Follow Us @soratemplates

Khamis, 27 Disember 2018

Jom Tunaikan Zakat dan Dapatkan Rebet Cukai Pendapatan Bagi E-Filing 2019...

Assalammualaikum ...

Salam Jumaat untuk semua pembaca blog Linda...salam penuh keberkatan...

Hari ini merupakan hari Jumaat yang terakhir untuk tahun 2018. Sedar tak sedar kita dah sampai ke penghujung tahun. 

Masih berbaki 3 sahaja lagi untuk kita menuju 31 DISEMBER 2018❗Sebelum 2018 berakhir marilah kita sama-sama menunaikan kewajipan kita dengan membuat pembayaran zakat di Pusat Pungutan Zakat atau melalui Portal Zakat.
Sebagai umat Islam kita amat digalakkan untuk membayar zakat untuk mendapat keberkatan dalam kehidupan kita.

Tengok! Artis kita saudara Norman Hakim pun dah pi bayar zakat, kita bila lagi...

Jom jom kita pi bayar zakat...

TInggal 3 HARI LAGI MENUJU 31 DISEMBER 2018❗❗❗

Tunaikan zakat demi kehidupan sekeluarga yang lebih berkat.

📌 Tunaikan zakat sebelum 31 Disember untuk mendapatkan rebat cukai pendapatan bagi e-filing tahun 2019.

📌 Kaunter PPZ dibuka 7 hari seminggu sepanjang bulan Disember ini dari jam 8.15 pagi hingga 4.45 petang.

📌 Mulai 26 - 31 Disember, waktu operasi dilanjutkan dari jam 8.15 pagi hingga 9.00 malam. 

Berzakat juga boleh melalui portal kami:
🌐www.zakat.com.my

Info lanjut hubungi : ☎️1300885757

#ppzmaiwp #yearendzakat #zakatakhirtahun

Tiada ulasan:

Catat Ulasan