Follow Us @soratemplates

Selasa, 10 Julai 2018

Assalamualaikum dan salam sayang ...


NIKMATILAH HARI RAYA YANG SIHAT BERSAMA QUAKER OATS  

Padat dengan nutrisi, oat adalah makanan yang serba boleh dan mudah digunakan dalam pelbagai resipi manis dan berempah!

Hidangan Hari Raya yang enak bersama Quaker Oats, Jenama Oat #1 Dunia*, menjadikannya lebih mudah untuk menikmati resipi baharu yang menyediakan lebih banyak serat, protein, vitamin dan mineral


 


Dengan 9.4g serat dalam setiap 100g (7 kali lebih daripada beras putih!) dan protein yang lebih tinggi daripada beras perang, barli dan tepung gandum 1, Quaker Oats menggunakan bijirin penuh supaya nutrisinya dikekalkan. 

Bijirin penuh mengandungi pelbagai nutrisi yang baik untuk kesihatan: 
~  bran (lapisan paling luar) yang tinggi dengan  Beta-Glukan dan vitamin B, 
~    endosperma oat yang tinggi dengan          karbohidrat dan protein,
~      lapisan germa oat yang juga tinggi dengan vitamin B, vitamin E, mineral dan fitokimia.

“Di Quaker, kami percaya Hari Raya merupakan satu perayaan yang istimewa buat seisi keluarga, dan apabila kita berkumpul untuk menikmati makanan yang lazat, kita juga harus ingat bahawa nutrisi adalah penting. Hidangan tradisional juga boleh digabungkan dengan oat kerana ia merupakan bahan yang serba boleh - dengan cara ini, kita boleh menikmati hidangan kesukaan kita dan yakin bahawa kita masih mendapat nutrisi-nutrisi penting," kata Alexia Horley, Pengurus Besar Pepsi Co Singapura, Malaysia, Mongolia, Brunei, Guam dan Kepulauan Asia Pasifik.

 “Resipi baharu, termasuk resipi perayaan Hari Raya oleh chef selebriti Anis Nabilah, sesuai untuk keluarga serta tetamu dan juga mudah disediakan.” 

Hari Raya ini, cuba resipi Quaker Oats baharu seperti Kari Ayam Merah dengan Oats dan Soup Kambing Quaker Oats, ataupun biskut Raya yang lazat dengan resipi chef selebriti Anis Nabilah seperti Biskut Beri Biru Multigrain Cereal dan Biskut Onde-Onde Oatmeal! 

Kat sini Linda nak share salah satu resepi daripada Chef Anis Nabilah...
Chef Anis Nabilah
Biskut Oat Onde-Onde Quaker

Biskut Oat Onde-Onde Quaker

Saiz Hidangan: 35
Kredit: www.quaker.com.my 

Bahan-Bahan

130g Quaker Instant Oatmeal 
130g tepung 
20g kelapa parut kering
20g serbuk santan
½ sudu teh soda penaik
¼ sudu teh garam
125g marjerin
30g gula perang
50g gula kabung (gula melaka), diparut
60ml minyak canola
1 sudu teh ekstrak pandan (hijau)
Gula melaka cair (untuk hiasan) 
Kelapa parut kering (untuk hiasan)

Cara

1. Prapanaskan ketuhar pada suhu 180°C. Lapik dua dulang pembakar besar dengan kertas silikon.

2. Gaulkan tepung, kelapa parut kering, serbuk santan, oat, soda penaik dan garam dalam mangkuk. Ketepikan. 

3. Dalam mangkuk yang lain, pukul marjerin, gula perang, gula kabung, minyak dan ekstrak pandan dengan mesin pengadun. Pada kelajuan perlahan, tambahkan bahan-bahan kering, sedikit demi sedikit. 

4. Uli doh menjadi bebola kecil. Anda boleh menabur gula melaka parut dan kelapa parut kering di atas bebola sebagai hiasan. 

5. Bakar selama 12 minit atau hingga warnanya keemasan. Biarkan sejuk atas redai kuih. Hidangkan panas atau sejuk. 


Ermmmmmmm...senang ja kan dan nampak sangat sedap...Jom kita cuba buat untuk jamu para tetamu kita nanti...😁


Untuk maklumat lanjut tentang kebaikan oats dan promosi Ramadan terkini, acara dan resipi,layari 

www.facebook.com/QuakerMalaysia
 atau 
www.quaker.com.my.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan