Follow Us @soratemplates

Selasa, 10 April 2018

Jom solek-solek dengan 3INA @ Sky Avenue, Genting

Assalammualaikum dan salam sayang...😘




Wanita dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan...cantik luaran ataupun cantik dalaman menjadi rebutan setiap wanita...linda jugak tak lepaskan peluang untuk nampak lebih cantik dengan penggunaan alat kosmetik daripada 3INA. Apa tu 3INA ni..nak tau, jom baca apa yang linda nak share kat sini.



Kepada peminat-peminat alat kosmetik, linda nak kenalkan hangpa dengan produk 3INA ni. Sebutan yang betul bagi 3INA ni adalah  MEENAA, nombor tiga tu kalau diterbalikkan akan jadi huruf M. 3INA ini adalah produk daripada Europe. Yang paling bagus dan menariknya produk ini bebas paraben dan tidak diuji ke atas binatang.



 


3INA kini sudah mempunyai empat cawangan dan salah satu daripadanya kini berada di Sky Avenue, Genting Highland di aras 2. Hangpa boleh la pi cuba sendiri alat-alat kosmetik 3INA ni kalau dah hangpa ada kat Genting ni.

Anak perempuan linda juga amek peluang dan kesempatan untuk cuba alat kosmetik 3INA ni.. Begitu teruja anak linda tengok kemeriahan barangan kosmetik 3INA yang berada di sini.
Semua gincu yang terdapat disini sangat cantik warnanya dan boleh dipadankan dengan warna kulit hangpa.







The Essential lipstick 3INA ni linda rasa dia menawarkan warna yang pelbagai pilihan dan memberikan kesan yang sangat baik pada bibir, bibir akan nampak bergaya dan pada masa yang sama ia dapat merawat masalah bibir.


Rasa macam rugi kalau tak beli beberapa warna sebab harganya agak berpatutan dan linda rasa mampu untuk memilikinya untuk warna yang ala-ala pelembab bibir ni.

Hangpa jangan risau tentang harga barang kosmetik di sini, walaupun produk ni daripada Europe, harga barang kosmetik 3INA adalah harga yang linda rasa mampu milik. Hangpa boleh jugak cuba satu persatu kosmetik yang ada kat situ..seperti gincu bibir, pembayang mata, celak mata foundation dan banyak lagi..macam-macam ada weiii...

Penggunaan barang kosmetik 3INA yang sangat sesuai untuk digayakan secara kasual, majlis makan malam, majlis-majlis tertentu dan dijadikan solekan kita setiap hari.




Jangan was-was untuk jadikan 3INA ini sebagai barang kosmetik hangpa lepas ni. Apalagi, cepat dapatkan dan boleh cuba sendiri 3INA Makeup ni di Sky Avenue Genting.


3INA Makeup,

Level 2, Sky Avenue 
Genting Highland.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:
https://3ina.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan