Follow Us @soratemplates

Rabu, 18 Julai 2018

Nasi Durian Linda Sempoi....sedap baq hang!

Assalammualaikum hangpa semua...
Salam sayang buat pembaca blog Linda yang sempoi...😘


Durian kampung jadi pilihan Linda..
Amboiiiii......sana sini Linda tengok ada ja  depa upload pasai durian ni baik dalam fb maupun ig...orang juai durian kat tepi-tepi jalan tu pun banyak sangat dan bersepah-sepah..sepanjang jalan kat area Sg. Buloh ni pun boleh kata ada ja juai buah durian ni...

Cantik-cantik isinya
Isi durian kampung
Manis dan 
Memang bila dah sampai musim dia, tak heran la kan.. demam durian la jadinya...harga pun la ni memang murah sangat.

Linda pun boleh kata selang dua tiga hari beli durian ni.. anak-anak pun memang hantu durian...kali ni Linda anak beranak memang puas la makan...seronok tengok anak-anak dapat makan durian... 

Anak-anak Linda siap mintak suh buat nasi durian lagi... sebab dah banyak sangat durian dan harga pun murah, Linda pun amek kesempatan jugak la borong durian ni banyak-banyak..boleh la Linda buatkan nasi durian kat anak-anak ni...
Nasi durian sedap
Tengok anak-anak Linda makan nasi durian ni memang syok.. siap bertambah-tambah lagi. Tu pun tanya, "mama, ada lagi tak nasi durian?" Hadoiiii la anak, dah berpinggan makan tak cukup lagi ka...tak muak ka.. Mama pun boleh makan sepinggan ni ja, kalau bertambah memang tak habih dah...

Kalau hangpa nak tau, ni kali pertama Linda gaul nasi durian ni kat anak-anak Linda. Sebelum ni cik suami Linda yang suka buatkan nasi ni tuk kami. Disebabkan cik suami sibuk sikit la ni terpaksa la Linda yang buatkan...

Pada hangpa yang tak penah makan nasi durian ni mesti pelik kan..sedap ka? Rasa apa erk?..Haaa, apakata kali ni hangpa try buat tengok. Pastu hangpa rasa sendiri tengok sedap ka tak sedap...

Senang ja kalau nak buat nasi durian ni..jom Linda share resipi nasi durian versi orang kampung macam Linda ni...ni resepi daripada arwah mak tok (mak) Linda masa Linda kecik-kecik dulu...

Bahan-bahan:

~ Nasi yang disejukkan - supaya senang masa nak gaul nanti.

~ Isi durian yang diasing bijinya.

~ Secawan Santan.

~ Gula secukup rasa sebab buah dah manis kan.

~ Garam secukup rasa untuk naikkan rasa lemak manisnya nanti.

~ 2 camca besar ayaq panas.

Cara-cara:

1. Satukan nasi, isi durian, santan, ayaq panas suam, gula dan sedikit garam dalam satu bekas. Gaul atau kacau bagi rata dan sebati. Linda gaul guna tangan ja, sebab ayaq tangan ibu tu kan baguih bagi anak-anak makan. Masa gaul tu sambil-sambil la selawat ka, baca Al Fatihah ka sedekah kat anak-anak biaq depa jadi anak yang baik, soleh dan solehah. In shaa Allah, aamiin.

Kalau hangpa rasa geli atau takut orang lain tak lalu nak makan, hangpa boleh guna senduk nasi tu untuk gaul.

2. Lepas tu hangpa boleh la hidangkan dalam pinggan. Hiaslah dengan seulas dua buah durian tu bagi nampak menarik sikit nak makan. Nak tabuq gula sikit lagi pun boleh sebab bila kunyah sat g rasa ketap-ketup gula yang kita gigit tu. Selamat mencuba..

Jemput makan nasi durian ayaq tangan Linda...😋
Lepas makan durian jangan lupa minum ayaq dalam kulit durian tau..ni petua orang-orang tua dulu-dulu supaya badan tak panas. Durian ni makan sedap tapi kalau ada yang tak tahan boleh piawai di buatnya..so hati-hati dan kena banyak minum ayaq putih.
Minum ayaq dalam kulit durian

Minum ayaq dalam kulit durian

3 ulasan: