Follow Us @soratemplates

Selasa, 27 Ogos 2019

SAFI SHAYLA~ Produk anti kelemumur untuk wanita berhijab dan remaja masakini...

Ogos 27, 2019 1 Comments
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat pembaca blog Linda Sempoi...

Bersua kembali kali ini untuk Linda kongsikan sedikit tentang produk yang sangat best dan bagus sekali dalam penjagaan rambut dan kulit kepala daripada SAFI SHAYLA..

SAFI SHAYLA dikhaskan kepada wanita bertudung dan tidak bertudung  yang bekerjaya dan aktif dengan aktiviti luar... 💖 Selain daripada anti kelemumur baunya yang sangat wangi dan mampu bertahan selama seharian tanpa bau kepam...

Kini, dengan setiap pembelian produk  'SAFI 
SHAYLA'  yang berharga RM35 anda akan diberi secara percuma sling pouch beg 'We Bare Bears' sementara stok masih ada. Terdapat 4 design yang sangat cantik dan comel..

SAFI SHAYLA sangat sesuai bagi mereka yang sangat aktif dan tidak mempunyai masa dalam bab penjagaan kulit kepala. Perlu diingatkan juga rambut perlu di jaga untuk mengelakkan daripada rambut rosak & gatal lebih-lebih lagi bagi yang bertudung.

Kini, kita dah tak perlu bimbang kerana Safi Malaysia telah memperkenalkan produk shampoo yang sangat hebat dalam penjagaan rambut dan kulit kepala kita...

SAFI SHAYLA juga sangat sesuai digunakan oleh anak-anak remaja agar rambut lebih sihat, segar dan berbau harum sepanjang hari..tiada lagi masalah bau rambut yang tidak menyenangkan bila berada bersama kawan-kawan..

🌸 Minyak Rambut Anti-Kelemumur dgn Organic Habbatus Sauda Oil  & Menthol

🌸 Masker Penyegar Kulit Kepala Kaealan Kelemumur & Gatal dgn Micro Bamboo Charcoal + Organic Habbatus Sauda Oil  & Menthol
🌸Syampu Anti-Kelemumur dgn Micro Bamboo Charcoal + Habbatus Sauda

❗❗❗SHAMPOO SAFI SHAYLA❗❗❗

Produk 100% Halal dan Dijamin Kualitinya!!

Lihat Kelebihanya:

✅LICIN TERURUS dengan Multivitamin.
✅SEGAR BERMAYA diperkuat dengan Nano Lipid Enhancer.
✅ANTI KELEMUMUR dengan ZPT
✅KAWALAN RAMBUT GUGUR dengan Protein.
✅PERAPI RAMBUT – 2x ganda manfaat Habbatus Sauda serta Multivitamin untuk setiap jenis rambut dan haruman kekal sehingga 48 jam berdasarkan ujian makmal.
✅PENYEGAR KULIT KEPALA  ( Melengkapkan pupur rambut khusus untuk wanita bertudung)...

SAFI SHAYLA mensasarkan wanita bertudung yang mempunyai impian atau mengalami masalah :

+ Inginkan rambut hitam menawan : Botol hitam.

+ Inginkan rambut licin terurus : Botol pink.

+ Inginkan rambut segar bermaya : Botol hijau.

+ Masalah rambut rosak : Botol merah.

+ Masalah kelemumur : Botol Turquoise.

+ Masalah rambut gugur : Botol oren.

Jom! Dapatkan sekarang produk no 1 Halal Malaysia SAFI SHAYLA di TESCO & Hypermarket terpilih sementara stok masih ada..😉

#safishayla #SAFIMalaysia #SAFIShaylaWBB #safiblogger #gengkotakhitam #haircare #webarebears #limitededition #WBB      #rm #rushmedia

Ahad, 30 Jun 2019

SAFI BALQIS OXYWHITE - HYDRATING LOTION

Jun 30, 2019 2 Comments
Assalammualaikum buat semua pembaca blog Linda Sempoi...salam Aidilfitri serta maaf zahir dan batin daripada Linda sekeluarga...kita masih lagi dalam bulan raya rasanya masih belum terlambat untuk Linda ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Raya, raya jugak kan tapi penjagaan kulit wajah dimusim perayaan ni perlu juga di jaga. Asyik sibuk keluar beraya jangan sampai terlupa untuk penjagaan kulit wajah kita. Memandangkan cuaca sekarang yang agak terlampau panas ni, kulit muka kita perlukan  penjagaan yang lebih lagi. 
Kini, dengan adanya produk terbaru daripada safi iaitu "SAFI BALQIS OXYWHITE - HYDRATING LOTION" senang untuk Linda dalam penjagaan kulit muka..sapu-sapu ja dah cantik 😍...

Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion Gabungan formulasi penyegar & pelembap dalam satu langkah untuk penjagaan kulit yang ringkas namun memberikan kesan lembapan yang optimum. 

Sememangnya jelas ternyata kulit wajah Linda sentiasa lembap dan segar sepanjang hari bila Linda menggunakan produk terbaru daripada Safi ni...

Safi Balqis OxyWhite Losyen Pencerah Menghidrat bertindak:

•  Memberikan 2x penghidratan* dan kesegaran dengan satu penggunaan.

• Meningkatkan rintangan perlindungan kulit untuk mengunci lembapan secara mendalam dan optimum sepanjang hari dengan 5 jenis Hyaluronic Acid

💖 Macro Hyaluronic Acid
💖 Nano Hyaluronic Acid
💖 Bio-Hyaluronate
💖 Oligo-Hyaluronic Acid
💖 Super Nano Hyaluronic Acid

• Mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit

•  Mencegah kulit menjadi gelap akibat radiasi infrared (IR) dengan pelindung IR.OXYWHITE = NANO OXYGEN + NANO BIOWHITE.

Nano Oxygen membebaskan oksigen tambahan ke dalam epidermis kulit agar segar, bermaya dan berseri manakala Nano BioWhite memperlahankan kesan pembentukan pigmentasi untuk tona kulit sekata dan cerah sempurna.
Jadi tunggu apa lagi, jom dapatkan segera produk terbaru daripada Safi ni di watson dan kedai-kedai terpilih yang berdekatan dengan kita...

#safi #safiBalqis #safiMy
#safihydrationlotion 

Ucapan terima kasih juga buat achik, kak ana , safi Malaysia dan pensoni

Khamis, 23 Mei 2019

Kekal sihat dan dilindungi sepanjang bulan Ramadan dengan Dettol!

Mei 23, 2019 1 Comments
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog Linda Sempoi...


Kekal sihat dan dilindungi sepanjang bulan Ramadan dengan Dettol!


Amalan kebersihan dapat membantu melindungi keluarga kita daripada 100 jenis kuman yang berbahaya

Setiap tahun, sepanjang bulan Ramadan iaitu bulan kesembilan dalam kalender hijriah, umat Islam seluruh dunia akan menjalani ibadah berpuasa. Selain itu, bulan Ramadan juga merupakan masa untuk umat Islam beribadat, bersolat, membuat kebajikan dan mengamalkan kesederhanaan dalam pelbagai aspek. 

Waktu berbuka atau iftar adalah masa untuk seisi keluarga dan sahabat handai bertemu sambil menikmati hidangan makanan dan iftar dikira tidak lengkap tanpa mengunjungi bazar Ramadan terlebih dahulu!




Bazar Ramadan bukan sahaja menawarkan pelbagai makanan dan minuman yang lazat setelah berpuasa seharian, malah memberi peluang kepada seluruh warga Malaysia untuk bersama-sama mengalami keistimewaan membeli-belah dalam suasana berbilang budaya yang meriah.  Walaupun begitu, berasak-asak pada waktu petang dalam keadaan cuaca yang panas dan lembap sambil memilih apa yang dikehendaki meningkatkan risiko diri kita terdedah kepada banyak kuman yang tidak kelihatan.

Ada pelbagai cara untuk melindungi kita dan keluarga kita daripada kuman dengan rangkaian produk Dettol. Sebagai jenama perlindungan kuman yang dipercayai sejak sekian lama, Dettol menjadikan tanggungjawabnya terutama pada bulan Ramadan ini untuk melindungi para keluarga di Malaysia dengan menggalakkan kita mengamalkan amalan kebersihan dalam pelbagai keadaan.

Pada bulan Ramadan ini, Dettol melindungi kita dan keluarga kita dengan:

Sabun Tangan Dettol untuk mencuci tangan kita sebelum menyentuh makanan untuk sahur dan iftar;

Sanitiser tangan Dettol boleh digunakan di mana-mana sahaja kerana ia boleh membersihkan tangan kita tanpa menggunakan air; dan

Cecair Antiseptik Dettol membasmi kuman di ruang dan permukaan di kediaman kita sempena menyambut ketibaan Hari Raya.

Sejak dilancarkan lebih 80 tahun yang lalu, Dettol merupakan peneraju dalam perlindungan daripada kuman dan membantu menjaga kesihatan para keluarga menerusi amalan kebersihan yang lebih baik. Menerusi produk terkenal seperti Antiseptic Liquid, Antibacterial Liquid Hand Wash dan Hand Sanitizer, Dettol melindungi keluarga kita daripada 100 jenis kuman yang berbahaya. 

Pada bulan yang begitu bermakna sekali untuk umat Islam, adalah wajar untuk semua orang kekal sihat supaya kita boleh menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dan rakan-rakan kita.  Dengan Dettol, kita boleh berasa yakin 100%.

Pengagihan Sabun Tangan Dettol di Bazar Ramadan
Tahun ini, Dettol menggalakkan rakyat Malaysia untuk kekal sihat dan ceria dengan melindungi diri mereka daripada 100 jenis kuman yang berbahaya. Cara terbaik untuk kekal sihat adalah dengan kerap membasuh tangan kita menggunakan Sabun Tangan Dettol. Jangan ketinggalan untuk bersama-sama mencari pasukan Dettol yang akan mengunjungi ke 20 buah bazar Ramadan di sekitar Lembah Kelang untuk meningkatkan kesedaran kita tentang amalan kebersihan tangan dan mengagihkan Sabun Tangan Dettol secara percuma kepada orang ramai!

Tentang Dettol

Dettol telah menjadi jenama antiseptik yang dipercayai semenjak tahun 1932 dan merupakan jenama antiseptik yang terkenal di seluruh dunia dan juara kesihatan keluarga yang dipercayai. Produk-produk Dettol juga menawarkan kadar pembunuhan kuman yang tinggi dan disarankan oleh pakar kesihatan berdasarkan keberkesanannya yang terbukti dalam mengekalkan kesihatan keluarga. Jenama ini telah kekal kontemporari menerusi pelancaran produk-produk baru dan menawarkan para pengguna pelbagai jenis produk merangkumi pelbagai jenis kategori bagi melindungi mereka daripada kuman. Ini termasuklah gel mandian, sabun, pembasmi kuman, sabun pencuci tangan dan tisu basah anti-bakteria. Dettol merupakan jenama yang dipercayai oleh para ibu untuk melindungi keluarganya sepanjang hari.


Linda dan keluarga Linda juga tidak ketinggalan dalam menjaga kesihatan dan kebersihan dengan mengunakan produk Dettol...dulu, kini dan selamanya...
Terima kasih Dettol...😍

Ahad, 21 April 2019

Safi® Expert Solution - Produk Kecantikan Terbaru

April 21, 2019 0 Comments
Assalammualaikum dan salam penuh kasih sayang buat semua pembaca blog Linda Sempoi...

Alhamdulillah, kali ni Linda nak share tentang satu produk keluaran terbaru dari Safi jenama halal no 1 Malaysia.  
Safi® Expert Solution memperkenalkan produk terbarunya iaitu set Anti Hyper Pigmentation dan Anti Dark Circles yang mampu mengurangkan bintik hitam serta garis penuaan wajah dan pastinya ramai yang tertunggu-tunggu untuk mendapatkan produk ini. Didatangkan dengan pek yang nampak Ekslusive dan sangat menarik untuk di miliki dan di gunakan. Terbukti Safi sangat memahami masalah wanita masakini yang amat mementing kecantikkan kulit wajah.

Intensive Ampoules - Anti Hyper Pigmentation

Terbukti secara klinikal, mengurangkan bintik hitam pada wajah seawal masa 2 minggu sahaja. 

Ianya didatangkan dengan 3 produk dengan packaging ekskelusif yang berwarna hitam dan gold iaitu :-

~ Intensive Ampoule (1) 
~ Intensive Ampoule (2)
Produk Anti Hyper Pigmentation ini bertujuan untuk memudarkan parut-parut jerawat dan juga pigmentation dalam tempoh 2 minggu. Diantara punca-punca terjadinya pigmentation ni contohnya pendedahan kulit wajah pada cahaya matahari  serta perubahan pada penuaan wajah. 

Hasil ujian klinikal mengesahkan keberkesanan produk Safi® Expert Solution ini dapat juga menunjukan 85.7% bersetuju parut semakin pudar , 100% kulit wajah kelihatan lebih muda, 100% menujukkan kulit wajah lebih anjal, 91.7% kulit wajah kelihatan lebih berseri-seri dan 100% terbukti hasilnya perubahan pada tona warna kulit yang lebih sekata.

Cara penggunaanya :

Dua (2) kali sehari pemakaiannya -pagi dan malam selepas mencuci muka.

Titikkan Intensive Ampoule (1) pada wajah dan ratakan. Lakukan jugakan pada minggu pertama hingga minggu keempat.

Selepas itu bolehlah menggunakan Intensive Ampoule (2) untuk minggu seterusnya.

Expert SolutionAnti Dark Circles

Lingkaran hitam di bawah mata seringkali terjadi sekiranya kita tak cukup tidoq tapi dengan adanya produk terbaru ni ia mampu di atasi. Linda baru ja pakai seminggu produk Anti Dark Circles ini, lingkaran hitam di bawah mata Linda pun makin berkurangan. Produk ni bukan sahaja mengurangkan lingkaran gelap sekeliling mata kita tapi jika ada masalah tanda mata sembab dan ia juga membantu menghilangkan tanda penuaan seperti garis-garis halus serta kedutan dibahagian lingkaran mata. Krim mata dari ini sesuai untuk semua jenis kulit malah juga untuk si kulit sensitif. 

Daya penyerapan yang cepat juga menyerlahkan kecantikan mata kita dan  akan kelihatan muda remaja. Ia diformulasikan oleh Bio Peptide 38 Technology. Anti Dark Circles ini boleh diaplikasikan pada waktu pagi atau malam. Tekstur yang ‘cooling’ dan lembut ini tidak mencomotkan solekan mata anda.

Menarik mengenai Safi Expert Solution ini:

~ No Mineral Oil
~ No Alcohol
~ No Paraben
~ No Animal Testing
~ No Silicone

Produk Safi Expert Solution ni dah ada dijual di website Watson tau. Hangpa boleh beli mana2 produk safi Expert Solution dan hangpa akan dapat potongan sebanyak RM5.00

Boleh guna promo code ni : SAFIESRM5 untuk potongan harga sebanyak RM5.00

Promosi ni sah dari 02.04.2019 -  29.04.2019 ni

Boleh layari website Watson: http://bit.ly/2uzM8SI


#safimalaysia #safiexpertsolution #watson

Ahad, 3 Mac 2019

BISMILLAH 5 ~ KHASIAT DAN FADHILATNYA...

Mac 03, 2019 1 Comments
Assalammualaikum sahabat hati Linda sempoi semua...apa habaq?...

Dah lama blog Linda ni bersawang kan ..
In shaa Allah, lepas ni Linda akan cuba berusaha untuk menulis supaya boleh menjadi tatapan buat pembaca setia blog Linda Sempoi ni...😅

Kali ni Linda nak share sikit tentang khasiat dan fadhilat "Bismillah 5". Bagus untuk kita amalkan dan jadikan ia sebagai amalan harian kita sebenarnya. Selain daripada ayat pendinding ianya juga adalah sebagai ayat penyembuh (syifa) segala penyakit. 



“Bismillaahir rohmaanir rohiim, Bismillaahisy syafi, Bismillaahil kaafi, Bismillaahil mu’aafi, Bismillaahil la-dzi laa ya-dhur-ru ma’as-mihi syai-un fil ardhi walaa fis-samaa’i wahuwas samii’ul aliim"

Fadhilat Bismillah 5

Kelebihan dan kebaikan ‘Bismillah 5’ adalah seperti berikut:

1. Menghalang jin dan syaitan
2. Terpelihara dari bahaya dan musuh
3. Penawar pelbagai racun dan bisa.
4. Penawar penyakit gila meroyan.
5. Melegakan bengkak dan benjol.
6. Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang
7. Mengubati penyakit bisa-bisa di dalam badan.
8. Penawar segala jenis racun, santau dan bisa binatang
9. Boleh digunakan untuk mengubati penyakit yang tidak diketahui puncanya.

Kaedah Merawat

Letakkan tangan di tempat yang sakit.

Baca ‘Bismillah 5’ ini sebanyak tujuh kali dengan hati yang ikhlas dan khusyuk.

Hembuskan juga pada segelas air lalu diberi minum dan disapu di tempat yang berkenaan.

Sapukan di tempat yang sakit ataupun disapukan ke satu badan.

Sekiranya anggota yang sakit tidak boleh di sentuh dengan tangan kerana sakit atau sukar, bolehlah letakkan tangan di bahagian anggota lain dengan ikitikad bahawa anggota tersebut adalah angota yang sakit.

Bagi kes kecemasan, boleh dibacakan terus sambil meletakkan tangan di tempat tersebut.

Jika kepala anak benjol sebab terhantuk, baca ‘Bismillah 5’ ini sekali sambil tuamkan ais batu atau air suam di tempat sakit. InsyaAllah dapat melegakan.

Bacalah selawat ke atas Nabi Muhamad SAW  dan ayat ini sertakan doa kepada Allah agar disembuhkan segala penyakit.

Amalan Bismillah 5 

Ayat ‘Bismillah 5’ ini diletak sebagai doa dan boleh dibaca sebelum memakan atau minum ubat.

Amalkan membaca ‘Bismillah 5’ kemudian baca ‘Bismillah 6’, sebanyak 33 kali setiap kali lepas solat.

Sekiranya ‘Bismillah 5’ diamalkan secara istiqamah, ianya boleh menolak santau dalam makanan dan minuman.

Bekas berisi makanan/minuman yang dihidangkan akan pecah dengan sendirinya jika dipegang  oleh pengamal ‘Bismillah 5’.

Bacalah dengan yakin dan khusyuk dan hanya kepada Allah SWT sajalah kita bergantung harap.

‘Allah Maha Mengasihani dari segala-galanya dan Dia adalah sebaik-baik Pemelihara dan Maha Memberi Pertolongan.’

Jom! Sama-samalah kita amalkan agar hidup kita sentiasa terhindar daripada segala musibah ...aamiin

والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)



Isnin, 28 Januari 2019

Resepi Chesekut Leleh Paling Sempoi

Januari 28, 2019 2 Comments
Assalammualaikum ...
Salam sayang buat semua pembaca blog Linda Sempoi...

Kita dah pun sampai di penghujung bulan Januari bagi tahun ni. Cepat betul masa tu berlalu kan. Apapun kita kena bijak dalam menguruskan masa supaya kita tidak ketinggalan dengan melakukan perkara yang sia-sia. 

Harini balik keja, anak-anak dah tuntut janji nak buat cheesekut leleh kegemaran depa. Apalagi, tadi singgah kedai cari la bahan-bahan untuk buat cheesekut ni. Mujur bahan pun tak banyak untuk digunakan. Kos pun tak la mahal sangat.
Semua bahan yang nak guna dah dapat, terus pecut balik rumah nak terus buat. Rupa-rupanya depa lagi cepat dah siap sedia nak tolong mama dia buat cheesekut ni.

Jom cuba resepi yang Linda nak buat ni...harap-harap menjadi lah ya 😉

 BAHAN-BAHAN :

~ 1 peket biskut kering (apa-apa jenama pun boleh, Linda guna biskut marie)
~ 1/2 tin susu pekat
~ 1/4 cawan susu segar
~ 250g cream cheese Tatura
~ Milo/Nestum untuk toping

Antara bahan yang Linda gunakan..biskut marie tu guna ja jenama apapun tak apa, setengah org guna biskut krim kraker tapi anak2 Linda suka biskut marie sebab rasa dia best..


CARA-CARA : 

Linda guna blender ja. Mula-mula pukul sebati Tatura cream cheese dan 1/2 tin susu pekat sampai kembang dan tak berketul. Linda campurkan 1/4 cawan susu segar supaya adunan cream cheese ni tak terlalu pekat dan tak terlalu cayaq nanti tak sedap.
Celup dulu biskut ke dalam susu segar kemudian susun biskut ke dalam bekas yang bersesuaian. 
Selepas biskut disusun, curahkan cream cheese yang telah dipukul sebati tadi di atas biskut. Taburkan sedikit toping seperti serbuk milo ataupun nestum. Ikut citarasa masing-masing la ya. Setiap lapisan yang Linda buat, Linda akan taburkan toping milo/nestum. 
Langkah-langkah ini diulangi sehingga biskut ataupun cheese habis.

Untuk nampak lebih menarik, bahagian lapisan atas itu boleh dihias dengan Cheddar cheese, ricecolour atau lebihan biskut yang sudah hancur.
Yang ni Linda campur toping milo+nestum...memang sempoi
Bila dah siap, cheesekut ni disejukkan dahulu di dalam freeze selama 2 jam dan sedia untuk dihidang!

Tadaaaaa!!
Dah siap...jemput makan 😋
Yang ni toping nestum...
Yang ni toping milo...


Anak-anak serbu dulu bila dah siap disejukkan..sekejap ja depa makan tak dan nak simpan stok sebab sedap sangat cheesekut mama buat ni 🤭
Alhamdulillah...

Jumaat, 25 Januari 2019

Gulai Ikan Kering Talang Tumis Darat Paling Simple

Januari 25, 2019 1 Comments
Assalammualaikum dan salam penuh kasih sayang buat pembaca blog Linda Sempoi...

Terima kasih kerana masih setia dan sudi membaca blog Linda Sempoi yang sememangnya paling sempoi ni..😅
Baru-baru ni Linda cuba masak gulai ikan kering macam mana yang arwah mak Linda masak dulu. Sebelum ni Linda pernah masak tapi tak berapa nak jadi tapi yang kali ni  Linda masak menjadi pulak. Sedap pulak tu..🤭🤭🤭

Anak-anak pun puji katanya mama masak gulai ni sedap. Depa makan nasi pun tambah berkali-kali. Memang anak-anak tak tipu la kan. Cik suami pun kata sedap dan lain dari yang Linda masak sebelum ni. Hehe

Haa, nak tau macam mana Linda masak gulai ikan kering ni ... jom tengok apa bahan yang Linda guna dan macam mana caranya Linda masak...

Bahan-bahannya:

10 - 12 keping ikan kering talang (campur isi dan tulangnya).
Terung bulat 1 biji sederhana.
Ubi kentang 2 biji.
Rempah kari ikan (apa2 brand pun tak pa tp Linda guna rempah Baba's + cap 'O' ).
Air asam jawa.
Santan (1 cawan).
Garam (kalau perlu, rasa dulu kalau tak cukup masin, baru tambahkan).
Sedikit perisa ( kalau suka).

Bahan untuk menumis:

Bawang putih, bawang merah dan bawang besaq.
Halba campur.
Daun kari.
Minyak untuk menumis.

Cara penyediaannya:

Bersihkan kepingan ikan talang masin dan rendam selama 1/2 jam untuk mengurangkan rasa masin.  Kemudian dibersihkan.

Masukkan ikan kering talang di dalam periuk bersama-sama dengan serbuk rempah kari ikan. Masak atas dapur hingga rempah kari benar-benar masak dan sebati dengan ikan kering tadi. Bila dah mendidih masukkan air asam jawa dan biarkan ia mendidih lagi. 

Kemudian masukkan ubi kentang. Bila ubi kentang 1/2 empuk, masukkan terung bulat. Biarkan terung lembut, kemudian masukkan santan. Biarkan ia mendidih dan kemudian tutup api. Linda tak guna banyak bahan lain macam cabai muda, nanas atau kacang panjang tapi kalau hangpa suka boleh ja campuq semua bahan tu. 

Lepas tu, sediakan kuali untuk menumis pulak. Panaskan minyak masak. Setelah minyak panas, masukkan bahan-bahan untuk menumis seperti bawang putih, bawang merah, bawang besaq, daun kari dan juga halba campuq tadi dalam kuali. Goreng sehingga bahan-bahan tersebut agak kekuningan dan garing. 

Kemudian tuangkan bahan-bahan tersebut bersama minyak tumisan di dalam periuk kari tadi.  Tutup periuk cepat-cepat supaya aroma tumisannya tidak hilang.  Lepas tu, kacau bagi sebati dah boleh hidang.

Simple n sempoi ja kan bahan dan cara masak gulai ni. Kalau nak lagi sedap tambah lagi menu penyedap macam sambal belacan + ulam, ikan goreng garing, teluq dadar ka...perghhhhhhh, memang terangkat..

Selamat Mencuba...😉