Follow Us @soratemplates

Khamis, 27 Disember 2018

Jom Lepak kat Stall Burger Cik Suami Linda...😊

Disember 27, 2018 0 Comments
Assalammualaikum dan salam sayang... 

Alhamdulillah, kita dah hampir sampai ke penghujung tahun 2018. Banyak pengalaman dan saat suka duka yang telah dilalui dan diharungi untuk tahun ini. Semua berjalan dengan lancar berkat kesabaran dan usaha yang tinggi, kami masih lagi di sini...😅

Untuk pengetahuan hangpa, stall burger ni mula betapak kat sini dah hampir 2 tahun. Segalanya berkat usaha cik suami Linda. Seorang suami yang suka memasak dan minat untuk berniaga.

"Jom kita lepak-lepak santai kat Stall Burger #cik suami Linda" ...😅 

Kalau hangpa seorang yang suka makan Burger dan Roti John boleh la datang ke Stall Burger Cik Suami Linda yang terletak berhampiran 99 Speedmart Seri Pristana Sungai Buloh, Selangor.

Kepada hangpa yang duduk atau lalu area Sungai Buloh dan sekitar dengannya boleh la singgah sini. Kami mula buka sekitar jam 630 petang sampai pukul 11 malam. Kekadang tu lajak skit sampai pukul 12 tgh mlm...tengok keadaan la..😁

Antara menu burger yang ada di stall cik suami Linda ...

~ burger kambing

~ burger daging
~ burger ayam
~ oblong daging
~ oblong kambing
~ roti john biasa
~ roti john cheese
~ tarbak leleh (roti john special)


Burger tu pun ada yang burger special, burger double special, burger cheese dan burger double cheese...oblong pun sama jugak..🍔🍔

Lepas balik kerja, Linda akan tolong cik suami kat stall burger. Bukan tak penat tapi sebab kesiankan cik suami Linda terpaksa juga bantu dia di stall. Lagipun Linda pun suka buat burger ni...😅

Setiap hari memang Linda atau cik suami akan  bawa anak-anak lepak kat stall burger cik suami ni. Sambil-sambil tu ajaq anak-anak ni susah sikit. Macam mana nak cari rezeki. Biaq depa rasa tanggungjawab bila depa dah besaq nanti...




Alhamdulillah, sejak akhir-akhir ni ramai juga pelanggan yang baru datang ke stall kami. Ada yang kata tak tau kat stall kami ni ada juai Roti John. Sebab kebiasaannya Roti John ni ada masa bulan puasa ja. Tapi di Stall Burger kami sentiasa ada. Pasti tak akan menghampakan penggemarnya.😋

Jom singgah sini untuk menikmati kelazatan sebenar Burger dan Roti John daripada kami...kalau sedap bagitau kawan-kawan tapi kalau tak sedap bagi tau kat kami OK!! 😅

Jom Tunaikan Zakat dan Dapatkan Rebet Cukai Pendapatan Bagi E-Filing 2019...

Disember 27, 2018 0 Comments
Assalammualaikum ...

Salam Jumaat untuk semua pembaca blog Linda...salam penuh keberkatan...

Hari ini merupakan hari Jumaat yang terakhir untuk tahun 2018. Sedar tak sedar kita dah sampai ke penghujung tahun. 

Masih berbaki 3 sahaja lagi untuk kita menuju 31 DISEMBER 2018❗Sebelum 2018 berakhir marilah kita sama-sama menunaikan kewajipan kita dengan membuat pembayaran zakat di Pusat Pungutan Zakat atau melalui Portal Zakat.
Sebagai umat Islam kita amat digalakkan untuk membayar zakat untuk mendapat keberkatan dalam kehidupan kita.

Tengok! Artis kita saudara Norman Hakim pun dah pi bayar zakat, kita bila lagi...

Jom jom kita pi bayar zakat...

TInggal 3 HARI LAGI MENUJU 31 DISEMBER 2018❗❗❗

Tunaikan zakat demi kehidupan sekeluarga yang lebih berkat.

