Linda nak simpan sini buat kenangan. Tak pa la kalau tak dak orang nak baca pun sekurang-kurangnya nanti bila anak-anak Linda dah besaq depa boleh singgah blog mama dia untuk baca.😍
Assalammualaikum dan salam sayang buat semua...

Alhamdulillah, kali ni Linda nak share peristiwa gembira yang dirasai oleh Linda dan satu-satunya anak perempuan Linda setelah dinobatkan sebagai Tokoh Pelajar sempena sambutan Hari Kanak-kanak peringkat sekolah di Sekolah Kebangsaan Seri Pristana..
Bukan saja Mia dan Linda saja yang happy, papa, abang dan adik-adik Mia pun tumpang happy tau...😁
Mia membawa pulang sijil penghargaan, trofi dan jugak hamper sebagai ganjaran untuknya sebagai Tokoh Pelajar. Sejujurnya, Mia akui agak gementar bila dinobatkan sebagai Tokoh Pelajar namun Mia tetap rasa bersyukur di atas anugerah ini dan di atas kepercayaan cikgu-cikgu kepadanya.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada cikgu-cikgu yang mencalonkan dan memilih Damia untuk Tokoh Pelajar tahun ini. Terima kasih banyak-banyak di atas tunjuk ajar cikgu-cikgu semua...😘😘😘
Memang macam tak percaya bila cikgu memaklumkan pada Linda dan papanya tentang anugerah yang bakal Mia terima tu. Tapi dengan apa yang ditonjolkan oleh Mia di sekolah dan di rumah memang selayaknya Mia menerima anugerah ini.
Nurul Damia Syazwina nama diberi. Merupakan anak yang kedua daripada empat adik beradik. Dilahirkan di hospital Putrajaya pada 29 Mac 2008. Seorang anak yang periang dan mudah mesra dengan sesiapa sahaja.
Keletahnya sejak di berusia 3 bulan membuatkan ramai yang suka padanya. Mula petah bercakap seawal usianya setahun sebulan. Sehinggakan atok-atok dan bapa-bapa sedaranya menggelarkannya 'Mia pot pet'..😁
Kini, usia Mia menjangkau 10 tahun. Dah semakin besar dan dewasa. Seorang anak yang matang dan sangat ringan tulang. Suka buat benda-benda yang kekadang tak masuk akal.
Mia seorang yang mudah untuk didekati. Mudah mesra dengan sesiapa saja. Sangat minat bermain catur dan Mia akan mengikuti mana-mana tournament yang ada. Mia juga minat main kompang tau!! Pernah jugak buat pertunjukkan kompang di Seri Pentas TV3 baru-baru ni bersama Kelab Kompang Warisan Saujana (KKWS). Dah glamour kelab kompang KKWS ni sebenarnya..
Mia jugalah teman bergaduh, teman ke kedai dan ke mana saja Linda pegi. Semua dia nak ikut. Pantang tengok mama siap sikit, cantik sikit dia dah mula menyendeng. Kekadang kena marah dulu baru dapat apa yang dia nak.
Walaupun Mia seorang anak perempuan yang Linda ada, Linda tak pernah nak manjakan Mia. Linda nak Mia hidup berdikari. Alhamdulillah, sejak Mia di tahun tiga, Mia dah boleh duduk rumah sendiri waktu tengahari sementara nak ke sekolah petang. Mia juga terpaksa uruskan adiknya yang setahun muda daripadanya.
Begitulah rutin harian Mia sehingga kini disebabkan Linda dan papanya bekerja dan tak dapat balik tengahari untuk menguruskan Mia dan adiknya. Linda hanya mampu berserah dan bertawakkal kepada Allah untuk melindungi Mia dan adiknya sewaktu Linda dan papanya tiada di rumah.
Apapun mama, papa, abang dan adik-adik bangga dengan Mia. Seorang anak yang penyanyang dan tahu menghormati dan nenghargai orang-orang disekelilingnya.
Tahniah untuk Damia..teruskan usaha demi kejayaan yang mendatang... semoga menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia dan akhirat...jaga diri walaupun dimana Mia berada..kami semua sayangkan Mia...😘😘😘
Bukan saja Mia dan Linda saja yang happy, papa, abang dan adik-adik Mia pun tumpang happy tau...😁
Mia membawa pulang sijil penghargaan, trofi dan jugak hamper sebagai ganjaran untuknya sebagai Tokoh Pelajar. Sejujurnya, Mia akui agak gementar bila dinobatkan sebagai Tokoh Pelajar namun Mia tetap rasa bersyukur di atas anugerah ini dan di atas kepercayaan cikgu-cikgu kepadanya.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada cikgu-cikgu yang mencalonkan dan memilih Damia untuk Tokoh Pelajar tahun ini. Terima kasih banyak-banyak di atas tunjuk ajar cikgu-cikgu semua...😘😘😘
Memang macam tak percaya bila cikgu memaklumkan pada Linda dan papanya tentang anugerah yang bakal Mia terima tu. Tapi dengan apa yang ditonjolkan oleh Mia di sekolah dan di rumah memang selayaknya Mia menerima anugerah ini.
Nurul Damia Syazwina nama diberi. Merupakan anak yang kedua daripada empat adik beradik. Dilahirkan di hospital Putrajaya pada 29 Mac 2008. Seorang anak yang periang dan mudah mesra dengan sesiapa sahaja.
Kini, usia Mia menjangkau 10 tahun. Dah semakin besar dan dewasa. Seorang anak yang matang dan sangat ringan tulang. Suka buat benda-benda yang kekadang tak masuk akal.
Mia seorang yang mudah untuk didekati. Mudah mesra dengan sesiapa saja. Sangat minat bermain catur dan Mia akan mengikuti mana-mana tournament yang ada. Mia juga minat main kompang tau!! Pernah jugak buat pertunjukkan kompang di Seri Pentas TV3 baru-baru ni bersama Kelab Kompang Warisan Saujana (KKWS). Dah glamour kelab kompang KKWS ni sebenarnya..
Mia jugalah teman bergaduh, teman ke kedai dan ke mana saja Linda pegi. Semua dia nak ikut. Pantang tengok mama siap sikit, cantik sikit dia dah mula menyendeng. Kekadang kena marah dulu baru dapat apa yang dia nak.
Walaupun Mia seorang anak perempuan yang Linda ada, Linda tak pernah nak manjakan Mia. Linda nak Mia hidup berdikari. Alhamdulillah, sejak Mia di tahun tiga, Mia dah boleh duduk rumah sendiri waktu tengahari sementara nak ke sekolah petang. Mia juga terpaksa uruskan adiknya yang setahun muda daripadanya.
Apapun mama, papa, abang dan adik-adik bangga dengan Mia. Seorang anak yang penyanyang dan tahu menghormati dan nenghargai orang-orang disekelilingnya.
Tahniah untuk Damia..teruskan usaha demi kejayaan yang mendatang... semoga menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia dan akhirat...jaga diri walaupun dimana Mia berada..kami semua sayangkan Mia...😘😘😘
Mia semasa berumur setahun lebih...😍 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan