Follow Us @soratemplates

Selasa, 4 Disember 2018

Jom Menikmati Keenakan Domino's Pizza sempena Kempen 'IT'S ALL ABOUT YOU'

Assalammualaikum dan salam sayang daripada Linda...😘

Semoga hangpa semua sihat selalu dan bahagia disamping keluarga tersayang. Cuti sekolah dah seminggu berlalu, Linda dan anak-anak belum lagi ke mana-mana. Tapi harini Linda nak belanja anak-anak makan Dominos Pizza. 


Sebab apa Dominos Pizza, kalau hangpa nak tau sekarang ni, Domino's sedang melancarkan kempen It's All About You dimana melalui kempen ini pihak Domino's ingin berkongsi rasa gembira dan menghargai pelanggan setia mereka yang selama ini menyokong Domino's dari dulu hingga kini.. 

Linda dan anak-anak juga merupakan penggemar setia Dominos Pizza. Kalau sebut nak makan pizza sudah tentu anak-anak akan pilih Dominos.

Anak-anak Linda memang suka makan pizza tapi tak la selalu..sebulan dalam sekali dua tu adalah. Menu yang selalu kami sekeluarga pilih dah tentu Classis Pepperoni, The Big BBQ, Extravaganza dan juga Chiken Temptation. Ada juga side order lain yang Linda beli seperti menu terbaru ni Golden Chicken Tenders. Garlic Twisty Bread juga tak penah Linda lupakan...😁


Crust dia pulak Linda lebih suka yang Newyork Crust. Kalau tak salah Linda ada 4 jenis crust dia.. nak yang nipis ka, yang sedang ka yang tebal ka boleh pilih ikut citarasa kita.

Sebelum Linda nak ke Dominos, Linda terlebih dulu order online sebab Linda tak mau tunggu lama dan beratur panjang kat Dominos tu. Caranya senang ja..boleh ikut video kat bawah ni...👇


Kalau la, hangpa malas nak kuaq rumah boleh call no ni 1-300-888-333 untuk depa hantaq pizza hangpa sampai depan pintu rumah. Tambah-tambah la ni kan musim hujan, sedap kalau order Dominos ni dan makan panas-panas bersama suami dan anak-anak. Tapi jangan pulak hangpa order masa hujan lebat, susah budak-budak Dominos tu nak buat penghantaran. Kesian depa hujan-hujan nak kena pi ketuk pintu rumah hangpa dengan bawak pizza sekali.


Kalau hangpa nak tau, Domino's sudah bertapak di Malaysia selama 17 tahun bermula tahun 1997 sampai la sekarang ni. Cawangan yang pertama sekali adalah di Domino's USJ Taipan, Subang Jaya dan sehingga kini telah tertubuhnya 223 cawangan kesemuanya malah dijangka akan bertambah sehingga 240 cawangan menjelang akhir tahun ini.. Hebat kan Domino's... Pencapaian yang sangat membanggakan buat kami penggemar Dominos Pizza...

Terima kasih juga diucapkan kepada Domino's kerana sentiasa memberikan servis yang terbaik kepada pelanggannya dengan mempelbagaikan menu pizza setiap masa. Sudah pasti, Linda dan keluarga akan sentiasa setia untuk terus bersama dan semestinya, Linda akan repeat and repeat lagi untuk quality time bersama keluarga Linda di Domino's Pizza!! Linda juga rasa sangat bangga dengan kejayaan dan pencapaian Dominos Pizza ni..

Hangpa yang belum pernah cuba Domino's Pizza ni bolehlah terjah ke laman web:     


https://www.dominos.com.my/ 
atau
boleh walk in ke cawangan Domino's Pizza yang berhampiran dengan hangpa...



#ItsAllAboutYou
#DominosMy

Tiada ulasan:

Catat Ulasan