Follow Us @soratemplates

Isnin, 28 Januari 2019

Resepi Chesekut Leleh Paling Sempoi

Assalammualaikum ...
Salam sayang buat semua pembaca blog Linda Sempoi...

Kita dah pun sampai di penghujung bulan Januari bagi tahun ni. Cepat betul masa tu berlalu kan. Apapun kita kena bijak dalam menguruskan masa supaya kita tidak ketinggalan dengan melakukan perkara yang sia-sia. 

Harini balik keja, anak-anak dah tuntut janji nak buat cheesekut leleh kegemaran depa. Apalagi, tadi singgah kedai cari la bahan-bahan untuk buat cheesekut ni. Mujur bahan pun tak banyak untuk digunakan. Kos pun tak la mahal sangat.
Semua bahan yang nak guna dah dapat, terus pecut balik rumah nak terus buat. Rupa-rupanya depa lagi cepat dah siap sedia nak tolong mama dia buat cheesekut ni.

Jom cuba resepi yang Linda nak buat ni...harap-harap menjadi lah ya šŸ˜‰

 BAHAN-BAHAN :

~ 1 peket biskut kering (apa-apa jenama pun boleh, Linda guna biskut marie)
~ 1/2 tin susu pekat
~ 1/4 cawan susu segar
~ 250g cream cheese Tatura
~ Milo/Nestum untuk toping

Antara bahan yang Linda gunakan..biskut marie tu guna ja jenama apapun tak apa, setengah org guna biskut krim kraker tapi anak2 Linda suka biskut marie sebab rasa dia best..


CARA-CARA : 

Linda guna blender ja. Mula-mula pukul sebati Tatura cream cheese dan 1/2 tin susu pekat sampai kembang dan tak berketul. Linda campurkan 1/4 cawan susu segar supaya adunan cream cheese ni tak terlalu pekat dan tak terlalu cayaq nanti tak sedap.
Celup dulu biskut ke dalam susu segar kemudian susun biskut ke dalam bekas yang bersesuaian. 
Selepas biskut disusun, curahkan cream cheese yang telah dipukul sebati tadi di atas biskut. Taburkan sedikit toping seperti serbuk milo ataupun nestum. Ikut citarasa masing-masing la ya. Setiap lapisan yang Linda buat, Linda akan taburkan toping milo/nestum. 
Langkah-langkah ini diulangi sehingga biskut ataupun cheese habis.

Untuk nampak lebih menarik, bahagian lapisan atas itu boleh dihias dengan Cheddar cheese, ricecolour atau lebihan biskut yang sudah hancur.
Yang ni Linda campur toping milo+nestum...memang sempoi
Bila dah siap, cheesekut ni disejukkan dahulu di dalam freeze selama 2 jam dan sedia untuk dihidang!

Tadaaaaa!!
Dah siap...jemput makan šŸ˜‹
Yang ni toping nestum...
Yang ni toping milo...


Anak-anak serbu dulu bila dah siap disejukkan..sekejap ja depa makan tak dan nak simpan stok sebab sedap sangat cheesekut mama buat ni šŸ¤­
Alhamdulillah...

2 ulasan:

  1. numpang share ya min ^^
    bosan tidak tahu mesti mengerjakan apa ^^
    daripada begong saja, ayo segera bergabung dengan kami di
    F*A*N*S*P*O*K*E*R cara bermainnya gampang kok hanya dengan minimal deposit 10.000
    ayo tunggu apa lagi buruan daftar di agen kami ^^

    BalasPadam
  2. Salam semua saya syor kan kalau kena kencing manis yg tinggi atau kaki luka berair nak kena potong akibat kencing manis cuba wasap atau call saya En Mohd Zuhairi bin Noordin 0174687570 Insya Allah harga mampu milik kita bagi gula turun dan luka tu akan cepat kering balik dan baik dalam tempoh kurang pada seminggu saja..Insya Allah berkesan dan jika ada pesakit yang kencing manis tinggi yang tidak ada luka pun kita akan turun kan gula bagi terkawal sama

    jom kita rawat kan dengan minuman herba ladang dan herba hutan (JAMINAN RASA TIDAK PAHIT)

    jom kita sebarkan bantu pesakit kencing manis kronik

    BalasPadam