Follow Us @soratemplates

Jumaat, 2 November 2018

Majlis Pelancaran zakat2u 4.0

Assalammualaikum pembaca blog linda sempoi...apa habaq hangpa semua..harap-harap sihat no...

Tahniah dan syabas Linda nak ucapkan kepada PPZ-MAIWP kerana telah melancarkan perkhidmatan pembayaran zakat melalui laman web zakat2u versi 4.0 bertempat di PPZ -MAIWP Taman Shamelin Perkasa, Cheras.

Dah bayaq zakat ka dak lagi hangpa semua ni!? Haaa, jangan dok bagi banyak alasan na... 


La ni Pusat Pungutan Zakat - MAIWP ( PPZ- MAIWP) dah memudahkan untuk kita menunaikan tanggungjawab kita dalam membayar zakat secara online iaitu zakat2u 4.0 yang mempunyai banyak kelebihan.

Selaras dengan perubahan teknologi pada masa kini bagi memudahkan masyarakat kita umumnya di Wilayah Persekutuan menunaikan kewajipan berzakat. 

Melalui kemudahan ini, pelbagai urusan pembayaran zakat dapat dilakukan menerusi dalam talian dengan mudah dan sangat cepat.


Antara kelebihan terkini yang disediakan menerusi Portal zakat2u ( Versi 4.0)

👉Pengiraan kalkulator zakat secara automatik yang lebih ringkas

👉   Melakukan pembayaran lebih dari satu jenis zakat dalam satu masa dengan penggunaan Troli Zakat

👉  Penggunaan resit rasmi bayaran online secara sepenuhnya

👉 Bacaan doa untuk para muzakki setelah selesai pembayaran zakat

👉  Integrasi pembayaran zakat menggunakan chatbox FB Messenger

👉   Video tutorial panduan pengiraan zakat

Untuk makluman hangpa semua, pelancaran perkhidmatan laman web zakat2u versi ke 4.0 ini telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff. 

Menurut beliau, 'kemudahan pembayaran zakat melalui zakat2u telah mula diperkenalkan sejak Ramadhan 2011 lagi. Kemudahan ini dilaksanakan selepas mengambil kira kesulitan para pembayar zakat untuk datang ke kaunter tetap kami disebabkan oleh kesibukan kerja, kesesakan lalu lintas dan pelbagai faktor lain lagi. Seiring dengan moto kami "PPZ-MAIWP Memudahkan Anda Berzakat". PPZ -MAIWP mengambil inisiatif ini untuk memberi kemudahan yang maksimum kepada pembayar zakat kami dengan menaiktaraf sistem zakat2u ke versi 4.0.'

Kata beliau lagi, ' seiring dengan kemajuan teknologi yang semakin hari semakin canggih ini, pihak PPZ-MAIWP mengambil satu langkah ke hadapan dengan menaik taraf perkhidmatan kami khususnya kaedah pembayaran secara online melalu portal pembayaran zakat di zakat2u 4.0 agar lebih mudah umum menggunakannya.'

Beliau mengharapkan dengan adanya kemudahan-kemudahan yang telah disediakan ini, para pembayar zakat akan terus setia dan memberi kepercayaan kepada PPZ-MAIWP sebagai satu-satunya intitusi yang dilantik secara sah oleh MAIWP untuk mengutip Zakat Harta di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Jadi, hangpa dah tak dak alasan tak sempat nak pi bayaq zakat lagi dah!!!

Pengertian Zakat

Dari segi syarak, zakat ialah mengeluarkan sebahagian daripada harta tertentu kepada golongan tertentu apabila cukup syarat-syaratnya.

Jenis-jenis zakat

1. Zakat pendapatan
2. Zakat perniagaan
3. Zakat wang simpanan
4. Zakat saham
5. Zakat emas
6. Zakat perak
7. Zakat ternakan
8. Zakat tanaman
9. Zakat fitrah

Syarat-syarat Wajib Zakat

1. Islam - dikenakan atas orang Islam

2. Merdeka - Orang Islam mestilah merdeka sepenuhnya

3. Sempurna Milik - Harta yang dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh seseorang

4. Cukup Nisab - Paras minima yang menentukan Sama Ada sesuatu harta diwajibkan zakat. Nisab bersamaan dengan berat 85 gram nilai emas semasa.

5. Cukup Haul - Genap setahun harta tu disimpan.

6. Niat Berniaga - Untuk memperoleh keuntungan (zakat perniagaan sahaja)

Antara harta yang dikenakan Zakat

1. Pendapatan
2. Wang Simpanan
3. Saham
4. Emas
5. Perak
6. KWSP/LTAT
7. Perniagaan

# Kadar zakat ialah 2.5% atas harta yang cukup syarat wajib zakat.


Untuk maklumat lanjut:
Talian Zakat: 
1-300-88-5757
www.zakat2u.com.my

1 ulasan: