Follow Us @soratemplates

Rabu, 23 Mei 2018

Jakel Barulah Raya di Jakel Shah Alam

JOM KITA KE JAKEL!
Jakel Barulah Raya di Jakel Shah Alam...

Jakel Shah Alam...😍

Assalamualaikum dan salam sayang..salam ramadhan buat semua pembaca blog Lindasempoi 😘

Hai! Hangpa dah shopping baju raya ka!? Kalau belum lagi, jangan risau Jakel kan ada. Hangpa boleh pi ke Jakel untuk mencari koleksi baju raya terkini untuk tahun ni. 

Pada hari Ahad yang lepas, Linda dah pun pi shopping bersama anak-anak Linda di Jakel Shah Alam. Memang dah menjadi kemestian Linda sekeluarga bershopping di Jakel. Anak-anak pun selesa menggayakan pakaian depa pada setiap kali raya. Suami pun happy dengan Baju Melayu daripada Jakel yang nampak selesa dan kemas.
Duta Jakel raya untuk tahun ini...
Yang lebih meriah lagi, JAKEL turut menampilkan selebriti duta raya JAKEL kepada pengunjung di Shah Alam bagi mempromosikan koleksi pakaian raya. Majlis yang berkonsepkan sembang santai ini menampilkan selebriti duta raya yang terdiri daripada Nabil Ahmad, Awal Ashaari, Scha Al Yahya & Lara Alana ( Schawalara) serta Hanis Zalika, Hairul Azreen & Yusuf Iskandar dan tidak lupa juga Harith Iskandar dan pastinya Upin dan Ipin.

Menurut Tuan  Hj Mohamed Izani b. Mohamad Jakel iaitu Pengarah Urusan Jakel Shah Alam, Kempen Jakel Barulah Raya ini adalah salah satu aktiviti wajib bagi mempromosikan produk pakaian raya diantara Duta Raya Jakel bersama para pelanggan. 

Pusat gedung tekstil tanahair  Jakel mengambil inisiatif dengan berperanan 'One Stop Centre' untuk memudahkan kita untuk mendapatkan pakaian raya berjenama pelbagai selebriti dibawah satu bumbung. Ini merupakan salah satu konsep berbelanja di Jakel yang ingin hangpa merasai 'sense of belonging' ketika kita berbelanja bersama Jakel.

BARULAH RAYA

Paling best kalau hangpa nak tau..Majlis pada hari tu dimeriahkan lagi dengan sesi lelongan jualan "Happy Hour" oleh Duta Jakel dalam mempromosikan dan menjual koleksi pakaian raya mereka dengan harga runtuh. Kalau kita beli baju melayu, kita akan dapat kain ela bercorak percuma....best kan!



KAIN SAMPIN BENANG

Jakel sentiasa menampilkan sesuatu yang unik dan memberikan kelainan setiap tahun. Sememangnya kain sampin amat sinonim bersama baju melayu. Kain Sampin Benang lebih berkonsepkan santai dan mudah untuk digayakan disamping mengekalkan ciri ekslusif yang hanya boleh didapati di Jakel sahaja. Terdapat pelbagai pilihan warna yang boleh kita suai padankan dengan baju melayu.


KOLEKSI BAJU MELAYU


Koleksi Baju Melayu Aaron Aziz yang telah direka dan khusus dengan memberikan kekemasan pada leher, poket dan keselesaan. Antara warna yang dijangkakan bakal menjadi pilihan kita adalah warna hijau burung merak atau lebih dikenali dengan warna teal green.


Manakala Baju Melayu Nabil Ahmad  pula berkonsepkan moden kontemporari yang menekankan kekemadan pada leher dan poket termasuk potongan slim-fit yang digemari ramai. Koleksi Nabil Ahmad yang bakal mendalap perhatian pada tahun ini adalah warna maroon atau dikenali sebagai merah hati.


Koleksi Baju Melayu Awal Ashaari pada tahun ini berpotongan moden kontemporari dan mempunyai label AA pada bahagian poket. Ia lebih memfokuskan kepada warna dan kualiti kain untuk membantu para jejaka beraya dengan penuh keyakinan dan selesa. Warna yang bakal mendapat sambutan adalah warna navy blue kerana mampu menyerlahkan penampilan sang jejaka.


Jakel turut mengekalkan pengeluaran Baju Melayu 'plus size' untuk mereka yang bersaiz comel dibawah label Baju Melayu Harith Iskandar. Warna yang menjadi hangat pada tahun ni adalah yellow buttercup.


Harga koleksi Baju Melayu yang ditawarkan juga amat berpatutan serendah RM89 dan lebih menarik lagi, kita akan diberikan percuma sehelai kain sampin beserta butang Baju Melayu bagi setiap pembelian.


KOLEKSI KURTA


Jakel Barulah Raya pada tahun ini juga mengekalkan kurta di bawah jenama Hairul Azreen.


Jakel turut menyediakan koleksi baju Melayu kanak-kanak Upin Ipin seawal usia setahun hingga 12 tahun dengan tawaran samping serta butang Upin Ipin percuma.

Kanak-kanak yang menjadi duta koleksi pakaian raya pula ialah Yusuf Iskandar dan Lara Alana dengan pelbagai rekaan menarik dan comel.

 BERKONSEPKAN KEKELUARGAAN

Koleksi raya Jakel kali ini menerapkan ciri kekeluargaan dengan rekaan dan warna sedondon yang ceria bagi mewujudkan suasana riang.

Bagi memudahkan transaksi pembayaran, Jakel bekerjasama dengan Boost iaitu aplikasi dalam telefon pintar untuk membantu pelanggan membuat bayaran secara dalam talian, selain boleh memperoleh mata ganjaran.


Dalam kita bergembira, masih ada yang berduka. Jakel Shah Alam turut menggembirakan anak-anak daripada Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah (RACTAR) dengan memberi sumbangan sebanyak RM5,000. Terpancar cahaya kebahagiaan buat mereka dalam menyambut ramadhan pada tahun ini..


Anak-anak daripada Rumah Amal Tengku Ampun Rahimah ( RACTAR)

Maklumat lanjut kempen boleh diperoleh
dengan melayari media sosial Instagram @jakeltextile dan Facebook GedungTekstilJakel.

Untuk pertanyaan sila hubungi;
Jabatan Promosi dan Pengiklanan (A&P)
Jakel Shah Alam
27,29,31,33 & 35, Jln Plumbum S7/S,
 Seksyen 7 40000 Shah Alam, Selangor.
Tel: 03-55108976

Jangan lupa tau hashtag Jakel! 😀
#jakelbarulahraya #ingatrayaingatjakel

Ni Linda belanja lagu raya Jakel untuk tahun ni bersama Duta-duta Jakel...😘 harap hangpa terhibur yer!...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan