Follow Us @soratemplates

Selasa, 22 Mei 2018

Jom Berbuka Puasa Sambil Menyaksikan Persembahan Daripada Artis Jemputan di ' Next Food Juntion' @ Klang Parade...


Assalamualaikum dan salam sayang buat pembaca blog Linda Sempoi...hai! 😘

Di Food Court Level 5 'Next Food Juntion'...

Antara artis yang akan hadir untuk membuat persembahan khas buat peminatnya di 'Next Food Juntion' Klang Parade...😍

Raya dah dekat dah ni...dah shopping ka! Haaa... kali ni Linda nak ajak hangpa pi shopping kat Klang Parade yang semestinya terletak di Bandar Klang...Shopping Mall yang menjadi tempat kegemaran Linda sekeluarga...

Linda suka shopping kat sini sebab terdapat banyak kemudahan yang telah disediakan. Tempat parking kereta yang banyak dan luas,  ada surau, toilet pun bersih dan yang paling penting kat sini terdapat banyak tempat makan yang menjadi pilihan untuk Linda dan anak-anak.

Lagipun pada 3 Jun 2018 ni, ada persembahan daripada beberapa artis jemputan so sambil Linda dan anak-anak shopping dan sambil berbuka puasa kat sini dapat jugak la tengok persembahan khas daripada mereka yang terdiri daripada Hael Hussaini, Khai Bahar, Kilafairy, Beki Zainal dan Adibah Noor. 


Jom cuci mata dulu dengan hidangan yang telah disediakan di food court 'Next Food Juntion'....pasti menyelerakan hangpa nanti tau!..😊


Kalau mai Klang Parade ni, Linda suka makan kat food court di 'NEXT FOOD JUNTION' yang terletak kat tingkat 5 ..nak tau sebab apa Linda suka pi makan kat 'Next Food Juntion' ni!?...sebabnya kat sini terdapat pelbagai jenis makanan yang terdiri daripada masakan melayu, masakan jawa, masakan portugis, western food dan macam-macam lagi yang hangpa boleh pilih mengikut selera hangpa.

Antara kiosk-kiosk yang terdapat di 'Next Food Juntion', Klang Prade yang wajib hangpa pi jengah...
Tambah-tambah di bulan posa ni kan, tengok semua makanan di 'Next Food Juntion' ni semua amat menyelerakan. Tak kurang jugak dengan minuman yang ada kat sini...Ni antara makanan dan minuman yang Linda dah rasa, semuanya sangat-sangat sedap..😋

Aiskrim ni paling awesome yang Linda try kat sini...
Air sirap lemon dan kedondong asam boi tak kurang jugak rasanya.
Coconut Shake yang menjadi pilihan hati Linda sekeluarga...


Malah ia turut mengasingkan antara Non Halal section dengan yang Halal section... pastikan hangpa masuk di pintu yang betul tau!..
Section untuk 'Halal'..
Section untuk 'Non Halal'...


Jom layan video ni dulu ya...😉 harap hangpa semua terhibur... antara artis yang akan hadir untuk membuat persembahan nanti!...

Jadi kalau hangpa mai berkunjung area KLANG PARADE ni, jangan lupa untuk singgah di 'NEXT FOOD JUNCTION' yang terletak di Tingkat 5. Sangat berbaloi untuk poket dan perut hangpa!


Sila layari LAMAN FACEBOOK 
NEXT FOOD JUNCTION di www.facebook.com/NEXTFoodjunction atau INSTAGRAM RASMI di www.instagram.com/nextfoodjunction untuk mendapatkan informasi lanjut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan