Follow Us @soratemplates

Rabu, 28 November 2018

UNTUK PENCERAHAN DAN KESEGARAN FEMININ WANITA dengan SUMBER AYU 3X WHITENING PEARLY WHITE 

November 28, 2018 0 Comments
Assalammualaikum dan salam sayang buat semua...

 Sebagai seorang wanita dan isteri bahagian intim kita adalah perkara yang sangat wajib dan paling penting untuk kita menjaganya. Kini, Sumber Ayu mengeluarkan produk terbaru Sumber Ayu 3x Whitening Pearly White yang boleh menyelesaikan masalah tersebut. 

Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White Pembersih Feminin Wanita Terbaru

Bagi Linda, dengan adanya set penjagaan Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White ni banyak membantu dalam mengurangkan masalah kulit gelap dan mengetatkan kawasan feminin serta memberi keyakinan pada diri Linda sendiri. 

Sebenarnya terdapat pelbagai faktor - faktor yang menyumbangkan kepada perubahan warna yang boleh menyebabkan kegelapan di bahagian intim seperti faktor usia, ketidakseimbangan hormon, penambahan berat badan, pemakaian baju yang ketat dan kebiasaan bercukur. Walaubagaimanapun, sudah tentu sekali kita akan berasa diri kita kurang tertarik dan akan timbul perasaan kurang selesa. 

Dengan memilih Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White, ia bukan sahaja mencerahkan kulit di kawasan intim tetapi ia juga dapat melonjakkan tahap keyakinan diri kita. Mengandungi estrak semulajadi dari Licorice, bengkoang dan susu.
Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White Pembersih Feminin Wanita Terbaru

Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White mengandungi tahap pH 3.5 sehingga 4.5 yang berada dalam lingkungan pH normal feminin bagi memastikan kawasan feminin berada dalam keadaan yang selesa. Ia juga mengandungi bahan antiseptik semulajadi bagi mengelakkan bakteria jahat, bau yang kurang menyenangkan dan juga kegatalan.

Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White menggunakan ramuan tradisional kayu rapet dan ekstrak manjakani yang merupakan bahan semulajadi yang dapat membantu mengetatkan kawasan feminin dan dapat memberi keyakinan yang tinggi kepada wanita moden zaman kini.

Tambahan pula, Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White adalah bebas alergen dengan wangian yang sederhana. Ia juga memberi keselesaan kepada kita yang berkulit sensitif dan dapat memberi kesegaran sepanjang hari.
Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White Pembersih Feminin Wanita Terbaru

Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White diiktiraf halal dan dijamin penggunaannya bagi menghargai pengguna yang beragama Islam.

Apabila ramuan - ramuan ini dibentuk menjadi 1, Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White dapat membantu mengurangkan kegelapan kulit dengan cara mengurangkan pembentukan melamin dan seterusnya dapat membantu pertumbuhan semula kulit. Ianya juga dapat mengetatkan kawasan feminin dan mengawal kandungan pH disekitarnya. 


Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White kini dengan pembungkusan klasik yang diilhamkan mengikut bentuk badan wanita dan terdapat penambahbaikan dengan tekstur yang lebih lembut dan pekat. Produk ini boleh didapati dengan harga mampu milik dan didatangkan dengan 2 saiz berbeza iaitu 90ML dengan harga RM9.20 dan 200ML dengan harga RM15.50.

Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White Pembersih Feminin Wanita Terbaru
SUMBER AYU rangkaian produk penjagaan diri yang berkualiti tinggi dengan bangganya dibawakan kepada anda oleh WIPRO UNZA. Rangkaian Produk SUMBER AYU ini boleh didapati di pasaraya besar, pasar raya dan juga farmasi.

LATAR BELAKANG WIPRO UNZA


Sejak tahun 1980, WIPRO UNZA telah berjaya membina portfolio yang luas sebagai jenama penjagaan diri dan produk isi rumah di pasaran Asia. Mempunyai ibu pejabat di Singapura, WIPRO UNZA telah mengeluar dan memasarkan jenama ke seluruh 50 wilayah di dalam Asia Tenggara, China dan kawasan lain.

Antara jenama terkemuka daripada 24 jenama keluaran WIPRO UNZA adalah ENCHANTEUR, SAFI EVERSOFT, DASHING, CARRIE, ROMANO dan AIKEN. 

Kebanyakan produk WIPRO UNZA kini berdiri teguh setanding jenama hebat yang lain sebagai peneraju pasaran disebabkan jenama yang terhasil direka khusus dan diciptakan untuk pengguna Asia.

Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini dari Sumber Ayu , korang boleh  layari laman sesawang rasmi Sumber Ayu  di :

www.facebook.com/SumberAyuMY
http://www.sumberayu.com.my/

Seriously Linda suka menggunakan Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White kerana ia  sangat berbeza dengan produk yang lain. Selain kepekatannya dan baunya yang sangat lembut, ia juga rasa sangat selesa dan sangat nyaman bila menggunakannya. Terasa kesegarannya walaupun kita dalam keadaan berpeluh. Linda sangat syorkan kepada mereka yang lasak di luar sana untuk menggunakan Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White. 

Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White Pembersih Feminin Wanita Terbaru
#sumberayu 
#sumberayu3xwhiteningpearlywhite 
#hygiencewash  

Salam sayang daripada,

Linda...

Jumaat, 23 November 2018

"SAFI FAIR BEAUTY" Minuman Beri Kolagen...BFF Kecantikan

November 23, 2018 3 Comments
Assalammualaikum sahabat hati linda semua...





Alhamdulillah, syabas dan tahniah linda nak ucapkan kepada #SafiMalaysia jenama penjagaan kulit Halal No.1 Malaysia di atas kejayaan mereka melancarkan #BFF kecantikan 'SAFI FAIR BEAUTY' Minuman Beri Kolagen buat pertama kali di Malaysia.

Sebenarnya telah banyak minuman yang berasaskan kolagen ni daripada jenama-jenama yang lain tetapi pada Linda tetap memilih produk dari SAFI FAIR BEAUTY Minuman Beri Kolagen ni.

Minuman kecantikan berasaskan kombinasi bahan terpilih seperti Kolagen Marin terhidrolisis, Peptida Sutera, Vitamin C dan Beri Acai ini diperakui HALAL oleh JAKIM diformulasi khusus kerana manfaat anti-penuaan dan anti-oksidanya yang tinggi.

Kalau hangpa nak tau lagi, kolagen amat penting untuk membantu mengekalkan keanjalan kulit, melembut, melembap dan juga membantu pembaharuan sel-sel kulit. Ia juga membantu pertumbuhan kuku, kulit dan rambut yang sihat. 
Dari kiri Puan Mahsuri Sulaiman, Pengurus Pemasaran SAFI; Encik Sriram Krishnamurthy, Ketua Eksekutif Wipro Unza (M) Sdn.Bhd

Puan Mahsuri Sulaiman, Pengurus Pemasaran Safi turut berkongsi dengan lebih lanjut tentang manfaat "BFF kecantikan" terbaru dari SAFI yang dipasarkan sebagai rangkaian produk kecantikan tambahan kepada rutin penjagaan kulit muka SAFI anda untuk kesan yang lebih efektif. Para pengguna tidak perlu ragu-ragu untuk mengambil minuman Kolagen SAFI kerana ia adalah hasil dari keutuhan jenama SAFI sebagai pakar di dalam penjagaan kulit yang berpengalaman.

Minuman SAFI kolagen ini sesuai diambil untuk yang berumur 25 tahun ke atas. 1 bekas SAFI FAIR BEAUTY Minuman Beri Kolagen (450g) mengandungi 90,000mg kolagen. 

Hangpa disarankan mengambil 1 sudu (15g) serbuk SAFI BEAUTY FAIR Minuman Beri Kolagen yang mengandungi 3,000mg kolagen pada sebelah malam 1-2 jam sebelum tidoq, kerana proses perawatan dan pembentukan sel kulit muka berlaku ketika tidoq. 

Lebih berkesan lagi, hangpa boleh gunakan sebarang produk penjagaan kulit muka SAFI umpamanya krim malam agar kulit mendapat rawatan dari luar dan dalam semasa tidoq.

Hangpa jugak boleh menikmati minuman SAFI kolagen ini bersama minuman sejuk dan panas atau sup kegemaran hangpa kerana kolagen di dalamnya mampu menahan suhu panas sehingga 300° Celcius.

