Follow Us @soratemplates

Selasa, 25 September 2018

Bukit Gasing ~ Hiking bersama anak-anak dan jiran ...😊

September 25, 2018 3 Comments
Assalamualaikum dan salam sayang semua...😘

Hari minggu adalah hari yang sangat bemakna buat diri Linda dan anak-anak. Pada hari minggu baru-baru ni, Linda dan anak-anak mengikut jiran Linda untuk aktiviti mendaki bukit. Bukit yang dipilih kali ni adalah Bukit Gasing. Ini merupakan kali pertama Linda dan anak-anak mendaki Bukit Gasing ni...😅



Antara jiran Linda yang pergi ialah Ju, Zura dan suaminya Sham, Kak Ina dan Kak Awie... Ju ni memang dah selalu hiking dan hiking ni dah jadi sebahagian dengan hidup Ju. Zura pun sama jugak, selalu jugak hiking bersama suaminya. 

Linda dan anak-anak dah biasa hiking tapi jarang-jarang la. Maknanya kami anak-beranak dah ada pengalaman untuk hiking ni. Cuma kak Ina dan Kak Awie ni ja baru nak bermula...😅




Sebelum Linda cerita pengalaman untuk naik ke Bukit Gasing ni, mai Linda nak share tentang Bukit Gasing. Bukit Gasing ni tak la jauh sangat dari rumah Linda. Ini merupakan kali pertama Linda naik Bukit Gasing. Agak teruja bila Ju dan Zura cerita kat atas tu ada anak sungai, titi besi dan titi gantung.

Bukit Gasing terletak di antara Petaling Jaya, Kampung Pasir dan Pantai Dalam. Perjalanan dari rumah Linda ke Bukit Gasing mengambil masa dalam 30 minit ja iaitu sejauh 35km. Boleh ja kalau nak pi tiap-tiap minggu pun. Hehehe.... kami gerak dari rumah lebih kurang jam 6.45 pagi dan sampai di starting point jam 7.15 pagi. Perjalanan pagi tu tak lah jem sebab hari minggu. Kami melalui Federal Highway.

Untuk mula mendaki bukit ini, ada tiga starting point iaitu di Jalan Gasing, Pantai Hillpark dan Jalan Kubur Kg Pasir. Berdasarkan maklumat yang  Linda dapat dari cik Google dan juga daripada beberapa blog individu yang Linda search tengok sebelum ke Bukit Gasing ni...😅 tapi yang ni, kami start ikut Pantai Hilpark.

Sebenarnya, Bukit gasing ini mempunyai trek yang berpusing-pusing di dalamnya. Sebab tu la ia dinamakan Bukit Gasing. Kita boleh pilih ja trek mana yang kita nak  start mengikut kesesuaian badan kita. Ada trek yang mudah dan ada trek yang agak mencabar. 

Sepanjang hiking, alhamdulillah semuanya lancar. Disebabkan dah jarang-jarang hiking terasa semput jugak la. Kena pulak anak Linda yang nombor tiga tu, Aqil Fitri tak berapa sihat. Dah dua hari batuk-batuk dan nak semput tapi Aqil nak jugak ikut.

Sampai di pertengahan Aqil nampak macam dah down, tapi Linda cuba pujuk dan bagi semangat untuk Aqil teruskan pendakian ni. Adik dan kakaknya dah jauh ke depan. Laju betul anak-anak yang dua lagi tu. 

Untuk sampai ke menara pencawang tu, macam-macam dugaan yang perlu ditempuhi. Ada trail yang mendatar dan ada jugak trail yang mencanak naik, agak tercungap jugak la... kalau tak dak stamina memang tertewas jugak. Linda pun ada beberapa kali berenti untuk amek nafas. Tapi tak boleh berenti terlalu lana, memadai untuk 2 minit ja...



Sepanjang perjalanan, memang tak putus orang. Ada yang dah berumur pun naik ke sini. Linda memang respect la dengan depa. Walaupun dah berumur tapi steady ja naik. Lagi laju dari kita ni.

Bila dah berjaya sampai ke puncak menara pencawang tu, rasa lega sangat. Puas terasa dapat lihat pemandangan sekitar Kuala Lumpur dan juga Petaling Jaya.
 

Setelah berehat beberapa minit dan setelah puas  menikmati permandangan dari atas puncak Bukit Gasing ni, kami buat keputusan untuk turun semula. Anak-anak Linda pun nampak happy walaupun penat...



Kami turun ikut laluan yang lain pula. Masa dalam perjalanan  turun tu la baru jumpa anak sungai dan juga jambatan besi. Disebelah kanan Linda juga melalui tanah perkuburan. Mungkin laluan ini yang kita akan masuk kalau starting point  kita ikut Kampung Pasir tu. Jambatan gantung Linda tak jumpa sebab jambatan gantung laluannya agak mencabar.



Pendakian Linda dan group kali ni mengambil masa hampir 3 jam. Ini kerana kami memberi support kepada newbie yang baru iaitu kak Awie dan K Ina..😁 Kalau pada yang dah biasa hiking ni, depa amek masa dalam sejam ke sejam setengah ja...Apapun tahniah untuk kakak berdua ni...mereka memang hebat, walaupun asyik dok tanya lambat lg ka, lambat lagi ka nak sampai...😅🤣😅



Alhamdulillah, semua selamat turun dengan jayanya...rasa macam tak puas pulak menjelajah Bukit Gasing ni sebab banyak laluan lagi yang belum Linda masuk. In shaa Allah, kalau ada rezeki Linda nak pegi lagi untuk cuba laluan yang lain pulak. Kali ni Linda nak ke Jambatan Gantung tu..😉

Ok, sampai jumpa lain di lain coretan. Jangan penah jemu untuk singgah di blog Linda Sempoi ni ya...terima kasih banyak-banyak pada yang sudi support Linda..sayang semua 😘


Ahad, 23 September 2018

Sambal Jering dan Ikan Bilis...

September 23, 2018 2 Comments
Assalammualaikum sahabat blog linda sempoi semua...

 ~Jering ~


Baru-baru ni, jiran linda bagi jering kat linda. Terima kasih Ju..😊 Banyak jugak la, kalau nak buat ulam ja masih ada lagi baki nya ni. Jadi linda ingat nak buat sambal jering ngan ikan bilis. Kebetulan ikan bilis Sabah ni pun ada lagi stoknya. Dapat jugak la satu menu arini..

Sebelum linda share resepi, linda nak cerita sikit tentang jering ni...😁 Ni pun linda amek maklumat kat wikipedia.com. Ada sapa-sapa yang tak suka makan jering.?.. Rugi la sapa yang tak suka makan jering ni. Jering ni salah satu untuk awek muda jugak tau!!!

Jering  ialah tumbuhan yang berasal dari Malaysia, Indonesia dan kawasan ASEAN. Jering mempunyai rasa yang pahit dan berbau busuk. Disebabkan rasa dan bau jering ni ramai anak-anak muda zaman sekarang yang tak suka makan jering ni.

Isi Jering
Tetapi bagi sesetengah orang yang telah lama mengenali jering, rasanya yang sungguh enak terutama sekali apabila dimakan bersama sambal belacan dan nasi panas-panas. Buah dan pucuknya berasa lemak-lemak pahit dan pedar. Sesapa yang makan jering ni kalau ke tandas pasti baunya sangat busuk dan kuat melekat.

Walaupun baunya yang sangat busuk tetapi jering mempunyai khasiatnya yang tersendiri.  Antara khasiat jering adalah seperti yang linda nyatakan di bawah ni.

KHASIAT JERING

1. Mencegah Anemia.
2.Menambah Zat Besi bagi wanita yang sedang period.
3. Mengawal kadar gula dalam darah.
4. Mencegah kereputan tulang
5. Merampingkan perut.
6. Pembentukan jaringan tubuh.

Nak makan jering pun ada tips jugak tau. Ada lebih kurang enam tips yang linda dapat share di bawah ni...

Tip Makan Jering

1. Elakkan dari memilih jering yang tua, kerana jering yang tua berkemungkinan mengandungi kepekatan djenkolic acid yang lebih tinggi.
2. Elakkan dari memakan jering yang mentah.
3. Elakkan memakan jering dalam kuantiti yang besar.
4. Pesakit yang mengalami masalah buah pinggang kronik, tidak dibenarkan memakan jering.
5. Banyakkan meminum air setelah memakan jering.
6. Jika berlaku sakit perut atau kencing berdarah, dapatkan rawatan di hospital segera. 

Ok, sekarang linda nak share pulak resepi sambal jering bersama ikan bilis. Boleh jugak buat dengan sambal udang atau apa-apa saja sambal tumis yang hangpa suka. Hangpa boleh cuba dan makan dengan nasi panas-panas. Mesti bertambah berpinggan-pinggan nanti..

