Follow Us @soratemplates

Jumaat, 9 November 2018

Resipi Kek Butter terlajak senang...

Assalammualaikum hangpa semua...

Tetiba Linda teringin pulak nak makan kek..lagipun dah lama Linda tak membaking ni... kena pulak kat dapuq ni dah ada bahan-bahannya...Rasa-rasa kek apa Linda nak buat petang ni...!?🤔

Linda ingat nak buat kek yang senang ja, tak mau yang remeh-remeh janji sedap dan anak-anak pun suka..Haaa!.....kek yang paling senang dan simple adalah kek butter 'bodo' la kan selain dari kek batik 😁. Bahan pun tak banyak sangat...

Linda ni kalau nak masak atau buat apa semua yang 'bodo-bodo' ja..anak-anak pun request nak yang bodo-bodo..Depa tak mau nak yang ada maca m-macam bahan dalam makanan tu..

Jom Linda share resipi Kek Butter Bodo Linda ni..orang yang tak tau dan tak pandai buat kek (macam Linda) pun gerenti jadi punya..😁


Bahan-bahan:

250 gram pure butter jenama emborg ( suka hati nak guna jenama apapun).

250 gram tepung naik sendiri.

180 gram gula kaster (brown sugar).

3 biji telur saiz B.

1/2 cawan susu segar.

1 sudu teh pati sunquik ( kalau tak mau pun tak pa).

Sedikit kismis untuk hiasan.


Cara cara:

Panaskan oven dalam 20 atau 30 minit.

Pukul butter dan gula hingga kembang, gebu dan bertukar warna menjadi putih (low speed kemudian sederhana kemudian high speed).

Masukkan telur sebiji demi sebiji di selang seli dengan  tepung. Masukkan susu segar dan pukul lagi sampai sebati. Masukkan pati sunquik dan kacau sebati.

Masukkan dalam loyang yang telah dilapik baking paper atau di sapu butter terlebih dahulu. Taburkan kismis sebagai hiasan... 😊

Bakar pada suhu 180 selama 35 minit ( ikut oven memasing ya) sehingga masak. Angkat dan sejukkan atas redai.


Dah boleh makan dengan ayaq teh 'o'/ kopi panas sambil tengok tv... Selamat Mencuba!!!..😉

In shaa Allah, kalau dibuat dengan kasih sayang pasti menjadi dan rasanya sangat sedap...walaupun bodo-bodo 😅😂😅
Tadaaaaa...dah siap
Boleh dipotong dan dimakan...😋😋😋
Nota:

Jika guna tepung gandum, boleh masukkan 1 sudu kecil baking powder.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan