Follow Us @soratemplates

Khamis, 16 Ogos 2018

Penghantaran Jambangan bunga 'Online' untuk yang tersayang daripada Flower Chimp...❤❤❤

Ogos 16, 2018 0 Comments
Assalamualaikum...hai semua pembaca blog Linda Sempoi...

Suprice...❤
Flower Chimp
Flower Chimp
Flower Chimp
Sapa suka kalau dapat jambangan bunga secara mengejut atau kata orang putih tu 'suprice'...haaa~ mesti la suka kan...tambahan pulak daripada orang yang kita sayang...😍

Ni Linda nak kongsi sikit tentang Flower Chimp yang telah bertapak di Negara kita... 
Kalau hangpa ada nak kirimkan bunga kepada yang tersayang boleh la hubungi  atau kunjungi laman web Flower Chimp. Macam-macam pilihan ada dan harganya sangat berpatutan. 


Flower Chimp
Bouquet of Flowers
Bouquet of Flowers
Flower Chimp
Flower Chimp
Flower Chimp

Untuk pengetahuan... Flower Chimp Menerima Pelaburan Berjumlah RM 6 Juta Berikutan Prestasi Cemerlang di Asia Tenggara Pengasas Berhasrat Meluaskan Perniagaan ke Singapura Menjelang Pertengahan Ogos 2018.

“Ucapkan dengan bunga!” Kepesatan industri e-dagang di peringkat global telah memacu perkhidmatan penghantaran bunga dan membolehkan pengguna mencipta kenangan indah bersama insan tersayang. Cuba hangpa bayangkan, betapa mudahnya hangpa boleh memilih jambangan bunga kegemaran hangpa dan merancang penghantaran yang  mudah hanya di hujung jari sahaja. 


Flower Chimp
Flower Chimp

Daripada pilihan jambangan sempena hari lahir hingga ke kiriman bunga sebagai tanda ucapan tahniah, titipan istimewa sempena sambutan Hari Kekasih dan Hari Ibu, Flower Chimp akan memenuhi keperluan bunga-bungaan anda dari harga serendah RM89 sahaja. Melangkah setapak ke hadapan berbanding pesaing mereka, Flower Chimp menawarkan perkhidmatan penghantaran ke seluruh negara yang meliputi lebih daripada 80 daerah di dalam Malaysia, termasuk di Sabah dan Sarawak. 

Dengan rangkaian meluas seperti itu, tidak hairanlah perkhidmatan penghantaran bunga dalam talian tersebut menjadi pilihan utama pelanggan yang turut menikmati penjimatan menerusi penghantaran secara percuma ke atas semua tempahan tanpa had perbelanjaan minima. Malah, pelanggan juga boleh menjadualkan penghantaran pada hari yang sama bagi semua tempahan yang dibuat sebelum pukul 1 tengah hari untuk mengejutkan insan tersayang mereka. 

Ini adalah antara jambangan bunga yang terdapat pada Flower Chimp. Sangat-sangat segar dan semuanya cantik-cantik belaka. Hangpa pasti puas hati dengan jambangan bunga yang ada ni.


Bouquet of Flowers
Bouquet of Flowers
Bouquet of Flowers
Flower Chimp

“Walaupun kami masih baharu dalam perniagaan penghantaran bunga ini, Flower Chimp telah berkembang hingga menjadi jenama terkemuka dalam industri ini. Dalam tempoh kurang daripada dua tahun, kami telah menjadi pilihan nombor 1 dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian di Malaysia, Indonesia dan Filipina dengan rekod pertumbuhan lima (5) kali ganda berbanding tahun lepas,” kata Maximilian Lotz, Pengasas Flower Chimp

Berikutan prestasi memberangsangkan mereka dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian, Flower Chimp berjaya menambat pelaburan berjumlah RM 6 juta daripada sekumpulan pelabur termasuklah Asia Venture Group (AVG), sebuah syarikat persendirian yang telah menilai potensi besar Flower Chimp menerusi model perniagaan dan strategi pemasaran mereka yang unik. Syarikat yang sama turut membuat pelaburan dengan syarikat lain seperti iMoney, Happy Fresh dan iPrice. “Kami mensasarkan untuk mengembangkan rangkaian kami di Singapura menjelang pertengahan bulan Ogos 2018 dan di negara Asia Tenggara yang lain termasuklah Vietnam, Thailand dan Hong Kong pada tahun 2019,” tambah Lotz


Flower Chimp

Flower Chimp

Flower Chimp

Flower Chimp

Lotz dan rakan kongsi/Ketua Pegawai Operasi, Niklas Frassa yang mendalami sendiri perniagaan bunga-bungaan berhasrat untuk menggunakan pelaburan yang diterima untuk mengukuhkan operasi mereka di Indonesia dan Filipina, di samping meningkatkan infrastruktur teknikal untuk memanfaatkan pelanggan kami dengan ciri-ciri pintar termasuklah sistem penjejakan secara langsung bagi setiap pesanan. “Dalam masa yang sama, kami menjalankan kajian ke atas pasaran semasa secara berterusan dalam mencari idea untuk produk dan promosi baharu untuk pelanggan kami yang kembali untuk mencari sesuatu yang bersesuaian dengan keperluan mereka,” kata Frassa. 

Kata Frassa lagi, “Dengan kuasa pemasaran dalam talian dan media sosial, kami mahu mengukuhkan penjenamaan kami dan menjadi pilihan pertama dalam kalangan pelanggan yang semakin lama semakin bijak mengendalikan perkata berkaitan teknologi. Kami yakin, dalam tempoh dua belas (12) bulan akan datang, dari Suku Keempat (Q4) 2018 hingga ke Suku Keempat (Q4)  2019, Flower Chimp akan berkembang sehingga tiga (3) kali ganda menerusi sumbangan daripada empat pasaran utama iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina”. 

Hubungi kami: 

Flower Chimp di Malaysia 
Laman Sesawang: https://www.flowerchimp.com/
Facebook: https://www.facebook.com/FlowerChimpMY/
Instagram: @flowerchimp

Flower Chimp di Indonesia
Laman Sesawang: https://www.flowerchimp.co.id/
Facebook:  https://www.facebook.com/FlowerChimpID/
Instagram: @flowerchimp.id

Flower Chimp di Filipina
Laman Sesawang: https://www.flowerchimp.com.ph/
Facebook: https://www.facebook.com/FlowerChimpPH/
Instagram: @flowerchimp.ph


Fresh Flowers
Bouquet of Flowers
Bouquet of Flowers
Bouquet of Flowers

Mengenai Flower Chimp

Flower Chimp telah ditubuhkan oleh dua usahawan dari Jerman, Maximilian Lotz dan Niklas Frassa yang telah lama bertapak di Asia Tenggara. Selepas menghabiskan masa di Belanda yang terkenal sebagai pusat perkembangan bunga-bungaan dunia, mereka mengambil keputusan untuk menceburi bidang perniagaan berkaitan bunga dan meletakkan penanda aras baharu dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian. 


Dengan mengutamakan kepuasan pelanggan, Flower Chimp telah memenuhi keperluan terhadap bunga berkualiti tinggi pada harga berpatutan yang turut disokong dengan perkhidmatan penghantaran percuma ke seluruh negara. Sejajar dengan peningkatan perniagaan tersebut, mereka terus meningkatkan perkhidmatan dan menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk menawarkan lebih banyak pilihan bunga-bungaan kepada pasaran yang semakin berkembang. 

Buat masa ini, Flower Chimp beroperasi di Malaysia, Indonesia dan Filipina. Dalam masa terdekat, dua usahawan bercita-cita tinggi ini bakal melancarkan platform mereka di Singapura dan negara Asia Tenggara lain. 

Untuk maklumat lanjut tentang Flower Chimp, layari: www.flowerchimp.com. 

Sila hubungi Jabatan kami menerusi emel: pr@flowerchimp.com 


Ahad, 5 Ogos 2018

Jom cantik dengan Safi Balqis...😍

Ogos 05, 2018 0 Comments
SAFI BALQIS OxyWhite

Assalammualaikum...
Hai kesayangan Linda semua...

Semua orang nak cantik kan. Memandangkan sekarang ni semua orang nak cantik dan berseri ja, banyak produk-produk kecantikan berada di pasaran. Cuma kita sebagai pengguna harus bijak memilih. Jangan sampai tersalah pilih sebab nak cantik. 


Sebenarnya Linda dari zaman remaja sampai la ni cuma pakai satu produk ja. Produk keluaran SAFI. Pernah Jugak Linda cuba produk-produk lain tapi ternyata hasilnya kurang memuaskan hati Linda. Dari harga yang termurah sehingga ke harga yang sememangnya agak mahal dari kemampuan Linda, Linda dah cuba. Akhirnya SAFI jugak la peneman yang paling setia sekali dalam bab penjagaan dan perawatan kulit muka Linda.

Kalau hangpa nak tau, SAFI kini berikan Nafas Baharu Agar Kulit Wajah kita jadi Sihat Berseri & Cerah Sempurna. Proses pencerahan kulit wajah menjadi lebih cepat dan efektif apabila kulit berada dalam keadaan yang sihat serta mempunyai oksigen yang mencukupi. 

Keadaan udara yang tercemar serta sinaran UV yang berbahaya menyebabkan oksigen yang terdapat di dalam kulit kita semakin berkurangan. Tambahan pula, ramai diantara kita yang tidak sedar akan sinaran IR (Infra-merah) daripada matahari dan benda berbahang dapat menyebabkan kulit kita menjadi semakin kusam dan gelap.

Memahami impian setiap wanita seperti kita ni  untuk memiliki kulit wajah cerah sempurna, SAFI jenama halal no 1 tempatan memperkenalkan formulasi baharu dalam rangkaian penjagaan kulit SAFI Balqis yang diperkaya dengan Formulasi OxyWhite iaitu gabungan Nano Oxygen dan Nano BioWhite agar kulit wajah tampil lebih sihat dan cerah sempurna. Kelahiran baharu dalam legasi kecantikan SAFI ini dikenali sebagai SAFI BALQIS OxyWhite.


Menurut Pengurus Pemasaran SAFI, Puan Mahsuri Sulaiman “Kami di keluarga SAFI menggambarkan SAFI BALQIS sebagai sahabat sejati yang sentiasa sedia memberikan nasihat kecantikan untuk anda tampil cerah secara semulajadi dan yakin.Dengan kelahiran baharu SAFI BALQIS OxyWhite bukan sahaja memberikan kulit 2 tona lebih cerah, malah menjadikan kulit sihat dari dalam secara semulajadi.Setiap satu daripada variasi produknya memberikan manfaat sendiri dalam mengatasi masalah kulit yang gelap dan kusam”.

Berbicara tentang kualiti produk dan keberkesanannya , “Setiap penghasilan produk keluaran SAFI dilakukan berdasarkan penyelidikan oleh SAFI Excelence in Research & Innovation (SERI Research Institute) yang terletak di Subang Jaya. Makmal Research & Development (R&D) Halal terbesar di Asia Tenggara ini menggunakan sumber bahan global yang berkualiti tinggi dan tidak diuji pada haiwan, agar dapat menjamin keberkesanan produk dan memperkukuhkan falsafah SAFI- Selamat dan Suci. Gabungan teknologi serta kepakaran yang kami ada menjadikan produk tempatan ini setanding dengan produk jenama antarabangsa,” jelas Puan Mahsuri.

Baru-baru  satu majlis Meet & Greet bersama Duta Safi Balqis OxyWhite Sarah Hilderbrand  yang telah diadakan di IOI Mall Putrajaya. Suasana yang sangat meriah dengan kehadiran pengunjung dan juga pengguna SAFI serta majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang peraduan SAFI. Tahniah kepada semua pemenang yang berjaya...😊



Produk ini boleh didapati di seluruh Malaysia termasuk pasaraya dan pasaraya hiper utama. 
Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI;

sila layari laman facebook SAFI, www.facebook.com/SAFI.MY, 
Laman Instagram SAFI@safimalaysia dan saluran Youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia

Alhamdulillah, terima kasih pada yang sudi singgah blog yang sempoi ni...harap-harap terus beri sokongan kepada produk keluaran tempatan. Gunakan tanpa was-was!...😊

SAFI dihatiku...😘

Selasa, 31 Julai 2018

Menikmati Brunch Dim Sum di Mandarin Palace, The Federal KL...

Julai 31, 2018 1 Comments
Assalamualaikum, hai semua... Apa habaq pembaca blog Linda semua!? Linda doakan hangpa semua sihat-sihat ja...


Ermmmmmm.....Kali ni Linda nak ajak hangpa brunch Dim Sum. Bagi la ada kelainan sikit daripada kita dok makan nasi lemak, mee goreng, roti canai ja setiap pagi kan. Ada tak sesapa yang suka makan Dim Sum? Kita geng..untuk pengetahuan hangpa Linda memang suka sangat makan Dim Sum ni..sebab apa tau, sebab kebanyakkan Dim Sum ni dikukus. Kiranya baik jugak la untuk kesihatan kita ni.

Biasanya hari minggu ni adalah hari yang penuh nikmat pada kita yang bekerja..tak perlu nak bangun awal-awal, mandi dan siap ke tempat dengan tergesa-gesa. Jadi, untuk minggu ni kita lewatkan juga dengan santai sambil menikmati Dim Sum. Tapi di mana ya! Di mana lagi kalau bukan di Mandarin Palace, The Federal Kuala Lumpur..😍

Mandarin Palace adalah tempat terbaik untuk  kita menikmati brunch di hari Minggu bersama teman dan keluarga. Berbagai pilihan Dim Sum lazat dapat dinikmati sepuasnya, dan disajikan secara istimewa berbanding restoran lain.







Ini adalah diantara pilihan Dim Sum yang disajikan di Mandarin Palace :-

 ~ Shrimps Dumpling (Har Kao)

~ Siew Mai Dumpling

~ Teochew Dumpling

~ Shark’s Fin Dumpling

~ Mushroom Dumpling

~ Crab Claw Dumpling

~ Sweet & Sour Dumpling

~ Curry Dumpling

~ Black Pepper Dumpling

~ Thai Style Dumpling

~Otak-Otak Dumpling

~ Seaweed Dumpling

~ Crystal Dumpling

~ Scallop Dumpling

~ Fried Fish Ball

~ Steam Fish Ball

~ Chicken Feets

~ Steamed Chicken

~ Glutinous Rice

~ Fried Wanton

~ Fried Cheese Ball

~ Sesame Ball

~ Chinese Pancake

~ Fried Beancurd Skin

~ Fried Radish Cake

~ Pan-Fried Dumpling

~ Fried Yam Cake

~ Stir-fried Radish Cake

~ Chee Cheong Fun

~ Porridge with Oat

~ Egg Tart

Yang ni pulak antara menu yang menjadi pilihan Linda...memang puas hati, rasa nak pi lagi makan Dim Sum kat Mandarin Palace ni..kali ni Linda pi nak bawak anak-anak dan cik suami pulak..😁
Antara menu yang menjadi pilihan Linda...💖

Terdapat juga hidangan yang lain selain Dim Sum yang hangpa boleh nikmati di sini mengikut citarasa hangpa. Antaranya adalah seperti nasi goreng, udang sweet n sour, kailan dan banyak lagi..!







Lepas tu boleh la cuci mulut tu dengan desert-desert yang disediakan. Memang semuanya sedap dan di jamin HALAL. 




Mandarin Palace adalah satu-satunya restoran Cina yang telah menempatkan ramai orang VIP, penghormatan dan Diplomat, yang tiba di Kuala Lumpur untuk menyaksikan Malaysia meraikan kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957. 

Sebuah restoran dengan suasana istana yang sangat etnik yang memukau ukiran kayu naga, phoenix, burung, haiwan, bunga teratai, Tuhan , Dewi, kanak-kanak dan Watak-watak Cina yang lain, semuanya menggambarkan dongeng dan legenda klasik yang kaya, di tiang, panel, siling dan dinding serta perabot antik asal Cina. Ia adalah satu-satunya Restoran Cina di Kuala Lumpur dengan suasana yang kaya, memberi dan kepentingan sejarah. Latar Belakang Bersejarah yang terkenal Mandarin Palace Mandarin Palace telah dibuka secara rasmi pada 28 Ogos 1957 sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia. 





Mandarin Palace juga adalah lokasi untuk penggambaran filem blockbuster The Dawn Ketujuh yang diarahkan oleh Lewis Gilbert dibintangi William Holden, Capucine, Susannah York, Michael. Goodliffe dan Tetsura Tamba, yang dibebaskan pada tahun 1964. 

"Pelanggan boleh memilih makanan laut dari paparan dan beritahu kami bagaimana mereka menyukarkannya. Kebanyakkannya adalah harga bermusim," kata Chef Yip Poon Meng dari China, yang berumur 44 tahun adalah pakar dalam hidangan makanan laut. Biarkan Chef kami memasak pilihan ikan segar dan makanan laut secara langsung dan dihantar terus ke meja anda!

Memang terpukau dan memukau keadaan dan suasana di Mandarim Palace ni... Tak percaya, cuba pi sekali bawa anak-anak dan keluarga ke sana. 

Yang paling syok harga untuk semua ni hanya RM48.00 nett untuk dewasa, manakala RM36.00 nett warga emas dan juga RM18.00 nett untuk kanak-kanak. Bufet brunch ni hanya untuk hari minggu sahaja iaitu Sabtu dan Ahad dari pukul 10.30pagi hingga 2.30petang. Jadi, kalau hangpa yang nak cuba boleh la pi sana. Linda memang rekomen sebab harganya sangat berbaloi dan murah.



Untuk Tempahan dan pertanyaan hubungi :-

Tel : 603-2148 9166
Email : fnb@federal.com.my

Rabu, 18 Julai 2018

Nasi Durian Linda Sempoi....sedap baq hang!

Julai 18, 2018 3 Comments
Assalammualaikum hangpa semua...
Salam sayang buat pembaca blog Linda yang sempoi...😘


Durian kampung jadi pilihan Linda..
Amboiiiii......sana sini Linda tengok ada ja  depa upload pasai durian ni baik dalam fb maupun ig...orang juai durian kat tepi-tepi jalan tu pun banyak sangat dan bersepah-sepah..sepanjang jalan kat area Sg. Buloh ni pun boleh kata ada ja juai buah durian ni...

Cantik-cantik isinya
Isi durian kampung
Manis dan 
Memang bila dah sampai musim dia, tak heran la kan.. demam durian la jadinya...harga pun la ni memang murah sangat.

Linda pun boleh kata selang dua tiga hari beli durian ni.. anak-anak pun memang hantu durian...kali ni Linda anak beranak memang puas la makan...seronok tengok anak-anak dapat makan durian... 

Anak-anak Linda siap mintak suh buat nasi durian lagi... sebab dah banyak sangat durian dan harga pun murah, Linda pun amek kesempatan jugak la borong durian ni banyak-banyak..boleh la Linda buatkan nasi durian kat anak-anak ni...
Nasi durian sedap
Tengok anak-anak Linda makan nasi durian ni memang syok.. siap bertambah-tambah lagi. Tu pun tanya, "mama, ada lagi tak nasi durian?" Hadoiiii la anak, dah berpinggan makan tak cukup lagi ka...tak muak ka.. Mama pun boleh makan sepinggan ni ja, kalau bertambah memang tak habih dah...

Kalau hangpa nak tau, ni kali pertama Linda gaul nasi durian ni kat anak-anak Linda. Sebelum ni cik suami Linda yang suka buatkan nasi ni tuk kami. Disebabkan cik suami sibuk sikit la ni terpaksa la Linda yang buatkan...

Pada hangpa yang tak penah makan nasi durian ni mesti pelik kan..sedap ka? Rasa apa erk?..Haaa, apakata kali ni hangpa try buat tengok. Pastu hangpa rasa sendiri tengok sedap ka tak sedap...

Senang ja kalau nak buat nasi durian ni..jom Linda share resipi nasi durian versi orang kampung macam Linda ni...ni resepi daripada arwah mak tok (mak) Linda masa Linda kecik-kecik dulu...

Bahan-bahan:

~ Nasi yang disejukkan - supaya senang masa nak gaul nanti.

~ Isi durian yang diasing bijinya.

~ Secawan Santan.

~ Gula secukup rasa sebab buah dah manis kan.

~ Garam secukup rasa untuk naikkan rasa lemak manisnya nanti.

~ 2 camca besar ayaq panas.