📌 Tunaikan zakat sebelum 31 Disember untuk mendapatkan rebat cukai pendapatan bagi e-filing tahun 2019.

📌 Kaunter PPZ dibuka 7 hari seminggu sepanjang bulan Disember ini dari jam 8.15 pagi hingga 4.45 petang.

📌 Mulai 26 - 31 Disember, waktu operasi dilanjutkan dari jam 8.15 pagi hingga 9.00 malam. 

Berzakat juga boleh melalui portal kami:
🌐www.zakat.com.my

Info lanjut hubungi : ☎️1300885757

#ppzmaiwp #yearendzakat #zakatakhirtahun

Isnin, 17 Disember 2018

MMSOS ~ Aplikasi Bantuan Kecemasan untuk semua...

Disember 17, 2018 1 Comments
Assalammualaikum semua...
Salam sayang dan salam ceria daripada Linda...😊😊😊

Kata orang dulu-dulu, malang tak berbau...tapi dengan adanya aplikasi daripada MMSOS ni segalanya tidak menjadi masalah lagi...samada kita sedang berada dalam kecemasan dan dalam apa jua masalah sekalipun, MMSOS sedia membantu walaupun di mana jua kita berada..

Di sini Linda share kan serba sedikit info tentang MMSOS...Apa itu MMSOS, bila kita perlukan MMSOS dan kelebihan MMSOS...

MMSOS SATU APLIKASI MANTAP DALAM MELINDUNGI DAN 
MENGURANGKAN BEBANAN RAKYAT

MM Synergy Sdn BhdMMSOSPanic Button” merupakan aplikasi bantuan kecemasan “Creating Awareness”. Merupakan kempen menanam dan menyemai kesedaran rakyat akan kepentingan aplikasi MMSOS ini, 
dengan hanya menekan “Panic Button” para pengguna yang berdepan dengan kecemasan seperti kecemasan kes ragut, rompakan, serangan, jenayah harta benda, kecurian kenderaan, kebakaran, pembuli jalan raya, cubaan rompakan, perbuatan yang mencurigakan, membantu dalam memaklumkan ahli keluarga bila berlaku kecemasan, tunda kenderaan, tuntutan insuran, ‘jump start’ kereta, membantu ganti tayar pancit atau rosak dan mengatur ambulan.

Aplikasi ini merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia, kerjasama bantuan ambulan, polis, bomba, hospital atau klinik, laporan jenayah, motor assist dan kaunseling yang mudah diakses.

MMSOS beroperasi 24 jam, tujuh hari seminggu dan 365 hari sepanjang tahun. Pengguna boleh menggunakan perkhidmatan ini pada bila-bila masa dan di mana sahaja ketika mengalami kes kecemasan. Apabila berlaku kecemasan, mereka hanya perlu menekan butang kecemasan dan team SOS Response akan membantu pengguna mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang dihadapi serta mendapatkan bantuan yang terdekat dengan anda. Anda sebagai pengguna boleh monitor status anda melalui aplikasi ini.

Aplikasi ini dimuat turun secara percuma di Play Store dan Apps Store dengan hanya klik http://bit.ly/2mC6Y03. Kemudian buat pendaftaran dengan memasukkan butiran diri.
MMSOS sedia membantu

MMSOS sedia membantu

MMSOS sedia membantu

Kelebihan Melanggan Aplikasi MMSOS :

• Kelebihan melanggan aplikasi ini, percuma ‘Personal Accident Insurance’ (value worth 50,000).

• Percuma pemeriksaan kesihatan (worth RM365).

• Diskaun 70% untuk ‘Car Tinted’.

• Diskaun 40% untuk pakej percutian ke Marina Island (all in package for 2 person, 3D2N + Dining).

• ‘Special rate’ untuk memperbaharui insuran kereta.

• ‘Special rate’ untuk penyelenggaraan kereta.

‘Ambulance fees’.

• Percuma ‘towing’.

Pengenalan aplikasi ini adalah tepat pada masanya, sekali gus dapat membantu kerajaan dan polis memastikan kadar jenayah di seluruh negara terus menurun dan rakyat sentiasa berasa selamat. Ia juga membantu dalam mengurangkan kos bebanan pengguna.

Boleh ikuti langkah-langkah di bawah untuk hangpa Sign-Up 👇

Lawat laman web : http://www.mmsos.my. Selepas tu klik ‘Join Us’.


Isi maklumat diri dan submit...

Buat pembayaran melalui kad kredit, debit or IBG.


Info MMSOS


Alamat : No. 2, Jalan Arfah 2, Seri Kuching Business Park, Off Jalan Kuching, 51200 Kuala Lumpur.
Laman web : www.mmsos.my
Hubungi : 03-6242 4895
Facebook : https://www.facebook.com/mmsos.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mmsos20181/

PS: So! Tunggu apa lagi...cepat-cepat download dan gunakan disaat kita dalam kecemasan dengan hanya menekan "Panic Button"... sediakan payung sebelum hujan tau!!!...

#mmsos #mmsossocialmedia #menarakl #kltower #menarakualalumpur 

Selasa, 11 Disember 2018

Serawa Labu Sedap

Disember 11, 2018 1 Comments
Assalamualaikum ...
Hai hangpa semua...cuti-cuti ni, dok kat rumah mula terasa lapaq. Teringin pulak nak makan serawa labu. Linda ni memang hantu serawa lebih-lebih lagi labu. Dulu masa kecik-kecik, arwah mak ada, selalu arwah mak buat kan. La ni kalau teringin nak makan apa, kena la buat sendiri. Dulu order ja, dah siap..😅

Tapi hangpa tau ka serawa tu apa?!? 🤔 Haaaa, setengah tempat panggil pengat dan ada jugak yang panggil bubuq. Nak buat serawa bukan susah pun, bahan pun tak banyak dan senang jumpa kat kedai. 

Pada hangpa yang dah tau buat tu dok diam-diam. Ni untuk yang tau buat. Ada yang dah cuba buat tapi tak pernah nak menjadi. Jangan terkejut atau buat-buat tetkejut, walaupun nak buat serawa ni senang tapi ada jugak yang tak reti nak buat.. macam adik Linda sorang ni (nama dirahsiakan) 😁

Jom tengok macam mana Linda buat serawa Labu Sedap ni...hehe

Bahan-bahan

separuh biji buah Labu ( dipotong dadu )

1-2 biji gula melaka (ikut nak manis tara mana)

1 cawan susu cair

1 cawan santan pekat

1 cawan santan

1 sudu besar sagu

Secubit garam ( untuk bangkitkan rasa lemak manisnya)

sedikit air

2 helai daun pandan yang disimpul

Cara-cara

1. Masukkan labu dan daun pandan di dalam periuk dan masukkan air hingga boleh menenggelamkan labu yang telah dipotong dadu kemudian didihkan. 

2. Bila labu dah lembut ( lebih kurang 20-30 minit), masukkan santan dan gula melaka.  Masukkan susu cair dan secubit garam. Biar hingga gula betul-betul larut.

3. Bila gula melaka dah larut dan sebati baru masukkan sagu. Masak hingga sagu benar-benar kembang.

4. Api kena slow bila dah masukkan santan supaya santan tu tak pecah minyak. Kalau dah pecah minyak, memang tak jadi dah serawa tu.

5. Dah siap boleh dihidangkan ketika panas atau sejuk.


Ini lah resepi Serawa Labu Sedap yang dapat Linda kongsikan dengan hangpa. Selamat mencuba...

"Tetiba rasa rindu pada arwah mak (maktok).  
Al -  Fatihah untuk arwah mak dan bapak, semoga mak dan bapak tenang di sana dan di tempatkan dikalangan orang-orang beriman...aamiin 😥 Tak pernah sesaat pun Linda lupakan mak dan bapak lebih-lebih lagi kalau masak makanan yang depa suka."

Rabu, 5 Disember 2018

Anggun Bergaya dengan L'oreal Paris Excellance Creme...

Disember 05, 2018 2 Comments
Assalammualaikum dan salam sayang semua....
L'oreal Paris Excellence Creme
Apa habaq hangpa harini..harap-harap tu sihat la no. Linda macam biasa ja, dah umuq dekat 40 an ni biasa la kan.

L'oreal Paris Excellence Creme

Rambut pun dah mula berubah warna. Dah nampak warna putih sikit-sikit dah pun. Itu tandanya kita ni dah semakin tua dan fizikal pun dah tak macam sepuluh tahun dulu...

Tapi, Linda nak bagitau dengan produk terbaru dari L'oreal Paris Excellence Creme ni, ia boleh memberi warna yang serba mewah, berseri dan elegan untuk rambut yang mula beruban.

Jangan ingat kita yang bertudung ni tak boleh guna produk ni tau.. Boleh ja untuk tatapan diri kita sendiri supaya nampak lebih yakin dan bergaya bila di rumah dan bila bersama suami. Suami tengok pun dah lain...😍😍😍

Pewarna rambut yang menyuburkan ini telah dirumus eksklusif dengan formula Triple Care Protection yang terkini bagi menutupi, menyegar dan merapikan rambut beruban kita secara sempurna.

 L'oreal Paris Excellence Creme tiada kesan sampingan dan tahan lama. Sebelum ini Linda mencuba produk warna rambut lain tetapi tidak berpuas hati dengan hasilnya. Tetapi dengan L'oreal adalah yang terbaik dan sangat berpuas hati.

Berbanding dengan jenama warna rambut lain, ia selamat digunakan. Dan hangpa mempunyai pelbagai pilihan warna. Antaranya adalah Golden, Brown and Almond. Dan satu perkara jika hangpa menggunakan syampu L'oreal selepas melakukan warna L'oreal maka ia akan menjadi lebih bermanfaat.

L'oreal Paris Excellence Creme juga sangat mudah untuk digunakan. Linda ikut ja langkah-langkah yang ada dalam risalah yang disertakan. Tekstur pewarna itu sangat cantik, dan ia tidak menetes. Ia juga berbau wangi dan lembut. Linda dapat rasakan warna rambut ini menembusi rambut ke dalam rambut sambil menyuburkan dan menyejukkan setiap helai. Ia juga nampak seperti semulajadi.

Linda amat mengesyorkan jenama ini untuk warna rambut. Ini adalah yang terbaik untuk siapa yang mahu mewarnakan rambut mereka. Jangan memikirkan jenama lain untuk warna rambut.
L'oreal Paris Excellence Creme


Dengan sehingga 100% penutupan rambut beruban, kini hangpa akan nampak lebih cantik berseri dan menyerlahkan lagi penampilan hangpa dengan sensasi warna yang sangat memukau.

Jom kita alami segala keanggunannya tanpa perlu berkompromi dengan perlindungan yang diperlukan oleh rambut kita...
Terima kasih kepada Loreal Paris diatas keluaran produk yang sangat bagus ini.

Hangpa boleh dapatkan produk L'oreal Paris Excellence Creme di farmasi yang berdekatan dengan harga yang berbaloi.

# htcmyxExcellenceCreme
#LorealParis
#hometesterclubmy

Selasa, 4 Disember 2018

Jom Menikmati Keenakan Domino's Pizza sempena Kempen 'IT'S ALL ABOUT YOU'

Disember 04, 2018 0 Comments
Assalammualaikum dan salam sayang daripada Linda...😘

Semoga hangpa semua sihat selalu dan bahagia disamping keluarga tersayang. Cuti sekolah dah seminggu berlalu, Linda dan anak-anak belum lagi ke mana-mana. Tapi harini Linda nak belanja anak-anak makan Dominos Pizza. 


Sebab apa Dominos Pizza, kalau hangpa nak tau sekarang ni, Domino's sedang melancarkan kempen It's All About You dimana melalui kempen ini pihak Domino's ingin berkongsi rasa gembira dan menghargai pelanggan setia mereka yang selama ini menyokong Domino's dari dulu hingga kini.. 

Linda dan anak-anak juga merupakan penggemar setia Dominos Pizza. Kalau sebut nak makan pizza sudah tentu anak-anak akan pilih Dominos.

Anak-anak Linda memang suka makan pizza tapi tak la selalu..sebulan dalam sekali dua tu adalah. Menu yang selalu kami sekeluarga pilih dah tentu Classis Pepperoni, The Big BBQ, Extravaganza dan juga Chiken Temptation. Ada juga side order lain yang Linda beli seperti menu terbaru ni Golden Chicken Tenders. Garlic Twisty Bread juga tak penah Linda lupakan...😁


Crust dia pulak Linda lebih suka yang Newyork Crust. Kalau tak salah Linda ada 4 jenis crust dia.. nak yang nipis ka, yang sedang ka yang tebal ka boleh pilih ikut citarasa kita.

Sebelum Linda nak ke Dominos, Linda terlebih dulu order online sebab Linda tak mau tunggu lama dan beratur panjang kat Dominos tu. Caranya senang ja..boleh ikut video kat bawah ni...👇


Kalau la, hangpa malas nak kuaq rumah boleh call no ni 1-300-888-333 untuk depa hantaq pizza hangpa sampai depan pintu rumah. Tambah-tambah la ni kan musim hujan, sedap kalau order Dominos ni dan makan panas-panas bersama suami dan anak-anak. Tapi jangan pulak hangpa order masa hujan lebat, susah budak-budak Dominos tu nak buat penghantaran. Kesian depa hujan-hujan nak kena pi ketuk pintu rumah hangpa dengan bawak pizza sekali.


Kalau hangpa nak tau, Domino's sudah bertapak di Malaysia selama 17 tahun bermula tahun 1997 sampai la sekarang ni. Cawangan yang pertama sekali adalah di Domino's USJ Taipan, Subang Jaya dan sehingga kini telah tertubuhnya 223 cawangan kesemuanya malah dijangka akan bertambah sehingga 240 cawangan menjelang akhir tahun ini.. Hebat kan Domino's... Pencapaian yang sangat membanggakan buat kami penggemar Dominos Pizza...

Terima kasih juga diucapkan kepada Domino's kerana sentiasa memberikan servis yang terbaik kepada pelanggannya dengan mempelbagaikan menu pizza setiap masa. Sudah pasti, Linda dan keluarga akan sentiasa setia untuk terus bersama dan semestinya, Linda akan repeat and repeat lagi untuk quality time bersama keluarga Linda di Domino's Pizza!! Linda juga rasa sangat bangga dengan kejayaan dan pencapaian Dominos Pizza ni..

Hangpa yang belum pernah cuba Domino's Pizza ni bolehlah terjah ke laman web:     


https://www.dominos.com.my/ 
atau
boleh walk in ke cawangan Domino's Pizza yang berhampiran dengan hangpa...



#ItsAllAboutYou
#DominosMy

Rabu, 28 November 2018

UNTUK PENCERAHAN DAN KESEGARAN FEMININ WANITA dengan SUMBER AYU 3X WHITENING PEARLY WHITE 

November 28, 2018 0 Comments
Assalammualaikum dan salam sayang buat semua...

 Sebagai seorang wanita dan isteri bahagian intim kita adalah perkara yang sangat wajib dan paling penting untuk kita menjaganya. Kini, Sumber Ayu mengeluarkan produk terbaru Sumber Ayu 3x Whitening Pearly White yang boleh menyelesaikan masalah tersebut. 

Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White Pembersih Feminin Wanita Terbaru

Bagi Linda, dengan adanya set penjagaan Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White ni banyak membantu dalam mengurangkan masalah kulit gelap dan mengetatkan kawasan feminin serta memberi keyakinan pada diri Linda sendiri. 

Sebenarnya terdapat pelbagai faktor - faktor yang menyumbangkan kepada perubahan warna yang boleh menyebabkan kegelapan di bahagian intim seperti faktor usia, ketidakseimbangan hormon, penambahan berat badan, pemakaian baju yang ketat dan kebiasaan bercukur. Walaubagaimanapun, sudah tentu sekali kita akan berasa diri kita kurang tertarik dan akan timbul perasaan kurang selesa. 

Dengan memilih Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White, ia bukan sahaja mencerahkan kulit di kawasan intim tetapi ia juga dapat melonjakkan tahap keyakinan diri kita. Mengandungi estrak semulajadi dari Licorice, bengkoang dan susu.
Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White Pembersih Feminin Wanita Terbaru

Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White mengandungi tahap pH 3.5 sehingga 4.5 yang berada dalam lingkungan pH normal feminin bagi memastikan kawasan feminin berada dalam keadaan yang selesa. Ia juga mengandungi bahan antiseptik semulajadi bagi mengelakkan bakteria jahat, bau yang kurang menyenangkan dan juga kegatalan.

Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White menggunakan ramuan tradisional kayu rapet dan ekstrak manjakani yang merupakan bahan semulajadi yang dapat membantu mengetatkan kawasan feminin dan dapat memberi keyakinan yang tinggi kepada wanita moden zaman kini.

Tambahan pula, Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White adalah bebas alergen dengan wangian yang sederhana. Ia juga memberi keselesaan kepada kita yang berkulit sensitif dan dapat memberi kesegaran sepanjang hari.
Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White Pembersih Feminin Wanita Terbaru

Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White diiktiraf halal dan dijamin penggunaannya bagi menghargai pengguna yang beragama Islam.

Apabila ramuan - ramuan ini dibentuk menjadi 1, Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White dapat membantu mengurangkan kegelapan kulit dengan cara mengurangkan pembentukan melamin dan seterusnya dapat membantu pertumbuhan semula kulit. Ianya juga dapat mengetatkan kawasan feminin dan mengawal kandungan pH disekitarnya. 


Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White kini dengan pembungkusan klasik yang diilhamkan mengikut bentuk badan wanita dan terdapat penambahbaikan dengan tekstur yang lebih lembut dan pekat. Produk ini boleh didapati dengan harga mampu milik dan didatangkan dengan 2 saiz berbeza iaitu 90ML dengan harga RM9.20 dan 200ML dengan harga RM15.50.

Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White Pembersih Feminin Wanita Terbaru
SUMBER AYU rangkaian produk penjagaan diri yang berkualiti tinggi dengan bangganya dibawakan kepada anda oleh WIPRO UNZA. Rangkaian Produk SUMBER AYU ini boleh didapati di pasaraya besar, pasar raya dan juga farmasi.

LATAR BELAKANG WIPRO UNZA


Sejak tahun 1980, WIPRO UNZA telah berjaya membina portfolio yang luas sebagai jenama penjagaan diri dan produk isi rumah di pasaran Asia. Mempunyai ibu pejabat di Singapura, WIPRO UNZA telah mengeluar dan memasarkan jenama ke seluruh 50 wilayah di dalam Asia Tenggara, China dan kawasan lain.

Antara jenama terkemuka daripada 24 jenama keluaran WIPRO UNZA adalah ENCHANTEUR, SAFI EVERSOFT, DASHING, CARRIE, ROMANO dan AIKEN. 

Kebanyakan produk WIPRO UNZA kini berdiri teguh setanding jenama hebat yang lain sebagai peneraju pasaran disebabkan jenama yang terhasil direka khusus dan diciptakan untuk pengguna Asia.

Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini dari Sumber Ayu , korang boleh  layari laman sesawang rasmi Sumber Ayu  di :

www.facebook.com/SumberAyuMY
http://www.sumberayu.com.my/

Seriously Linda suka menggunakan Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White kerana ia  sangat berbeza dengan produk yang lain. Selain kepekatannya dan baunya yang sangat lembut, ia juga rasa sangat selesa dan sangat nyaman bila menggunakannya. Terasa kesegarannya walaupun kita dalam keadaan berpeluh. Linda sangat syorkan kepada mereka yang lasak di luar sana untuk menggunakan Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White. 

Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White Pembersih Feminin Wanita Terbaru
#sumberayu 
#sumberayu3xwhiteningpearlywhite 
#hygiencewash  

Salam sayang daripada,

Linda...