ni, puas hati bila tengok muka anak-anak happy macam ni...satu kepuasan buat Linda bila anak-anak happy dan dapat tunaikan permintaan depa nak kayuh basikal ke Hillpark Forest tu...

Lepas ni kalau cuti lagi,  depa ajak kayuh basikal lagi... tapi mama tak janji, tengok keadaan dulu tau!!!... kalau tak ada apa halangan dan mama sihat boleh la kita kayuh lagi, In shaa Allah...

Ok, ada masa nanti Linda share lagi cerita kami anak-beranak... sampai jumpa lagi...😘



SWIM RUSH ~ Kelas Renang khas untuk Dewasa Muslimah dan Kanak-kanak ...😍

September 10, 2019 0 Comments
Bismillahhirahmanirrahim...

Rasulullah SAW bersabda,
 “Ajarilah anak-anak kamu berkuda, berenang dan memanah”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sememangnya Linda dan anak-anak suka mandi kolam tapi yang pastinya Linda dan anak Linda yang ketiga tu tak pandai berenang dan agak takut sikit dengan ayaq ni. Baru-baru ni Linda terjumpa satu tempat untuk belajar berenang dan Linda mula servey.

Alhamdulillah, Linda dah jumpa pun kolam renang untuk para Muslimah dan kanak-kanak seawal usia 5 tahun untuk belajar berenang. Seronoknya dapat belajar berenang ni tau!!! 😅

Walaupun berenang ni adalah sunnah Nabi tapi kalau kita tersalah pilih tempat untuk belajar berenang boleh mendatangkan dosa pada kita dan suami. Kelas ini juga dibuka selepas waktu bekerja bagi kita yang sentiasa sibuk sepanjang hari. 

SWIM RUSH Academy kini telah menawarkan perkhidmatan Kelas Renang untuk dewasa Muslimah serta kanak-kanak seawal usia 5 tahun dan  kepakaran mereka adalah mengajar kita daripada ZERO sampai pandai berenang dalam waktu yang singkat .

Antara kepakaran mereka dalam Kelas Renang SWIM RUSH adalah :-
- Breaststroke
- Freestyle 
- Backstroke
- Butterflyy
- Water Confident
- Water Survival Skills

SEBAB kenapa kita wajib sangat-sangat untuk dapatkan kelas daripada SWIM RUSH antaranya kerana:-

- Coach yang berpengalaman selama 8 tahun
- Memiliki coach khas untuk lelaki dan perempuan
- Cara mengajar yang berkesan dan mudah
- ‘ PERCUMA’ Swimming CapA
- Sijil penyertaan selepas tamat latihan

Cawangan Akademi SWIM RUSH:-

👉 Batu Caves (Kompleks Renang Seri Siantan; kids ladies and men swimming class)

👉 Bangsar (Jalan Turi Bukit Bandaraya; private pool kids swimming class)

 👉Cheras (Kompleks Sukan Desa Tasik; available for kids and ladies swimming class)

👉Shah Alam Seksyen 14 (Private pool; only ladies swimming class)

Sekarang, boleh la Linda bawak anak-anak Linda untuk belajar berenang di salah satu cawangan yang terdekat dengan rumah Linda. Anak-anak Linda pasti happy sebab lepas ni depa lebih confident untuk mandi di kolam renang bila papa depa ajak bercuti di hotel yang punyai kolam renang..😍
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran kelas boleh hubungi :-

Facebook: https://www.facebook.com/swimrush/ 
Instagram : https://www.instagram.com/swim.rush/

#swimrush #surecanswimwan #kelasrenang #kelasrenangmuslimah#swimrushkl #gengkotakhitam #rm #rushmedia