Cara-cara:

1. Satukan nasi, isi durian, santan, ayaq panas suam, gula dan sedikit garam dalam satu bekas. Gaul atau kacau bagi rata dan sebati. Linda gaul guna tangan ja, sebab ayaq tangan ibu tu kan baguih bagi anak-anak makan. Masa gaul tu sambil-sambil la selawat ka, baca Al Fatihah ka sedekah kat anak-anak biaq depa jadi anak yang baik, soleh dan solehah. In shaa Allah, aamiin.

Kalau hangpa rasa geli atau takut orang lain tak lalu nak makan, hangpa boleh guna senduk nasi tu untuk gaul.

2. Lepas tu hangpa boleh la hidangkan dalam pinggan. Hiaslah dengan seulas dua buah durian tu bagi nampak menarik sikit nak makan. Nak tabuq gula sikit lagi pun boleh sebab bila kunyah sat g rasa ketap-ketup gula yang kita gigit tu. Selamat mencuba..

Jemput makan nasi durian ayaq tangan Linda...😋
Lepas makan durian jangan lupa minum ayaq dalam kulit durian tau..ni petua orang-orang tua dulu-dulu supaya badan tak panas. Durian ni makan sedap tapi kalau ada yang tak tahan boleh piawai di buatnya..so hati-hati dan kena banyak minum ayaq putih.
Minum ayaq dalam kulit durian

Minum ayaq dalam kulit durian

Selasa, 17 Julai 2018

Antara 10 tips untuk peminat durian ...

Julai 17, 2018 0 Comments
Assalammualaikum dan salam sayang semua...

Dah lama rasanya Linda tidak menulis blog ni sampai dah bersawang dah blog Linda ni..kesian kan 😅 Apa habaq pembaca blog Linda semua, harap-harap hangpa semua sihat la no..


Memandangkan sekarang ni dah masuk musim durian, kat sini Linda nak share skit la tips-tips untuk pilih durian yang cantik isinya dan sedap rasanya yang Linda tengok kat youtube baru-baru ni..

Ni dia antara 10 tips untuk memilih durian yang Linda dapat dari youtube tempohari...😁
In shaa Allah, mudah-mudahan dengan tips ni boleh buat hangpa tau macam mana nak pilih buah dan puas hati.

1. Bentuk bulat
Durian berbentuk bulat mempunyai isi yang banyak berbanding bentuk lonjong.

2. Berat durian. 
Makin ringan, makin banyak isi durian. Kalau ada dua durian yang sama saiz, ambil yang paling ringan.

3. Tangkai. 
Tangkai pendek dan tebal menandakan isi yang tebal dan banyak. Perhatikan juga tangkai kering atau terpotong. Tak ada tangkai, tak payah beli. Linda akan tekan dengan kuku dulu  untuk cek tangkai lama ke baru.

4. Bunyi. 
Ketuk durian dan pilih yang berbunyi padat semasa diketuk.

5. Duri. 
Pilih durian yang berduri pendek dan jarang untuk isi yang padat.

6. Bau. 
Hidu durian dan cari yang berbau manis.

7. Juring. 
Durian berjuring lima paling ideal untuk dapatkan isi yang banyak dan besar. Makin banyak juring, makin kecil isi.

8. Kulit. 
Pilih durian yang belum dikopek atau tidak merekah kulitnya. Perhatikan keadaan kulit. Kalau ada tompok hitam itu tanda isi dalamnya buruk.

9. Warna.
Dah siap pilih tu, korang minta penjual tu belah untuk rasa dan tengok isi. Kalau tak ok, minta tukar. Kulit berwarna kuning tak bermakna isinya kuning juga. Jangan tertipu.

10. Musim
Beli durian ketika musim panas/kering. Jangan semasa hujan/lembap. Takut terbeli durian yang 'dipulas ribut'.
Isinya sangat sedap
Isinya sangat sedap 
Linda harap hangpa boleh gunakan tips ni untuk pilih durian nanti. Kalau boleh nak beli durian ni biaq puas hati, biaq puas makan walaupun harga dia mahal.

Sepanjang Linda beli durian kali ni, memang Linda ikut tip2-tips yang di atas, alhamdulillah memang tak mengecewakan...😉

P/S: Jom kita pilih, beli dan makan durian puas-puas!!! 😋

Selasa, 10 Julai 2018

Julai 10, 2018 0 Comments
Assalamualaikum dan salam sayang ...


