Follow Us @soratemplates

Selasa, 1 Oktober 2019

Ayam Kurma Simple...

Assalammualaikum dan salam ukhwah buat pembaca blog Linda Sempoi...
Ayam Kurma Simple

Terima kasih kerana hangpa masih sudi mengunjungi blog Linda yang sempoi dan simple ni. Kali ni bukan Linda nak share tentang task yang Linda dapat untuk job #blogger Linda tapi Linda nak share menu yang Linda masak masa Linda MC minggu ni...nak tau MC sebab apa, haaaa baca kat bawah tu...😅

Lagi pun minggu ni adalah minggu peperiksaan UPKK untuk My Princess Linda tu... boleh la bagi semangat sikit kat my princess tu untuk jawab soalan dengan tenang...yang hero lagi dua tu pun direhatkan untuk sekolah agama, jadi memang sentiasa lapaq la bila depa dok ada kat rumah. Dah kebetulan pulak Linda dapat MC oleh Doktor masa Linda excident baru-baru ni jadi Linda masak yang simple-simple jer la untuk anak-anak Linda makan...

..tapi mujuq la Linda tak teruk masa excident tu, cuma calar-calar kat bahagian lengan dan siku ja...jalan pun terhencot-hencot jugak la sebab terhempap motor...terasa sakit di sebelah kiri kanan n kaki...tu la kan malang tak ber bau...dalam dok hati- hati tu orang sondol kita juga..dah rezeki Allah bagi kat Linda masa tu, redha je la..moto pun Alhamdulillah ok...

Pendekkan cerita, lepas balik klinik buka peti ais tengok apa yang ada ja, nak keluaq pi kedai pun dah tak daya rasanya dah...biaq pun sakit tapi tetap gagahkan juga masak untuk anak-anak ni...

Linda tak ambik pulak pic untuk bahan-bahan dan cara masak ni tapi Linda yakin hangpa tau kan...yang dah pandai masak kurma tu dok diam-diam tau, kalau nak komen pun, komen la yang positif ja...😍

Bahan bahan:

1/2 ekor ayam - sz kecik
1 paket kecik rempah serbuk kurma 
1 gelas air
1 cawan santan
Sedikit minyak utk menumis
Sedikit bunga lawang, kayu manis n buah pelaga 
Daun kari
Sedikit air asam jawa
Secubit garam,gula atau secukup rasa

Bahan hiris:

3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih 
1 inci halia

Cara cara: 

~ Panaskan minyak dan tumis bahan hiris beserta bunga lawang, kayu manis n buah pelaga sehingga wangi dan kekuningan... ~ Masukkan rempah dan sedikit air supaya rempah tak melekat...biarkan hingga rempah masak dan pecah minyak..
~ Bila rempah dah masak dan nmpk pecah minyak masukkan sedikit air asam jawa tadi beserta ayam dan biarkan ayam masak sebelum masukkan santan...buka api sederhana supaya ayam masak dengan sekata...
~ Bila ayam dah hampir masak, baru masukkan santan dan biarkan ia hingga mendidih.. ~Akhir sekali baru masukkan perisa garam dan gula sehingga sesedap rasa.. Masukkan dalam mangkuk siap utk dihidangkan...

Selamat Mencuba!!!😉 

#airtanganmama #homecook 
#mamacook #ayamkurmasimple 
#bloggerMy #parttimeblogger 
#parentingblogger #beautyblogger
 #akusuka #akuadalahaku #lindasempoi

4 ulasan:

  1. lebih kurang sama je resepi tapi liez pakai asam keping... anak-anak mmg fav sgt ayam kurma ni

    BalasPadam
  2. Sedapnye. Yg simple tu lah bertambah makan

    BalasPadam
  3. Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉
    Assalamualaikum salam sejahtera warga group📢

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit kencing Manis kaki luka dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4.

    Ia penawar herba yang sangat selamat untuk semua tak kira umur dan harga berpatutan tapi kesannya standing produk harga mahal ribuan ringgit.

    2)Ramai yg dah cuba penawar herba ni dan makin sihat serta mendapat impak positif. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh kita ikhtiar, Insya Allah.☺👍🏻

    3) Banyak pengalaman dh saya berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh diikhtiarkan termasuk leukimia,paru2,limfoma dan lain-lain

    5) Puan Rasmani Binti Md Noh, psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi tulang dan sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

    Testimoni-testimoni Pengguna Jutawan Herbs:


    ▪Cucu Puan Mazili, Kanser Leukimia ALL B- Cell.

    Puan Mazili ada cucu lelaki berumur 3 tahun 8bulan yang dulu menghidap kanser Leukimia ALL B-Cell (Acute Precursor B-Cell All). Kalau dulu dia mengalami komplikasi limpa dan hati yang dah bengkak tapi sekarang syukur dia dah sembuh dengan rawatan doktor dan rawatan dari Jutawan Herbs.Sekarang dia menjalani kehidupan seperti kanak-kanak sihat lain.
    ..................................................................

    ▪Puan Roselawaty bt Jaafar, 47tahun , Kanser payudara tahap 2, asal dari Kedah.

    Pada tahun 2019 doktor telah mengesahkan dia menghidap kanser payudara tahap 2. Keputusan ujian Memogram di klinik BP Bukit Mertajam, doktor mengesahkan ada ketulan kanser di payudara sebelah kiri. Tetapi doktor tidak dapat pastikan itu kanser kerana bentuknya bulat biasa, sepatutnya ketulan kanser bulat dan tajam-tajam. Jadi dia ke Hospital Metro Sg Petani dan keputusannya negatif. Sekarang ni dia dah bebas dari kanser selepas membuat rawatan di hospital dan mengamalkan Jus Jutawan Herbs dalam masa yang sama. Dia buat gabungan rawatan moden dan herba.

    .................................................................

    ▪Puan Zalina bt Ismail, 48 tahun ,Kanser Payudara Agresif.

    Dia telah disahkan menghidap kanser payudara pada April 2018. Dia mula sedari ade satu garis yang keras di bahagian bawah payudara kanan pada bulan Mac 2018. Jadi dia terus buat ujian memogram dan doktor sahkan dia menghidap kanser payudara agresif serta perlu operate segera. Dia jalani rawatan hospital dan ambil herba Jutawan Herbs bersama-sama. Gabungan rawatan moden dan herba membuatkan dia sembuh sampai sekarang syukurlah makin sihat.
    ..................................................................

    ▪Puan Noraini bt Yusof, Kanser Payudara tahap 3. Dari Shah Alam.

    Pada Mei 2017, Puan Noraini disahkan menghidap kanser payudara tahap 3. Saiz ketulan kansernya ialah 13.3 cm. Dia menjalani kimo dan buang ketulan dengan operation. Dia juga jalani mastectomy, radiotherapy dan herceptin selama setahun. Menantunya terjumpa blog Jutawan Herbs dan menyarankannya untuk ambil rawatan herba Jutawan Herbs dalam masa yang sama meneruskan rawatan hospital iaitu kimo. 4 bulan sekali dia berjumpa Oncologist ,alhamdulillah result semua memuaskan seperti tak ada penyakit kanser pun. Sampai sekarang dia masih ambil herba Jutawan Herbs untuk kekalkan kesihatan dan menguatkan antibodi.

    ...............................................................


    Call atau WhatsApp untuk order dan sebarang pertanyaan di nombor berikut :

    En. Mohd Zuhairi Bin Noordin - 017468 7570

    BalasPadam