Alhamdulillah, syabas dan tahniah linda nak ucapkan kepada #SafiMalaysia jenama penjagaan kulit Halal No.1 Malaysia di atas kejayaan mereka melancarkan #BFF kecantikan 'SAFI FAIR BEAUTY' Minuman Beri Kolagen buat pertama kali di Malaysia.
Sebenarnya telah banyak minuman yang berasaskan kolagen ni daripada jenama-jenama yang lain tetapi pada Linda tetap memilih produk dari SAFI FAIR BEAUTY Minuman Beri Kolagen ni.
Minuman kecantikan berasaskan kombinasi bahan terpilih seperti Kolagen Marin terhidrolisis, Peptida Sutera, Vitamin C dan Beri Acai ini diperakui HALAL oleh JAKIM diformulasi khusus kerana manfaat anti-penuaan dan anti-oksidanya yang tinggi.
Kalau hangpa nak tau lagi, kolagen amat penting untuk membantu mengekalkan keanjalan kulit, melembut, melembap dan juga membantu pembaharuan sel-sel kulit. Ia juga membantu pertumbuhan kuku, kulit dan rambut yang sihat.
Dari kiri Puan Mahsuri Sulaiman, Pengurus Pemasaran SAFI; Encik Sriram Krishnamurthy, Ketua Eksekutif Wipro Unza (M) Sdn.Bhd |
Puan Mahsuri Sulaiman, Pengurus Pemasaran Safi turut berkongsi dengan lebih lanjut tentang manfaat "BFF kecantikan" terbaru dari SAFI yang dipasarkan sebagai rangkaian produk kecantikan tambahan kepada rutin penjagaan kulit muka SAFI anda untuk kesan yang lebih efektif. Para pengguna tidak perlu ragu-ragu untuk mengambil minuman Kolagen SAFI kerana ia adalah hasil dari keutuhan jenama SAFI sebagai pakar di dalam penjagaan kulit yang berpengalaman.
Minuman SAFI kolagen ini sesuai diambil untuk yang berumur 25 tahun ke atas. 1 bekas SAFI FAIR BEAUTY Minuman Beri Kolagen (450g) mengandungi 90,000mg kolagen.
Hangpa disarankan mengambil 1 sudu (15g) serbuk SAFI BEAUTY FAIR Minuman Beri Kolagen yang mengandungi 3,000mg kolagen pada sebelah malam 1-2 jam sebelum tidoq, kerana proses perawatan dan pembentukan sel kulit muka berlaku ketika tidoq.
Lebih berkesan lagi, hangpa boleh gunakan sebarang produk penjagaan kulit muka SAFI umpamanya krim malam agar kulit mendapat rawatan dari luar dan dalam semasa tidoq.
Hangpa jugak boleh menikmati minuman SAFI kolagen ini bersama minuman sejuk dan panas atau sup kegemaran hangpa kerana kolagen di dalamnya mampu menahan suhu panas sehingga 300° Celcius.
Minuman Beri Kolagen dipasarkan dalam dua jenis pilihan bekalan – 1 Bekas x 450g (Pek 30 hari) RM 98.10 dan 1 kotak (7 paket) x 15g RM 29.60 yang boleh didapati di pasaraya, rangkaian farmasi dan toko jamu terpilih di Malaysia. Minuman SAFI kini juga boleh dibeli secara atas talian melalui portal e-dagang LAZADA untuk 3 bulan pertama...
Antara kelebihan dan bahan utama yang terdapat di dalam SAFI FAIR BEAUTY Minuman Beri Kolagen:
1. Marine Collagen (Kolagen Marin)
· Berat molekul rendah untuk penyerapan mudah
· Tiada rasa, tiada bau – oleh itu anda tidak perlu risau tentang bau atau rasa hanyir
2. Silk Peptide (Peptida Sutera)
· Kaya dengan Asid Amino, protein penting untuk struktur kulit
3. Acai Berry & Vitamin C
· Kaya dengan manfaat anti-oksida yang tinggi untuk kulit
Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini dari SAFI, korang boleh layari laman sesawang rasmi SAFI di :
FACEBOOK : SAFIMalaysia
INSTAGRAM : Safi Malaysia
WEBSITE : www.safi.com.my
#BFFSAFIKOLAGEN, #SAFIKOLAGENmyBFF
#SAFISKINSTORY
memang sesuai untuk 25 tahun ke atas je ye ? umur 20 tahun tak boleh ke ?
BalasPadamcuma skrg ni kan BMF, dulu pernah pakai masa remaja2 mmg ok la produk ni
BalasPadamKlu pregnant boleh x mkn
BalasPadam