Follow Us @soratemplates

Jumaat, 11 Mei 2018

Sebaik Solat Bacalah 2 Doa Ini Untuk Naikkan Seri Wajah, Amalkan Agar Orang Sayang Lebih..

 Assalamualaikum dan salam sayang ...😘

Terima kasih pada yang sudi jengah blog Linda yang sangat sempoi dan simple ni...Harini Linda nak share sikit Ilmu yang Linda petua daripada arwah maktok Linda untuk yang nak naikkan seri wajah dan orang memandang kita dengan perasaan kasih sayang...😍 Arwah selalu pesan kat linda untuk amalkan doa ni...Alhamdulillah, memang Linda sentiasa amalkan doa ni setiap lepas solat fardhu...

Sudah menjadi fitrah manusia, kebanyakkan wanita seperti kita sangat mementingkan kwcantikan dan kalau boleh sehingga usia walaupun sudah mencecah 40 tahun ke atas pun wajah masih nak nampak sentiasa muda dan bertenaga...

Mari lah kita amalkan ayat pengasih surah Yusuf ayat 4 dan Surah Thahaa ayat 39 seperti di bawah ini.

Syarat Amalkan 2 Doa Ini...
Bagi sesiapa yang sudah mengamalkan, Alhamdulillah.. teruskan… Ayat ini adalah ayat pengasih bagi mengeratkan lagi hubungan suami isteri dan ianya juga boleh membentuk  sahsiah dan juga sikap anak-anak ( jadi anak-anak akan hormat kita sebagai ibu bapa mereka), keluarga dan sahabat handai serta rakan taulan...

 “Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada’ Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin”

Maksud Surah Yusuf Ayat 4 :

(ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku“

Setelah membaca surah teruskan dengan membaca keratan ayat dalam surah Thaahaa ayat 39.

 “Wa-alqaytu ‘Alayka Mahabbatan Minnii Walitushna’ ‘Alaa ‘Ainii”

Maksudnya surah Thaahaa ayat 39 :

 “Dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya Engkau dibela dan dipelihara Dengan pengawasanKu”

Cara Afdhalnya:

√    Dibaca 3 kali kemudian sapu ke muka wajah.
 √    Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang berat jodoh.

Perlu diketahui :

Jangan membaca tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah Yusuf ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca keratan surah Thaahaa ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf tadi.

Setiap kali bertemu atau bersua dengan isteri/suami, bacalah kedua ayat ini. Untuk mendapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.

Kalau nak suami atau isteri dengar cakap kita bacalah doa ini. Kalau nak anak-anak lembut hatinya pun baca doa ini.
Kalau nak wajah cantik berseri juga baca 2 doa ini...😊

Sebaik Solat Bacalah 2 Doa Ini Untuk Naikkan Seri Wajah dan Selalulah Kita Amalkan Agar Orang Sayang Lebih...

p/s: Linda doakan semoga hangpa yang singgah dan baca post kali ini, akan dapat menaikkan lagi seri wajah, nampak lebih cantik dan bahagia di samping insan yang tersayang. 😘

10 ulasan:

  1. Saya pulangkan apa sahaja yang saya ambil daripada tuan/puan dan kepunyaan tuan/puan yang ada pada diri saya dan keluarga saya. Saya ambil yang haq sahaja dari tuan dulu kini dan akan datang.

    BalasPadam
  2. Bagi lelaki bole diamalkn juga Tak..

    BalasPadam
  3. Saya pulangkan apa sahaja yang saya ambil daripada tuan/puan dan kepunyaan tuan/puan yang ada pada diri saya dan keluarga saya. Saya ambil yang haq sahaja dari tuan dulu kini dan akan datang

    BalasPadam
  4. Saya pulangkan apa sahaja yang saya ambil daripada tuan/puan dan kepunyaan tuan/puan yang ada pada diri saya dan keluarga saya. Saya ambil yang haq sahaja dari tuan dulu kini dan akan datang

    BalasPadam
  5. Saya pulangkan apa sahaja yang saya amb daripada tuan/pua dan kepunyaan tuan/puan yang ada pada diri saya dan keluarga saya. Saya ambil yang haq sahaja daei tuan dulu kini dan akan datang

    BalasPadam
  6. Saya pulangkan apa sahaja yang saya ambil daripada tuan/puan dan kepunyaan tuan/puan yang ada pada diri saya dan keluarga saya. Saya ambil yang haq sahaja dari tuan dulu kini dan akan datang

    BalasPadam
  7. Saya pulangkan apa sahaja yang saya ambil daripada tuan/puan dan kepunyaan tuan/puan yang ada pada diri saya dan keluarga saya. Saya ambil yang haq sahaja dari tuan dulu kini dan akan datang

    BalasPadam
  8. saya ambil ya doa ni..mohon halal dunia akhirat.. terima kasih

    BalasPadam
  9. Saya ambik ya doa ini.. mohon halal kn Dunia & akhirat.. terima kasih kerana berkongsi ilmu..

    BalasPadam