Follow Us @soratemplates

Rabu, 30 Oktober 2019

Emak oh Emak...E.M.A.K


EMAK OH EMAK 
Pic dari pakcik google
Assalammualaikum dan salam ukhwah  penuh kasih sayang buat semua pembaca blog Linda Sempoi ... Linda doakan semoga kita semua sentiasa di dalam redha dan rahmat Allah swt hendaknya. Entry Linda kali ni berkisahkan  tentang EMAK. Sapa yang masih ada emak sepatutnya hangpa harus bersyukur kerana masih ada doa seorang emak untuk hangpa tapi pada yang emaknya sudah tiada lagi di dunia ini maka wajiblah hangpa sedekahkan Al Fatihah kepada arwah emak pada setiap masa.

Emak Linda masih lagi sihat dan sekarang emak Linda tinggal bersama kakak di Sg Petani, Kedah. Walaupun Linda tak dibesarkan oleh emak Linda tapi Linda sayangkan emak sebab emak lah Linda ada di sini. Kalau bukan kerana emak yang lahirkan Linda, dah tentu Linda tak ada di sini.

Bertuahnya Linda, Linda punyai dua orang lagi emak yang paling Linda sayang di dunia dan akhirat. Linda tak pernah lupakan mereka dan tak akan lupakan mereka sampai Linda mati pun iaitu emak yang membesarkan Linda dengan penuh kasih sayang. Kasih sayang mereka pada Linda tak pernah berbelah bahagi. Emak yang menjaga Linda dari umur Linda 40 hari adalah tok Linda iaitu emak kepada abah Linda. Emak yang seorang lagi adalah makchik Linda iaitu adik kepada abah Linda.

Kini, emak (tok) dah tak ada lagi di dunia. Emak pergi meninggalkan Linda tanpa pesan. Dia pergi tanpa sempat Linda berjumpa dengannya sebelum menutup mata. Perginya dalam keadaan yang sarat rindukan Linda. Terasa kesal yang sangat-sangat saat Linda melihat wajah terakhirnya dalam keadaan kaku keras. Linda rindu sangat-sangat pada emak, hanya Allah saja yang tahu. Linda tak pernah lupakan pesan emak saat hidupnya, iaitu "kalau mak mati nanti jangan lupa sedekahkan Al Fatihah dan 3 Qul untuk mak, doakan mak dilepaskan seksaan kubur dan azab api neraka".. 'sumpah mak, cheq tak pernah lupa pesan mak tu, sentiasa sedekahkan Al Fatihah dan 3 Qul tu untuk mak semoga mak tenang di sana. Mak tunggu cheq kat sana na..'

Lagi satu mak Linda ialah makchik, Linda tak panggil mak sebab dah panggil mak kat tok. Makchik pun masa Linda kecik dulu duduk serumah dengan tok sebab makchik ni anak second last dan masa tu makchik masih lagi di form 6..masih muda remaja jadi tak la Linda panggil mak. Linda sayang kan makchik sepertimana Linda sayangkan arwah mak jugak. 

Tapi kini, kami dipisahkan oleh keadaan. Walaupun dah tak macam dulu, kasih sayang Linda tetap lebih kukuh lagi buat makchik.  Linda terlalu rindukan suasana yang dulu. Linda terlalu rindukan makchik Linda tapi Linda tak mampu untuk semua tu. Hanya dalam doa saja Linda berikan kasih sayang Linda. Walau apapun terjadi mak(tok) dan makchik adalah insan terhebat yang Linda tak akan lupa selagi hayat dikandung badan. 

Linda minta dihalalkan segalanya daripada emak-emak Linda, ampun dan maafkan segala salah silap Linda. Semoga suatu hari nanti kita  semua akan disatukan semula di syurga Allah nanti, In shaa Allah.

Ok, berbalik pada ejaan EMAK, ada tak antara kita yang tahu maksud E.M.A.K ni... di sini Linda kongsikan sedikit daripada info yang Linda dapat tentang maksud setiap huruf EMAK ... Linda kongsikan di sini ya. Pada yang dah tahu tu, alhamdulillah...

Pic dari pakcik google

Siapa tahu apa maksud dalam ejaan EMAK!?! Ni dia maksudnya : 

E:  Emak

M: Melahirkan
A:  Anak
K:  Kedunia ini

E:  Emak mampu 

M: Menjaga 10 anak-anaknya.
A:  Anak belum tahu mampu menjaga seorang ibu
K:  Kerana kesibukan dan ke egowan anak-anaknya.

E:  Engkau telah

M: Mengharamkan
A:  Anaknya di gigit walaupun seekor nyamuk
K:  Ketika anaknya dilahirkan

E:  Engkau mampu

M: Mendidik dan menjaga
A:  Anakmu 
K:  Kejalan kebenaran

E:  Engkau

M: Menyusukan & menyuapkan 
A:  Anakmu
K:  Ketika lapar & dahaga

E:  Emak engkau telah bekorban selama

9 bulan
M: Mengandungkan
A:  Anak- anak mu
K:  Kerana ingin melahirkan anaknya

E:  Engkau tau....

M: Mengalir air mata ibu  sewaktu melahirkan
A:  Anak-anaknya dan ada juga ibu yang menghembuskan nafas terakhir  
K:  Kerana melahirkan anak.

E:  Engkau tahu..

M: Menangislah seseorang emak itu
A:  Apabila anaknya melakukan
K:  Kekasaran dan  menyakiti hatinya kerana ia merasa hiba dan sedih.

E:  Emak
M: Memang Allah telah mengharamkan syurga
A:  Anak yang derhaka dan menyakiti hati mu
K:  Kalau kejadian itu berlaku

E:  Engkaulah ratu hatiku
M: Merindui selalu
A:  Anakmu
K:  Keikhlasan doa

E:  Engkau rasa....

berapa kali kamu
M: Menalipon ibu mu
A:  Atau bertanya 
K:  Khabar dalam seminggu

E:  Eloklah....setiap kali selepas  

M: Melakukan solat fardhu 
hadiahkan lah
A:  Al-fatihah untuk mohon kesihatan dan 
diampunkan dosa ibu
K:  Kerana itu lah sebaik baik hadiah dan balasan pengorbanan terhadap seorang ibu daripada seorang anak.

Selain tu, Linda ingat lagi pesan-pesan emak pada Linda masa Linda kecik-kecik dulu antara umur Linda 6 tahun hingga Linda habis SPM. Tapi bukan emak Linda saja yang pesan pesanan ni, mak- mak hangpa pun sama jugak kan..jom kita tengok betoi dak..hehe

Sepuluh Pesan Emak. Satu Pesan Ayah

Pesan Emak

(Sambil pakaikan baju)

1. "Belajar bersungguh-sungguh. Jangan main-main."

2. "Kalau tidak faham, angkat tangan. Tanya cikgu."

3. "Waktu rehat pergi kantin. Makan. Jangan tak makan pula. Nanti lapar tak boleh fokus belajar."

4. "Duit jangan habiskan. Jimat. Boleh masukkan dalam tabung. Simpan untuk masa depan."

5. "Jangan bergurau lebih-lebih dengan kawan. Berkawan elok-elok. Jangan bergaduh."

6. "Jangan nakal-nakal."

7. "Jaga baju. Jangan bagi kotor. Jaga kebersihan."

8. "Sebelum belajar, jangan lupa baca doa. Minta Tuhan bagi faham."

9. "Habis kelas, salam tangan Cikgu. Supaya ilmu berkat."

10. "Tamat waktu sekolah terus balik. Jangan merayap ke tempat lain."

Pesan Ayah

(Sambil start moto @ hidupkan enjin kereta)

1. "Ingat pesan emak."

Moral: ayah always a simple man in the world, Salam pada ayah2 semua...😅😅😅🤭


Inilah antara perkara-perkara berkaitan EMAK. Banyak lagi sebenarnya tapi tunggu lah Linda share dalam entry yang berikutnya. Jangan lupa tau sedekah Al Fatihah kepada emak- emak kita tak kira masih hidup atau pun yang telah meninggalkan kita juga untuk abah-abah kita...aamiin
Pic dari pakcik google
#emak #sayangemak #anakemak #akuanakbertuah #akusuka #akuadalahaku #lindasempoi

2 ulasan:

  1. alhamdulillah...

    saya masih ada emak..

    sayang dengan emak tiada batasnya..

    BalasPadam