Follow Us @soratemplates

Rabu, 29 Ogos 2018

Kursus TOT AKRAB @ agrofarm_skilltech Melaka...❤

Assalamualaikum dan salam sayang semua...😘

Hai, kali ni Linda nak share pengalaman Linda semasa Linda mengikuti Kursus TOT AKRAB Mindef bertempat di Agrofarm_skilltech, Melaka yang bermula pada 7 hingga 10 Ogos yang lalu....





Hari pertama....

Dari rumah Linda menunggang skuter comei Linda ke Mindef selepas selesai menjalankan urusan menghantar anak-anak ke sekolah. Bas telah disediakan untuk perjalanan ke tempat kursus. Jadi, Linda pi la parking skuter comei ni di depan Mindef tu..selalunya kalau bas disediakan ke tempat kursus, inilah cara Linda.

Sampai di Mindef serabut cari tempat parking walaupun untuk sebuah skuter..punya la pack parking dia. Linda cuba gesakkan moto-moto yang ada tu rapat-rapat supaya Linda dapat selitkan skuter comel Linda ni dalam kotak yang disediakan. Maklum la nak tinggai lama.

Dah dapat parking terus masuk ke tempat perkarangan bas parking pulak. Heret la beg-beg yang comei-comei jugak ni. Naik bas riuh rendah dapat jumpa akak-akak yang gojes dan sekepala. Apalagi semua gila-gila gitu.

Dalam tengahari sampai Melaka, semua pakat lapaq dah ni. Disebabkan Melaka terkenai dengan asam pedasnya kami semua sepakat cari kedai asam pedas. Terjumpa kedai asam pedas Pak Man. Nampak menarik tapi rasanya kurang. Tak menepati citarasa Linda. Tapi sebab lapaq punya pasai, Linda bedal sampai licin pinggan.


Lepas makan kami bergerak ke Agrofarm_skilltech. Terasa macam jauh nak sampai, maklum lah tempat yang kita tak pernah sampai memang akan terasa jauh. 

Alhamdulillah, kami selamat sampai di tempat kursus pada jam lebih kurang 3 petang. Masuk dewan untuk amek kunci bilik dan dah dapat kunci, apalagi bergegas la masuk ke bilik. Linda dapat sebilik dengan akak-akak yang gojes dan sememangnya sekepala dengan Linda. Alhamdulillah, best rasanya. 

Kami dok sebilik 5 orang. Memang semua kepala gila-gila. Lepas solat, kami sepakat nak ke pekan cari barang. Rupanya ada peserta yang tak bawak tuala jd minta kirim. Tempat ysng di tuju adalah Mydin. Lps beli apa yang patut, terasa lapaq dah perut memasing. So cari pot utk isi perut kat foodcourt dlm mydin tu. Settle makan bergegas blk tempat kursis sebab malam ada taklimat rasmi daripada pihak urusetia.






Malam tu, selepas sesi taklimat kami di beri satu permainan daripada urusetia. Nama permainan dia Linda tak pasti pulak, tapi kami dikehendaki dok dalam 1 kumpulan yg di dlm nya ada 5 ahli. Perkataan yg perlu disebut adalah "Pang, Ping ,Pong , Piang dan yg terakhir perlu menyebut no kumpulan lain...main sambut2 drp kumpulan lawan la gitu...sapa yg tersasul terus kalah..memang happening sangat. 







Hari kedua..

Kelas bermula jam 8.30 pg...selepas sarapan ada masa lagi untuk Linda n the gang berselfie kat kawasan dewan. Macam-macam ragam dan reaksi ada. Sampaikan penceramah dah masuk dewan ada lg yg tak abis berselfie.. mungkin teruja sangat dengan kawasan sekeliling.




Dalam mencari ilmu mmg byk dugaannya. Yang paling ketara sekali terasa sangat mengantuk bila dok dalam kelas. Tapi, apa yang disampaikan oleh Pn penceramah tetap masuk ke dalam kotak ingatan. Dapat ingat balik apa yang lupa sblm ni. Dapat recall semula.

Tak sabaq nak abis kelas ptg, sebab dah ada agenda. Kononnya nak kuar cari barang lagi sambil jalan2 kat bandaraya Melaka. Akhirnya selepas abis kelas petang, 5 geng sebilik ni terus bergegas siap nak keluaq. 











Tempat yang dituju dah tentu la Bandar Melaka. Yang ada bangunan warna merah tu..punya la excited fefiling nak amek gambaq, sampai tertinggal beg sandang Linda..nasib baik Linda tak bawak handbeg, kalau dak tentu dah tak jumpa...terus Linda berlari pi kat tempat memula Linda selfie ngan akak-akak ni. Jaraknya dari tempat Linda mula sedar yang beg tak dak ni dalam 200-300 meter..sepanjang lari tu puas istifar dan minta dipermudahkan...alhamdulillah masih ada di situ walaupun tempat tu memjadi lalu-lalang ramai pelancong.

Yang kesiannya, ada sorang akk ni kena marah ngan RELA kat Bandar Melaka tu. Sebabnya dia nak jadi heroin dok tengah-tengah jalan..adoiiii, rasa bersalah pulak Linda ngan akak-akak yang bersama Linda ni. Akak-akak kesayangan Linda ni jadi gelabah bila tetiba Linda cari beg Linda tu. Semua muka jadi pucat lesi. Mau tak nya, tujuan nak seronok, suka-suka tetiba jd tragis cam ni.. Mau tak panic..tapi Linda bersyukur punya akak yang sanggup bersama Linda saat susah senang Linda disana.


Dah penat berjalan dan dah puas selfie, kami pun buat keputusan untuk balik ke tempat kursus. Lagipun malam tu ada kelas lagi. Walaupun penat tapi kami puas hati dan enjoy. Hilang segala masalah dan beban yang ditanggung.










Dalam kelas malam tu, memasing kusyuk bagi perhatian pada puan penceramah. Mujur la topiknya menarik perhatian Linda, jd tak la rasa mengantuk. Lagipun niat hati ke sana nak cari ilmu kerana Allah. Berkat dengan niat Linda Allah permudahkan segalanya. Banyak yang Linda belajar dan Linda akan cuba praktikkan nanti bila perlu..In shaa Allah.


Habis kelas malam jam 1030, dah nampak bantai dah ni..Sebab dah penat berjalan petang tadi kot. So, masuk bilik, lepas buat apa yang patut dan lepas solat Linda terus tidoq. Tak dan dah nak sembang-sembang ngan akak-akak dalam bilik ni. 😴😴😴 Selamat Malam kesayangan Linda semua. Maafkan Linda dan Linda dah maafkan salah silap kalian pada Linda. 

Hari ketiga..






Pagi masuk kelas macam biasa. Rasa macam sat ja esok dah nak balik. Malam ni ada BBQ kat tepi tasik tu....ermmmmmmm... debab lagi la kita....


Kelas arini memang happening coz ada curahan air mata yang menginsafkan kita sebagai manusia biasa. Setiap daripada kita ada masalah yang tersendiri. Jangan ingat orang tu sentiasa happy. 

Harini penceramah minta Linda dan rakan2 buat 'Art theraphy'.. memang menyentuh perasaan andai kita selami di setiap lukisan yang kita coretkan tu... dari lukisan tu lah menggambarkan perasaan sebenar diri kita. Sangat terkesan. 




Petangnya pulak Linda dengan akak2 yg super owesome ni  mandi kolam. Nak main polo air tp tak cukup korom. Lelaki hanya ada 3 orang yg lain dah veteran tak mau turun sebab tak reti berenang.😅

Janji kami semua enjoy dan happy. Tengok la lagak mak2 n bapak2 masuk 'swimming pool', kalah anak2..😂🤣😂






Tiba hari terakhir, paginya kami di beri sijil pengikhtirafan sebagai AKRAB Care Mindef 2018. Di sini akan bermulanya tugas yang bakal di pikul sepenuhnya. In shaa Allah, Linda akan praktikkan segala ilmu yang diperolehi daripada kursus ini sebaik mungkin.




Lepas sarapan semua dah bersiap sedia untuk pulang ke pangkuan keluarga masing-masing. Terasa kerinduan pada anak-anak dan suami yang telah ditinggalkan selama hampir 4 hari.

Sebelum balik ke KL, kami singgah dulu di Bandar Melaka. Linda belikan sedikit buah tangan tuk anak-anak kat rumah. Tak banyak pun Linda beli. Kat Melaka top dengan dodolnya, jadi Linda cuma beli dodol dan lempuk durian. Anak-anak pun suka.







Dalam hampir 2 jam di Bandar Melaka, kami pun bertolak balik. Sebelum asaq dah sampai KL. Satu kepuasan kerana Linda dapat timba ilmu disamping dapat release tention dengan akak-akak yang sangat sayangkan Linda. Walaupun banyak perkara2 yang menjadi kenangan pahit pada Linda tapi manis jua akhirnya terutama bersama keempat2 org kakak yang Linda sayang..

In shaa Allah, ada rezeki jumpa lagi untuk kursus tahun depan pulak.. Tahun ni bos dah tak bagi gi kursus lagi dah!!!! 😅






Tiada ulasan:

Catat Ulasan