Follow Us @soratemplates

Rabu, 5 Disember 2018

Anggun Bergaya dengan L'oreal Paris Excellance Creme...

Assalammualaikum dan salam sayang semua....
L'oreal Paris Excellence Creme
Apa habaq hangpa harini..harap-harap tu sihat la no. Linda macam biasa ja, dah umuq dekat 40 an ni biasa la kan.

L'oreal Paris Excellence Creme

Rambut pun dah mula berubah warna. Dah nampak warna putih sikit-sikit dah pun. Itu tandanya kita ni dah semakin tua dan fizikal pun dah tak macam sepuluh tahun dulu...

Tapi, Linda nak bagitau dengan produk terbaru dari L'oreal Paris Excellence Creme ni, ia boleh memberi warna yang serba mewah, berseri dan elegan untuk rambut yang mula beruban.

Jangan ingat kita yang bertudung ni tak boleh guna produk ni tau.. Boleh ja untuk tatapan diri kita sendiri supaya nampak lebih yakin dan bergaya bila di rumah dan bila bersama suami. Suami tengok pun dah lain...😍😍😍

Pewarna rambut yang menyuburkan ini telah dirumus eksklusif dengan formula Triple Care Protection yang terkini bagi menutupi, menyegar dan merapikan rambut beruban kita secara sempurna.

 L'oreal Paris Excellence Creme tiada kesan sampingan dan tahan lama. Sebelum ini Linda mencuba produk warna rambut lain tetapi tidak berpuas hati dengan hasilnya. Tetapi dengan L'oreal adalah yang terbaik dan sangat berpuas hati.

Berbanding dengan jenama warna rambut lain, ia selamat digunakan. Dan hangpa mempunyai pelbagai pilihan warna. Antaranya adalah Golden, Brown and Almond. Dan satu perkara jika hangpa menggunakan syampu L'oreal selepas melakukan warna L'oreal maka ia akan menjadi lebih bermanfaat.

L'oreal Paris Excellence Creme juga sangat mudah untuk digunakan. Linda ikut ja langkah-langkah yang ada dalam risalah yang disertakan. Tekstur pewarna itu sangat cantik, dan ia tidak menetes. Ia juga berbau wangi dan lembut. Linda dapat rasakan warna rambut ini menembusi rambut ke dalam rambut sambil menyuburkan dan menyejukkan setiap helai. Ia juga nampak seperti semulajadi.

Linda amat mengesyorkan jenama ini untuk warna rambut. Ini adalah yang terbaik untuk siapa yang mahu mewarnakan rambut mereka. Jangan memikirkan jenama lain untuk warna rambut.
L'oreal Paris Excellence Creme


Dengan sehingga 100% penutupan rambut beruban, kini hangpa akan nampak lebih cantik berseri dan menyerlahkan lagi penampilan hangpa dengan sensasi warna yang sangat memukau.

Jom kita alami segala keanggunannya tanpa perlu berkompromi dengan perlindungan yang diperlukan oleh rambut kita...
Terima kasih kepada Loreal Paris diatas keluaran produk yang sangat bagus ini.

Hangpa boleh dapatkan produk L'oreal Paris Excellence Creme di farmasi yang berdekatan dengan harga yang berbaloi.

# htcmyxExcellenceCreme
#LorealParis
#hometesterclubmy

2 ulasan: