Follow Us @soratemplates

Ahad, 5 Ogos 2018

Jom cantik dengan Safi Balqis...😍

SAFI BALQIS OxyWhite

Assalammualaikum...
Hai kesayangan Linda semua...

Semua orang nak cantik kan. Memandangkan sekarang ni semua orang nak cantik dan berseri ja, banyak produk-produk kecantikan berada di pasaran. Cuma kita sebagai pengguna harus bijak memilih. Jangan sampai tersalah pilih sebab nak cantik. 


Sebenarnya Linda dari zaman remaja sampai la ni cuma pakai satu produk ja. Produk keluaran SAFI. Pernah Jugak Linda cuba produk-produk lain tapi ternyata hasilnya kurang memuaskan hati Linda. Dari harga yang termurah sehingga ke harga yang sememangnya agak mahal dari kemampuan Linda, Linda dah cuba. Akhirnya SAFI jugak la peneman yang paling setia sekali dalam bab penjagaan dan perawatan kulit muka Linda.

Kalau hangpa nak tau, SAFI kini berikan Nafas Baharu Agar Kulit Wajah kita jadi Sihat Berseri & Cerah Sempurna. Proses pencerahan kulit wajah menjadi lebih cepat dan efektif apabila kulit berada dalam keadaan yang sihat serta mempunyai oksigen yang mencukupi. 

Keadaan udara yang tercemar serta sinaran UV yang berbahaya menyebabkan oksigen yang terdapat di dalam kulit kita semakin berkurangan. Tambahan pula, ramai diantara kita yang tidak sedar akan sinaran IR (Infra-merah) daripada matahari dan benda berbahang dapat menyebabkan kulit kita menjadi semakin kusam dan gelap.

Memahami impian setiap wanita seperti kita ni  untuk memiliki kulit wajah cerah sempurna, SAFI jenama halal no 1 tempatan memperkenalkan formulasi baharu dalam rangkaian penjagaan kulit SAFI Balqis yang diperkaya dengan Formulasi OxyWhite iaitu gabungan Nano Oxygen dan Nano BioWhite agar kulit wajah tampil lebih sihat dan cerah sempurna. Kelahiran baharu dalam legasi kecantikan SAFI ini dikenali sebagai SAFI BALQIS OxyWhite.


Menurut Pengurus Pemasaran SAFI, Puan Mahsuri Sulaiman “Kami di keluarga SAFI menggambarkan SAFI BALQIS sebagai sahabat sejati yang sentiasa sedia memberikan nasihat kecantikan untuk anda tampil cerah secara semulajadi dan yakin.Dengan kelahiran baharu SAFI BALQIS OxyWhite bukan sahaja memberikan kulit 2 tona lebih cerah, malah menjadikan kulit sihat dari dalam secara semulajadi.Setiap satu daripada variasi produknya memberikan manfaat sendiri dalam mengatasi masalah kulit yang gelap dan kusam”.

Berbicara tentang kualiti produk dan keberkesanannya , “Setiap penghasilan produk keluaran SAFI dilakukan berdasarkan penyelidikan oleh SAFI Excelence in Research & Innovation (SERI Research Institute) yang terletak di Subang Jaya. Makmal Research & Development (R&D) Halal terbesar di Asia Tenggara ini menggunakan sumber bahan global yang berkualiti tinggi dan tidak diuji pada haiwan, agar dapat menjamin keberkesanan produk dan memperkukuhkan falsafah SAFI- Selamat dan Suci. Gabungan teknologi serta kepakaran yang kami ada menjadikan produk tempatan ini setanding dengan produk jenama antarabangsa,” jelas Puan Mahsuri.

Baru-baru  satu majlis Meet & Greet bersama Duta Safi Balqis OxyWhite Sarah Hilderbrand  yang telah diadakan di IOI Mall Putrajaya. Suasana yang sangat meriah dengan kehadiran pengunjung dan juga pengguna SAFI serta majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang peraduan SAFI. Tahniah kepada semua pemenang yang berjaya...😊



Produk ini boleh didapati di seluruh Malaysia termasuk pasaraya dan pasaraya hiper utama. 
Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI;

sila layari laman facebook SAFI, www.facebook.com/SAFI.MY, 
Laman Instagram SAFI@safimalaysia dan saluran Youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia

Alhamdulillah, terima kasih pada yang sudi singgah blog yang sempoi ni...harap-harap terus beri sokongan kepada produk keluaran tempatan. Gunakan tanpa was-was!...😊

SAFI dihatiku...😘

Tiada ulasan:

Catat Ulasan