Follow Us @soratemplates

Isnin, 21 Oktober 2019

Gulai Kepala Ikan Jenahak

Assalammualaikum dan salam mesra penuh kasih sayang untuk semua pembaca blog Linda Sempoi. Apa habaq hangpa semua..? 😊 Linda doakan agar kita semua dikurniakan kesihatan yang baik- baik dan ceria-ceria selalu hendaknya, aamiin...

Kali ni Linda nak kongsi resepi gulai kepala ikan jenahak. Kepala saja tau, isinya Linda buat goreng kunyit campuq bawang dengan cabai melaka (cili padi). Nanti Linda kongsi masak bahagian isi jenahak pulak. Ada orang panggil kari tapi belah utaqa kebanyakkan panggil gulai. Family Linda kebanyakkannya pun panggil gulai. 
Anak-anak Linda memang suka kalau ikan jenahak ni buat gulai. Sat lagi depa makan nasi tak ingat dunia. Berlawan-lawan tambah nasi kena pulak ada sambai belacan dengan sayuq kangkung goreng belacan .. fuhhh marbeles 😋

Ikan jenahak ni cik suami Linda pi mancing kat kolam ikan Sg Sembilang. Memang port mancing cik suami Linda kat situ. Kekadang dapat ikan siakap atau ikan bawal emas. Tapi bawal emas ni jarang dapat..😅

Kalau hangpa nak tau, rahsia untuk mendapatkan gulai ikan yang sedap dan nampak menarik ialah serbuk kari harus betul-betul masak sampai pecah minyak. Barulah kuah yang terhasil nanti sedap dan juga tidak mudah basi. Jom tengok resepinya.

Resepi gulai Jenahak : Linda Sempoi 😍
Masa penyediaan : 20 minit

Bahan-bahan:

~ 2 ketui kepala jenahak (daripada 2 ekoq ikan) di goreng separuh masak.
~ 3 sudu besaq serbuk kari ikan baba's atau apa-apa jenis pun ok
~ 1 sudu besar serbuk cili
~ 2 tangkai daun kari
~ sedikit air asam jawa
~ 1 mangkuk santan 
~ 4-5 biji bendi
~ 1-2 biji cabai hidup ( bagi nampak seri)
~ 1 labu bawang besaq dipotong 4. (Linda memang suka masukkan bawang besaq ni supaya terasa manis bawang ni kalau tak mau pun tak pa)
~ minyak untuk menumis
~ garam dan gula

Bahan untuk tumis:

~ 5 ulas bawang putih
~ 4 biji bawang merah
~ 2 inci halia
~ 1 sudu kecil halba campur
~ 1 batang kulit kayu manis
~ 1 kuntum bunga lawang

Cara Penyediaan:

Kepala ikan jenahak dibelah 2. Kemudian basuh  bersih dan toskan.

Gaul garam kunyit dan biarkan dalam 10 minit supaya sebati. 

Goreng kepala ikan tadi separuh masak. Kalau tak nak goreng dulu pun tak apa tapi Linda suka goreng dulu macam gulai mamak tu ...
Ekoq tu goreng sekali sat lagi goreng ngan bawang...😅
Bancuh rempah kari ikan bersama serbuk cili dengan sedikit air supaya menjadi pes.

Panaskan minyak. Masukkan bahan tumis dan daun kari. Tumis sehingga kekuningan dan naik bau.

Masukkan pes serbuk kari tadi, air asam jawa dan kacau sehingga pecah minyak dan juga warna rempah berubah menjadi sedikit gelap. Boleh tambah air sedikit demi sedikit semasa proses menumis supaya rempah tak hangus. Kacau selalu.

Bila dah nampak pecah minyak tu boleh masukkan kepala ikan dan santan. 

Masukkan pula bendi beserta bawang besaq tadi. Terpulang samada nak bendi tu sedang-sedang ja masak dia ataupun nak lembut terus. Kalau linda sedang-sedang ja.. kalau ada tomato pun sedap jugak masuk sekali tapi tak dak pulak stok tomato kat rumah Linda kali ni..

Akhir sekali sebelum tutup api barulah perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau sekejap supaya sebati. Bila garam dan gula dah sebati boleh tutup api dan hidangkan.



Dah siap dan boleh makan...yummy yummy 
Selamat mencuba tau!!!...

Tak dak pulak pic yang siap hidang dalam mangkuk ajaib Linda tu...letak ataih meja anak-anak  terus serbu nak makan...

Nanti Linda share masak isi ikan jenahak pulak...😃
Sekian, sampai jumpa di lain resepi..

6 ulasan:

  1. Sedapnyaaaa...lama x makan kari kepala ikan jenahak...biasa akak akan buat sup kepala ikan jenahak..ishh...tengok enry ni terus teringin plak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Klu cik suami mancing br masak kak, nak bli kat pasar mahal skg ni..klu sup linda suka ikan merah

      Padam
  2. tuu diaa Linda sedapnyaa kariiii.. kak ana following Linda naa #56

    BalasPadam
  3. sedapnya dapatmakan kari kepala ikan, boleh la masak guna resepi akak bagi ni nanti..tq tau

    BalasPadam
  4. Sedapnya Kari kepala ikan ni... Nak try buat jgk la nanti guna resepi ni, tq tau

    BalasPadam