Follow Us @soratemplates

Rabu, 11 April 2018

Bengkel Fashion Esprit & Eksesori terbaru Thomas Sabo...

April 11, 2018 0 Comments
Assalammualaikum dan salam sayang semua...😘😘😘


Antara koleksi terbaru Thomas Sabo...
Kali ni linda nak share tentang satu bengkel fashion dan aksesori yang linda pi haritu. Sat gi hangpa tengok cantik tak rantai dan cincin yang linda pakai ni...inilah koleksi terbaru daripada Thomas Sabo...linda pun jarang dengaq jenama aksesori ni, ni la kali pertama linda dengaq dan tengok sendiri barangan dan aksesori terkini dari Thomas Sabo ni... sangat cantik dan nampak ekslusif pada sesiapa yang memakainya ....😍





Sebelum ni linda hanya tahu tentang aksesori yang berjenama terkenal Pandora dan Trollbeads saja tapi kali ni linda diperkenalkan dengan sejenis aksesori yang bernama Thomas Sabo. Thomas Sabo ni adalah benda baru buat linda coz sebelum ni linda tak pernah pun dengar jenama ni yang linda tahu hanya Pandora ja. 



Kini, Thomas Sabo telah memperkenalkan koleksi terbaru dari Thomas Sabo iaitu 'Charm Club Generation' yang sesuai dijadikan perhiasan untuk lelaki mahupun wanita.

Pada linda, Thomas Sabo kali ini menampilkan rekaan yang boleh saja di 'mix and match' mengikut gaya dan personaliti yang sesuai mengikut individu. Setiap gaya yang digayakan oleh seseorang individu itu mampu untuk  meningkatkan mutu penampilan seseorang. Thomas Sabo kali ni banyak menggunakan elemen spiritual, bulan, bintang, matahari dan material perak aka s 925.

Bagi peminat aksesori, linda memang suka dan minat sangat dengan bahan dan material yang digunakan yang  berasaskan emas 916 ataupun perak s 925 sebab bagi  linda bahan seperti ini mampu memberikan gaya yang sangat ekslusif dan setiap individu pasti akan tampak elegan dan lebih bergaya.

Apapun Thomas Sabo koleksi 'Charm Club Generation' ni  membuatkan si pemakai  akan nampak lebih  stand out lebih-lebih lagi gelang yang dimuatkan dengan beberapa charms yang ala-ala spiritual design tersebut.

Apa pun bagi anda yang berminat dengan rekaan Latest dari Thomas Sabo anda boleh dapatkannya di Outlet Thomas Sabo salah satunya berada di Level 3 @ Sky Avenue juga.

Selain itu, Esprit juga salah satu jenama yang tidak asing lagi buat linda dalam menampilkan rekaan yang sangat santai dan sangat sesuai untuk mereka yang masih berjiwa remaja dan sukakan gaya yang bebas dan ala-ala street fashion.




Esprit telah mengeluarkan rekaan yang boleh di mix dan match lebih-lebih lagi penggunaan seluar jeans pendek, t shirt dan juga cardigan. Fesyen sebegini membuatkan golongan remaja nampak lebih santai dan lebih bebas.

Terdapat jugak design-design yang lagi menarik yang dibawakan oleh Esprit...hangpa boleh kunjungi butik Esprit yang terdapat di Sky Avenue ni dengan harga yang berpatutan...material kain yang sangat cantik dan selesa di pakai...

Ingat Thomas Sabo, ingat Esprit...😁😁😁

Dah tak perlu pakai minyak wangi dah...

April 11, 2018 1 Comments
Assalamualaikum dan salam sayang...😘

Harini linda nak share sikit tentang pewangi  badan yang linda gunakan. Sejak linda guna Safi Shower ni ramai yang tanya linda, "linda pakai perfume apa , wangi sangat baunya.." hehe, rasa malu pulak bila di tegur macam tu kan...kalau linda bagitau mesti hangpa tak percaya sat gi...