Minuman Beri Kolagen dipasarkan dalam dua jenis pilihan bekalan – 1 Bekas x 450g (Pek 30 hari) RM 98.10 dan 1 kotak (7 paket) x 15g RM 29.60 yang boleh didapati di pasaraya, rangkaian farmasi dan toko jamu terpilih di Malaysia. Minuman SAFI kini juga boleh dibeli secara atas talian melalui portal e-dagang LAZADA untuk 3 bulan pertama...

Antara kelebihan dan bahan utama yang terdapat di dalam SAFI FAIR BEAUTY Minuman Beri Kolagen:

1. Marine Collagen (Kolagen Marin)
· Berat molekul rendah untuk penyerapan mudah
· Tiada rasa, tiada bau – oleh itu anda tidak perlu risau tentang bau atau rasa hanyir

2. Silk Peptide (Peptida Sutera)
· Kaya dengan Asid Amino, protein penting untuk struktur kulit

3. Acai Berry & Vitamin C
· Kaya dengan manfaat anti-oksida yang tinggi untuk kulit

Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini dari SAFI, korang boleh  layari laman sesawang rasmi SAFI di :

FACEBOOK : SAFIMalaysia
INSTAGRAM : Safi Malaysia 
WEBSITE : www.safi.com.my

#BFFSAFIKOLAGEN, #SAFIKOLAGENmyBFF 
#SAFISKINSTORY

Jumaat, 9 November 2018

Resipi Kek Butter terlajak senang...

November 09, 2018 0 Comments
Assalammualaikum hangpa semua...

Tetiba Linda teringin pulak nak makan kek..lagipun dah lama Linda tak membaking ni... kena pulak kat dapuq ni dah ada bahan-bahannya...Rasa-rasa kek apa Linda nak buat petang ni...!?🤔

Linda ingat nak buat kek yang senang ja, tak mau yang remeh-remeh janji sedap dan anak-anak pun suka..Haaa!.....kek yang paling senang dan simple adalah kek butter 'bodo' la kan selain dari kek batik 😁. Bahan pun tak banyak sangat...

Linda ni kalau nak masak atau buat apa semua yang 'bodo-bodo' ja..anak-anak pun request nak yang bodo-bodo..Depa tak mau nak yang ada maca m-macam bahan dalam makanan tu..

Jom Linda share resipi Kek Butter Bodo Linda ni..orang yang tak tau dan tak pandai buat kek (macam Linda) pun gerenti jadi punya..😁


Bahan-bahan:

250 gram pure butter jenama emborg ( suka hati nak guna jenama apapun).

250 gram tepung naik sendiri.

180 gram gula kaster (brown sugar).

3 biji telur saiz B.

1/2 cawan susu segar.

1 sudu teh pati sunquik ( kalau tak mau pun tak pa).

Sedikit kismis untuk hiasan.


Cara cara:

Panaskan oven dalam 20 atau 30 minit.

Pukul butter dan gula hingga kembang, gebu dan bertukar warna menjadi putih (low speed kemudian sederhana kemudian high speed).

Masukkan telur sebiji demi sebiji di selang seli dengan  tepung. Masukkan susu segar dan pukul lagi sampai sebati. Masukkan pati sunquik dan kacau sebati.

Masukkan dalam loyang yang telah dilapik baking paper atau di sapu butter terlebih dahulu. Taburkan kismis sebagai hiasan... 😊

Bakar pada suhu 180 selama 35 minit ( ikut oven memasing ya) sehingga masak. Angkat dan sejukkan atas redai.


Dah boleh makan dengan ayaq teh 'o'/ kopi panas sambil tengok tv... Selamat Mencuba!!!..😉

In shaa Allah, kalau dibuat dengan kasih sayang pasti menjadi dan rasanya sangat sedap...walaupun bodo-bodo 😅😂😅
Tadaaaaa...dah siap
Boleh dipotong dan dimakan...😋😋😋
Nota:

Jika guna tepung gandum, boleh masukkan 1 sudu kecil baking powder.

Jumaat, 2 November 2018

Majlis Pelancaran zakat2u 4.0

November 02, 2018 1 Comments
Assalammualaikum pembaca blog linda sempoi...apa habaq hangpa semua..harap-harap sihat no...

Tahniah dan syabas Linda nak ucapkan kepada PPZ-MAIWP kerana telah melancarkan perkhidmatan pembayaran zakat melalui laman web zakat2u versi 4.0 bertempat di PPZ -MAIWP Taman Shamelin Perkasa, Cheras.

Dah bayaq zakat ka dak lagi hangpa semua ni!? Haaa, jangan dok bagi banyak alasan na... 


La ni Pusat Pungutan Zakat - MAIWP ( PPZ- MAIWP) dah memudahkan untuk kita menunaikan tanggungjawab kita dalam membayar zakat secara online iaitu zakat2u 4.0 yang mempunyai banyak kelebihan.

Selaras dengan perubahan teknologi pada masa kini bagi memudahkan masyarakat kita umumnya di Wilayah Persekutuan menunaikan kewajipan berzakat. 

Melalui kemudahan ini, pelbagai urusan pembayaran zakat dapat dilakukan menerusi dalam talian dengan mudah dan sangat cepat.


Antara kelebihan terkini yang disediakan menerusi Portal zakat2u ( Versi 4.0)

👉Pengiraan kalkulator zakat secara automatik yang lebih ringkas

👉   Melakukan pembayaran lebih dari satu jenis zakat dalam satu masa dengan penggunaan Troli Zakat

👉  Penggunaan resit rasmi bayaran online secara sepenuhnya

👉 Bacaan doa untuk para muzakki setelah selesai pembayaran zakat

👉  Integrasi pembayaran zakat menggunakan chatbox FB Messenger

👉   Video tutorial panduan pengiraan zakat

Untuk makluman hangpa semua, pelancaran perkhidmatan laman web zakat2u versi ke 4.0 ini telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff. 

Menurut beliau, 'kemudahan pembayaran zakat melalui zakat2u telah mula diperkenalkan sejak Ramadhan 2011 lagi. Kemudahan ini dilaksanakan selepas mengambil kira kesulitan para pembayar zakat untuk datang ke kaunter tetap kami disebabkan oleh kesibukan kerja, kesesakan lalu lintas dan pelbagai faktor lain lagi. Seiring dengan moto kami "PPZ-MAIWP Memudahkan Anda Berzakat". PPZ -MAIWP mengambil inisiatif ini untuk memberi kemudahan yang maksimum kepada pembayar zakat kami dengan menaiktaraf sistem zakat2u ke versi 4.0.'

Kata beliau lagi, ' seiring dengan kemajuan teknologi yang semakin hari semakin canggih ini, pihak PPZ-MAIWP mengambil satu langkah ke hadapan dengan menaik taraf perkhidmatan kami khususnya kaedah pembayaran secara online melalu portal pembayaran zakat di zakat2u 4.0 agar lebih mudah umum menggunakannya.'

Beliau mengharapkan dengan adanya kemudahan-kemudahan yang telah disediakan ini, para pembayar zakat akan terus setia dan memberi kepercayaan kepada PPZ-MAIWP sebagai satu-satunya intitusi yang dilantik secara sah oleh MAIWP untuk mengutip Zakat Harta di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Jadi, hangpa dah tak dak alasan tak sempat nak pi bayaq zakat lagi dah!!!

Pengertian Zakat

Dari segi syarak, zakat ialah mengeluarkan sebahagian daripada harta tertentu kepada golongan tertentu apabila cukup syarat-syaratnya.

Jenis-jenis zakat

1. Zakat pendapatan
2. Zakat perniagaan
3. Zakat wang simpanan
4. Zakat saham
5. Zakat emas
6. Zakat perak
7. Zakat ternakan
8. Zakat tanaman
9. Zakat fitrah

Syarat-syarat Wajib Zakat

1. Islam - dikenakan atas orang Islam

2. Merdeka - Orang Islam mestilah merdeka sepenuhnya

3. Sempurna Milik - Harta yang dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh seseorang

4. Cukup Nisab - Paras minima yang menentukan Sama Ada sesuatu harta diwajibkan zakat. Nisab bersamaan dengan berat 85 gram nilai emas semasa.

5. Cukup Haul - Genap setahun harta tu disimpan.

6. Niat Berniaga - Untuk memperoleh keuntungan (zakat perniagaan sahaja)

Antara harta yang dikenakan Zakat

1. Pendapatan
2. Wang Simpanan
3. Saham
4. Emas
5. Perak
6. KWSP/LTAT
7. Perniagaan

# Kadar zakat ialah 2.5% atas harta yang cukup syarat wajib zakat.


Untuk maklumat lanjut:
Talian Zakat: 
1-300-88-5757
www.zakat2u.com.my