Follow Us @soratemplates

Khamis, 27 Disember 2018

Jom Lepak kat Stall Burger Cik Suami Linda...😊

Assalammualaikum dan salam sayang... 

Alhamdulillah, kita dah hampir sampai ke penghujung tahun 2018. Banyak pengalaman dan saat suka duka yang telah dilalui dan diharungi untuk tahun ini. Semua berjalan dengan lancar berkat kesabaran dan usaha yang tinggi, kami masih lagi di sini...😅

Untuk pengetahuan hangpa, stall burger ni mula betapak kat sini dah hampir 2 tahun. Segalanya berkat usaha cik suami Linda. Seorang suami yang suka memasak dan minat untuk berniaga.

"Jom kita lepak-lepak santai kat Stall Burger #cik suami Linda" ...😅 

Kalau hangpa seorang yang suka makan Burger dan Roti John boleh la datang ke Stall Burger Cik Suami Linda yang terletak berhampiran 99 Speedmart Seri Pristana Sungai Buloh, Selangor.

Kepada hangpa yang duduk atau lalu area Sungai Buloh dan sekitar dengannya boleh la singgah sini. Kami mula buka sekitar jam 630 petang sampai pukul 11 malam. Kekadang tu lajak skit sampai pukul 12 tgh mlm...tengok keadaan la..😁

Antara menu burger yang ada di stall cik suami Linda ...

~ burger kambing

~ burger daging
~ burger ayam
~ oblong daging
~ oblong kambing
~ roti john biasa
~ roti john cheese
~ tarbak leleh (roti john special)


Burger tu pun ada yang burger special, burger double special, burger cheese dan burger double cheese...oblong pun sama jugak..🍔🍔

Lepas balik kerja, Linda akan tolong cik suami kat stall burger. Bukan tak penat tapi sebab kesiankan cik suami Linda terpaksa juga bantu dia di stall. Lagipun Linda pun suka buat burger ni...😅

Setiap hari memang Linda atau cik suami akan  bawa anak-anak lepak kat stall burger cik suami ni. Sambil-sambil tu ajaq anak-anak ni susah sikit. Macam mana nak cari rezeki. Biaq depa rasa tanggungjawab bila depa dah besaq nanti...




Alhamdulillah, sejak akhir-akhir ni ramai juga pelanggan yang baru datang ke stall kami. Ada yang kata tak tau kat stall kami ni ada juai Roti John. Sebab kebiasaannya Roti John ni ada masa bulan puasa ja. Tapi di Stall Burger kami sentiasa ada. Pasti tak akan menghampakan penggemarnya.😋

Jom singgah sini untuk menikmati kelazatan sebenar Burger dan Roti John daripada kami...kalau sedap bagitau kawan-kawan tapi kalau tak sedap bagi tau kat kami OK!! 😅

Tiada ulasan:

Catat Ulasan