NIKMATILAH HARI RAYA YANG SIHAT BERSAMA QUAKER OATS  

Padat dengan nutrisi, oat adalah makanan yang serba boleh dan mudah digunakan dalam pelbagai resipi manis dan berempah!

Hidangan Hari Raya yang enak bersama Quaker Oats, Jenama Oat #1 Dunia*, menjadikannya lebih mudah untuk menikmati resipi baharu yang menyediakan lebih banyak serat, protein, vitamin dan mineral


 


Dengan 9.4g serat dalam setiap 100g (7 kali lebih daripada beras putih!) dan protein yang lebih tinggi daripada beras perang, barli dan tepung gandum 1, Quaker Oats menggunakan bijirin penuh supaya nutrisinya dikekalkan. 

Bijirin penuh mengandungi pelbagai nutrisi yang baik untuk kesihatan: 
~  bran (lapisan paling luar) yang tinggi dengan  Beta-Glukan dan vitamin B, 
~    endosperma oat yang tinggi dengan          karbohidrat dan protein,
~      lapisan germa oat yang juga tinggi dengan vitamin B, vitamin E, mineral dan fitokimia.

“Di Quaker, kami percaya Hari Raya merupakan satu perayaan yang istimewa buat seisi keluarga, dan apabila kita berkumpul untuk menikmati makanan yang lazat, kita juga harus ingat bahawa nutrisi adalah penting. Hidangan tradisional juga boleh digabungkan dengan oat kerana ia merupakan bahan yang serba boleh - dengan cara ini, kita boleh menikmati hidangan kesukaan kita dan yakin bahawa kita masih mendapat nutrisi-nutrisi penting," kata Alexia Horley, Pengurus Besar Pepsi Co Singapura, Malaysia, Mongolia, Brunei, Guam dan Kepulauan Asia Pasifik.

 “Resipi baharu, termasuk resipi perayaan Hari Raya oleh chef selebriti Anis Nabilah, sesuai untuk keluarga serta tetamu dan juga mudah disediakan.” 

Hari Raya ini, cuba resipi Quaker Oats baharu seperti Kari Ayam Merah dengan Oats dan Soup Kambing Quaker Oats, ataupun biskut Raya yang lazat dengan resipi chef selebriti Anis Nabilah seperti Biskut Beri Biru Multigrain Cereal dan Biskut Onde-Onde Oatmeal! 

Kat sini Linda nak share salah satu resepi daripada Chef Anis Nabilah...
Chef Anis Nabilah
Biskut Oat Onde-Onde Quaker

Biskut Oat Onde-Onde Quaker

Saiz Hidangan: 35
Kredit: www.quaker.com.my 

Bahan-Bahan

130g Quaker Instant Oatmeal 
130g tepung 
20g kelapa parut kering
20g serbuk santan
½ sudu teh soda penaik
¼ sudu teh garam
125g marjerin
30g gula perang
50g gula kabung (gula melaka), diparut
60ml minyak canola
1 sudu teh ekstrak pandan (hijau)
Gula melaka cair (untuk hiasan) 
Kelapa parut kering (untuk hiasan)

Cara

1. Prapanaskan ketuhar pada suhu 180°C. Lapik dua dulang pembakar besar dengan kertas silikon.

2. Gaulkan tepung, kelapa parut kering, serbuk santan, oat, soda penaik dan garam dalam mangkuk. Ketepikan. 

3. Dalam mangkuk yang lain, pukul marjerin, gula perang, gula kabung, minyak dan ekstrak pandan dengan mesin pengadun. Pada kelajuan perlahan, tambahkan bahan-bahan kering, sedikit demi sedikit. 

4. Uli doh menjadi bebola kecil. Anda boleh menabur gula melaka parut dan kelapa parut kering di atas bebola sebagai hiasan. 

5. Bakar selama 12 minit atau hingga warnanya keemasan. Biarkan sejuk atas redai kuih. Hidangkan panas atau sejuk. 


Ermmmmmmm...senang ja kan dan nampak sangat sedap...Jom kita cuba buat untuk jamu para tetamu kita nanti...😁


Untuk maklumat lanjut tentang kebaikan oats dan promosi Ramadan terkini, acara dan resipi,layari 

www.facebook.com/QuakerMalaysia
 atau 
www.quaker.com.my.