Follow Us @soratemplates

Isnin, 22 Oktober 2018

Hiking Broga Hills...😍

Oktober 22, 2018 1 Comments
Assalammualaikum semua ... salam sayang daripada Linda...dah lama tak menulis ni...
hehe 😅😅😅

Kali ni linda nak cerita pengalaman hiking Bukit Broga pulak...bukit yang ke 4 bagi linda dan anak-anak hiking untuk tahun ni...tapi Mia tak dapat join hiking Broga ni sebab ada kelas Intensif kat sekolah. Hanya Aqil dan Iman ja.. Afiq pun tak dapat cuti...

Sebenarnya Linda dengan dunia hiking ni dah lama,  dari zaman Linda bujang lagi..Linda stop hiking bila dah kahwin dan dah beranak pinak... macam tu jugak dengan camping..hiking dan camping adalah salah satu hobi Linda...

Next entry nanti Linda share pic2 Linda masa bujang yang Linda join hiking dan camping ni...nak kena selongkaq balik album-album lama..dulu amek gambaq guna camera kodak ja...😅😂😅

Pernah Linda hiking dan jumpa lintah bukit yang sangat besaq..Linda memang geli dengan lintah dan pacat ni...masa tu Linda camping kat Hutan Lipur Chamang...keesokkan paginya Linda dan rakan-rakan di bawa untuk hiking  ke Bukit Tinggi. Di situ lah banyaknya pacat bukit yang besaq2 dan sangat menggelikan... tapi bila dah berkahwin dengan suami  Linda yang berlainan hobi, Linda pun dah semakin jauh dengan hobi Linda...

Nasib baik sekarang ni Linda berjumpa dengan jiran-jiran yang suka hiking. Dapat la Linda hiking lagi. Kali ni Linda bawak anak-anak Linda sekali. Anak-anak pun macam suka dan boleh terima dunia hiking ni...kalau dah lama tak ikut aunty2 depa hiking, mesti depa tanya..

Linda pergi bersama ngan jiran2 linda yang memang kaki hiking...depa ni boleh kata tiap2 minggu hiking, memang respect sgt kat depa ni..antaranya Ju, Zura dan Syam (husband Zura)

Tapi kali ni tambah ahli lagi...Ayu dan adiknya,  Sha single ja, Yus dan ank2, Kak Ina dan ank2 pun ikut sama..nampak tak meriahnya jiran-jiran kami ni..masing-masing ada yang bawa anak-anak dan ada yang single ja...☺

Ikutkan hati memang linda pun nak hiking tiap2 minggu tapi oleh sebab kekangan masa dan susah jugak nak dapat permit dari big bos Linda, jadi Linda jarang2 sekali la ikut depa..

Kami bergerak dari rumah lebih kurang jam 5 pagi dan singgah solat subuh di petrol pam yang berdekatan dengan Bukit Broga. Lebih kurang jam 7 pagi kami sampai di  parking Bukit Broga. Kereta pun dah banyak dan sudah memenuhi kawasan parkingnya yang sangat luas. Memang patut pun kita sampai awal untuk hiking sebenarnya...kalau matahari dah keluar nanti akan terasa bahang panasnya pulak 😅



Sedikit info berkenaan Bukit Broga yang Linda dapat share kat sini. Bukit Broga adalah salah satu tempat yang terbaik untuk kita mendaki yang terletak di bandar Broga di Semenyih, Selangor serta jaraknya yang agak dekat dengan Kuala Lumpur. Ia terletak hanya 400 meter (1312 kaki) di atas paras laut. Berada di pinggir Titiwangsa Range, di sempadan Selangor dan Negeri Sembilan. 

Trail yang sangat mudah dan senang kepada mereka yang baru nak mula belajar hiking. Ada jugak yang mencanak naik tapi tali disediakan. Hanya mengambil masa dalam satu jam untuk sampai ke puncak bagi mereka yang dah biasa hiking. Tapi bagi yang baru nak menjinak-jinak ni lebih sejam jugak la nak sampai ke puncaknya tu...

Broga Hills merupakan satu-satunya bukit atau gunung di Semenanjung Malaysia yang hanya diliputi dengan rumput lalang dan bukannya pokok-pokok  yang besar dan merimbun. Permandangan dari atas puncak yang sangat cantik dan menarik untuk pecinta alam semulajadi..

Antara trail yang akan di lalui oleh hikers untuk ke Puncak Bukit Broga...😊

Dikenakan bayaran sebanyak RM1 seorang untuk dewasa sahaja sebelum kita memulakan hiking...


Macam biasa, anak-anak la yang akan ke depan dulu..memang laju ja depa hiking, tak ada masalah langsung untuk depa..kita pulak yang jadi risau..

Mempunyai 3 puncak yang setiap satu puncak mempunyai pemandangan yang sangat cantik dan indah. Dengan tiupan angin yang mendayu dan rasa sangat kedamaian bila berada di setiap puncak. Di sini kita dapat memuji indahnya ciptaan yang maha esa.


Setiap hari minggu, Broga Hills akan dipenuhi dengan kaki-kaki hikers tak kira tua atau muda..gemuk atau kurus, semuanya bersemangat untuk sampai ke puncaknya.

Bukan senang untuk kita sampai ke puncak yang lebih tinggi ni. Berbagai cabaran yang perlu kita lalui. Sama jugak seperti kehidupan kita seharian. Dengan hiking ni, Linda jugak banyak belajar untuk bersyukur, beringat dan berterima kasih pada diri sendiri dan juga orang di sekeliling kita. Kita bukan hidup untuk kesenangan kita semata-mata tetapi untuk kita belajar susah sebelum kita berjaya mencapai apa yang kita impikan.

Alhamdulillah, anak-anak Linda berjaya merentasi halangan yang agak mencabar sebelum sampai ke puncak kedua dan ketiga..trail yang agak curam dan terpaksa pegang tali untuk naik ke atas. Nasib baik cuaca pun baik dan elok sepanjang pendakian kali ni.

Sesampai kami di puncak, anak-anak dah mengharapkan rewards untuk diri depa..maggi la, apa lagi...bermula la tugas mak cik kantin (Ju) memasak maggi untuk kami dan anak-anak ni...berebut-rebut semua nak makan maggi..terasa nikmatnya hanya Allah yang tau...




Lebih kurang sejam kami berada di Puncak Bukit Broga, makan maggi dah, amek gambaq pun dah, macam-macam posing ada masa untuk meneruskan perjalanan untuk turun semula...memang sangat cantik pemandangan dari atas Puncak Bukit Broga...😍😍😍

Akhirnya Linda dan anak-anak serta beberapa jiran selamat sampai di kaki bukit lebih kurang jam 1115 pagi...alhamdulillah, anak-anak pun happy sebab depa dah berjaya hiking untuk kali ni walaupun nampak keletihan di wajah mereka tapi kepuasan tu ada...

In shaa Allah, kalau ada rezeki dan diberi kesihatan yang baik Linda akan datang lagi ke sini untuk repeat lagi...banyak pengalaman dan kenangan yang Linda dan anak-anak dapat di sini...

Terima kasih pada jiran-jiran Linda yang yang sudi mengajak dan memberi sokongan untuk Linda dan anak-anak untuk melakukan aktiviti hiking ini.. jasa dan budi baik kalian tak akan Linda lupakan..

Jumpa lagi di Bukit yang lain pulak...😁😁😁


Ahad, 7 Oktober 2018

Susu Fernleaf yang Penuh dengan 100% Manfaat Terjamin dari New Zealand

Oktober 07, 2018 0 Comments
Assalammualaikum dan salam sayang...

Susu Fernleaf UHT adalah antara jenama produk susu yang terdapat di Malaysia yang menjadi pilihan ramai. Setanding dengan produk tenusu yang lain, Fernleaf UHT ini telah mula bertapak di negara kita sejak tahun 1893 lagi. 
Lembu tenusu yang bebas meragut rumput ...
Dulunya, susu  UHT Fernleaf ni terdapat dalam bungkusan yang berbentuk serbuk di mana kita perlu membancuhnya terlebih dahulu sebelum minum. Kini, susu Fernleaf di pek dengan pek yang cantik dan mudah untuk di bawa kemana-mana(on the go). Sesuai untuk anak-anak kita yang nak bawak bekal ke sekolah atau ke mana saja.
Menjadi kesukaan anak-anak...😍
Susu UHT Fernleaf datang dalam tiga varian yang lazat iaitu Full Cream, Low Fat dan juga Chocolate dan boleh didapati dalam pek 1 liter dan 200ml.

Linda sekeluarga telah memilih susu UHT Fernleaf sebagai minuman tambahan kami. Rasanya yang penuh berkrim dan lazat membuatkan Linda dan anak-anak tak jemu untuk menikmati kelazatannya.


Setiap pagi dan malam wajib Linda dan anak-anak minum susu Fernleaf untuk dapatkan khasiat dan protein yang baik untuk kesihatan Linda sekeluarga. 

Kini telah ternyata, lembu tenusu yang terbaik dari ladang New Zealand ini menghasilkan susu secara semula jadi tanpa memerlukan sebarang bentuk penggalak susu. Dengan rumput yang berkualiti tinggi, iklim yang selesa, udara dan air yang bersih dan para peladang menjaga mereka dengan penuh dedikasi.

Lembu-lembu tenusu di New Zealand di beri kebebasan untuk meragut di padang rumput secara bebas, tanpa berkurung dalam kandang yang mana rumput mereka adalah rumput yang berkualiti tinggi dan terbaik dari alam supaya mereka dapat menghasilkan susu berkhasiat yang berkualiti tinggi. 

Dengan menghabiskan 90% masa untuk meragut rumput secara bebas pada hari yang cerah, lembu tenusu ini secara tidak langsung mendapat kandungan vitamin D yang sihat.

Oleh itu, lembu tenusu ini juga menghasilkan susu dengan tahap vitamin D yang lebih tinggi berbanding lembu tenusu lain yang sering berkurung di ladang.

Hasilnya, susu yang dihasilkan mempunyai sumber makanan semulajadi kaya dengan kalsium yang mudah diserap dan digunakan oleh tubuh badan. Ia juga mengandungi banyak nutrien penting lain seperti protein yang berkualiti tinggi, vitamin A dan juga vitamin D.

"Dengan lebih daripada 140 tahun pengalaman dalam perladangan tenusu, peladang berdedikasi kami amat bangga dengan kerja mereka, memastikan kualiti tertinggi pada setiap peringkat pengeluaran susu bermula daripada air yang bersih, rumput yang berkualiti tinggi sehinggalah produk sedia untuk diedarkan kepada pengguna".

P/S: Jom kita amalkan untuk minum susu  #fernleafuht sebagai rutin harian untuk kesihatan kita sekeluarga..memang sedap dan terbaik dari New Zealand...😍



TERIMA KASIH FERNLEAF UHT...😘

Jumaat, 5 Oktober 2018

Kempen Jom Bayar Zakat dan menangi hadiah...

Oktober 05, 2018 0 Comments

Assalammualaikum dan salam sayang semua... Sebagai umat Islam kita diwajibkan untuk menunaikan rukun Islam ke-5 iaitu membayar zakat. Zakat adalah Fardhu Ain ke atas setiap orang Islam yang memenuhi segala syarat-syarat wajib. Jika seseorang muslim yang mengingkari kefardhuan zakat ini boleh mengakibatkan ianya murtad. Adalah berdosa besar bagi individu muslim yang meninggalkan zakat tanpa mengingkari kewajipannya. 


“Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat”- Surah An-Nur (ayat 56)


Dari segi Syarak, Zakat adalah mengeluarkan harta tertentu dengan kadar tertentu mengikut syarat-syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan tertentu.


PELANCARAN KEMPEN JOM BERZAKAT @ zakat.com.my



Untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kewajipan berzakat,  Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) melancarkan satu kempen khas bagi pembayaran zakat melalui Portal PPZ-MAIWP iaitu Jom Berzakat @ zakat.com.my yang berlangsung mulai 1 Ogos hingga 31 Oktober 2018 (3 bulan) yang telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff. Turut hadir, Pengarah SeriGroup Global Sdn. Bhd, Puan Noradzura Podzi dan Pengarah Bersama SeriGroup Global Sdn. Bhd., Encik Muhammad Khalif Samsudin.

Hangpa tau tak apa tu Portal Zakat PPZ-MAIWP?... Portal PPZ-MAIWP ini merupakan salah satu saluran kemudahan bayaran zakat yang disediakan oleh PPZ-MAIWP untuk menggalakkan masyarakat umum menunaikan kewajipan berzakat bagi membantu meningkatkan ekonomi lebih ramai asnaf. Melalui kemudahan portal ini, hangpa boleh membuat bayaran menerusi online pada bila-bila masa dengan mudah dan cepat.

Bagi menggalakkan pelaksanaan kewajipan berzakat menerusi medium ini, 20 hadiah tajaan daripada SeriGroup Global Sdn. Bhd. boleh dimenangi pada setiap bulan iaitu Ogos, September dan Oktober 2018 dengan hanya membuat pembayaran zakat menerusi Portal PPZ-MAIWP, www.zakat.com.my. Sesi penyampaian hadiah kepada 60 jumlah pemenang dari ketiga-tiga bulan akan disampaikan sewaktu Karnival Zakat iaitu pada 1 Disember 2018 nanti.


Kalau hangpa nak tau, antara objektif lain kempen ini dijalankan adalah khusus bagi menggalakkan para peniaga online, sendirian berhad yang mempunyai keuntungan di Wilayah Persekutuan dan pekerja yang mempunyai majikan di Wilayah Persekutuan namun bekerja di luar negara serta amnya kepada umum yang ingin memudahkan pembayaran zakat mereka.

Seiring pelancaran kempen Jom Berzakat @ zakat.com.my, PPZ-MAIWP akan berusaha mempergiatkan penggunaan medial sosial rasmi PPZ-MAIWP agar ia dapat menarik minat lebih ramai lagi pembayar untuk membayar zakat menerusi Portal PPZ-MAIWP. Sepanjang tempoh tiga bulan kempen ini berlangsung, pihak PPZ-MAIWP mensasarkan seramai 4,500 pembayar baru yang tidak mengulangi pembayaran zakat mereka dengan kutipan sebanyak RM2.5 juta.

SYARAT DAN CARA PENYERTAAN KEMPEN:


Bayar zakat melalui Portal PPZ-MAIWP – www.zakat.com.my/kempen dalam tempoh 

* kempen bermula dari 1 Ogos 2018 – 31 Oktober 2018.

PPZ-MAIWP menyeru agar semua umat Islam terutamanya di Wilayah Persekutuan untuk menunaikan zakat melalui platform Portal PPZ-MAIWP agar ianya dapat mengembalikan hak asnaf sebanyak 2.5% yang ada di dalam harta kita disamping mengurangkan kemiskinan masyarakat bandar. 


PPZ-MAIWP Memudahkan Anda Berzakat”

Maklumat lanjut tentang Kempen Jom Berzakat PPZ-MAIWP ni hangpa boleh layari lama sesawang atau Facebook Page PPZ seperti di bawah :

http://www.zakat.com.my/kempen
https://www.facebook.com/114821431892619/posts/2176261822415226/

Jom kita bayar zakat!!!