Linda tak pakai pun minyak wangi semenjak linda menggunakan Safi Shower ni. Inilah rahsianya....😁Bau Safi Shower ni sangat-sangat menyegarkan dan merasa sangat tenang sekali.  Linda dah jimatkan kos daripada membeli minyak wangi yang mahal-mahal. 



Memang minyak wangi adalah satu kemestian bagi setiap wanita samada di rumah mahupun ketika mahu melangkah keluar dari rumah.

Linda tak nafikan yang minyak wangi mampu untuk menambah keyakinan diri dan membuatkan orang sekeliling kita akan rasa lebih selesa. Paling penting ia mampu menghilangkan bau badan. Malah, berwangian-wangian, menjaga kebersihan diri merupakan salah satu sunnah nabi. Lebih-lebih lagi jika berwangi-wangian dirumah, bertujuan untuk keselesaan dan menyenangkan suami, pasti diberikan ganjaran pahala berlipat kali ganda.

Dengan adanya SAFI SHOWER  ni, masa mandi terasa sangat bermakna..linda suka Safi Shower yang berwarna hijau. Ianya sangat menenang dan menyegarkan sepanjang hari sambil membelai kulit agar lembut, licin dan lembap.

'Serai Lime Splash'
~dengan gabungan ramuan segar- serai dan limau purut yang bukan sahaja bertindak sebagai bahan anti- bakteria sumulajadi, tetapi mampu menenang dan melembutkan tekstur kulit. Merupakan satu percikan pada kulit bagaikan satu tamparan manja yang menyegarkan dan mampu membangkitkan setiap deria kita!


Antara tips untuk mewangikan badan tanpa perlu memakai minyak wangi adalah seperti: 

 ~ Mandilah sekurang-kurangnya dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam sebelum tidur atau lebih kerap lebih bagus dengan Safi Shower. Ini kerana kotoran dan peluh melekat pada badan dan boleh menyebabkan bau badan. Sebelum mandi boleh juga rendam kaki dengan air suam yang ditaburi garam untuk menghilangkan bau badan dan bau kaki.

 ~Minum air mineral atau air masak sekurangnya 6-7 gelas sehari untuk dapatkan aliran darah yang lancar kerana ia dapat jaga kebersihan tubuh dan kekal bau badan biasa. Ia membuatkan badan cukup hidrasi, mulut tidak kering dan berbau.

Ini lah saja tip daripada linda....kalau ada lagi nanti linda share lagi yer 😍

Selasa, 10 April 2018

Jom solek-solek dengan 3INA @ Sky Avenue, Genting

April 10, 2018 0 Comments
Assalammualaikum dan salam sayang...😘




Wanita dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan...cantik luaran ataupun cantik dalaman menjadi rebutan setiap wanita...linda jugak tak lepaskan peluang untuk nampak lebih cantik dengan penggunaan alat kosmetik daripada 3INA. Apa tu 3INA ni..nak tau, jom baca apa yang linda nak share kat sini.



Kepada peminat-peminat alat kosmetik, linda nak kenalkan hangpa dengan produk 3INA ni. Sebutan yang betul bagi 3INA ni adalah  MEENAA, nombor tiga tu kalau diterbalikkan akan jadi huruf M. 3INA ini adalah produk daripada Europe. Yang paling bagus dan menariknya produk ini bebas paraben dan tidak diuji ke atas binatang.



 


3INA kini sudah mempunyai empat cawangan dan salah satu daripadanya kini berada di Sky Avenue, Genting Highland di aras 2. Hangpa boleh la pi cuba sendiri alat-alat kosmetik 3INA ni kalau dah hangpa ada kat Genting ni.

Anak perempuan linda juga amek peluang dan kesempatan untuk cuba alat kosmetik 3INA ni.. Begitu teruja anak linda tengok kemeriahan barangan kosmetik 3INA yang berada di sini.
Semua gincu yang terdapat disini sangat cantik warnanya dan boleh dipadankan dengan warna kulit hangpa.







The Essential lipstick 3INA ni linda rasa dia menawarkan warna yang pelbagai pilihan dan memberikan kesan yang sangat baik pada bibir, bibir akan nampak bergaya dan pada masa yang sama ia dapat merawat masalah bibir.


Rasa macam rugi kalau tak beli beberapa warna sebab harganya agak berpatutan dan linda rasa mampu untuk memilikinya untuk warna yang ala-ala pelembab bibir ni.

Hangpa jangan risau tentang harga barang kosmetik di sini, walaupun produk ni daripada Europe, harga barang kosmetik 3INA adalah harga yang linda rasa mampu milik. Hangpa boleh jugak cuba satu persatu kosmetik yang ada kat situ..seperti gincu bibir, pembayang mata, celak mata foundation dan banyak lagi..macam-macam ada weiii...

Penggunaan barang kosmetik 3INA yang sangat sesuai untuk digayakan secara kasual, majlis makan malam, majlis-majlis tertentu dan dijadikan solekan kita setiap hari.




Jangan was-was untuk jadikan 3INA ini sebagai barang kosmetik hangpa lepas ni. Apalagi, cepat dapatkan dan boleh cuba sendiri 3INA Makeup ni di Sky Avenue Genting.


3INA Makeup,

Level 2, Sky Avenue 
Genting Highland.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:
https://3ina.com/

Snow World dan Genting Bowl @ World First Plaza

April 10, 2018 0 Comments
Assalamualaikum dan salam sayang buat pembaca blog linda sempoi....


Hotel First World
Tentu ada antara kita yang teringin sangat nak merasa main salji kan!.. Hangpa jangan dok risau nak pi jauh-jauh sebab kat dalam Malaysia pun kita dah dapat main salji. Tempat dia bukan main besaq dan luas lagi. Tak percaya, jom tengok apa yang linda nak share kat sini.
Sangat sejuk suhu kat sini
Snow World ni terletak di paras 2 World First Plaza merupakan kawasan ajaib musim sejuk yang terbesaq sekali di Malaysia dengan keluasan 22.8k kaki persegi. Suhunya pula boleh mencecah -6°c. Boleh tak hangpa bayangkan betapa sejuknya bila dok dalam Snow World ni.

Masa dok dalam ni, kita bercakap pun keluaq asap. Memang linda rasa macam dok ada kat negara omputih dah...anak-anak excited dok main salji...siap berguling-guling lagi kat dalam tu untuk merasai salji yang sebenar. 

Tapi sayang linda tak dapat nak snap gambaq-gambaq menarik kat dalam tu. Masa ni la fon buat hal lagi. Kesian anak-anak yang dah siap possing suh amek gambaq depa.

Kat dalam ni jugak terdapat banyak aktiviti yang boleh kita buat. Antara aktivitinya adalah seperti gelongsor 'Crosta Run Toboggan Slide'...anak linda yang no 2 dan yang no 4 tu tak berenti main gelongsor tu...memang nampak depa seronok sungguh dengan gelongsor 'Toboggan' tu. Anak-anak boleh jugak main 'play slide' sambil tu boleh jugak pegang- pegang salji macam cerita frozen dalam TV tu...bawakla anak main pusing puas-puas dengan 'play slide' tu... sambil tu kita jugak boleh main baling-baling bola salji dengan anak-anak kita dalam tu...keseronokan terasa bila linda tengok anak-anak happy sangat ...
Nak naik gelongsor 'Crosta Run Toboggan Slide'
Adik Iman suruh tarik dengan 'Play Slide'
Main baling-baling salji
Dalam Snow World ni jugak hangpa boleh merasa suasana sebenar pada waktu siang dan malam musim sejuk dengan bantuan penataan lampu LED Light Animation Scheme. Sungguh menakjubkan, memang terasa macam dok kat London dah....hehe😁

Terdapat juga mural dinding yang sangat menarik turut disediakan di Winter Downtown ni seperti English Tea Shop, an Italian Pizzeria,  A French Bakery dan banyak lagi bagi hangpa yang suka bergambar bagi merakamkan kenangan-kenangan terindah semasa berada di dalam Snow World ni sebagai kenangan...

Antara mural yang terdapat dalam 'Snow World of Genting'
Antara tempat yang cantik untuk bergambar
Rumah Igloo
Memandangkan suhu kat dalam ni yang terlalu sejuk hampir mencecah -6°c masa yang diberikan untuk pengunjung hanya 30 minit sahaja. So, kita kena pandai gunakan masa yang ada sebab 30 minit tu terlalu singkat untuk kita nak explore kat dalam tu...Snow World ni buka setiap hari bermula jam 9.30 pagi hingga 11.30 malam. Harga termasuk sewa baju sejuk, gloves, kasut dan jugak topi sejuk.
HARGA:
Dewasa : RM 40
Kanak-kanak/Warga Emas : RM 30

Dah puas linda dan anak-anak main salji, lepas tu bawak pulak anak-anak panaskan badan kat Genting Bowl yang terletak di Tingkat 3, First World Plaza ni, hanya naik satu tingkat ja dari Snow World  tadi.. anak-anak linda memang dah lama jugak minta nak main bowling ni..Akhirnya depa dapat main kat atas tanah tinggi ni...

'Genting Bowl'
'Genting Bowl'
Kat Genting Bowling ni terdapat 28 lane...sangat sesuai kalau nak buat tournament atau pun family day kat sini..tempat yang sangat luas dan selesa sangat. Yang lagi best, kalau kita main selepas pukul 6, kita boleh rasa main dalam suasana 'Glow In The Dark'. Kat tempat lain tak dak lagi suasana yang macam ni.
'Genting Bowl'
'Genting Bowl'
Anak-anak linda happy sangat walaupun depa tak berapa nak pandai main tapi pengalaman ni terlalu mahal dan indah buat linda dan anak-anak. 
'Genting Bowl'
'Genting Bowl'
Genting Bowl mula beroperasi bermula 
jam 12 tengahari hingga 12 malam
(Isnin hingga Jumaat) / 
10 pagi hingga 12 malam
 ( Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah dan Cuti Umum)

Harga: 
Sebelum 6 Petang 
Isnin hingga Jumaat RM6.40
Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah dan Cuti Umum RM8.50

Selepas jam 6 petang
Isnin hingga Jumaat RM7.50
Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah dan Cuti Umum RM9.50

Ni nak habaq ni, hangpa boleh dapatkan harga combo untuk anak-anak hangpa  kat tempat-tempat menarik di Resort World Genting  ni dengan harga combo 2 dan combo 3 pada harga serendah RM 60 sahaja. Harga kombo ni hangpa boleh dapat melalui Genting Rewards Member's Child atau kalau nak tau dengan lebih lanjut lagi hangpa boleh hubungi +603 6101 1118 atau lawati www.rwgenting.com.


Khamis, 5 April 2018

Majlis Penyampaian Hadiah Juara 'Hang Masuk Hang Menang'...

April 05, 2018 0 Comments
Assalamualaikum...hai semua 😊

Cabaran 'Hang Masuk Hang Menang' anjuran Riang Ria Raya, menang bersama Hang Tarik F&N.

Nak tau dak baru-baru ni linda pi mana....haa, dekat ja linda pi kat Giant Hypermarket Batu Caves. Di sana linda berpeluang menyaksikan Majlis Penyampaian Hadiah Juara 'Hang Masuk Hang Menang' anjuran Riang Ria, menang bersama Hang Tarik F&N.

