Follow Us @soratemplates

Selasa, 17 Julai 2018

Antara 10 tips untuk peminat durian ...

Assalammualaikum dan salam sayang semua...

Dah lama rasanya Linda tidak menulis blog ni sampai dah bersawang dah blog Linda ni..kesian kan 😅 Apa habaq pembaca blog Linda semua, harap-harap hangpa semua sihat la no..


Memandangkan sekarang ni dah masuk musim durian, kat sini Linda nak share skit la tips-tips untuk pilih durian yang cantik isinya dan sedap rasanya yang Linda tengok kat youtube baru-baru ni..

Ni dia antara 10 tips untuk memilih durian yang Linda dapat dari youtube tempohari...😁
In shaa Allah, mudah-mudahan dengan tips ni boleh buat hangpa tau macam mana nak pilih buah dan puas hati.

1. Bentuk bulat
Durian berbentuk bulat mempunyai isi yang banyak berbanding bentuk lonjong.

2. Berat durian. 
Makin ringan, makin banyak isi durian. Kalau ada dua durian yang sama saiz, ambil yang paling ringan.

3. Tangkai. 
Tangkai pendek dan tebal menandakan isi yang tebal dan banyak. Perhatikan juga tangkai kering atau terpotong. Tak ada tangkai, tak payah beli. Linda akan tekan dengan kuku dulu  untuk cek tangkai lama ke baru.

4. Bunyi. 
Ketuk durian dan pilih yang berbunyi padat semasa diketuk.

5. Duri. 
Pilih durian yang berduri pendek dan jarang untuk isi yang padat.

6. Bau. 
Hidu durian dan cari yang berbau manis.

7. Juring. 
Durian berjuring lima paling ideal untuk dapatkan isi yang banyak dan besar. Makin banyak juring, makin kecil isi.

8. Kulit. 
Pilih durian yang belum dikopek atau tidak merekah kulitnya. Perhatikan keadaan kulit. Kalau ada tompok hitam itu tanda isi dalamnya buruk.

9. Warna.
Dah siap pilih tu, korang minta penjual tu belah untuk rasa dan tengok isi. Kalau tak ok, minta tukar. Kulit berwarna kuning tak bermakna isinya kuning juga. Jangan tertipu.

10. Musim
Beli durian ketika musim panas/kering. Jangan semasa hujan/lembap. Takut terbeli durian yang 'dipulas ribut'.
Isinya sangat sedap
Isinya sangat sedap 
Linda harap hangpa boleh gunakan tips ni untuk pilih durian nanti. Kalau boleh nak beli durian ni biaq puas hati, biaq puas makan walaupun harga dia mahal.

Sepanjang Linda beli durian kali ni, memang Linda ikut tip2-tips yang di atas, alhamdulillah memang tak mengecewakan...😉

P/S: Jom kita pilih, beli dan makan durian puas-puas!!! 😋

Tiada ulasan:

Catat Ulasan