Follow Us @soratemplates

Khamis, 24 Mei 2018

Butik Haqqi ~ Pusat Sehenti Pelbagai Keperluan Muslimin & Muslimat

Assalamualaikum & salam sayang semua...


Alhamdulillah, sudah seminggu kita berada di  dalam bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkatan. Dalam bulan ni juga ramai diantara kita akan menjadi tetamu Allah untuk mengerjakan ibadah umrah.

Sudah pastinya mereka sedang mencari-cari di mana nak cari segala keperluan untuk di bawa ke sana. Di sini Linda cadangkan hangpa pi ke Butik Haqqi yang terletak di Shah Alam berdekatan dengan Jakel. 

Butik Haqqi ini merupakan Pusat Sehenti (One Stop Centre) untuk mereka yang ingin mendapatkan keperluan dan barangan bagi mengerjakan ibadah haji dan umrah. Selain dari itu, terdapat banyak juga koleksi pakaian lelaki dan wanita serta pakaian kanak-kanak. Tidak dinafikan juga, harga ditawarkan cukup berbaloi dan mampu milik. Sempena bulan ramadhan ini, Haqqi menawarkan potongan harga hingga 70% untuk pakaian terpilih.



Setiap koleksi dari tudung, baju kurung, jubah, set kurta dan macam-macam lagi mempunyai label tersendiri seperti Owl By ND, Baju Melayu Wak Doyok, IzzueXclusive, Zareeth Zehra, Dara By Fathia Latiff, Ameera Zaini, El By Elfira Loy dan banyak lagi. 

Linda amat tertarik dengan koleksi telekung yang di jahit dengan sulaman yang cukup  cantik dan sangat kemas. Selain kainnya yang sejuk dan selesa untuk dipakai ketika solat terdapat banyak juga pilihan warna. Kalau Linda lebih tertarik dengan warna putih yang nampak suci dan bersih dan memang sesuai untuk menunaikan solat.


Blouse juga tidak kurang cantiknya, dah jadi rambang mata Linda dibuatnya. Biarpun baru pertama kali melangkahkan kaki masuk ke Butik Haqqi ni, hati Linda dah terpikat dengan koleksi-koleksi pakaian yang terdapat di sini. Serius cakap, memang cantik dan tak rugi kalau beli pun...! 


Butik Haqqi mula beroperasi di penghujung tahun 2016, dan kini telah mempunyai 4 cawangan iaitu di seksyen 7 Shah Alam, Bangi Sentral, TTDI Kuala Lumpur dan Wakaf Tembusu Kuala Terengganu.

Untuk pengetahuan hangpa, Butik Haqqi juga menawarkan pembelian secara online tau.. Hangpa jangan risau kalau hangpa sibuk ngan urusan kerja dan tak sempat nak keluar ke butik. Hangpa boleh membuat pembelian dan pesanan terus melalui laman web Haqqi.com.my. Pesanan dan penghantaran akan terus ke depan pintu rumah hangpa.

Layari Haqqi untuk terus mendapatkan maklumat mengenai tawaran menarik dan diskaun yang hebat.


Haqqi Shah Alam

13 & 15, Jalan Plumbum S7/S, Seksyen 7, 
40000 Shah Alam, Selangor
(landmark Jakel Shah Alam)
Tel : 03-44234798
Whatsapp : 011-16356865

Call Center : 03-55234798

Haqqi Bangi

B-23-01, Jalan Medan Pusat Bandar 7A, 
Bangi Sentral, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Tel : 03-89121542

Haqqi TTDI
   
No 14, Jalan Wan Kadir 4, 
Taman Tun Dr Ismail, 
60000 Kuala Lumppur
Tel : 03-77322247
Haqqi Terengganu

Pt 35341, Tingkat Bawah, Dataran Austin, 
Jaan Tembusu 2, Wakaf Tembusu, 
21300 Kuala Terengganu Terengganu 
Tel : 09-6627367

Waktu perniagaan 

10 pagi - 7 petang
(dibuka setiap hari)

Laman web pembelian
www.haqqi.com.my
(24 jam)

Facebook 
@haqqi.com.my

Instagram 
@haqqi.com.my

Jom kunjungi Butik Haqqi untuk dapatkan koleksi yang cantik dan selesa! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan