Assalammualaikum dan salam penuh kasih sayang buat pembaca blog Linda Sempoi...
Terima kasih kerana masih setia dan sudi membaca blog Linda Sempoi yang sememangnya paling sempoi ni..😅
Terima kasih kerana masih setia dan sudi membaca blog Linda Sempoi yang sememangnya paling sempoi ni..😅
Baru-baru ni Linda cuba masak gulai ikan kering macam mana yang arwah mak Linda masak dulu. Sebelum ni Linda pernah masak tapi tak berapa nak jadi tapi yang kali ni Linda masak menjadi pulak. Sedap pulak tu..🤭🤭🤭
Anak-anak pun puji katanya mama masak gulai ni sedap. Depa makan nasi pun tambah berkali-kali. Memang anak-anak tak tipu la kan. Cik suami pun kata sedap dan lain dari yang Linda masak sebelum ni. Hehe
Haa, nak tau macam mana Linda masak gulai ikan kering ni ... jom tengok apa bahan yang Linda guna dan macam mana caranya Linda masak...
Bahan-bahannya:
10 - 12 keping ikan kering talang (campur isi dan tulangnya).
Terung bulat 1 biji sederhana.
Ubi kentang 2 biji.
Rempah kari ikan (apa2 brand pun tak pa tp Linda guna rempah Baba's + cap 'O' ).
Air asam jawa.
Bawang putih, bawang merah dan bawang besaq.
Halba campur.
Daun kari.
Rempah kari ikan (apa2 brand pun tak pa tp Linda guna rempah Baba's + cap 'O' ).
Air asam jawa.
Santan (1 cawan).
Garam (kalau perlu, rasa dulu kalau tak cukup masin, baru tambahkan).
Bahan untuk menumis:Bawang putih, bawang merah dan bawang besaq.
Halba campur.
Daun kari.
Cara penyediaannya:
Bersihkan kepingan ikan talang masin dan rendam selama 1/2 jam untuk mengurangkan rasa masin. Kemudian dibersihkan.
Masukkan ikan kering talang di dalam periuk bersama-sama dengan serbuk rempah kari ikan. Masak atas dapur hingga rempah kari benar-benar masak dan sebati dengan ikan kering tadi. Bila dah mendidih masukkan air asam jawa dan biarkan ia mendidih lagi.
Kemudian masukkan ubi kentang. Bila ubi kentang 1/2 empuk, masukkan terung bulat. Biarkan terung lembut, kemudian masukkan santan. Biarkan ia mendidih dan kemudian tutup api. Linda tak guna banyak bahan lain macam cabai muda, nanas atau kacang panjang tapi kalau hangpa suka boleh ja campuq semua bahan tu.
Lepas tu, sediakan kuali untuk menumis pulak. Panaskan minyak masak. Setelah minyak panas, masukkan bahan-bahan untuk menumis seperti bawang putih, bawang merah, bawang besaq, daun kari dan juga halba campuq tadi dalam kuali. Goreng sehingga bahan-bahan tersebut agak kekuningan dan garing.
Kemudian tuangkan bahan-bahan tersebut bersama minyak tumisan di dalam periuk kari tadi. Tutup periuk cepat-cepat supaya aroma tumisannya tidak hilang. Lepas tu, kacau bagi sebati dah boleh hidang.
Kemudian tuangkan bahan-bahan tersebut bersama minyak tumisan di dalam periuk kari tadi. Tutup periuk cepat-cepat supaya aroma tumisannya tidak hilang. Lepas tu, kacau bagi sebati dah boleh hidang.
numpang share ya min ^^
BalasPadambosan tidak tahu mesti mengerjakan apa ^^
daripada begong saja, ayo segera bergabung dengan kami di
F*A*N*S*P*O*K*E*R cara bermainnya gampang kok hanya dengan minimal deposit 10.000
ayo tunggu apa lagi buruan daftar di agen kami ^^