Pemenang hadiah utama En Zaiful Syawwari bin Zakaria
Antara insan-insan yang bertuah 😀
Hadiah yang ditawarkan sangat lumayan tau...jangan terkejut kalau linda bagi tau ni...sapa nak teka?...hadiahnya ialah wang tunai yang bernilai RM 50,000. Sangat menarik kan...linda pun termangu sat bila dengaq hadiah yang ditawarkan tu...

Pertandingan Hang Masuk Hang Menang ni adalah lanjutan daripada Kempen Hang Tarik F&N yang dilancarkan semasa musim perayaan tahun lepas bagi memperkenalkan standard emas membuat secawan Teh Tarik Ori dengan Susu Pekat Sweetened F&N dan Susu Menguap F&N. 

Pengurus Pemasaran F&N  Beverages Pemasaran Kanan Cik Eileen Chan mengulas, " Mengikut Pengurus TV Raya Raya  kejayaan terakhir kempen F&N Hang Tarik kami lancarkan bersama tahun ini, acara hari ini merupakan satu lagi cara bagi F&N untuk berkongsi, melibatkan dan memberi ganjaran kepada pelanggan setia kami untuk meneruskan warisan kami untuk membantu rakyat Malaysia menikmati saat-saat rasa yang berharga, F&N didedikasikan untuk membawa rakyat Malaysia sama-sama untuk menikmati citarasa Teh Tarik yang sempurna dengan manis yang lembut, licin dan berbuih".

King Tarik Azlin
Hang Tarik  
King Tarik Azlin dan Hang Tarik...😍
Linda juga tidak ketinggalan dapat menyaksikan persembahan yang hebat daripda Hang Tarik dan Teh Tarik King Azlin yang dapat memikat hati linda dan jugak orang ramai yang hadir dengan kemahiran membuat Teh Tarik yang amat mengagumkan. Selepas pertunjukan tu, muncul kemuncak acara di mana semua bola mata tertumpu pada pemenang hadiah utama iaitu En. Zaiful Syawwari bin Zakaria. Beliau diberi peluang untuk menambahkan lagi nilai hadiah dengan cabaran 'Wind Chamber' di mana beliau perlu mengutip sebanyak mana duit kertas tiruan yang ada di dalam tu dalam masa yang telah ditetapkan. Jumlah keseluruhan yang berjaya dibawa balik oleh beliau adalah sebanyak RM 26,680.00. Ucapan tahniah buat beliau...😊

Pemenang Hadiah Utama
Pemenang Hadiah Utama 
Pemenang Hadiah Utama
Sebelum berlangsungnya majlis pada hari ini, seramai 6 peserta bertuah telah memenangi motosikal manakala sebanyak 240 hadiah mingguan berupa tudung limited edition dari Fareeda telah diberikan sejak pertandingan F&N  'Hang Masuk Hang Menang' ini.

Pemenang 'Hang Masuk Hang Menang'

'Wind Chamber'

Tak semudah yang disangka bila berada dalam ni...😅
Linda juga mengambil kesempatan masuk ke dalam 'Wind Chamber' tu untuk mencuba nasib. Sebenarnya tak semudah yang kita sangka. Untuk kutip kertas yang berterbangan di dalam tu memang sangat mencabar. Apapun linda dapat merasai pengalaman yang sangat indah berada di dalam 'Wind Chamber' tu. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga linda bawak balik voucher dari Giant Hypermarket dengan jumlah RM30. Boleh shopping banyak-banyak susu F&N kat Giant lepas ni.😁

Hang Masuk Hang Menang😊
Hang Masuk Hang Menang 😊
Voucher daripada Giant Hypermarket 😍
Lepas ni boleh la kita bancuh teh tarik ori setiap hari dengan susu F&N ni. Susu F&N  akan terus menjadi pilihan setiap keluarga  dikalangan rakyat Malaysia walaupun di mana kita berada.
Teh Tarik Ori yang terbaik dari F&N...😋
Jangan lupa tau, gunakan susu F&N dalam teh tarik anda untuk rasa yang lebih kick...😍