Follow Us @soratemplates

Isnin, 4 November 2019

Lunch di Warung Depan Mindef...

Assalammualaikum dan salam sayang semua... haiiiiii

Dah masuk bulan November dah kan. Sekejap ja masa berlalu. Untuk bulan November ni, yang ni entry pertama daripada Linda. Huhuhu, macam sibuk sangat kan tak sempat nak up apa-apa. 

Dalam entry kali ni, Linda nak share 1 tempat makan yang boleh dikatakan best la jugak untuk hangpa layan waktu lunch hangpa. Kebetulan petang ni Linda ada task kat mindef untuk persiapan Majlis AKRAB keesokkan harinya. Jadi, dari ofis tadi Linda gerak awal sikit sebab si comel Linda tu tak boleh laju-laju risau kalau laju sat lagi skru tercabut ..(hehehe)

Ok, dah selamat sampai Mindef, cari tempat parking moto penuh plak tapi Linda selit ja parking tepi-tepi kereta ni. Selamat dah parking, call kawan-kawan yang seangkatan, depa tak sampai lagi kat Mindef. Linda pun tunggu depa kat depan kaunter pas pelawat ni. Kawan-kawan AKRAB ni dari lain-lain kawasan, bila ada majlis atau kursus baru la dapat berjumpa, jadi dapat la lunch sama-sama.
Dalam 5 minit depa pun sampai, lepas salam peluk cium lepaskan rindu, Linda ajak depa masuk kedai ni. Kedai ni tak dak nama nak bagi tau kat hangpa pun. Banner apa pun tak dak. Tapi memang Linda suka makan kat sini.
Dulu masa Linda kerja kat Mindef, Linda memang suka makan kat kedai ni. Sekarang kedai ni dah diubahsuai dan nampak besar sikit dari dulu.

Linda suka makan kat sini sebab ada ikan bakar. Macam-macam pilihan ikan ada, tapi masa Linda sampai tu tak banyak lagi ikan bakar yang ada. Depa baru nak mula bakar. Hangpa pilih ja ikut selera masing-masing. Kalau hangpa lalu depan Mindef ni boleh la singgah lunch kat kedai ni. 

Tengok menu-menu bawah ni...
Ni pulak menu yang Linda pilih... tak semeriah mana pun tapi boleh la untuk lapik perut..konon diet ..
Last masa Linda nak pegi bayar kat kaunter baru nampak banner ni...tengok tu muka-muka happy lepas dapat makan ikan bakar...


1 ulasan:

  1. Sedapnyaaaaa....rasa nak masuk je dalam gambar and tumpang makan sekaki..hahaha

    BalasPadam