Follow Us @soratemplates

Selasa, 11 Disember 2018

Serawa Labu Sedap

Assalamualaikum ...
Hai hangpa semua...cuti-cuti ni, dok kat rumah mula terasa lapaq. Teringin pulak nak makan serawa labu. Linda ni memang hantu serawa lebih-lebih lagi labu. Dulu masa kecik-kecik, arwah mak ada, selalu arwah mak buat kan. La ni kalau teringin nak makan apa, kena la buat sendiri. Dulu order ja, dah siap..😅

Tapi hangpa tau ka serawa tu apa?!? 🤔 Haaaa, setengah tempat panggil pengat dan ada jugak yang panggil bubuq. Nak buat serawa bukan susah pun, bahan pun tak banyak dan senang jumpa kat kedai. 

Pada hangpa yang dah tau buat tu dok diam-diam. Ni untuk yang tau buat. Ada yang dah cuba buat tapi tak pernah nak menjadi. Jangan terkejut atau buat-buat tetkejut, walaupun nak buat serawa ni senang tapi ada jugak yang tak reti nak buat.. macam adik Linda sorang ni (nama dirahsiakan) 😁

Jom tengok macam mana Linda buat serawa Labu Sedap ni...hehe

Bahan-bahan

separuh biji buah Labu ( dipotong dadu )

1-2 biji gula melaka (ikut nak manis tara mana)

1 cawan susu cair

1 cawan santan pekat

1 cawan santan

1 sudu besar sagu

Secubit garam ( untuk bangkitkan rasa lemak manisnya)

sedikit air

2 helai daun pandan yang disimpul

Cara-cara

1. Masukkan labu dan daun pandan di dalam periuk dan masukkan air hingga boleh menenggelamkan labu yang telah dipotong dadu kemudian didihkan. 

2. Bila labu dah lembut ( lebih kurang 20-30 minit), masukkan santan dan gula melaka.  Masukkan susu cair dan secubit garam. Biar hingga gula betul-betul larut.

3. Bila gula melaka dah larut dan sebati baru masukkan sagu. Masak hingga sagu benar-benar kembang.

4. Api kena slow bila dah masukkan santan supaya santan tu tak pecah minyak. Kalau dah pecah minyak, memang tak jadi dah serawa tu.

5. Dah siap boleh dihidangkan ketika panas atau sejuk.


Ini lah resepi Serawa Labu Sedap yang dapat Linda kongsikan dengan hangpa. Selamat mencuba...

"Tetiba rasa rindu pada arwah mak (maktok).  
Al -  Fatihah untuk arwah mak dan bapak, semoga mak dan bapak tenang di sana dan di tempatkan dikalangan orang-orang beriman...aamiin 😥 Tak pernah sesaat pun Linda lupakan mak dan bapak lebih-lebih lagi kalau masak makanan yang depa suka."

1 ulasan:

  1. *Assalamualaikum, jom sebarkan berita ni sberapa byk yg mgkin utk membantu org yg memerlukan, terima kasih smua..aaminn.*

    Sy En.Mohd Zuhairi bin Noordin , pengasas produk herba dr hutan. Sy mnjual herba warisan yg mampu mrawat smua jenis kanser dari tahap 1 ke tahap 4 dan utk pengidap resdung kronik. Herba warisan dr hutan belantara ini tak mganggu rwatan kimoterapi. Ia blh diambil smasa rwatan hospital, malah lg baik jika berubat bsama spya lg cpt sembuh. Daun² herba trpilih ini sudah trbukti brkesan kpd rmai pesakit kanser & ianya sukar dijumpai, malah belum ada mna² syarikat yg mngeluarkn herba ini. Ia herba khusus mrawat kanser & resdung yg kronik. Fokus herba ni ialah mbunuh sel kanser hingga ke akar umbi spya kanser tak berulang lg.Jgn biarkan pnyakit menghuni dlm tubuh hingga kronik. Ia akn merebak ke organ lain.Bila dh merebak ia mnyukarkan rawatan. Herba bkn bnda asing lg. Jgn was² lg, sejak beratus thn herba dh digunakn oleh nenek moyang kita. Benda natural tak mganggu rawatan moden. Bkn pesakit kanser pun blh minum utk mencegah kanser. Utk psakit kanser, sy akn bantu hingga sembuh,memberi saranan & motivasi bgaimna utk hadapi kanser. Sy dh jumpa rmai psakit, kita blh brkongsi pndapat utk rawat smpai sembuh. Rmai psakit sy dh sembuh,anda bila lg?
    Hubungi utk order & pertnyaan:
    *En. Mohd Zuhairi Bin Noordin - 017468 7570*

    BalasPadam