Selain daripada dibuat sambal dengan ikan bilis, jering ni jugak boleh di buat ulam samada terus makan atau direbus dulu. Lawannya cicah dengan sambal belacan...sedap wehhh! 😋
Ulam Jering dengan sambal belacan
Ulam Jering Rebus
Ulam Jering Rebus
Antara bahan-bahannya: ~

10 biji jering - buang kulit & hiris kecik
1/2 mangkuk ikan bilis
1/4 cawan minyak 
asam jawa
garam & sikit gula 

Bahan tumbuk:

15 biji cili padi 
1 bawang besar
5 bawang putih

Cara-cara memasaknya pulak :

~ Panaskan minyak masak.
~ Bila minyak dah panas, goreng ikan bilis sehingga garing. Dah garing angkat dan toskan minyak.
~ Dengan minyak yang sama goreng pulak jering yang telah dibelah kecik-kecik tadi separuh masak. Kalau garing nanti jering akan jadi keras pulak. Sama mcm ikan bilis tadi, angkat dan toskan.
~ Dengan minyak yang sama jugak, tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk  tadi sehingga naik bau.
~ Perahkan sedikit air asam jawa.
~ Dah nampak pecah minyak sikit masukkan ikan bilis dan jering tadi. Kacau sampai sebati.
~ Perisakan dengan gula dan daram secukup rasa.
~ Dah sebati boleh angkat dan hidangkan bersama nasi panas-panas.

* pastikan lepas makan jering ni minum air putih banyak-banyak tau!!!..😅


Khamis, 13 September 2018

Resepi Kek Batik Sempoi...

September 13, 2018 0 Comments
Assalamualaikum....
Hai semua...❤

Haaaa~ kali ni Linda nak share resepi kek batik versi Linda yang sememangnya sempoi...senang ja nak buat kek batik ni. Bahan pun tak banyak dan senang nak dapat kat kedai-kedai runcit ja pun...tak payah nak pi kedai bakery cari bahan-bahannya...

Selalu kalau hari minggu Linda akan buat kek batik ni. Atau kalau ada majlis bacaan yasin di kawasan rumah Linda yang digalakkan untuk kita bawak poctluck, haaa yang ni la menu Linda. 

Jom tengok bahan-bahan yang Linda gunakan. Mudah dan sangat simple serta senang ja nak buatnya. 

Bahan-bahan:

1 paket Biskut Marie (tak kisah brand apa)
2 cawan Milo
1 sb Serbuk coklat
1/2 tin susu pekat manis
1/2 cawan susu cair
1 buku butter ( Linda guna butter emborg)


Cara buat kek batik sempoi ni mudah ja...

~ Masukkan butter ke dalam periuk dan cairkan dengan api yang sederhana.
~Masukkan susu pekat dan gaul hingga sebati.
~ Masukkan milo dan serbuk koko dalam periuk.
~ Gaul lagi sampai semua sebati dan pastikan tak dak milo dan serbuk coklat yang berketul-ketul.
~ Masukkan susu cair...
~Kacau-kacau sampai sebati semuanya.
~Masukkan biskut marrie yang telah di patahkan ke dalam periuk dan gaul sekata.
~ Letakkan ke dalam loyang yang telah dialas plastic dan padatkan adunan.
~ Jangan terlalu padat sebab nanti tak berapa sedap.
~ Simpan dalam peti sejuk selama 4 jam hingga ia beku.


Lepas tu boleh la potong-potong dan hidangkan untuk santapan seisi keluarga...tak sempat nak amek gambaq dah licin pinggan tu...adoiiiii la anak-anak...😅

* Kalau hangpa suka kek batik yang rangup bila makan, jangan campur biskut dalam campuran milo tetapi susun ja lapisan biskut dan dilapis dengan coklat. Kalau lebih suka kek batik lembut, patah-patah kan biskut marrie dulu dan biarkan ia lembut sikit. Linda lebih suka kek yang dicampur sekali di dalam periuk...anak-anak dan suami pun suka..😋

Rabu, 5 September 2018

Safi DERMASAFE | Produk Terbaru 'Mesra Kulit'...

September 05, 2018 1 Comments
SAFI DERMASAFE | Produk kecantikan 'Mesra Kulit'
Assalamualaikum...salam sayang untuk semua pembaca blog linda 😘

Wanita dan kecantikkan memang tak dapat dipisahkan. Begitu juga dengan linda yang ingin sentiasa tampil cantik dan berseri. Sejak dari zaman remaja lagi linda amat ambil berat bab kecantikan dalaman dan luaran. 


Wajah kita adalah cermin diri kita. Jika wajah kita kelihatan bersih dan berseri, ianya dapat menunjukkan daya keterampilan diri kita. Kita perlu menjaga kulit wajah kita kerana ia adalah anugerah terindah dan tidak ternilai dari Allah. 




Tapi, macam mana kita nak jaga kulit wajah kita? Ada yang kata, tak sempat dan tak cukup masa nak jaga wajah muka kita. Betul ka?... Berikut adalah beberapa produk kecantikkan terbaru dari SAFI DERMASAFE yang ringkas, mudah dan berkesan, Insya-Allah.

Linda yakin, selepas kita menggunakan produk SAFI DERMASAFE ini, kulit wajah kita akan nampak lebih mulus, bersinar dan berseri serta bebas dari masalah jerawat dan jeragat. Produk yang sesuai untuk semua peringkat umur dan sesuai untuk semua jenis kulit.


Kini, SAFI muncul dengan rangkaian produk pembersih muka terbaru daripada SAFI DERMASAFE...TANPA Paraben. TANPA Pewangi, TANPA Pewarna, TANPA Minyak Mineral, TANPA Alkohol dan TIDAK diuji ke atas haiwan.

SAFI DERMASAFE kesinambungan kembara kecantikan terbaharu daripada SAFI – Jenama Halal No.1 Malaysia. Rangkaian Inovasi kecantikan terbaharu daripada SAFI ini adalah hasil komitmen berterusan di dalam penyelidikan dan pembangunan produk oleh SERI (SAFI Excellence in Research and Innovation) makmal produk HALAL terbesar di dunia. 


SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Mousse Gentle Care adalah pembersih lembut dan ringan yang menghasilkan buih lembut dengan hanya satu pam. Diperkaya dengan esktrak Likuoris dan Chamomile, ia membersihkan kulit secara mendalam sambil mengurangkan kemerahan dan kerengsaan untuk keselesaan pada wajah. 

       HARGA: RM28.90  (150 ml)

SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Gel Mild & Gentle diperkaya dengan esktrak Likuoris dan Chamomile membersihkan kulit secara mendalam sambil mengurangkan kemerahan dan kerengsaan pada wajah untuk keselesan kulit. Ia juga membantu mengekalkan keseimbangan pada kelembapan kulit agar kulit lebih sihat dan berseri. 

       HARGA: RM19.90 (100 g)
SAFI DERMASAFE – RANGKAIAN PRODUK PENYEGAR DAN PELEMBAP MUKA...

SAFI DERMASAFE Semburan Booster Hydrate & Refresh diperkaya dengan ekstrak Likouris dan Chamomile mempunyai kebaikan 2 dalam 1 yang mengekalkan kelembapan pada wajah sambil memperkuat struktur, melindungi kulit daripada pencemaran dan membolehkan solekan kekal lama.

        HARGA: RM 39.90 (100 ml)

SAFI DERMASAFE Pelembap Siang Soothe & Hydrate diperkaya dengan ramuan semulajadi ekstrak Likuoris dan chamomile yang menyegarkan. Tidak berminyak dan pantas menyerap ke dalam kulit menjadikan kulit kekal lembap selama 24 jam.

HARGA: RM35.90 (50 g)
SAFI DERMASAFE Pelembap Malam Rehydrate & Recover diperkaya dengan ramuan semulajadi ekstrak Likuoris dan Chamomile yang mudah meresap kedalam kulit dan membantu merawat kulit muka tanpa meninggalkan kesan minyak terutamanya ketika anda sedang tidur. 

HARGA: RM48.90 (50 g)
Rangkaian produk SAFI DERMASAFE dipasarkan pada harga RM19.90RM48.90 dan boleh didapati secara ekslusif di WATSONS – rangkaian farmasi dan toko produk penjagaan diri terbesar di Malaysia. 


Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini dari SAFI,
sila layari laman sesawang rasmi SAFI di www.safi.com.my , 
laman Facebook rasmi SAFI di www.facebook.com/SAFIMalaysia dan 
laman instagram rasmi SAFI di www.instagram.com/SAFIMalaysia. 

Ayuh kita memperkasa dan bina keyakinan diri setiap wanita bersama-sama dengan berkongsi kisah transformasi kulit sihat dan kejayaan SAFI anda dengan memuat naik foto atau video anda di profil media sosial anda berserta tanda palang #SAFIDERMASAFE dan #SAFISKINSTORY






Alhamdulillah dan terima kasih pada yang sudi singgah, baca dan komen dalam blog linda sempoi...In shaa Allah, free nanti linda terjah pulak erk...tq 😘

Beli jangan tak beli tau produk terbaru SAFI DERMASAFE ni..memang terbaik!!!
***