Follow Us @soratemplates

Khamis, 24 Mei 2018

Tarbak Leleh di Bazar Saujana Utama

Assalamualaikum dan salam sayang kepada semua pembaca blog Linda Sempoi...



Seminggu sudah kita berpuasa, sat ja kan masa berlalu. Baru hari ni Linda dapat nak share dengan hangpa tentang Tarbak Leleh daripada suami Linda di Bazar Saujana Utama. 

Memandang setiap petang hujan jadi Linda sendiri tak berkesempatan nak ambil gambaq kat bazar ni. 

Tarbak Leleh tu ialah Roti John Special. Suami Linda nak kan kelaian so dia namakan roti john ni sebagai Tarbak Leleh.

Bermula tahun 2015, suami Linda mula berniaga Tarbak Leleh ni di Bazar Saujana Utama, Sg Buloh. Alhamdulillah, rezeki memihak kepada suami Linda dan tahun ni suami amek lg tapak untuk juai roti john ni kepada pelanggan yang selalu mencari kami.

Hanya pelanggan yang dah biasa ja tau apa tu Tarbak Leleh. Dan sudah menjadi kemestian yang mai tapak bazar ni akan cari Tarbak Leleh suami Linda. Tarbak Leleh yang sememang sangat terbaik abad ini. Bukan nak puji tapi ini adalah kenyataan tau.

Dengan limpahan daging atau ayam, serta curahan sos, mayo dan chezzy menjadikan Tarbak Leleh ni menjadi sangat istimewa. Kalau tak percaya jemput lah datang ke Bazar Saujana Utama.


Kami berada di tapak 29 ya! Sebab bazar ni terlalu panjang, ada jugak yang call tanya kat belah mana kami dok. Depa cari tak jumpa. Kekadang tu sampai tak menang tangan kami di buatnya.

Masa kemuncak di bazar ni dah tentu jam 6 hingga 7 mlm. Hinggakan dah nak waktu berbuka masih lagi nak kan Tarbak Leleh ni... Alhamdulillah, sesungguhnya rezeki Allah tu sangat luas.

Jemputlah datang ke Bazar Saujana Utama untuk merasai sendiri kesedapan Tarbak Leleh daripada suami Linda ... yang semestinya sangat sempoi 💖

Tiada ulasan:

Catat Ulasan