Assalammualaikum dan salam sayang semua... Sebagai umat Islam kita diwajibkan untuk menunaikan rukun Islam ke-5 iaitu membayar zakat. Zakat adalah Fardhu Ain ke atas setiap orang Islam yang memenuhi segala syarat-syarat wajib. Jika seseorang muslim yang mengingkari kefardhuan zakat ini boleh mengakibatkan ianya murtad. Adalah berdosa besar bagi individu muslim yang meninggalkan zakat tanpa mengingkari kewajipannya.
“Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat”- Surah An-Nur (ayat 56)
Hangpa tau tak apa tu Portal Zakat PPZ-MAIWP?... Portal PPZ-MAIWP ini merupakan salah satu saluran kemudahan bayaran zakat yang disediakan oleh PPZ-MAIWP untuk menggalakkan masyarakat umum menunaikan kewajipan berzakat bagi membantu meningkatkan ekonomi lebih ramai asnaf. Melalui kemudahan portal ini, hangpa boleh membuat bayaran menerusi online pada bila-bila masa dengan mudah dan cepat.
Bagi menggalakkan pelaksanaan kewajipan berzakat menerusi medium ini, 20 hadiah tajaan daripada SeriGroup Global Sdn. Bhd. boleh dimenangi pada setiap bulan iaitu Ogos, September dan Oktober 2018 dengan hanya membuat pembayaran zakat menerusi Portal PPZ-MAIWP, www.zakat.com.my. Sesi penyampaian hadiah kepada 60 jumlah pemenang dari ketiga-tiga bulan akan disampaikan sewaktu Karnival Zakat iaitu pada 1 Disember 2018 nanti.
Seiring pelancaran kempen Jom Berzakat @ zakat.com.my, PPZ-MAIWP akan berusaha mempergiatkan penggunaan medial sosial rasmi PPZ-MAIWP agar ia dapat menarik minat lebih ramai lagi pembayar untuk membayar zakat menerusi Portal PPZ-MAIWP. Sepanjang tempoh tiga bulan kempen ini berlangsung, pihak PPZ-MAIWP mensasarkan seramai 4,500 pembayar baru yang tidak mengulangi pembayaran zakat mereka dengan kutipan sebanyak RM2.5 juta.
SYARAT DAN CARA PENYERTAAN KEMPEN:
* Bayar zakat melalui Portal PPZ-MAIWP – www.zakat.com.my/kempen dalam tempoh
* kempen bermula dari 1 Ogos 2018 – 31 Oktober 2018.
PPZ-MAIWP menyeru agar semua umat Islam terutamanya di Wilayah Persekutuan untuk menunaikan zakat melalui platform Portal PPZ-MAIWP agar ianya dapat mengembalikan hak asnaf sebanyak 2.5% yang ada di dalam harta kita disamping mengurangkan kemiskinan masyarakat bandar.
”PPZ-MAIWP Memudahkan Anda Berzakat”
Maklumat lanjut tentang Kempen Jom Berzakat PPZ-MAIWP ni hangpa boleh layari lama sesawang atau Facebook Page PPZ seperti di bawah :
http://www.zakat.com.my/kempen
https://www.facebook.com/114821431892619/posts/2176261822415226/
Jom kita bayar zakat!!!
Maklumat lanjut tentang Kempen Jom Berzakat PPZ-MAIWP ni hangpa boleh layari lama sesawang atau Facebook Page PPZ seperti di bawah :
http://www.zakat.com.my/kempen
https://www.facebook.com/114821431892619/posts/2176261822415226/
Jom kita bayar zakat!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan